Pages




30 Jan 2016

Mat Lutfi Sudah Kahwin

Mat Lutfi Sudah Kahwin | Wardah suka juga tengok gelagat Mat Lutfi ni dalam macam-macam video yang dia dah hasilkan. 

Alhamdulillah dah kahwin pun Mat Lutfi. Eh, ada yang sedih ya sebab dia dah  kahwin. Jangan sedih - sedih. Hihi. 

Mat Lutfi sudah kahwin
 Sumber dari Siakap Keli 



29 Jan 2016

Rakan Quran: Kenali Hukum Tajwid #1

Rakan Quran:  Kenali Hukum Tajwid #1 | Jom rakan-rakan kita kenali hukum atau tanda-tanda dalam Al-quran. 

Tanda tanwin dalam alquran

Tanda bacaan dalam ayat alquran

Mim berbeza fungsi dalam alquran

Saktah sin dalam alquran

Sekadar perkongsian. Moga bermanfaat untuk semua. Ok guys. Have a nice jumaat. ^_^

Rakan Quran:  Kenali Hukum Tajwid #1


25 Jan 2016

Harith Zafran

Harith Zafran | Alhamdulillah baru je balik dari rumah family Kak yong (isteri abang) di Selayang. Haaa. Kita dah jadi mak ngahh. Dengar tak?? Hihihi. Excited sangatt ehhhh. Hahaaha. Memang tiut miutt je Harith Zafran. Baby sangat kecik dengan berat 2.44 kg je. Baby baru lahir memang akan tidurr jeee. Bila dia bukak mata.. Omg!! COMELNYAA. Nama tu abang kata dia terdetik nak letak nama tu. Btw, Wardah cam suka sebab lembut je nama tu . 

Tangan si kecil..Harith Zafran.

Comel ngat harith zafran. Cakap-cakap dengan dia,dia sengij pastu sambung tidur alik. Hihi.  Abang kata masa kene enjit pun dia tidur je. Baby-baby lain dah nangis-nangis dia relax je tak nangis. Tak sabar mak ngah nak tunggu awak besar. Haa, mak ngah memang happy sangat jumpa awak, mulalah mak ngah nak agah banyak- banyak awak walaupun awak tecik lagiii.. hehe, tengah omel-omel duk tengok dia tidur, tibe-tibe je dia senyum. Wahhh. Comey. 

Abang kata dia ade lesung pipit. Nak tengok, nak tengok. Sebab semalaman je duk umah family K Yong tu jadi tak puas sangat. T.T Bila lagi mak ngah boleh jumpa awak. Huhu. 
Kami gerak hari Sabtu, petang asar macam tu sampai ke Selayang, Ahad pagi dah gerak balik, singgah rumah mak ngah sat, petang baru balik Melaka dan terus pergi Jasin. Pergi melawat adik (boboy) kat Uitm Jasin. Petang ni nak hantar adik ke Seremban pula. 

Aku dan kembar comel
Ni kat surau Uitm Jasin. Petang-petang tak ade orang pun, tunpang solat dan rehat kejap.

Saya penat sampai ambil gambar pun boleh tidur. AHAHAH. bedak semua cair. Kihkih. Kbye. 

Oklah. Doakan Wardah selamat pergi dan balik. Sengal-sengal badan ni. Macam mana ea nak hilangkan? Huhu. 


21 Jan 2016

Ceyt Setia

Ceyt Setia | Nak katanya itulah orang yang antara orang yang hebat dalam kategori bercinta. Ceceyh. Saja je kan. 

Lama tak borak pasal cinta tu yang merepek kejap. Hahahha. 
Orang yang setia ialah orang yang hebat
Klah baiiii! 


19 Jan 2016

Pergi Hospital Awal Pagi

Pergi Hospital Awal Pagi | 
18 Januari 2016 
0000 am - Wardah duk mencuit cuit mak yang sedang tidur sebab dah tak tahan sakit perut. Wardah dah ke tandas lebih 5 kali. Sakit yang teramat sampai tak rasa apa dah yang boleh dibuang. Pedih sangat perut. Sampai berguling guling kat lantai. Tengok mak macam penat sangat, Wardah gagahkan diri kata kat diri sendiri, jangan layankan sangat perut tu. Dan masuk bilik Wardah balik, sarung selimut dan tidur meringkuk cam tu. 
0100 am - Ada kol dari luar ke telefon rumah. Guess what?? Abang telefon cakap isteri dia dah masuk hospital. Wardah cam blurr  rupanya kakak ipar nak  bersalin dahhh. Tak dapat nak pikir banyak, sambung tidur. Tak nak rasa sakit perut lagi. 
0430 am - Kali ni mak kejut Wardah sebab cerita yang adik duk nangis-nangis kata sakit perut jugak. Mak kata adik kata kat dia yang dia gastrik. Guess what, janganla sakit pun nak sama-sama. Sweet sangat. 
0500  - Dah tak tahu nak buat apa lagi. Bila Wardah bangun pun rasa nak buang lagi. Alhamdulillah bila tak fikirkan sangat sakit tu dia kurang rasa sakit. Gigih pimpin adek pergi ke kereta. Serius dia nangis. Biasa kalau lelaki ni dah nangis means sakit sangat tuuu. Kiteorang pergi ke klinik kesihatan terdekat. Nak pergi hospital jauh sangat. 
Klinik kesihatan masjid tanah

Kereta wira cokelat

Mak tanya pak guard situ macam mana ye nak pergi bahagian kecemasan ni. Pak guard kata pergi telefon no yang ada kat dinding tu. Wardah pun telefonla. Sekali kol. Tak dapat. Kali kedua. Tak dapat. Kali ketiga baru dapat. Alhamdulillah. Bagi mak cakap. Sebab Wardah cakap kang kalut kalut je.

Wardah tak tahu tu doktor ke pembantu yang MA tu ke. Dia keluar dan buka pintu bahagian kecemasan. Wardah pun bawa adik masuk dalam. Pimpin dia. Wardah tu pun rasa nak buang lagi. Pergila toilet lagi. Adik kene enjet ubat tahan sakit dengan minum ubat gastrik tu. Satu cup kecil dia minum. Kene enjet kat tgn dia tu. 

Kiteorang duk risaula sebab dia tengah practikal kat Petronas tu. Huhu. Kang kene pape plak kang. Kang payah. Lepas tu, MA tu cakap kalau tak baik lagi kene pergi pagi nanti. Kat klinik kesihatan ni. Lepas tu kiteorang pun balik. 

0600 - Adik duk sambung tidur, bergolek dalam bilik, tahan sakit. Wardah biarkan aje dia. Wardah plak pernah teringat mak ade pesan kalau sakit perut macam tu buat teh pekat. Wardah pun buatla teh pekat tanpa gula. Huuu kelat rasa. Sebab tak tahan sakit dan rasa nak cepat baik perut tu tu yang buat tu. 

Wardah duk lepak-lepak dengan mak dekat depan rumah. Duk wasap abang tanya pasal baby. 6.30 dah masuk labour room, kul 7.10 pagi macam tu dah bersalin.. Alhamdulillah. Baby boyyyy.. Wahh memang excited gilerrr jadi mak ngah. Dapat anak buahhh. Hilang sekejap rasa sakit perut. Baby berat 2.44 kg. Kecik je baby dia. Alhamdulillah semua selamat. 

1000 - Siap-siap nak pergi klinik kesihatan. Alhamdulillah Wardah boleh drive dan dah makin pulih. Tapi mak ajak pergi sarapan dulu. Adik tetap macam tu, duk dengar dia muntah-muntah dengan tengok dia duk beeguling tahan sakit. Tak pergi praktikal la hari ni. Pergi sarapan. Mak aje makan. Wardah dengan adik minum air je sebab tak ada selera kowt. Wardah minum air milo adik teh o ais. 
1100 - Dekat je klinik kesihatan dengan warung tadi tu. So, lepas makan semua, pergi klinik kesihatan. Kerajaan je wak. Hee. Bagi ic tunggu nama kene panggil. Wardah dengan adik. Kene bayar RM1. Dah dapat nombor, menunggulah kita kene panggil dengan doktor. Tunggu dan tunggu. Nombor adik 3190, Wardah 3191.  Haha. Duk melihat ragam orang-orang dalam hospital, duk tunggu dan tunggu nombor kene panggil. Biasalah tuuuu. Sebelum kene panggil dengan doktor, kad rawatan kita tu kene bagi kat kaunter perjanjian asenya. Ada nurse yang akan check blood pressure dengan suhu badan kita. 
Nombor giliran
1220 - Nama kene panggil untuk check blood pressure dengan suhu badan. Adik lepas dah sebelum Wardah. Tungguuu. Hhaha. Duk main dengan baby humairak aje. 

1310 - Nama adik kene panggil  lepas dia Wardah pula. Wardah cakapla kes sama macam adik cuma saya c**** dan ase pedih selepas tu. Doktor pun terang sikit pasal gastrik, tak boleh makan pedas, kalau tengah c****, tak boleh minum susu. Kalau gastrik ye, tapi bukan susu panas kene susu sejuk. Kalau c**** juga awak buat teh pekat awak minum. Wardah pun dengar je penjelasan doktor tu. 

Dan Wardah pun ambil kesempatan tanya pasal pipi yang ada ketulan kecil tu. Dia kata nanti dia akan kecut sendiri. Sebab Wardah risau juga sebab dah lama. Adakah dia cyst tu doktor, doktor cakap kalau ye awak kene buat operation nanti. Gitulah yang Wardah faham. Dia kata biarkan aje dia mengecut. Nanti nak tanya doktor lain plak la. 

Lepas tu kiteorang ambil ubat kat bahagian farmasi dan mak pula rasa nak cabut gigi sebab gigi dia rasa sakit lepas tu berdenyut-denyut. So ada masa lagi. Ada bahagian pergigian mak kata bukak lepas pukul 2 petang. Kami pun pakat nak pergi bahagian pergigian kat tingkat atas. Adalaa dalam setengah jam lagi.... Kami pun naik dan saja nak lepak situ. Masa tu cerah la lagi. Memang tak ada orang lain pun kiteorang je. Last-last tiba-tiba gelap. Mak stil sengih je la. Tabah betul mak Wardah ni. Huhu. Wardah pun tahan je sabar. Ehhh. Tak nampak ke orang ada kat situ. Ade 4 ketul manusia duk ada kat situ. Huhu. Last-last mak kata tak jadilah nak, jom balik. 

Lantak ko lah wahai doktor, kalau nak kami pergi pun boleh cakap proper kowt. Dahla mak Wardah kowt, orang tua, hormatlah sikit. Haisyhhhh. Geram. Ingat saje je ke nak lepak situ. Nak bagi ko kerja juga. Huhuhu. Biarlah. Lepas tu keluar dengan rasa macam tulah.. 

Wardah dapat ubat ni. Adek dapat ubat gastrik yang botol putih untuk gastrik. Alhamdulillah hari ni bertambah baik sikit. Minum yang paket oren tu kene bancuh laa sebab rasa perut pedih dan bisa lagi. Sekali tengok cepat betul kesan dia. Huhu 
Ubat cirit birit

Kene jaga makan dah lepas ni. Memang kami adik beradik ada makan masak asam pedas sehari sebelum tu. Memang pedassssss sangat-sangat tapi siyes SEDAP. 

Lagi pulak mak yang buat. Tu yang bertambah-tambah bila makan. Wardah makan dalam 3 ke 4 kali jugakla. Adek makan tengahari dengan malam lauk tu. Tu yang dia lambat sikit tu terkesan. Wardah makan tengahari, petang dengan malam. Huuu. Tu yang meletop letop tuu perut. Mak pun dah pesan dah lepas ni tak boleh makan pedas dah. ==" huhu. Kadang-kadang tu je yang selera pun macam tom yam, asam pedas, sambal ayam, huhum kena buat tak pedas sangat dengan manis. Hahah. 

Tu je dapat cite. Hari ni pun ada kisah. Kisah apa? Nanti Wardah update. Insya allah. 


17 Jan 2016

Sweet Sangat

Sweet Sangat | Semalam memang lapar sangat. Tetiba adek duk keluar sat. Tiba dengar bunyi motor.  Lepas tu bunyi motor tu pergi.  Rupanya adik pergi beli aiskrim dekat orang jual aiskrim naik motor tu.  Katanya, nah kak. Lapar. Singgit je. Dia satu, Wardah satu. Haha. Sweet! 
Haha. Nampak tak effort dia sebagai adek. Melt kejap. Hahah..sweet sangat ko dek. Agaknya macam mana lah dengan pujaan hati dia nanti, lagi sweet lah kowt. Haa sapa nak jadi pasangan adik, mai..umur dia bawah sikit dari Wardah. Ehh. Duk pomot adik plak. Hahah. 

Ni pomot jap. Abang yang tengah tengah. Adik yang dua laki sebelah abang Wardah tu. Cuba teka dia yang mana. Adik baju putih tu pun sweet manis je. Tapi kali ni Wardah cte pasal adik yang baju biru tu. Hihi. Baju putih nanti kita cte. Dia pun lagaknya cam comel gak.haha.

Owner zerodastore

Cerita dengan mak malam tu, mak sengih jer. Hahahhaha. Dari dulu adik Wardah macam tu. Teringat nak balik asrama time tu hantar dia dulu, Wardah plak nak exam Spm, masa nak balik dari hantar dia, dia bagi cokelat cadbury besar tu. OMG, sweetnyeeeee...! 
Harapnya stil dapat kekal dengan orang yang sweet sweet hahaahaha. Ceyt. Berangan. 
Okeylah, selamat berhujung minggu. ^_^


16 Jan 2016

Kenangan Lama Terimbas di Bumi Seremban

Kenangan Lama Terimbas di Bumi Seremban | Fuhhh kenapa ntah hati ini asek cakap penat penat. Belum betul kerja lagi. Huhhh. Pagi tadi singgah di bumi IPRM. Nak ambil sijil yang satu tu sahaja lagi tinggal untuk Iv nanti. Sijil yang ada cop perak tu. Sijil tamat foundation sebelum masuk ke degree. Salah Wardah juga yang tak telefon ke unit peperiksaan dulu. Allah bagitahu tu telefon dulu bila nak ambil barang dengan tempat ke dengan orang ke. HUHU. XD 

Sebenarnya Wardah penakut nak telefon orang. Hahahah. Apakah?? Hahaa. The reality of me. Tak tawu kenapa. Disebabkan tak telefon tadi makanya Unit Peperiksaan tadi ada meeting. JADINYA..Wardah terpaksa datang semula ke IPRM petang tu. Sebenarnya dah janji dengan seorang ustaz ni nak jumpa dia pagi. Gasakkk nak jumpa sangat. Hahaha. Last last tak jumpa sebab pagi tadi data habis tak boleh nak wasap ustaz tu. Mesej dengan kol ta boleyh. Dont know why. Wasap boleh plak ustaz ni. Petang tu topup boleyh plak wasap dengan ustaz. Hhoho. Pelik je nombor ustaz ni. 


Dengan langkah malasnya Wardah bergerak ke sekolah adik SMAP Labu. Dalam pukul 1030 sampai ke sekolah adik. Sebenarnya si kakak tak dapat sesuaikan diri untuk hadapi kelas form 4. Si adik alhamdulillah dia baik-baik aje. Cumanya biasalah budak-budak baru nak upp.. ceceyhh. Si kakak macam tekanan bila kawan-kawan duk bandingkan dia dengan adik dia. Kalau Wardah pun mungkin la akan emosional macam dia. Siann dia. Kenapa jadi macam tu. Boleh klik entry2 pasal result PT3 adeks.

 
Mak dah jumpa guru dan kerani yang berkenaan untuk pindah sekolah. Hari sebelum ni dah pergi sekolah yang dekat dengan rumah tanya ade kosong lagi tak. Alhamdulillah ada. Jadi jadilah si kakak nak pindah. Si kakak pun kene jumpa dengan kaunselor sekolah, jumpa pengetua untuk bagitahu yang dia nak pindah. Selesai perjumpaan si kakak dengan mak dan kaunselor, kami pun nak gerak pergi maktab balik. Nak ambil sijil. Tak boleh ambil si kakak balik lagi. Kene lulus dengan pihak SBP baru boley proceed. Katanya dalam sebulan. Huuuhhhhhh


Sampai je IPRM. Huahuah. Sobsobsob sedih pulak kiteee. Kite tumpang solat kat balai islam dan ada juga jumpa junior-junior yang dah naik jadi senior dahhh. Wiwittt. Sedihh sebab dah telefon dekat bahagian Hep tanya unit peperiksaan buka pukul bape. Kul 2.45 bukak. Kita pergi kul 2.45 tu.. pergi kat kaunter. Bunyikan loceng. Satu.dua.tiga. tak ada orang munculz. Wasap dengan ustaz..ustaz tak balas lagi. Hahahha. Sobsobsob. Sedihhhhh. Wakakakaka. Sekali ade seorang pensyarah keluar. Dia cakap. Cuba datang balik pukul 3 ke 3.30 petang. Sobsobsob. T.T. penat jalan pergi kereta ke unit peperiksaan. ulang alik. 
 
Haaa ustaz tu pensyarah Wardah, saja nak jumpa tanya khabar. Dah lama tak jumpa kan. Hahahaha. Dah macam ayah jumpa anak. Tapi last last tak jumpa pun. Sebab ustaz dah balas wasap dia kata meeting dengan pengarah. Takkan kita nak sebokkk. Isyh isyh Wardah. Mak tanya ustaz tu dah kahwin ke. Hahah. Ape punya soalan mak ni. Hahha. Dah mak. Lama dah. Wardah jawab. Kihkihkih.


Last-last Wardah pergi balik ke unit peperiksaan. Bunyi loceng. Satuu..............dua............tiga................Tarakkk orang lagi. Ehhh macam kene telefon je. Hahaaaa. Telefon balik hep. Tanya. Last-last dia kata pegawai kami on the way ke sana. ==" Lepas tu, Dia bagilah sijil yang Wardah mintaaa tuu. Alhamdulilllah. Ada lagi sijil tu. Hahahaha. 


Kerani sekolah adik telefon kata boley ambil surat kat sekolah dan lepas tu pergilah sekolah adik balik. Fuhh fuhhhh. Pergi sekolah adeks. Seremban biasalah dengan jammed. Hadap tu semuaaaa. T.T Dari pagi sampai petang rasanya ke hulu dan ke hilir Seremban. Hoho XD. Lepas dah ambil surat dari kerani sekolah, kiteorang pun balik. Balik Melaka balik. Alhamdulillah selamat sampai. Dalam pukul 6.3O petang.. 


Terima kasih sudi baca entry berjela jela. Sesungguhnya saya kakak  yang tabahh kan??? Say yes please hihii. Hahahaha. #PERASAN KIHKIHKIH. 


Ni serba sedikit gambar di bumi IPRM. Imbau sikit kenangan. Kahkahkah. 
Balai Islam IPRM
Ini surau, dipanggil Balai Islam..bahagian perempuan ni

Padang bawah IPRM
Ini sekitar Balai Islam. Kat bawah tu ada padang d an court tennis. Atas tu padang besar. 

Sekitar balai Islam IPRM cantik
Yang kuning tu court skuasy. Tak ingat dorang panggil apa dulu. Pelupa betul. Pernah gak main. Sekali dua hahaa

Ni adik kesayangan, Azlin hihi naseb baik jumpa. Im the simple me. Blouse + skirt + tudung besar. Nampak macam berisi kan? Haha 

Masa kat sekolah adik, tunggu kaunselor datang. 

Sebenarnya nak post semalam. Tapi tertidur. Jadi post hari ni jelah. Selamat membaca. Hoho. 

P/s:  Doakan kami student Ipg tagging Sk dapat interview dan posting juga. Insya allah. StUdent Ipg tagging Sjkc dah dapat penempatan. Doakan taw. ^_^


15 Jan 2016

Selamat Hari Jumaat

Selamat Hari Jumaat | hai semua. Hari ni akan pergi ke Seremban lagi. Macam-macam urusan hendak dibuat. Singgah sana dan sini. Pagi hingga ke petang.. semoga Allah berikan tenaga lebih pada hari ni sebab rasa letihh fuhh. Pergi sekolah adik uruskan surat perpindahan sekolah.

Selamat hari jumaat.Ehh johor cutikan hari ni. Besttnya dah cuti. Hahaha. WARDAH cuti plak dah lama dah. Bila nak kerjaa ni. Hahaha. Semoga Iv dan posting untuk cikgu-cikgu batch 2012 dipermudahkan. Amin amin.. 

Oklah selamat hari jumaat. Fuhhh. Fighting!! 

Kembar tidak seiras
Ni adik dengan kakak (kembar) dengan mak dekat SMAP Labu.

Ok semua. Takecare. Papai. 




14 Jan 2016

Si kakak Bakal Pindah



Si kakak Bakal Pindah | Pagi ni maybe a short entry. Pagi ni nak pergi ke PPD Alor Gajah nak uruskan perpindahan si kakak dari sekolah lama ke sekolah yang dekat dengan rumah. Alasannya? Tak boleh cerita panjang tapi nanti Wardah cerita.
Pagi ni ke PPD dan akan terus pergi hospital untuk appoinment mata adik dengan doktor. Petang pula hantar dia balik ke sekolah di Seremban. Semalam petang ambil dia. Penat fuhh. 
Oklah. Bye semua. 


13 Jan 2016

Hadiah dari Anamizu

Hadiah daripada Anamizu | Alhamdulillah awal tahun ni memang murah rezeki. Rezeki awal tahun gamaknya. Tak sangka menang hadiah daripada giveaway rakan sendiri, dan sekarang dapat hadiah dari blogger kak Anamizu..

Ceritanya tengah-tengah kemas bilik, tiba-tiba bunyi mesej masuk dalam handphone and macam terkejut bila baca emel YOU ARE WANTED!! Masa tu macam ase ehh aku wat apa sampai wanted. Hahhaaa. so macam ehhh ouhh rupanya kene bagi details sebab antara pengomen tegar blog Anamizu. Tak sangka plak boleh dapat. Atceli rasanya ada orang lain lagi banyak komen daripada Wardah. Btw, rasa sangat best bila dapat penghargaan macam tu. Thanks akak Anamizu.


Apa hadiah yang dia bagi. Bagi follower insta Wardah pasti tahukan yang ada gambar Yasin warna blue ocean tu. Haa tu teaser je. Hahah. Ni lah gambar penuh hadiah dari kak Anamizu. 


Bila bukak je sampul, comel sangat bungkusan ni. Take a deep thinking jugak bila tengok hadiah ni dan fikir nak buka. Sebab macam sayang je nak buka.
Kad simple dan sweet
Ok card yang simple dan sweet. Comey sangat!

Buku yasin biru muda
Ada buku yasin. Kaler ni memang cantik dengan design ni. Love love.

Tasbih warna kuning mustard
Ada tasbih warna kuning. Salu Wardah dapat warna pink..putih..hitam hihi

Voucher offer Domino's
Dan tidak lupa juga dapat offer coupon Domino's. Bestnya dapat murah sikit bila beli Domino's nanti.hihi
Semuanya ada 4 hadiah. 

Thanks again kak Anamizu...!! Rasa sangat bertuah walaupun perkenalan di dalam alam maya. Semoga ukhwah kita semakin bertambah erat. Insya allah. 

Haa. Jangan lupa terjah blog Anamizu!!!


12 Jan 2016

Blog dan Aku

Blog dan Aku | Semalam introduce kepada seseorang yang Wardah ialah seorang blogger. Haa dan Wardah tak pasti dia tahu je tak. Hahah. Bila bagitahu dia senyap je dengar. Haha. Tak apalah,at least dia tahu. 

Sejak masuk bulan januari ni memang Wardah macam kelu nak menaip dalam blog. Mungkin sebab usia Wardah tahun ni 25 tahun mungkin yang buat Wardah macam tak percaya. #percayalah! Kalau bukan kerana soal kerja, soal pasangan, soal duit perkara-perkara macam ni buat Wardah kelu. Ehh 5 tahun lagi dah nak menginjak ke usia 30 tahun. Harap 3 perkara ni dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin dan dipermudahkan. 

Blog dan aku. Teringat pula awal-awal berblogging, mana banyak follower. Sampai seratus pun idokk. Blog pula memang tak lawa mana pun dulu. Sekarang ni pinky-pinky sikit. Kemas tu tak adalah sangat. Alhamdulillah masih berblogging sampai sekarang. Walaupun Wardah tak update dah berhari ada juga pengunjung yang datang baca dan drop komens. Nanti Wardah singgah semula ya blog-blog awak yang lain. 

Blog dan aku, sebenarnya pernah juga rasa nak berhenti dari dunia blogging sejak putus cinta dulu. Hahaha. Gilos kan bila dah frust ni. Macam-macam benda kita nak buang. And now tak payah kowt buang sebab not 100 percent Wardah cerita tentang my love pun. Banyak tentang life, families, student life dan pengalaman hidup. So, why not Wardah teruskan je menulis dan menulis. 

Walaupun blog ni dah lama tapi Wardah tak pernah fikir pun tentang sumber income dari blog. Baru sekadar buat sedikit sahaja review tentang produk, service, advertorial dan lain-lain lagi. For sesiapa yang ingin Wardah buat review mailah emel ke neesacutez@gmail.com sebab Wardah akan cuba sebaik mungkin mereview produk / servis anda. Alhamdulillah ada jual income dari blog. Walaupun tak banyak. 

Oklah sebelum cerita ni menjadi lebih panjang, Wardàh nak akhiri dengan menyatakan Wardah love this blog so much. This is my diary, my experiences, getting frens and banyak lagi nak buat dengan berblogging ni. Cuma belum berkesempatan. Doakan Wardah terus berjaya yeee.. Hee

Oklah peace! 


4 Jan 2016

Wish Selamat Tahun Baru 2016

Wish Selamat Tahun Baru 2016 | Hai semua. Pasti ada yang pelik.. manalah Wardah ni. Tak mo ucap selamat tahun baru ka.. hihi. Maaf hari ni dah hari keempat dalam Januari. SELAMAT TAHUN BARU 2016 !!! 

Alhamdulillah, banyak nikmat yang kita kecapi harii ni. Azam Wardah?

Semoga tahun 2016 membawa tahun yang lebih menggembirakan buat diri ini. Insya allah. Semoga tahun 2016 dapat membentuk diri ini menjadi seorang yang lebih tabah, kuat dan cekal daripada yang sebelumnya. Semoga ada sinar yang dapat membahagiakan diri Wardahhh ini. Sinaran apa tu? Manalah kita tahu, mungkin kebahagiaan yang selama ini dicari-cari telah tiba. Maybee.. doakan Wardah ya. 

Alhamdulillah menang giveaway daripada rakan Wardah sendiri iaitu imashue. Menang topup RM 10 dan Wardah juga dapat sabun Nurasya percuma kerana ada contest yang Wardah ikut kat salah satu page Nurasyya. Insya allah. Tak sabar menunggu. Boleh buat produk review nanti. Insya allah. Tu semua rezeki awal tahun tuuuu. SYUKUR. 

Oklah, nak aktif bw macam biasa. Tungguuu. Nanti Wardah serang. ∩__∩


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...