Pages




Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

3 Jan 2015

Senarai Lagu Nasyid Tentang Nabi Muhammad s.a.w

Hari ini, Wardah nak share beberapa lagu nasyid yang berkisar tentang Rasullullah, iaitu Nabi Muhammad kita yang tercinta. Koleksi ini yang mashur masa zaman sekolah Wardah dahulu. Lagu-lagu ni umpama dah jadi legenda bagi peminat nasyid. Marilah sama-sama kita hayati kelima-lima lagu yang juga menjadi kesukaan Wardah. 
1. 25 Rasul - Raihan


2.  Rasullullah by Hijaz 


3. Ya Rasullullah - Raihan 


4.  Pemergianmu - Inteam


5. Dia Kekasih Allah - Hijjaz


6. Kasih PadaMu-Hafiz Hamidun (best jugak!)



Kadang-kala bila mengenangkan kembali perjuangan Rasullullah s.a.w buatkan Wardah tertunduk malu kerana memikirkan banyaknya dosa yang telah dilakukan. Astaghfirullahhala'zim. :'(

p/s : Pastikan anda menghayati lagu ini satu persatu kerana liriknya amat puitis dan menyentuh jiwa..


Biodata Rasulullah S.A.W : Nabi Muhammad Tercinta



Sempena Maulidurrasul yang jatuh pada 3 Januari ini, 
mari kita mengenali Rasullullah s.a.w iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. 

Nama
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib

Tarikh Lahir : 
Subuh Isnin, 12 Rabiu'lawwal bersamaan 20 April 571 Masihi Tahun Gajah.

Tempat Lahir :
Rumah Abu Talib, Makkatul Mukarramah.

Gelaran : 
Al-Amin

Pengasuh Pertama : 
Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama : 
Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua : 
Halimatus Saadiah

Isteri-isteri Rasullullah s.a.w :
1. Khadijah bt Khuwailid
2. Aisyah bt Abu Bakar
3. Hafsah bt Umar
4. Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5. Hindun bt Umaiyah
6. Saudah bt Zam'ah
7. Zainab bt Jahsy
8. Zainab bt Khuzaimah
9. Maimunah bt Harith
10. Safiyah bt Huyai

Anak-anak Rasullullah :
1. Qassim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Az Zahra

Mari banyakkan selawat ke atas Nabi
Sabda Rasullullah s.a.w: " Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga." 

(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

Tema sambutan Maulidurrasul pada tahun 2015 ialah  “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” dan 3hb Januari merupakan hari cuti buat semua warga Malaysia. Jom meriahkan majlis sambutan maulidurrasul di sekitar rumah kita. Insya allah ^_^

Kelebihan berselawat
Salam Maulidurrasul buat semua! 

Semoga kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w semakin bertambah-tambah setiap masa..
Insya allah ! 


20 Dec 2014

6 KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH



Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:


1 -  Kulit lebih lembut dan halus :

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2 - Melancarkan peredaran darah :

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3 - Meningkatkan kesuburan :

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4 - Mengurangkan risiko darah tinggi :

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5 - Mengurangkan tekanan serta tenang : 

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6 - Meningkatkan sel darah putih :

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.

Selamat mencuba & selamat beramal

Credit to : Legacy Secret Trading


18 Dec 2014

22 Nov 2014

Doa Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik

Hari ni share doa :)
Semoga kita dapat manfaat.
Jodoh dan Keturunan yang Baik

jom kita hafal dan baca setiap kali lepas solat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Assalamualaikum. 


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...