19 Dec 2016

Berhabuk Plus Tak DiJenguk

Berhabuk Plus Tak DiJenguk | Assalamualaikum.. nampaknya, sepi sunyi terus tak berupdate blog ni. Berbulan bulan menyepi tanpa sebarang jengukan pun ke blog blog lain. Haii, ape nak jadi dah dengan Wardah ni. Nak teruskan berblogging atau tak. 

Siyesly, Wardah memang rindu dunia blogging. Cerita sana sini share about my experience. Erm... Wardah sekarang ada di Melaka, cuti sekolah. Wardah dah mula bekerja as a teacher pada 15 Ogos 2016. Erm.. sekolah mana tuu. Sekolah di area Pasir Gudang. More specificnya di Masai.

Sekolah Wardah sekolah kecil, hanya ada 17 orang guru dan beberapa orang staff di sana. 

Siapa yang duk Pasir Gudang meh la komen. 

Wardah buat masa ni menetap di rumah sewa di Taman Cahaya Masai. 

Haaaaaa, banyak cerita nak cerita dengan uolss, tapi kesempatan masa yang kurang buatkan diri ini nak cerita tu tak tertaip. Doakan Wardah ya. Sibuk sikit di rumah uruskan bermacam macam hal. For person yang really rindu nak tahuu perkembangan gueee. Wardah ade update di Instagram ade, di Facebook pun adaaaa. Mai la singgah singgah. 

Apa-apa memang banyak update kat sana je. 

Banyak jugak draft yanggggggggggg yang jadi darftttt aje. Hho. 

oklah, doakan Wardah nak nakkk sangat update blog ni. 

Tapii tapi,, kesibukan diri yangg... erm tulah tu. 

Harap dapat selalu update lah. 

Till then, bye!

16 Oct 2016

Luahan Rasa Rindu

Luahan Rasa Rindu| Heeee, tajuk pun macam ape dah kan.  Dah macam orang angau ke ape tak taw.. dah lama rasanya tinggalkan blog ni tanpa update. Guana ni bohhhh?? Sejak baru sahaja posting ke sekolah pertama ni, agak sibuk sikit nak update dan memandangkan gaji punn masuk lambat, mood pun tiadaa.. 
Sekolah Wardah baru sahaja habis Hari Sukan Tahunan 2016 di sekolah tadi. Ehemm ehemm, akhirnya menannggg juga rumahh ku rumah merahh!! Hahahahah. Fuhh. 
Memang best handle hari sukan ni, hahahaaha tapi banyak kerja dan bertimpa kerja sebab sekolah Wardah sekolah kecilkannn.. jadi guru dan kakitangan memang kurang sikitlah.. heeeee. 
Memang hebat sape yang bekerja di sekolah kecil ni, tak kurang juga yang bekerja di sekolah besar yang menghadap ribuan murid murid.. 
Moga banyak lagi kenangan manis yang tercipta di sekolah ni.. amin.. 

2 Oct 2016

Memasak dengan Rice Cooker

Memasak dengan rice cooker | Tajuk hari ni pasal masak masak uolsss. Hehe. Excited kan. Sebenarnya kan, Wardah minat sangat nak masak macam macam, tetapi kat rumah memang tak masak sebab mak salu masak. Heeeeee. Anak manje makk. Lagi satu wardah takut wardah masak tapi tak sedap.. disebabkan kite ni perantauan, dan dah tinggal di rumah sewa sendiri.. alhamdulillah, kerajinan dah meningkat nak memasak. Hehehe. 
Rumah sewa Wardah ni tak ada dapur pun, awal awal deal hari tu katanya fully furnished. Kiki. Kene tipu makkkk. Uwargh. T.T. 
Alhamdulillah, ada senior cikgu mat sekolah yang sudi nak pinjamkan rice cooker dye. Katanya ada lebih, pakailah. So alhamdulillah, dapatlah masak yang simple simple aje lah. Lagi satu nak masak yang lebih lebih tak dapat sebab kami tak ada peti ais. Hurmmm.. mungkin next year baru dapat beli. 
Antara hidangan simple /ringkas yang Wardah dah buat ialah kentang goreng, nasi goreng, roti telur, sardinnnn dan cucur pisang.. Yang tu je yang ade, bawang merah bawang putih pun tak beli.. sebab risau tak masak sangat, sebab salu balik sekolah mesti dah boomm penat.. nanti busuk pula. Lepas ni nak masak spageti pulakk lah... sup sup ke tom yam ke, pasta ke, macaroni ke.. yang simple aje. 
Haha, jarang nak share pasal masak. Doakan Wardah ye, mana taw jadi mahir masak masak ni. Ermmm.. dah lama juga rasanya tak update blog. Nanti Wardah update lagi ye. Tataaaaa. 

11 Jul 2016

Hari Raya Pertama 2016

Hari Raya Pertama 2016 | Alhamdulillah persiapan untuk raya pertama hampir siap, tinggal semalam sahaja baju emak belum ada. Jadi berjalanlah kami ke bazar ramadhan di Klebang. Alhamdulillah jumpa jugak baju yang memikat hati kami. Haha. 
Raya pertama, bangun pagi macam biasa, mandi dan siap siap, rupanya Wardah baru sedar tudung untuk Wardah tiada lagi. Makkk aiiii!! Warna tema bagi kami sekeluarga tahun ni ialah dusty pink. So nak tak nak memang susah sikit nak macth sebab Wardah tak pandai nak match warna. Last last Wardah match kan dengan warna merah makkk aii. Selalunya kami gerak ke rumah nenek selepas solat raya . Tapi raya pertama ni sebelum solat. Sebab tahun lepas kami paling lewat sampai. Tu yg ingat nak datang awallah tahun ni. 

Menjadi kebiasaan dalam keluarga besar kami untuk menziarahi kubur setiap kali pagi raya pertama. Ade tiga ke empat kubur yang diziarahi bagi mengingati semula kepada insan yang telah pergi. 

Kami juga akan konvoi selepas itu ke rumah nenek nenek saudara kami. Rumah yang pertama ialah rumah Cik Umar, kemudian, rumah di Pulau Gadong, kemudian rumah di Jalan Pokok Manggis rumah Pak Cik Zakaria dan seterusnya di Cheng. Tapi tahun ni rumah Nek Na di Cheng tiada kerana Nek Na sudah berpindah ke Ayer Keruh. 

Haaa, perihal duit raya!! Agak agak Wardah dapat lagi tak. Kihkih. Alhamdulillah, disebabkan belum kerja dapatlah sikit duit raya daripada sedara mara. Heeeeee. Tenkiuuu tenkiuu!! Padahal malu jugak niii sebab umur dah 25 dapat lagi?? Haha. Setakat itu sahaja cerita raya pertama. 

Nanti kite sambung raya kedua lak okiesssss. 

25 Jun 2016

10 Malam Terakhir Ramadhan

10 Malam Terakhir Ramadhan | 
Pecutan 10 malam terakhir 2016
 Jom sama sama menggandakan usaha mengejar 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan ini. Insya allah. 

24 Jun 2016

Diganggu Lecturer ?

Diganggu Lecturer ? | Pernah tak kamu sebagai seorang pelajar diganggu lecturer kamu sendiri? Ceritanya begini, sejak menggantikan model yang tak dapat bekerja last minute tu, adelah photoghrapher tu sharekan gambar dan Wardah pula ade tagged beberapa gambar. 

Dan tak semena, ramai yang cucuk jarum hantar mesej di chat fb. Ermm. Mungkinn model model ataupun public figure yang lagi manis dan hot tu dapat banyak masalah yang sedemikian kan. Wardah tak melayan pun.. dan no. Cukuplah seorang yang dah bertakhta di hati ni sekarang. 

Sehinggalah satu ketika ade seorang lecturer ni add Wardah di facebook. Wardah pun accept macam biasa kerana memikirkan dia seorang lecturer. Tak lebih daripada itu. Siyesly tak fikir apa apa yang mengarut pun. Dia pernah menjadi pensyarah bimbingan masa prkatikal dulu tu yang terima je. 

Mula mula ade lah dia post sumthing di wall Wardah. Terima kasih approve bla bla bla. Dan Wardah keep going layan macam biasa, tak beerti nak fikir apa apa pun. Just me,student and lecturer. Sekali dia suruh pm. So Wardah pm. Tapi just fikir ade pape kowt dia nak pesan sebab aku student yang dah habis belajar. So, bila pm makin mengarut plak... 

Pada awalnya layan macam biasa aje. 
Mula mula macam tak terfikir ape pun bila dia suruh wasap, see kat sini Wardah tak bagi apa2 contact pun. 

Fb, wechat, wasap apatah lagi.

Masa ni dop fikir ape pun. Bila fikir fikirkan balik buat apa nak jenjalan dengan dia?? Ingat Wardah ni apa. Fuhh. Masa ni balas pun dah berasap kepala fikir. 

Ini mesej pada waktu malam.. dan erm?? Wasap senang sikit? Gapo dio nak wasap malam malam?? 

Bila dah start pepelik macam ni, Wardah block aje terus. Block semua. Kat wechat dia ada add juga, akaun fb Wardah yang tak aktif tu pun dia duk add dan mesej. Dan no wasap Wardah mana ntah dia dapat. 

Huuu. Send gambar Wardah? Huuummm. 

Seram aih.. 

Oklah need to stop. Bila ditanya pada pensyarah Wardah yang lain.. rupanya dia single father. Uhuk. Rupanya macam tu, dan pensyarah Wardah tak sangka yang dia akan cari orang muda macam Wardah ni. Kelakar katanya. Ehh. Ada yang berkenan ke? 

22 Jun 2016

Nilai Cinta

Nilai Cinta | Hai peeps. Apa khabaq sihat ka?tetiba nak jadi macam the beauty nuramirah speaking utagha. Hahha. Harap semuanya sihat belaka, bajet macam orang baca blog ko Wardah. Haha. 
Tetiba hari ni nak berleteyaq pasai cinta, haaaa. Haaa angpa jangan cakap angpa tak taw pasal kisah cinta limosin tu. Aikkk tak taw ka. Tak pa, kisah dia macam ni.. Si boyfriend buat suprise dekat girlfriendnya sempena birthday yang ke 22. Taw dakk dia buat apa, dia sewakan limosin mewah tu dan suprisekan girlfriend dia. Heeee kita kalau dapat suprise macam tu mesti 1bulan lepas tu duk teringat teringat lagi. Iya kannn. Ni tak kena pada kita, kita dah teruja teruja sangat! Haha. Fuh. Bergosip plak dah. Maaf maaff.. 

Sebenarnya bagi Wardah kan kannn tak kisah pun nak suprise macam manapun tapiii suprise sangat tu, tak takut ka teruji di kemudian hari? Huuummm. Wardah memang tak layak cakap pasal cinta, pasaipa sebab Wardah pun tak kahwin lagi kan. Tapi ade jugak la pengalaman bercinta tapi buat buat heboh sana sini last last Wardah putus . Tak apalah Wardah doakan yang baik baik sahaja untuk korang, moga cepat cepat naik pelamin. Moga bahagia sampai bebila. Lepas ni pergi bawa jumpa mak ayah terus naaaa ... 
Selamat menjalani ibadah puasa semua. Jaga jaga amalan kita, ada yang memerhati dan menilai kita dalam kehidupan ini, bernafaslah sebagai seorang hamba. 

5 Jun 2016

Kehilangan Muhammad Ali

Kehilangan Muhammad Ali | Alfatihah atas pemergian Muhammad Ali. 
Gambar Muhammad Ali

4 Jun 2016

Bodyguards bodyguards Daftar U lah.

Bodyguards bodyguards masuk U lah | Haii peepsss. Sekarang Wardah update lintas langsung dari Uitm Jasin.haha Secara live nokk. Heeee. Tadi bergerak dari rumah dalam pukul 8 lebih dan alhamdulillah sampai dalam pukul 9 camtu. 

Hari ini my kiri bodyguard daftar U untuk sem 3. Katanya dah janji dengan gengnya pukul 9 untuk daftar sekali. Supaya dapat lah duk satu rumah. Katanya lah. Yelahh yelahh hakak percaya. Wardah dan kanan bodyguard dah landing dalam kereta dah. Hahaha. Sambil layan lagu carta 40 era. Hahaa. Bodyguard kanan dah sleep sudaahh. Wardah kat belakang duk guna wifiiiiiiiiuuuuuuuitmmm ni ha. ==" 

Kejap kejap lagiii pulangg balikk bersama kiri dan kanan bodyguard nii. Hari isnin baru hantar semula MsB ni sebab dia ada kelas hari Selasa. Kira dapatlah MsB sahur dan berpuasa dengan kami ni.. insya allah. 
I thought macam nak pergi kenduri kawen one of my best fren but, dia tak jemput pulak.Dapat jemputan pun sebab kembar dia yang jemput sebab sama majlis. Tapii whyy shouldn't you yang jemput. Huuuu. Kecik ati kiteee. Tapi macam tak sempat asenye nak ke sana sebab luar Melaka jugak. 

Takpelah I should pray your happiness on your marriage. Congrats kawan Wardah yang kembarr!! Tahniah semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah! Selamat pengantin baruu guysss. Selamat bercintaaa! Ehhh bila Wardah nak bercintaaa ni.. hihi. Opsss. 

Sebab ni 360..habis muka ploles macam pajuraa. Merah-merah tu ade jerawat. Pipi belah kiri tu aje probs sikit. Hope my face will be fine nanty. AMINNN. 

oklah, adik dah mula angkat barang naik atas. Dapat tingkat 2.kite duk dalam kereta je... sebab perempuan tak boleh naik asrama. XD 

3 Jun 2016

Menyepi

Menyepi | Lama jugak Wardah menyepi tanpa tulisan tulisan diari ni. Hahah .  Awatnye. Tiada ape pun nak update sebab masih menunggu panggilan posting ni haaa. 

Jadi cuti Wardah diisi dengan apa? 

Yes. Wardah buat hometutor,ajar ngaji dan ajar tusyen. Walaupun tak yakin boleh ajar subjek yang Wardah tak ajar macam satu cabaran pulak. Sebab nanti masuk sekolah pun tak semestinya ajar subjek yang kami belajar. Erm. rare gaklah berlaku. Tapi ada. 
Guys. Wardah stop pakai ape jua cleanser. 

Sekarang consume Perlaking dan pakai Aloe vera soothing gel. Sebelum ni pernah pakai nurasya..and set skincarenye. Sabun dah ok..kurangkan jerawat but, afterwards tetiba makin banyak pulak breakout. So Wardah stop. About 3 weeks, Wardah guna air suam dan air sejuk je as cleanser dan malam2 tepek aloe vera tu as mask. Dapatlah kecutkan jerawat. 

Ermm.. but now, Wardah tengah cuba Cosmoderm Tea Tree Oil tu. Tapi naik pulak jerawat. Camne ek. Nak buat. Naik kat dagu dan bawah hidung. Mungkin sebab compact powder? Atau apesal ntah eh naik jerawat. Macam mane nak ploles macam Pajura niii  .. sesapa yang pakar boleh dop tolong ambe. Ada yang nasihatkan ambe supaya pakai dua seminggu dua. Tapi risauuu plak.. 

Nak pakai cleanser ape dah ni. Buntu. T.T. 
Guys,, tolong doakan ambe. Dipermudahkan segala urusan. Baru diuji dengan sedikit kekeliruan, Wardah dah down. Cepat down Wardah ni. Haha. Doakan hubungan ambe dengan seorang cikgu ni berjaya hingga ke akhiirnya. Doakan ambe ye. 

Totally miss u rakan bloggers. 

18 May 2016

Must-have Women's Shirts To Own

Must-have Women's Shirts To Own | Hi  everybody!! How your life going on especially for today? Hope everything will be fine and going smooth on what have plan. Today, I would like to tell you that as a women we must have women’s shirts to own. Deeply inside I really love to have it and wear them with skirts or slacks. As a muslimah we can be versatile and fashionable with these women’s shirts. Sometimes I will wears that women’s shirt with skirt. It really looks feminine and gorgeous. 

Women who are always on the go and love the smart and neat looks will definitely need to own some shirts in their closet. See, I think most of women will agree with this opinion. Shirts give you that quick boost of maturity and sophistication which can be worn to any occasion with style. You can wear it to the office, parties and even a day out with your friends. It does not matter what age you are, shirts are a must-have fashion piece for any women to own. If you have no idea what type of women’s shirts that works best for you, take a look at the three choices of women’ shirts below. It will amaze you and will make you eager to have it on your closet. 

1. The Clean White 


Woww, it looks great with this clean white shirt. :) 

No one can ever go wrong with wearing a clean white shirt. It gives you that neat classy appearance while making you appear elegant effortlessly. It can also be simply matched with any bottom due to its versatility. The simply clean white are able to be matches with any colours and really easy to be suit in. Be creative and pull together your best poise look. Feel confident and have heads turning into your direction. I have few in my closet on this simple colour. It really made my day and it turn out to be the best women’s shirts because it easily fit in. You can suit with blocking colour skirts and scarfs, you can also suit with skirts that have patterns and many more. Just choose and suit it well. 

2. Pretty Pastels 



I am really fall in love with pastel colours. It looks soft and feminine. Pastels will always make any women appear stunning and helps bring out your feminine side. From various pastel shades, you can choose the one that fits your personal style. Pastel shirts are great when matched it with a white or black pair of bottoms. If you want to show off more of your girly girl sides, you can always pair the pastel shirts with a matching shade of skirts. Pastels are my favourite. I also have many pastel women’s shirts on my wardrobe. Haha. Women’s clothes are so many until we don’t know which one is the best for us to match out. 


A few women's shirts that i have on pastels and also clean white. Really love these colours. ^^,

3. Florals 



Other than pastels, floral shirts are becoming a popular choice among women. It also brings your feminine side as well as your sweet innocence. There are many floral shirt designs available so pick out your favourite one and style it with confidence. Florals are never going to go out of style so why not add a few into your wardrobe. 


 These are few that i have on floral shirts. It really suit me well. =) There are many more but i have even wore it yesterday. Heee. 

;)

Im wearing floral shirts.. ;) 

In the nutshell, i think theese three type of shirts are must have on women's closet. These three types show the feminine of women and versatile on it. How about your opinion? Lets comment! 

Must-have Women's Shirts To Own |

16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016

Selamat Hari Guru 2016 | Pada hari ini ialah tanggal 16 mei 2016 adalah tarikh yang dinantikan buat rakan-rakan guru. Walaupun disekolah ternyata guru yang membuat persediaan untuk menyambut Hari Guru ini, sebagai seorang guru mereka tidak kisah berkorban. Demi karier dan demi anak murid yang ingin menyambuttnya bersama. 

Selamat Hari Guru 2016
Sebagaimana biasa paling tidak pun para pendidik akan mendapat hadiah daripada anak murid mereka, tidak kiralah ucapan  pun sudah cukup memadai. Ucapan daripada anak-anak murid sudah menunjukkan ingatan mereka tentang jasa guru dan seorang guru pasti sangat menghargainya. Sebagai seorang guru, apa yang menjadi perhatian utama ialah keberhasilan didikan yang telah diajar kepada semua anak-anak didiknya. 

Jika berjaya itulah dirasakan saat yang paling manis dan indah jika peningkatan yang berlaku kepada anak-anak murid yang diajar pasti membuahkan senyuman dalam diri seorang guru. Alhamdulillah.  Andai tidak berjaya, seorang guru pasti tidak berputus asa memberi galakan kepada anak murid supaya sentiasa berusaha, berusaha dan berusaha dengan gigih kerana itu sahaja jalannya untuk kekal berjaya. 
jasa guru
Dengan ini, saya bakal pendidik mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua para pendidik di dunia.. jasa guru tidak ternilai lebih-lebih lagi kepada insan yang menjadi pendidik sejak lahir lagi iaitu Puan Rohani binti Abdullah, dan Encik Md Shah bin Samat. Kehadiran ibu bapa sebagai pendidik yang paling besar jasanya dihati ini.. terima kasih emak dan ayah. 


Setulus ingatan Wardah menujukan Selamat Hari Guru kepada semua guru, pensyarah, bakal-bakal pendidik, rakan-rakan yang sudah bergelar guru di:  

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMUNTING, PERAK
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, MELAKA
SEKOLAH AGAMA SUNGAI UDANG MELAKA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHARIFAH RODZIAH, TELOK MAS,MELAKA
KOLEJ MATRIKULASI GOPENG
IIUM, PJ
IPG KRM, IPKB 
RAKAN-RAKAN GURU 
SK BUKIT BERINGIN, MASJID TANAH 
SK WAWASAN, SEREMBAN 2
SK BONGEK, REMBAU 
SK BUKIT ABAL
BAKAL PENDIDIK YANG MENGENALI DIRI INI . 
Selamat Hari Guru Tahun 2016
Terima kasih kepada semuanya yang memberikan tunjuk ajar tanpa jemu kepada diri ini secara langsung ataupun tidak langsung. Dari kecil hingga dewasa, dari gagal hingga berjaya. Maafkan diri ini andai pernah membuatkan cikgu-cikgu kecewa dengan sikap nakal diri ini. Sesungguhnya jasa guru-guru amat bermakna dalam diri ini. Buat rakan-rakan pendidik ataupun bakal pendidik, Selamat Hari Guru, moga kita ikhlas menjadi seorang guru. Mudah-mudahan kita menjadi inspirasi buat anak murid untuk terus berjaya.. !! 

Selamat  Hari Guru!! 
Pastinya hari ni adalah hari sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing.  Pelbagai tema yang dapat dilihat yang diupload oleh rakan-rakan di fb mahupun instagram dan laman-laman sosial yang lain. Gud job all teachers! For the special one.. happy teachers day. I wish sudah malam tadi. Heee. K bye! 

15 May 2016

Tahniah Hafiz Suip dan Pasangannya, Effy!

Tahniah Hafiz Suip dan Pasangannya, Effy! | Akhirnya Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Effy dengan sekali lafaz! Barakallah buat mereka berdua. Sangat cantik dan segak penampilan Hafiz dan Nureffy ini. Majlis Akad Nikah dijalankan di kediaman pengantin perempuan seawal 11 pagi. (Sumber SINI

Tahniah sekali lagi buat Hafiz. Wardah antara peminatnya dan mendoakan semoga ikatan perkahwinan mereka berdua kekal hingga ke syurga. Amin.Rakannya Akim Ahmad juga turut perform pada Majlis Resepsi Hafiz dan isterinya. Anda boleh tengok akad nikahnya:  SINI
Jom layan gambar! 
Hafiz Suip Menikah
Sumber foto @hafizsuip di instagram 

Hafiz Suip dan Isterinya, Effy
Sama cantik sama padan. Congrates Hafiz dan Effy!! 
Selfie Hafiz dan rakan artis
Sumber foto @hafizsuip di instagram 

Hafiz Suip jadi pahlawan
Sumber foto @hafizsuip di instagram 

Isteri Hafiz Suip Effy
Sumber foto @hafizsuip di instagram 

isteri Hafiz Effy
Sumber foto @hafizsuip di instagram

hafiz dan isteri sweet
 Sumber foto @hafizsuip di instagram 

Semoga ikatan perkahwinan mereka berdua kekal selamanya. Akhirnya Hafiz sudah bergelar suami orang. Buat peminat yang meminati Hafiz jom doakan akan kesejahteraan bahtera rumah tangga mereka bahagia . Cepat2 ada baby. XD 

14 May 2016

Model Ganti

 
 Model Ganti| Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas dapat merasai pengalaman yang baru tentang menjadi seorang model. Model pakaian muslimah dan untuk produk skincare. Semalam mata terjaga pukul 2 pagi dan rasanya tak boleh lelap. Lepas sejam dua baru boleh lelap, rupanya masih belum solat isyak. Wardah pun solat isyak, eh yang pelik biasanya adik beradik Wardah salu tidur lewat, malam tadi rasanya sunyi kejap. 

Ok dan Wardah dapati ade seorang saudara yang hantar mesej wasap "Assalamualaikum", 
dan malam semalam juga dibalasnya. 

Mujurlah pagi ni bangun awal biasanya pukul 8 macam tu lepas solat Subuh. *jangan amalkan ye* Mak pula beritahu yang kazen mintak gantikan seorang model yang cancel last minute untuk suatu produk kecantikan. haha tu yg kazen cakapkan. aduii.. Bangun je. siap2 dengan main ambil je baju yang nak dipakai dengan shawl. Lepas tu pergiiiiii.. Wardah just fikir nak tolong orang aje.  My kazen ade beritahu perlukan seorang yang sukarela and i missed it. Dialah yang wasap malam sebelumnya. 

At 9 Wardah sampai di dataran 1 Malaysia. Dan dalam pukul 10 ke 11 Wardah berjumpa dengan kakak tu. Lepas tu cari port yang menarik dan nak beritahunya Wardah walaupun orang Melaka Wardah tak pernah masuk tempat berpasir tu. Hahahhha. Yang dekat pantai klebang ni. Wardah pun buat buat macam tahu dan kami pun jelajah pantai berpasir ini tanpa terfikir kesannya. 

kereta terbenam dalam pasir klebang
Akhirnya kami terkandas di tengah tengah satu laman yang macam tak terusik pun tempat tu. Masa tu memang tak fikir ape dah.. dah tolak dah tekan minyak sangat dah pun stil tak lepas. Last last kami panggil orang naik kereta Hilux tu tarik. Alhamdulillah ada yang nak tolong. Last last tak jadi cari port kat kawasan berpasir tu dan kami cari kawasan yang ade tiang tu. 

Secara jujurnya Wardah tak pernah sertai jadi model pun..wakakaka. Ni kazen dah sebut nama dan Wardah hanya fikir nak tolong dan ingat sekejap je. Rupanya sampai ke petang. Hoho. Fuhhh letih. Adelah masalah sikit yang menjadikannya lambat. Tak perlu rasanya nak cerita kat sini. 
Jom kita tengok hasilnya. 

produk shoot murah
If wanna shoot untuk produk boleh deal dengan kak F dengan contact di ig beliau @elfateh photography 
tudung khimar cantik

Khimar kuning ayu dan cantik
Makeup pun  Wardah tak pandai. Ni lagi nak jadi model. Photographer tu perempuan dan dia yang makeupkan. Tengahari baru start shoot. Makeup dan tukar tudung sume. Setelah habis shoot dekat pantai klebang tu dalam pukul 3 petang singgah solat dekat surau kat jalan balik buluh (dekat dengan rumah arwah nenek) kami pun gerak ke Afamosa di Bandar Hilir tu. 
Wardah tinggal kereta di rumah nenek dan ikut kereta kak N. Kak N ni datang dengan suaminya dari Kelantan. Jauhkan. Jadi sumbangan Wardah pada hari ni sebagai membantunya dalam membuka bisnes Khimarnya. Semoga berjaya dengan perniagaan kak N. Kak F inilah photographer yang shoot gambar Wardah. Walaupun Wardah memang kekok sebab memang tak pandai posing tapi belasah aje. ==" . Kak F ade ajar sikit-sikit. 
selfie wefie dengan model cantik
Itulah serba sikit tentang pengalaman menjadi model tak bertauliah. Hoho. Im not pretty dan muka Wardah sekarang dah membulat tahu tak. Errr. Tak percaya. Mai tengok. BOLAT! 
pipi bolat wardah
Bolatkan pipi Wardah! Muka free tanpa makeup. 

Dalam pukul 5 lebih kami pulang ke Klebang semula sebab Wardah nak ambil kereta. Hujan pun dah mula lebat. Masa nak tukar kereta tu adelah Kak N bagi sedikit buah tangan dan handsock. Alhamdulillah.  Tu sahaja kowt nak diceritakan. Btw, memang penat sebab Wardah dari pagi sampai petang. Heee. Agaknye macam mane lah ye model yang dah profesional dan talented mesty lagi penat. 

Ok babaiiii! 

1 May 2016

Puding Karamel

Puding Karamel | Pagi-pagi lagi kite dah breakfast puding caramel. Fuhhh fuhhhh. Dapnyeee!! Hihi, kite craving sangat nak makan, lepas tu dah lama tak buat. Tu yang nak buat tuuu. Malam tadi godek-godek tengok ada bahan yang lengkap. 
Puding Karamel
Bahan-bahannye: 
1. 10 biji telur / 7 ke 8 biji telur
2. 1 tin susu pekat / 3/4 daripada susu pekat
3. 1 cawan air masak
4. 1 sudu kecil esen vanilla
5. 3 sudu besar gula pasir
Cara-caranya: 
1. Panaskan periuk dan letakkan gula di dalamnya sehingga cair keperangan. Bila sudah cair, gerakkan kuali ke kiri ke kanan dan sejukkan. (Wardah guna periuk je buat puding)

*jika buat dalam loyang, bila gula dah cair keperangan tu cepat-cepat transferkan ke loyang. Dan pastikan gula keperangan tu berada di permukaan loyang dengan baik dan sejukkan. 

2. Pecahkan semua telur dan kacau sehingga ada buih. Jangan berbuih sangat.

3. Masukkan susu pekat dan kacau rata. 

4. Masukkan esen vanilla. Kacau lagi. Bagi rata.

5. Masukkan air masak tadi. Kacau rata.

6. Tapiskan bancuhan tadi. 

7. Masukkan bancuhan tadi ke loyang/periuk yang berisi gula keperangan tadi. 

8. Kukus dalam masa 40 minit. 


Kite semalam kukus dalam sejam, api kecik. Nak tahu dia dah masak ke belum, cuba cucuk puding tu..kalau rasa macam dah pejal tu masaklah tu. Macam semalam bila dah 45 minit, kite tengok bahagian tengah tu macam tak naik lagi.. jadi kite tunggu sampai macam dah naik. Adelah dalam sejam.. 

Bila dah yakin pejalnya puding tu, sejukkan di suhu bilik. Dalam 15 ke 20 minit baru masukkan dalam peti sejuk. 

Semalam nak terbalikkan, tapi dh terlelap. Jadi semalam dah masukkan dalam peti sejuk, tertidur..pagi ni terbalikkan alhamdulillah menjadi. 

puding karamel simple
Baru lepas terbalikkan. Alhamdulillah tegak dan tak benyek...

puding karamel gula hangus
Puding karamel!!! Cravinggg sangattt! 

potongan puding karamel
Belum ape ape lagi dah ngappp. 

Sepotong puding karamel sedap
Jemput makannnn. 

Sweet breakfast. Erkkk. Jangan ikut yeeee.  

Selamat bersarapan. :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...