Keluarga Saya

Diri kita tidak akan lengkap tanpa adanya mereka. Mereka saling melengkapi hidup kita kerna menerima kita seadanya. Ibu, ayah, abang, kakak mahupun adik-adik kitalah penyeri dalam sesebuah kehidupan kita. Tanpa mereka, hidup kita pasti hilang cerianya dan sunyi tanpa sinar bahagia. Itulah keluarga. 

Semua orang mengimpikan keluarga yang sempurna. Yang lengkap beribu dan berayah, bahagia tanpa masalah, yang ceria dengan tawa mesra, namun tak semua orang memilikinya. Namun, janganlah kita tangisi kekurangan yang dimiliki kerna kita pun tidak tahu apakah disebalik kekurangan ini terselit hikmah kebahagian yang tidak kita ketahui? Syukuri apa yang ada dan hargai setiap insan yang masih ada di depan kita, rapatilah, dan sayangi mereka seadanya. 

***********************************

Jom saya kenalkan keluarga saya!!

IbuBapaku.. <3

Ayah saya bernama Md Shah bin Samat. beliau berumur 54 tahun, pada tahun ini 2014. Beliau merupakan seorang ayah yang tegas, kelakar dan sangat baik orangnya.  Emakku bernama Rohani binti Abdullah. Beliau berumur 52 tahun pada tahun ini 2014. 

Saya merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. Pertama ialah abangku, Mohd Syafiq, yang berumur 26 tahun.  Yang ketiga pula adik lelaki yang bernama Mohd Syazani, sedang belajar di GMI, Bangi.  Adik yang keempat pula ialah Mohd Syahin, Adikku yang bongsu pula ialah kembar perempuan tidak seiras.. Sekarang mereka belajar diTingkatan Tiga di SMAP Labu.. Itulah serba sedikit mengenai adik beradik saya.. :D

inilah gambar ahli keluarga saya :D gambar raya setahun yang lepas.
nampak saya mengecil kan??? hiiii. saya yang tudung hitam ada flower putih tue.

raya yang lepas. merah betul. me with kembar ^^,



 
nie sebahagian keluarga besar ku, masa nie yang ada keluarga mak lang, keluarga busu, dan keluarga mak ngah. Belum semua yang ada.  gather mana yang ada. best sangat2 :D

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
semoga pertalian keluarga kami terus erat dan berkembang dengan baik. :D
lepas nie memang ramai yang nak kawen. tahun depan pastinya ramai yang melangsungkan perkahwinan mereka. smoga dipermudahkan urusan ^^,

Selamat mengenali keluarga saya ^^

No comments:

Post a Comment

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...