Pages




15 Dec 2015

Ambil Result PT3

Ambil result PT3 | Memang gempakkan adik-adik kita yang ambil peperiksaan PT3 ni.. Ada yang sampai 11subjek taw. Wardah masa sekolah dulu hanya ada 9 subjek aje. Memang teror betul siapa yang dapat straight A tu. Wardah nak ucapkan tahniah buat adik adik yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dengan jayanya. Tak silap juga penyanyi Wany yang berumur sebaya dengan adik telah mendapat keputusan 6A dalam PT3nya. Tahniah diucapkan. Wardah dengar dalam radio semalam masa dalam kereta. 

 Alhamdulillah, semalam Wardah dari Pulapol, Kuala Lumpur pergi ke SMAP Labu untuk ambil result adik adik Wardah. Mak, adik Ika dan Ira yang ada manakala abang, abang cik dengan boboy masing-masing ada urusan masing-masing. Abang cik sibuk dengan urusan final projeknya, boboy sibuk dengan kelas ganti, abang pula ada isteri hihii. Kakak ipar Wardah sedang mengandung dan insya Allah due bulan 1 nanti. 

Bertolak dari Pulapol dalam pukul 9 pagi sampai sekolah adik pukul 1000 pagi. Alhamdulillah tak jammed sangat pon. Perjumpaan dibuat di dewan sekolah mereka. Adik Wardah dah debor dah sampai pergi toilet lama sangat. Masa kami datang kawan-kawan kembar dah pun ambil result, ada yang baru juga sampai macam kami. 

Setelah itu, kami masuk dalam dewan dan pergi kepada guru kelas masing-masing. Mereka bukan dalam kelas yang sama, jadi kenalah pergi kepada guru kelas asing-asing. Mula-mula pergi ke kelas adik kemudian pergi ke kelas kakak.

Kami pun duduk dan masing-masing buka result mereka. Huhhhh. Memang debor mak nokkk. Hihii. 

Alhamdulillah, adik dapat 8 A manakala si kakak dapat 4 A sahaja. Memang tersangatlah ok walaupun tak dapat straight A sebelas subjek. Wardah happy sangat dekat adik sebab dapat at least 5 A ke atas. 

Alhamdulillah.. Walau bagaimanapun, I will always support si kakak walaupun tak dapat 5A ke atas. Ika dah muka nak nangis sebab resultnya tak sebaik adiknya,Ira. Wardah pujuk Ika ni supaya tak down sangat sebab ada lagi yang lagi besar daripada PT3 ini iaitu SPM. Habis dah Wardah peluk cium si kakak hihii. 
Abaikan pipi Wardah yang Makin bam bam..

Borak borak dengan adik secara senyap-senyap. Tanya dia nak pergi sekolah lain ke. Mana tahu boley apply walaupun tak straight A ke kan. Dia ada larh cuba jawab Kisas Kisas . Tapi dia kata nak stay je memandangkan kakak dia ada di sini. Lagi dia kata takut kat Kisas tak ada team basketball. Adik Wardah memang main basketball tu yang Wardah happy dengan result dia. Means dia dapat seimbangkan kedua-duanya. Ika mungkin kena usaha dan improve sikit. 
Oklah, dalam pukul 1130,kami pun beredar dari SMAP Labu, tahniah juga buat pihak sekolah yang dapat keputusan 11 ke 12 orang straight A. Tahniah yee guru-guru SMAP Labu. 

Kami balik dan singgah ke Bangi jumpa abang cik. Abang cik ni anak ketiga means dia bawah Wardah. Patah balik ke Bangi sebab nak kirim lauk kenduri kahwin. Lagipun risau jugalah pasal dia yang sibuk dengan final projek tu. Sekali sekala melawat tak apa kan. 

Selesai hantar lauk..kami pun pulang sebab tak dapat lama dengan abang cik. Dia pun semalam ada hantar gambar dan video final projek dia tu. Moga urusan dia dipermudahkannn.
Oklah, sampai rumah semuaaaa letih tapi pukul 1015 tetap layan cerita Korea Fabulous Neighbours. Hihii. Petang pukul 3 macam tu sampai. Tengah tengok cerita kat tb boleh lelap. Haha. Penat sangat nampaknya.  Oklah. Bye semuaaaa.

14 comments:

  1. tahniah untuk adik kembar wardah . semoga kecemerlangan berterusan. insyaallah. amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiuuuuuu kak !! amin moga termakbul DOA tuu ;)

      Delete
  2. best woo ade kembar. ahahahha... congrates for ur sista :)

    ReplyDelete
  3. whuaaaaaaaa
    hebat lah tu!!!!!!!!!! <3333

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan tahniah buat adik² Wardah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur.. Terima kasih kak ! :)

      Delete
  5. alhamdulillah tahniah! kpd si kakak teruskan usaha xdpt A bnyak masa ni xsemestinya terus gelap masa dpn.. SPM lebih ptg... teruskan usaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Terima kasih ahlam..yaaaa betul tuuuu!!:)

      Delete
  6. tahniah untuk adik.. ehehe adus kakak n adik sebaya..

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...