Pages




4 Feb 2016

Tips Nampak Muda

Tips Nampak Muda | Hai semuaaaa, apa khabar? Lama pula tak blogwalking pergi ke banyak blog. Setakat satu dua je. Mood ke laut. ~T_T~

Tips ni request dari seorang blogger. Hahahaha. Dia kata Wardah nampak muda. Huhu. Sebenarnya Wardah dah umur 25 tahun dah. Ada senior maktab Wardah kata nampak macam budak 18 tahun. Ada yang ingat Wardah budak-budak lagi. Perasaan kan. Ntah-ntah Wardah yang tak matang. 

Blogger suka pink
Sebenarnya tak ada tips pun. Huhu. Alamak. Jangan marah. Ada sikitla yang Wardah leyh kongsikan. 

Tips pertama:  
Selalu senyum. Tabah walaupun banyak masalah  jadi, gelak selagi mampu. Haha. Jangan biarkan stress menyelubungi hidup anda. 

Tips kedua: 
Berlagak muda. Ceyhh. Wardah pun tak tahu. Camna nak berlagak muda. Sebenarnya dah 25 tapi gaya cakap macam budak-budak. Gitu kowt. 

Tips ketiga:
Wardah tak amal minum minuman berkafien sangat dan air bergas. Nescafe, teh, tak minum sangat. Suka minum air susu atau bersusu cam Milo, horlicks, jus buah-buahan, atau jus buah-buahan bersusu. Contohnya cam jus epal susu. Minum air bergas pun kalau terpaksa, minum Revive atau air Hundred Plus je. Maksud terpaksa tu if demam ke, rasa tak bertenaga baru minum. Air masak jangan lupa pula. 

Tu je kowt tips dari diri ini. Hahahaha. Walaupun banyak dugaan melanda kene tetap cool walaupun rasa tak cool. Kene ada teman setia yang sudi dengar masalah kita if ada pape problem. Macam Wardah akan cerita dekat kawan baik dan kazen yang paling rapat. Ada orang yang suka pendam dan selesaikan sendiri. Wardah dah cuba pendam tapi not really suits with me sebab nanti Wardah migraine ataupun sakit. Wardah sampaikan akan jadi low blood pressure sampai rasa nak pitam. Tu means dah banyak sangat masalah tapi pendam. (o_-)

Alhamdulillah the last tips amalkan salu baca Al-Quran dan kalau dapat bangun pagi kul 5 pagi tuu, rasa lagi best dan tenang aje. Baca Al-Quran tu dapat bagi hiburan pada jiwa kita yang semakin mati dengan hiburan duniawi. Last but not least, solat lima waktu jangan tinggal, kalau dah terlajak bangun lambat terus pergi toilet amek wuduk pergi Solat. Insya Allah. 

Ni ada tips dari rakan Wardah. Dia suh amalkan sama-sama. Wardah jumpa dari link Melurhasanah

Ayat alquran Untuk awet muda
Cara awet muda dan bertenaga

Muda-muda jugak, amalan tetap kene jaga. Keep loving akhirat, love ualls. 
blog Wardah aneesa
Ok guys dan girls. Bye bye. 

15 comments:

  1. tips yg ringkas hehe senang nak praktik :)

    ReplyDelete
  2. Alamak suka minum minuman berkafaien .. btw, kak wardag makaseh share tips niih :D

    ReplyDelete
  3. Nice tips... tapi Wardah memang muda lagi. Hehe ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda ke. Kwn2 ramai dah kwen. Hahahaha. Sedih plak tak kwen lagi. Haha

      Delete
    2. Semoga dipermudahkan dan dipercepatkan yer

      Delete
  4. hai wardah...memang betul nampak muda.

    aRz ni orang kata dah nampak macam umur 40 tahun...jadi nak cuba amalkan...
    Setuju dengan amalan membaca al-Quran dan bangun awal pagi...

    ermm milo tak ada kafein ka? saja tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Milo tak pasti plak, naty Wardah try research.^_^

      Delete
  5. bab senyum tu memang mujarab! :))

    ReplyDelete
  6. Namanya wardah kaya nama kosmetik mahal itu yah, salam kenal ya!

    ReplyDelete
  7. kena guna tips wardah la gini xnak bagi stress hihihi.. tq atas tip ni :)

    ReplyDelete
  8. Untungnya orang puji nampak muda. Saya pulak terbalik. Oleh kerana muka saya memang natural garang dan matang, orang fikir saya lebih tua dari usia. Macam time saya praktikum, cikgu-cikgu sekolah lain ingat saya cikgu yang mengajar kat sana. Yang paling sadis time beli kuih muih kat pasar. Kalau panggil kakak takpe jugak. Ada sekali tu kena panggil mak cik. Kecik ati titew. Hahah.

    http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. tq for the tips wardah.. busyra pun ingat wardah dlm belasan .. hehe. rupanya tua 2 tahun dri busyra.. btw wardah nampak always muda. :)

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...