Pages




Showing posts with label kazen~. Show all posts
Showing posts with label kazen~. Show all posts

30 May 2015

Best Friend Ever!

Best Friend Ever! | Hari ini nak menggemparkan blog pink ni dengan kisah teman baik Wardah semenjak daripada kecil lagi. Hua hua hua. What date is today? 30hb May lahirlah best friend ni bernama Nurbadriah Harun. Opsss! Jangan google plak nak dia. Trang trang femes sekejap. Hoho. Perasan betullah Wardah ni. Best Friend Ever moga wish ni termakbul sampai akhirat. Best Friend Ever digunakan untuk wish rakan Wardah ni merangkap sedara Wardah yang comel lote. 
Ehem. comel okeyh! 
Selamat Hari Lahir buat Nurbadriah Harun yang ke 24. Semoga senyuman makin lebar pada hari ini sebab dapat wish melalui entry ini. Hmm. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga dipercepatkan jodoh dan cepat-cepat kahwin. Nampaknya tak ada lagi yang dapat tunaikan janji nak kahwin sebelum 25 tahun. uwargh. nanes nanes. 
nurbadriah harun
Antara dua ni. Mana satu sedara merangkap kawan Wardah sejak dari kecil ni??? Cuba teka. pepel ke kuning? :D
Siapa jawapan dia yang pertama sekali betul, Wardah akan review blog dia. Teheee XD 
Betul ni, tak main main. 
Hehe. 
p/s : Bad, maaf ambil gambar yang ini. gambar ni yg latest yang ada. Moga cepat-cepat jodoh kau taw bad. Aku sayang kau, Bad :)
Happy Birthday!!


29 Apr 2015

Live Nikah Melalui Skype

Apelah yang live sangat kan? Memandangkan handphone yang Wardah guna belum tukar dengan handphone yang canggih manggih, terpaksalah guna skype guna laptop video kol dengan sedara mara yang ada di sana, untuk lihat sendiri secara live abang Wardah nikah. Hoho. Handphone ape tu?? Nak bagitahu macam serba salah pulak. Tak yah bagitahu laa ea... yang buruk2 tu kita simpan.. :)
Wardah terpaksa buka skype tu sebabnya nak tengok live abang Wardah nikah minggu lepas. Yela, kalau boleh terbang ke sana, dah lama dah Wardah buat tapi memandangkan ahad Wardah nak di selia untuk final, dan proposal pula juga kene hantar hari yang sama, Wardah terpaksa tak pergi abang sendiri nikah. Lagi pula, Wardah masih dalam praktikal. Takut pula kehadiran tak penuh, kang susah pula.
Jom, kita tengok. 
Tarikah nikah abang Wardah ialah 24 April 2015. Semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga. Tema warna kuning mustard tema malam pernikahan di rumah isterinya di Selayang. Tak sangka dah jadi suami orang dah abang Wardah ni. Maaf ye abang tak dapat nak pergi abang nikah malam tu. Tengok live pun jadilah. 
nikah abang
Berbaju Melayu kelabu ialah bapa mertua abang Wardah, 

adik - adik wardah aneesa
nielah adik-adik Wardah yang bawah Wardah

malam nikah abang
sekitar malam pernikahan abang Wardah

sedara mara Wardah Aneesa
Sedara mara Wardah yang hot-hot hahak :P

sekitar malam pernikahan
Malam di rumah pengantin belah perempuan

lelaki nak akad nikah
inilah abang Wardah. Nebesssss nebessss...

live dari skype
inilah buktinya Wardah tengok kat skype. hihi. 
 Huh.Alhamdulillah. Abang Wardah dah selamat menjadi suami orang! Rasa terkilan juga sebab tak dapat nak hadir pada majlis nikah abang dekat Selayang. T.T Meriah sangat malam tu dengan tema warna kuning kustard tu. Jeles meyhhh. Wardah masa tu tengah pulun buat Rancangan Pengaharan Harian (RPH). Tengok live kat skype tu pun sayu je... 
25 hb April pula merupakan majlis kenduri belah perempuan. Mai jom tengok gambar!warna biru pula jadi temanyaa... Wait gambar untuk 2 mei nanti taw. Apa pula tema warnanya?? heeee.
muhd syafiq md shah
abang Wardah. Hensem tak?? hihi

adik beradik wardah aneesa
inilah adik dan abang Wardah. yang pakai baju melayu putih jadi pengapit.
dari kiri Boboy, Syafiq (abg), Acik.Hensem tak? :P
pengantin lelaki hensem
masa pengantin lelaki nak ke rumah pengantin perempuan.. pergh, ade karisma bila tengokk gambar nii haha


perkahwinan ala sakura
Yang ni yang wardah jeles. I want this toooo! Sakuraa theme~ Abang dan isterinya. Kak yonggg!
doa dari pengantin
my bro baca doa dalam majlis sendiri hihik
keluarga besar pak uda
inilah keluarga pak uda belah mak.. ramaikan?

adik beradik besar
inilah adik beradik mak. ade kembar. cuba tengok betul-betul..

keluarga mak long
ini ialah keluarga mak long Wardah.. 

keluarga mak lang
ini pula keluarga kembar mak Wardah, mak lang. ini belum semua ada..ada yang tak da dalam gambar

keluarga bahagia
ini ialah campuran keluarga cik ina, mak lang dan mak wardah.

BELAKANG TABIR PULAAA... JOM LAYANKAN...


mak dan mak lang kembar
my mom dengan kembarnya. cuba teka mak Wardah yang mana... :P

lepas nikah senyum
senyum panjang abang Wardah lepas hilang nebes akad. hahha.
Tak dapat nak ulas panjang. Hihi. Puas tak tengok gambar?? Nak lagi ke?? Tunggu 2 Mei punya gambar pulaaaa. Insya allah Wardah akan upload majlis belah abang Wardah nanti. Wardah balik Melaka minggu ni. 30 April 2015 naik bus. Doakan Wardah selamat sampai ke Melaka.. Amin.



20 Mar 2015

Pergi Seorang Insan DIsayangi. Al-Fatihah.


Semalam, arwah Milah hinti Hashim selamat dikebumi.

Al-Fatihah buat nenda kesayangan (belah emak) yang baru sahaja meninggalkan kami.

Pengalaman melihat detik-detik kematian di hadapan mata. Arwah rapat dengan cucu-cucunya. 

Wardah sangat sayang kat nenek Milah. 

Baru sahaja minggu lepas berjumpa arwah menanyakan khabar berita Wardah "ok ke duduk Kelantan?" Minggu ini ternyata dia pergi menghadap Illahi. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Arwah ada bela seekor kucing. Putih namanya. Semalam bila ziarah rumah nenek tu, Putih senyap je. Duduk je. Selalu dia akan ikut je arwah ke mana-mana. Arwah yang salu bagi kucing makan. sebab Putih ni kucing jantan tua yang garang. Wardah salu juga main-main dengan Putih tapi dengan arwah ,Putih lagi rapat. 

Lepas ni tak dapat nak merasa air tangan masak asam pedas nenek. Wardah memang faveret asam pedas daging nenek. Memang pekat sedap. 

Teringat bercakap dengan arwah semasa di hospital, dua hari sebelum... Ada juga dua sedara yang berada di sekitar. (Mengikut waktu melawat hanya tiga orang sahaja boleh melawat) 

Hanya mampu berkata "Nenek, nurul ni.. Nurul sayang nenek,"

Nenek koma. Nenek tak dapat cakap pape. Kami boleh tengok susur alur pernafasan nenek di mesin tu..

Masa tu kami berempat, Wardah minta adik teman, Wardah perasan nenek berlinangan air mata. Wardah nampak kat kelopak mata nenek. Ada takungan kecil air mata nenek. 

Wardah akan merindukan nenek..

Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

surah al-fatihah



16 Jan 2015

Al-Fatihah Buat Arwah Nenda


ayat ketika ditimpa musibah


Al-Fatihah buat arwah nenda yang telah pergi pada pukul 3.49 pagi pada tarikh 16hb Januari 2015. Berita mengenai beliau yang sakit terlantar di Hospital Melaka yang sedang kritikal sakit jantung membuatkan hati ini merasa serba salah untuk balik. Al-Fatihah dan yasin ku kirimkan buat beliau. Semoga bersemadi dengan dengan aman dan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-fatihah buat arwah nenda.

Al-Fatihah ayat Al-Quran


P/s : Serba salah kerna keadaan tidak mengizinkan untuk pulang ke Melaka. Arwah seorang yang baik dan ceria dengan cucu-cucunya. Bakal merinduimu.


25 Dec 2014

Hari Keluarga semasa Cuti Sekolah

Hai semua! Cuti sekolah ni asyik berjalan-jalan je. Huhu. Pergi kenduri kahwin sana sini, majlis pertunangan saudara sendiri, majlis perkahwinan batchmate, majlis perkahwinan rakan sekolah, sana sini bunyi kompang. Paling bestnya dapat jalan-jalan luang masa dengan yang tersayang. Cewah!
Inilah entri autopublish sebab Wardah sudah ada dekat Port Dickson ada Hari Keluarga bersama saudara-mara yang lain. Tempatnya di mana? Sebenarnya masa typing ni Wardah masih tak tahu lagi tempatnya sebab nanti gerak sama-sama dengan Mak Long, konvoi sekali jalan. Tanya mak, mak kata tempat yang biasa kami pergi ada nama Glory macam tu lah. haha. Lol, Wardah tak ingat sebab memang hampir setiap tahun pergi cuti Hari Keluarga ni tapi tempat lain-lain. Ada jugak tempat yang sama kami pergi. 
Jom cuci mata tengok gambar Hari Keluarga yang lepas. untuk yang baru belum ada lagi. Sebabnya Wardah memang tak ada internet luar kawasan rumah. So, nak tunggu entry Hari Keluarga yang 25 Dis ini kenelah tunggu Wardah balik nanti. Gambar-gambar yang lepas Wardah belanja dulu. ^_^
hari keluarga semasa cuti sekolah
Ceria-ceria sekeluarga
Dis is my big families. Ada anak mak long, mak ngah, adik saya, ada cik ina dan anaknya, dan anak mok uda. Sebelum main game, kita ambil gambar dulu. ^_^

hari keluarga ada sukaneka
ni adik wardah. yg pink muda tu
Antara permainan dalam sukaneka. Passkan gelang getah sayur menggunakan straw. nampak pinggan kat bawah tu? tengok gambar seterusnya..

hari keluarga dan sukaneka
Permainan yang ni pula cari gula-gula dalam pinggan yang berisi tepung. lol. Memang melepaklah muka kami lepas tu. Gambar tu tak dapat ditunjukkan. hoho. Malu. kekeke.
Hari Keluarga dan sukaneka bola tampar
Ada ruangan bermain bola tampar, apalagi Wardah pun join sekali. Wardah suka main bola tampar. tapi tak ada gambar segan. hihi  

Hari Keluarga dan mandi di kolam renang
Antara aktiviti wajib mesti ada mandi dalam kolam. hihi. 

Hari Keluarga dan Aktiviti Picnic
Malam-malam pulak ada aktiviti BBQ. barang semua bawak sendiri, port pun cari sendiri. Janji ada tempat lepak, barang semua ada, jadilah lepak-lepak BBQ. hihi

Inilah aktiviti-aktiviti keluarga saya semasa cuti sekolah. We have Hari Keluarga semasa cuti sekolah ni. Jadi macam mana cuti cuti sekolah anda semua? Mesti lagi best. Jom Kongsi!


17 Dec 2012

JemPut Masuk!!~

hari nie nak bercerita.. dan bercerita.. ape kene dengan tajuk? kene tak?? nak ceita pasal tetamu yg datang rumah laaaaa :DDD

dah lama kowt tak update blog dengan cerita2 dari aku.. kuang3.. mana aku pergi? kenapa senyap jer? haha.. atceli dua tiga hari nie mood tak ada nak update. haha. ade banyak ssuprise dalam hidup aku nie.. apenye?? CER CTE CER CTE...

huhu, ade cikit pasal my love story,, kih3..

nanti aku cerita okeyhh??

hari jumaat lepas aku menerima kehadiran tetamu ke rumah nie.. kawan abg aku.. jadi macam biaselah.. aku pun tak taw nak buat ape sangat untuk sambut kedatangan tetamu nie, jadi aku wat kek batik je la..tue je yg spesel untuk tetamu.. bukan maksudnye tak de makanan lain.. ade jugak hokeyh!! ~~  :D

aku pun naik segan ngan kawan dia tue.. haha. kenapa-kenapa? *takdepapelah* ari ahad tue pun dorunk alek semula ke tempat asal meke.. ke tempat keje masing2 :DD

*********************************

semalam pun mak long, busu ngan nenek datang rumah.. atceli semalam aku susun atur semula kedudukan almari, katil, cermin panjang kat bilik aku nie.. buat sensorang taw.. haha,,, katil untuk dua orang tue,,, ngan almari gedabak besar tue aku tolak sensorang.. kih3.. *kuat tak?* hahaha.. habes idung aku..

HASYUMHASYUM.. tuelah hidung aku yg kuat sensitif nie.. kih3..

tyme kemas2 bilik tue tak taw pun sedara mare nie nak datang, dah separuh kemas tue..a.k.a berselerak,, dapat kol dan adik gtaw meke nak datang...wahahahahaaahaha.. memang kalut lah aku.. haha. cepat2 aku setelkan bilik,, dengan atur perabut yang dah aku plan tue.. malu plak nak update gambar.. t aku update ok? hehe.

then,, memang macam2 rezeki semalam,, kteorang main masak2 la semalam.. haha, kuew teow goreng.. mee goreng,, nasi goreng,, cempedak goreng,, memang banyak rezeki .. Alhamdulillaahhh :DD

dorunk saje2 je datang rumah.. bawa kain langsir yang mak ngah aku bawa ke umah nenek ari tue, dan kazen2 aku tolong bawa sekali lah ke rumah aku.. mak ngah aku duk k.l jadi ari tu busu pergi k.l pergi amek nenek kat umah mak ngah. cam tuelah ceritanya. then, tolong bawakan langsir tue sekali. :D

kawan2 ade dengar cerita pasal 3 hari akan malam berpanjangan tak? atau dikenali sebagai

The Dark Of The Earth

kalau kawan2 ada taw berita pasal nie, boleh bagi info tak untuk saya ketahui dengan lebih lanjut.. ok?

sebabnya,, mak long aku ade gtaw, kemungkinan akan berlaku 3 hari berpanjangan malam sahaja.. pada masa tue, bumi dan planet2 lain berada dalam 1 garisan lurus,, dan kemungkinan akan berlaku perubahan iklim,, kita akan kesejukan.. dan kemungkinan bekalan eletrik putus.. dan pesan mak long lagi,, yang kita kene bekalkan lilin, tepung, beras, sardin, lampu suluh.. untuk family masing2. *just in case perkara ini terjadi.

oklah, aku nak mencari info2 nie lagi.. oklah.. babai!! :)




20 Nov 2012

Wedding di Teluk Intan

Stori tentang perjalanan ke TELUK INTAN.. firstly,  hari keluar dengan bff, malam tue, aku tak packing barang lagi . huks. *adik2, kakak2, abg2 jangan ikut ye perangai teruk ini* Balik, terus tidooo. Penat kowt. Pada next day, gerak pukul 8 pagi taw, then, pepagi lepas subuh, baru aku kemas2 barang. aku men rembat je baju kurung hijau. Atceli pelik nape aku rembat hijo? *blur* Bila dah siap packing,  Kami pun bertolak ke stesen bas.

Aku not alone. Aku pergi bersama family aku. Kembar, boboii dan emak aku sahaja yang ada. Kami naik bas ke K.L and petang tu juga pergi ke Perak. Kepala aku dah mula nak migrain. Sebenarnya aku tak pernah sampai di TBS kecuali pernah pergi Puduraya je.  Hmm. My Family pun tak pernah jejak kat situ, yang jadi lawaknya adik aku yang bongsu, tanya aku,"Akak, akak, nie KLIA eh?" Siyes aku nak tergelakk. Setakat ni aku taw lagi rupa KLIA tu macam mana. Dengan mak aku sekali boleh gelak besar. haahAHAHA.

After my cousin sampai, dia pun bawa ke rumah mak ngah kami. Rehat n eat. Aku kuar teman cousin perempuan, dia bawa tunang dia untuk drive. DOrunk ajak borak pasal kereta. AKu tak berapa berpengetahuan luas lagi tentang kereta jadi kepala aku dah tak faham sangat apa dorunk cakapkan.
Masa ni, kat kedai makan area Titiwangsa, dan korunk nak tahu tak?? Aku nampak PIERE ANDRE!!!! DIa tengah shoot for his workla kowt. Ingat nak bergambar dengan dia tapi aku segan dan nampak dia bizi sangat je.

**********************************
Petang - gerak ke Perak.

At Perak, hampir sesat sebab tak nampak jalan sangat. Mungkin sebab dah malam. Sampai dua kali jumpa klinik 1 Malaysia(klinik yang sama). Naseblaa sampai jugak akhirnya.

Kami duduk homestay :D

Esoknya..hari Sabtu menjelma.
homestay di perak
kat homestay. semua otw nak g kenduri :)
tengah setting camera
masing2 setup camera hihi

pelamin cantik dari tepi
pelamin bertemakan purple and pink. gojes!~
pengantin lelaki dan isterinya
ketibaan pengantin lelaki dan gurl. kazen aku yg laki uh :)

azlan matle sewaktu bersanding
adeknye jadi pengapit !~


oklah. that's all. 

As usual, aku jadi kendarat bersama cousin-cousin yang lain.
 Bagi bunga telur, jemput tetamu makan.

Lewat petang, di kawasan majlis, habis kemas semua benda baru balik homestay.

Esok alek melaka. hari ahad aku duk umah nenek dulu. :) Baru balik rumah sendiri. 

itu sahaja tentang wedding cousin :D
Dia merupakan cucu pertama yang kahwin. haaa. comelkan isteri dia? kla, 

ADIOUS~


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...