Pages




22 Dec 2015

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0


Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0 | 
blog en kidal blog punya
Hai semua, Wardah kene tagged dengan rakan blogger Imashue,, Wowww daebakk!! Tetiba je nak daebak. Wardah dah jarang masuk segmen atau mana-mana giveaway. Btw, thanks Imashue sebab tagged. Haa sesapa nak join kene tekan banner kat atas tu. Nanti dia pi link blog tu naaa. Tarikh sampai 27 Disember 2015 ni. Haaa. Apa lagi cepat-cepat join. Senang je. 

Syarat-syarat pun mudah. 

Antara syarat-syaratnya ialah :

4. Korang mesti jawab soalan ni

     - Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
     - Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?
     - Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?

Soalan : Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger? 

Jawapan :

Kenapa ye. Dulu-dulu Wardah jadikan blog ni sebagai diary aje. Tapi dulu masih lagi privatekan sebabnya cerita tentang luahan perasaan sahaja. Masa tengah sedih, gembira, keliru dan macam-macam perasaan ada masa tu. Tak ada macam sekarang. Zaman muda remaja kan. Hahah. Blog yang dulu tu dah padam, buat blog baru, padam, berapa kali version dah. Ini yang latest.Tahun 2012. Lepas tu suka baca cerita-cerita kawan-kawan, senior-senior yang ada blog. Mulalah berangan nak ada blog jugak. Lepas tu berblogging sampai sekarang. 

Sejak bila, kalau ikutkan dalam entry terawal dalam blog ni tahun 2012. Tapikan Wardah rasa awal lagi dah berblog mungkin 2011 ataupun 2010. Tak hengatt lahh. Maklumlah dah tua. hahaa.

Soalan : Macam-mana korang boleh dapat banyak idea untuk diupdate? 

Jawapannya: 

Idea ea? Hahaha. Wardah ni pun kadang-kadang update kadang-kadang idok. Ada mood jugak. Kadang-kadang ke laut mood tu, kadang-kadang beriyaaa tulis sampai tak sedar dah panjang lebaqq. Wardah paling suka kalau entry tu ada gambar. Kalau tak ada memang Wardah hambar je rasa nak update tu. Idea oh idea. Wardah pernah baca dulu, idea nak datang bila kita blogwalking blogger-blogger yang lain. Berguna jugak tips tu. Idea ni datang dengan sendiri. Kadang kita pergi melawat sana sini, kita cerita tentang kita pergi tempat tu, kadang-kadang kita cerita tentang perkara yang kita suka, barang yang kita suka, macam Wardah suka kucing. Walaupun tak adalah hari-hari update pasal kucing. Muahahaha. Yang penting, kita rasa apa yang kita share tu boleh mendatangkan manfaat sama ada buat diri sendiri, pembaca-pembaca kita share la. ^_^

Soalan : Berapa lama masa yang korang ambil naknak tulis satu entry?

Jawapan :
Haaa. Yang ni banyak version jugak nak jawab kihkihkih. Sebabnya ada yang makan masa, ada yang kejaaappppppp je dah siap. Kalau yang homework macam kene buat research atau sebagainya lamalah sikit nak siap entry tu. Haha. Ada yang tajuk je dah lama ada, tak siap-siap jugak. Kahkahkah.


Okeylah. Alhamdulillah dah siap dah! Okeylah Wardah nak tagged adik Wardah. Syahirah done!! 

3 comments:

  1. ni dah kira blogger otai ni...
    saya pun dulu jadikan blog sebagai diari..lepas tu delete...buat malu je rasa...hu6
    ^_^!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahha. Tak otai mana pun. Biasa biasa aje wahh ada geng la kan. Biasa la tu umur tengah meningkat. Hihi.

      Delete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...