Pages




Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

28 May 2015

Nota Cinta #1


Nota Cinta #1 | Kepada Perempuan : Lelaki yang betul-betul sayangkan kita takkan pernah membiarkan kita pergi walau bagaimana susah / complicatednya keadaan tersebut. 

Kepada Lelaki : Seorang perempuan yang benar-benar cintakan kamu akan salu rasa marah, pada banyak benda tapi akan still stay dengan kamu. 

Hmmm. Let me guess. Pernah tak Wardah hadapi keadaan yang macam ni? Atcually yes. Oklah babai!

nota cinta sweet
Ehem ehemmmm!



16 Apr 2015

APA KHABAR DAKU?

Alhamdulillah, setakat ni sihat semuanya. Minggu lepas ada kem kepimpinan kokurikulum kat sekolah masa hari Sabtu.. Memang kempunan nak balik asrama. Hummmm. Rindu syurga asrama yang ada wifi connection. Nyesal pula tak beli pakej Yes arituuuu. Dapat pula projek minta terangkan warna di wall sekolah tu. Bereh je nak buat. Insya allah boleh siap tapi better bagitawuu awal sebab dah dekat hujung ni pensyarah nak habiskan observe.. Huuu~

Kabare Wardah? Wardah sihat-sihat sahaja. Rasa pipi makin membulat dan membuncit. Uwaaa T.T tapi okeyh juga. Rasa bahagia juga rasanya bila pipi duk membulat-bulat. hahaha. Tapi badan tetap macam nie laaa. Kurus sekeping. Huuuukkkk. Nak gemukkkk juga! haha XD Tapi Wardah perasan baju yang dulu-dulu tak muat dah nak masuk. ada la rasa ketat sikit. Am i gemuk? haha. first time rasa baju tak muat. selalunya muat jee. haha XD

Tiap-tiap malam mesti makan nasi dua kali makan. Kira dua kali tambah laa. Mana tak bam bam pipi i nii. Lalalala. Terasa cepat pula masa berlalu. Tak lama lagi Wardah nak habis dah praktikal selama 3 bulan ni. 30 April masa yang di nantikan untuk MERDEKA! hahaha. awww. Tak sabar rasanya. Nak menghadiri majlis kahwin abang Wardah 2 Mei ni. Serba salah juga tak dapat nak balik waktu abang nikah kat Selayang nanti sebab masih dalam praktikal, takut bila pulang jadi masalah transportation kat sini. T.T Tapi majlis belah abang Wardah balik sebab 2 Mei, masa tu dah habis praktikal. Nak ponteng ke tak la hari ahad selepas tu. *otakjahat*

Wardah teringin nak belikan hadiah buat dua mempelai ni tapi tak tahu nak belikan apa. Then nak letak dalam kotak besar. Kira bajet nak bagi hadiah besar juga la. Tapi bajet belum di fikir-fikirkan lagiii. Apa yeeee? Any idea???  Maklumlaaa, anak sulung kan yang akan kahwinnn. Wardah pula anakk kedua.. Nak bagi ape yee. ape yeee..
soal jawab
Nanti kene buat list ni, cuba bagi idea.. Hoho. Terima kasih kalau dapat bagikan pendapat. Tehheeee. kalau nak bagikan hadiah pun boleh.. wahaha. 

p/s : Nampak gaya traffic menurun. Uwaaa. Sedih sobs sobssss T.T


2 Apr 2015

Love You Mimo


Kucing yang disayangi.
Aku rindu. 
makin gemuk dah ko sekarang ye.
Maaf pergi tanpa belai dan usap kepalamu macam biasa.
Waktu pergi haritu, hanya kelibatmu memandang ke kereta.
Nampak matamu menyala sebab malam sedang memandang dengan sayu.
mestilah aku masih lagi rindu
belum sempat lagi bermain bermanja
aku sudah pergi nak belajar di sini..
tapi siyes, gemuk dah ko sekarang Mimo
angkat ko pun dah berat
hihi
pleaze jadi aktif macam selalu taw,
jadi kucing jantan yang aktif dan manja macam selalu.
Jangan malas-malas, jangan tidur-tidur sahaja. 
Hihi, untuk Mimo yang sedang membesar.
siyes aku rindu! 
Peace!
p/s : nanti kite main main lagi ^^ cuti lama t kite main-main taw :)


28 Feb 2015

Gastrik dan Cara Mengatasinya


Apakah itu gastrik? 

gastrik teruk
credit to google

Sebenarnya Wardah tak pernah ambil tahu ape itu gastrik sehinggalah Wardah sendiri yang kenanya. T.T Sakit memang sakit waktu kena, muntah-muntah lagi, pening kepala masa kena semuanya hadir sebab tidak menjaga waktu makan dengan baik. *yang ini teori berdasarkan pengalaman sendiri dan juga dengar2 dari rakan-rakan*

Wardah dapat detect gastrik juga melalui pemakaian Premium Beautiful. Boleh klik SINI untuk tahu apakah itu premium beautiful. Bila pakai dan tak makan ikut masa Wardah memang akan rasa sakit di belah kiri badan Wardah. Jadinya nak ke tak nak memang kena jaga pemakanan. Masa minggu pertama praktikal hari tu, Wardah tahan makan dan waktu pemakanan tu tak kena, pagi makan, tengahari tak makan, petang tak makan, tunggu malam baru makan, jadinya hari tu waktu tengahari tu dah migrain2, sapu minyak angin kat perut, belakang badan, then tiba-tiba muntah. Muntah bukan setakat kuar air liur, keluar balik makanan yang makan pagi hari. Memang perut tengah lapar pun masa tu. Wardah tak boleh tahan makan dah. Kalau tidak sakit-sakit nanti. 

Sehari yang lepas, dapat tahu sumbody tu kene gastrik. Emm, buat Wardah risau sahaja. Mana taknya dah ada kat hospital baru nak bagitahu. Wahai lelaki yang gentlemen, nak tanya sedikit, lelaki memang macam tu ya? ataupun sumbody tu tak suka Wardah membebel. Mungkin. Huhu. Alhamdulillah hari ni sumbody tu dah baik sedikit daripada hari sebelumnya, semoga bertambah-tambah pulih keadaannya. Amin. 

Cara Mengatasinya : (credit fajridil )

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.

2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau

4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll

5. Elakkan makan terlalu kenyang

6. Elakkan cuka, makanan yang pedas

7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Bila baca semua di atas ini, makan tengahari Wardah salu escape memandangkan praktikal salu balik dalam pukul 2 lebih, Wardah kalau tak ada makanan yang boleh dibuat makanan, mee segera jadi menu utama T.T, Wardah selalu makan sampai kenyang sangat-sangat, dan Wardah sangat suka daging dan ayam. Sangat2 ! Emm. Rasanya no 9 tu boleh amal kowt sebab Wardah suka susu. Hihi. 

Tapi sumbody tu tak suka susu, aiwah, macam mana lah tuuu. Harap dia makan ubat ikut masa. 

Itu sahaja yang boleh Wardah bebelkan hari ni, buat peringatan diri sendiri dan rakan-rakan yang lain. :)

p/s : Masih sedangkan risau dia yang kene gastrik. Sobs sobs sobs. Moga cepat sembuh syg.. :(


23 Jan 2015

Kelebihan Kahwin di Usia Muda

Kelebihan Kahwin di Usia Muda | Kenapakah terfikirkan tajuk ini waktu ni. Haha. Sebenarnya masuk-masuk je belajar dekat sini bila tengok ramai sangat pasangan yang sudah halal ni membuatkan Wardah rasa teruja tengok pasangan halal ini. Mereka berjumpa dengan kehalalannya sebagai suami isteri yang sah. Tak adalah nak kata mereka menunjuk-nunjuk, kiranya macam sweet la bila kawan-kawan yang sebaya kita ni dah kahwin. Elak dah buat maksiat tak elok semua tu. 

Banyak kelebihan yang Wardah dapat tengok bila kahwin di usia yang muda. Hingga sekarang pun, ada je pasangan suami isteri which is my classmate ni yang baru je nikah bulan 12 yang lepas. Mudahkan urusan perkahwinan mereka? Mungkin lah ramai yang akan kata memang budaya orang sini kahwin awal, memang budaya orang sini memudahkan perkahwinan. Setuju jugak dengan kenyataan tu. Para ibu ayah mereka memudahkan urusan anak-anak mereka. Alhamdulillah, tumpang gembira buat pasangan-pasangan ini. :)

As long sejak bergaul dengan rakan-rakan yang sudah berstatus puan ni, ada jugak yang share-share macam mana mereka ni boleh berkahwin. Ada yang dah ada baby dah taw! *Suprise* Bayangkan ada baby and still futher study? OMG. Banyak tanggungjawab tu, memang respectlah pada mereka. Mungkin mereka ini dah bersedia untuk menerima tanggungjawab tersebut. Ermmm, terfikir-fikir pulak, ada kemungkinan Wardah belum lagi kerana belum bersedia untuk pikul tangungjawab-tanggungjawab besarrrrr tu? Mungkin juga, belum tiba masanya.. Nak buat guane? Bersabar 
sahajalah. Hoho. Belum ada rezeki lagi ^^
gambar kahwin muda
Blogger yang sudah berkahwin. Muda jugak taw ! Dena Bahrin :)

1. Sebagai seorang perempuan yang sudah berkahwin, tanggungjawab dah berada pada bahu suami. If berlaku apa-apa masalah, suami boleh jagakan sebab suami yang paling hampir di tempat belajar. Contohnya macam sakit ke, suami boleh bawa pergi ke klinik. Mungkin mak ayah jauh dari tempat belajar kannn. Masa tengah stress ke, ada masalah ke, boleh luah kepada suami tercinta.

2. Suami isteri satu kelas bebbbb. Apa yang bestnya? Haha, Waktu presentation atau waktu beri pendapat dalam kelas, masa inilah nak tunjuk terror pada isteri. *yang ni berlaku semalam, sang suami siap nyanyi2 lagi* Wardah tengok rakan Wardah yang kat sebelah ni dah tersipu-sipu malu dah.. hoho

3. Bila balik kampung, keselamatan terjamin. Atau hendak pergi ke mana-mana sudah berteman, jadinya suami menjadi penjamin keselamatan buat si isteri. Mungkin juga tak adalah dengan adanya suami boleh dikatakan selamat daripada apa-apa musibah, tapi sekurang-kurangnya tidaklah diganggu oleh orang-orang jahat. Lagi-lagi bila dah duduk jauh dari kampung kan. *Wardah tak berani nak keluar sorang-sorang, sekarang pun nak keluar berteman dengan kawan-kawan, takut dengan dunia sekarang*

cincin emas kahwin cantik
4. Kebiasaannya di sini, perkahwinan dibuat dengan acara akad nikah dan sedikit kenduri, apa yang kita maklum, tiada pinjaman atau loan yang dibuat ribu-ribuan which is jalan selamat sebagai pembinaan masjid/baitulmuslim tanpa hutang. Ada juga tanya-tanya kembar berapa dia habiskan untuk kahwin mereka, dia jawab 6k ke 8k. Tak adalah berpuluh-puluh ribu. Nanti berhutang sebab kahwin, lepas kahwin kene langsaikan hutang.. nauzubillah, *Harap dapat buat macam ni gak, tak nak hutang-hutang, Wardah tak mampu*


5. Segala yang dilakukan antara suami isteri muda ini ialah halal. You know what, when messaging, when calling, wassap, wechat, berkasih sayang and sebagainya mendapat pahala di sisiNya. Hoho, Untung bagi mereka yang sudah berkahwin muda ni. Lagi-lagi kembar kata dia kahwin muda (hampir 4 tahun dalam usia 19 ke 20 tahun dia kahwin), masa mula-mula kahwin tuuu, kembar kata nak panggil abang pun geli dia kata kat suami dia. Lepas tu ketawa-ketawa. Tapi benda tu yang tak biasa yang jadikan diorang ingat sweet moments tu. Kira diorang bercinta lepas kahwin tu masa muda tu pulak jadikan diorang maintain je sampai sekarang. How sweets. :) Insya allah, Wardah doakan kedua-dua mempelai ini bahagia hingga ke syurga.  Amin ! :)
*******************
Namun, janganlah sangkakan yang berkahwin waktu muda available untuk semua orang. Ada pro dan kontranya. Janganlah jumpa mak ayah memberontak kata nak kahwin, nak kahwin. Hoho.Ingat, restu mak ayah sangat penting. Positif sahaja. Mungkin belum tiba masanya, kerana Allah nak kita bersedia lebih lebih lebih lagi sebelum melangkah ke status baru. Perkahwinan adalah alam lain yang dikatakan mencabar dunianya. Adakah kita sudah matang untuk menempuh alam perkahwinan? 
Fikir-fikirkanlah. Banyakkan berdoa. Muhasabah amalan  :)


Apalagi ya, ini sekadar pandangan dan luahan, hihi, Mohon jangan ada yang terasa atau tersalah faham. Jika ada fakta yang silap, mohon perbetulkan secara baik ya? :)
Doa bertemu jodoh buat wanita

p/s : Hari ini nak beli barang sikit, kembar dengan zauj nya ajak keluar.. nantikan entry ^^


5 Jan 2015

Review Ainul Zehra Collection : Dress, Baju Pengantin Gaya Muslimah, Veil, GuestBook dan Props Perkahwinan

Hai semua! Ehem ehem, nak kahwin dah ke? hoho, Insya allah satu hari nanti. Berangan pun dah boleh dah sekarang. haha. Wardah nak suggest satu online shoppe iaitu Ainul Zehra Collection. Owner Online Shoppe ni ialah Wardatul Jannah. Wardah ada tanyakan page dia. Page dia Ainul Scaft Collection tapi dia sendiri cakap yang dia banyak update dekat Facebook dia je Wardatul Jannah. So, sesiapa yang teringin nak baju nikah, baju pengantin, dress muslimah yang custom made dan menepati ciri-ciri muslimah bolehla tanye dekat dia. Shawl labuh, veil pun ada dia buat. Custom made taw. Kalau tak silap harga pun sangat berpatutan, ehem, ada jugak customer yang kata murah taw!


Wardah terasa nak review semua barang-barang dia sebab teruja dengan feedback customer dekat facebook sis ni, design dan harga dia, yang pastinya Wardah rambang mata tengok segala koleksi baju yang dia dah siapkan. Baju dan sulaman, manik semua begitu rapi dan teliti dan memang terpesona sangat-sangat tengok, tu yang nak review tu. Tambahan pula, baju yang dia dah siapkan memang muslimah style. Wardah likeeeee banyak-banyak! Memang Wardah tak try lagi sebab rasanya Wardah akan mintakan dia buatkan satu ke dua baju untuk kahwin atau nikah nanti. Insya allah. 


Jom kita tengok gambar koleksi dress, baju pengantin yang dah dia siapkan untuk customer dia. Wardah pun dah minta permission dengan dia nak letak kat dalam blog. Dia bagi! hihi. 


1. Koleksi pakaian pengantin / Dress nikah / Dress Tunang
Baju Pengantin Merah Kelabu
Baju pengantin perempuan muslimah

Dress Nikah Muslimah Pink Putih

Dress Nikah Muslimah Style

Dress Pengantin Muslimah Simple


Dress Pengantin Muslimah Purple Putih

Baju Pengantin Muslimah Cantik

Baju Pengantin Perempuan Muslimah
 haaa, ini semua custom made. Cantik sangat-sangat, semua ala-ala princess, kembang labuh macam tu. Sweet sangat! Memang gaya muslimah sangat-sangat!


2. Koleksi Dress Custom Made
Dress untuk dinner

Dress Putih comel

Dress Hitam Pink

Dress Buat Sendiri

Dress Purple Cantik

Dress Customade


Dress Cantik Ainul Zehra Collection
Baju nie sangat Wardah suka. Warna gold sebijik ala-ala princess!Ni bukan Wardah punya baju, hoho, customer dia yang punya. kohkohkoh.


3. Koleksi Veil  dan Shawls
Veil Pink Putih 
Veil Kuning Mustard Hijau

Veil Pengantin Kuning Putih Cantik

Veil Murah bewarna hitam pink

Veil murah ungu cantik



4. GuestBook dan Props Perkahwinan / Pertunangan

Guestbook Murah dan 3D


guestbook comel dan murah

ainul zehra collection guestbook murah



guestbook murah bewarna pink 3D

guestbook comel dan murah

props pertunangan atau perkahwinan

props comel pertunangan atau perkahwinan


Feedback Customer :

Feedback customer ainul zehra collection

testimonial customer positif

komen dan like dari facebook

Hurmmmm, terliurrr tak tengok?? hurrmmm.. Memang cantik-cantik koleksi yang dia dah buat ni.
Facebook dia pun dia sentiasa aktif, selalu balas komen customer, and Wardah memang tabic spring kat dia sebab dia buat design dress, baju pengantin yang tak ketat dan longgar. Memang gaya muslimah, tak jarang, labuh dan kembang ala-ala pwincess. Bagi Wardah harga yang dia letakkan berpatutan sebab harga adalah ikut jenis material kain dan design. Veil yang dia buat pun tak terlalu mahal sampai beratus-ratus, ada yang Wardah baca harga mula dari RM70 paling murah. Harga Guestbook dia pun mula dengan RM65. 

as macam dia cakap kat sini :

review ainul zehra collection

Nak tengok lagi tak koleksi yang dah dia buat? Wardah tak upload semua sebab banyak sangat gambar lagi kat FB dia tu. Instagram pun dia ada, but macam yang dia kata dia tak rajin update kat IG semua, dia banyak update kat Facebook dia. Nak tahu lagi maklumat? Boleh add dan follow perkembangan baju-baju yang dah dia siapkan di 

ataupun
 boleh wassap sis Wardatul Jannah di 0165158962

p/s : Boleh dah berangan berjalan-jalan ala-ala pwincess Elsa. hoho


4 Jan 2015

Hanis Zalikha Kene Lamar di Final GegarVaganza !!

Macam tak percaya bila tengok Hanis Zalikha kene lamar dengan Hairul Azreen.. hoho. Tengah-tengah tengok final GegarVaganza tadi. Terkejut dengan tindakan berani Hairul Azreen. Berani dia lamar Keknis hihi. Cahyokkk.. Terkedu, terbayang macam nak jee macam tu jugak. hahahaha.  Wak, wak, nak macam tu jugak! hahahaha. lol. XD

Btw, Tahniah kak Hanis Zalikha kerana telah dilamar oleh Hairul Azreen. Patutlah ada lagu Marry You dari band Krystal. hoho. dan dan patutlah macam lain je bila dengar Krystal nyanyi lagu Marry You. hoho.Lepas lagu Marry You, Wardah tak perasan bila Hairul Azreen naik pentas, rasanya dia dalam kalangan orang yang bertopeng putih di atas pentas tu. hoho. Secara live dia ajak Keknis naik atas pentas dan melamar. 

Menjerit jerit Wardah dengan adik-adik kembar Wardah bila tengok Keknis kene  lamarrr.. 1 Malaysia tengok, live tuuuuuuu. Siyes happy for them. Hairul Azreen siap show video dia minta izin dengan mak dan ayah kak Hanis Zalikha dan mak ayah dia pun setuju.
Mula-mula Keknis jawab insya allah and then she say yes.

Tahniah buat Hairul Azreen dan kak Hanis Zalikha. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya!


p/s : Suka tengok kak Khaleeda punya baju, comel purplish masa lagu Fanatik dengan kak Ifa Raziah. Sape pemenangnya agak-agaknya eh? hihi Wardah pilih RahmadMega :)


3 Jan 2015

Senarai Lagu Nasyid Tentang Nabi Muhammad s.a.w

Hari ini, Wardah nak share beberapa lagu nasyid yang berkisar tentang Rasullullah, iaitu Nabi Muhammad kita yang tercinta. Koleksi ini yang mashur masa zaman sekolah Wardah dahulu. Lagu-lagu ni umpama dah jadi legenda bagi peminat nasyid. Marilah sama-sama kita hayati kelima-lima lagu yang juga menjadi kesukaan Wardah. 
1. 25 Rasul - Raihan


2.  Rasullullah by Hijaz 


3. Ya Rasullullah - Raihan 


4.  Pemergianmu - Inteam


5. Dia Kekasih Allah - Hijjaz


6. Kasih PadaMu-Hafiz Hamidun (best jugak!)



Kadang-kala bila mengenangkan kembali perjuangan Rasullullah s.a.w buatkan Wardah tertunduk malu kerana memikirkan banyaknya dosa yang telah dilakukan. Astaghfirullahhala'zim. :'(

p/s : Pastikan anda menghayati lagu ini satu persatu kerana liriknya amat puitis dan menyentuh jiwa..


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...