Dua minggu lagi. Nak ke mana?? Cuba fikir, apa yang ada dua mingguuuuu lagi?
****
Mata dah penat menatap laptop, mata dah penat tak tidur malam. Inikah ujian pelajar akhir tahun? XD berpujangga pula pagi ini. hahahakk. Badan berada di Kelantan tetapi jasadnya ada di Melaka. Buat kerja jadi tak jadi aje.... Nak buat kerja teringat pula katil dirumah, teringat pula masakan mak di kampung, teringat pula adik hari ini yang akan ambil keputusan SPM! Haishhh. Ape nak jadi. Ape nak jadi. Sampai sekarang ku menanti, bila nak cuti.. *nyanyi ikut lagu 'Ape Nak Jadi'*
hahaha, fikiran sudah melayang layang ke Melaka, teringat pula Saga MCN ku. hahaha. Apa khabar kucing kesayangan Mimo yang gebu? huuuu. Moga makin gemuk dan gebu. Moga masih kenal tuan Wardah Aneesa. Tak sabar nak peluk cium si Mimo comel. Haishhhh MIMO!!
Buat kawan-kawan. Kalau ade yang bacalah,sengih-sengihlah nanti. :P buat exclassmateku. Jangan lupa temujanji kita nak berjumpa di majlis kawen syazwani! Eh, syazwanilah sangat. Wanyyy errr. Semoga Wardah dapat berjumpa dengan mereka. Haishh. Rindu yang amat! Nak berjumpa di majlis perkhawinan Cik Wany, lepas ni berpuan-puan dah dia... Wany rakan perempuan sulung yang akan berkahwin! yang lain bila lagi ya?? hihi
hari demi hari, menanti hari, menunggu cuti.
hari ini sudah Selasa, yang ku tunggu hari Khamis,
Esok dahulu yang perlu dihadapi,
Observe lagi dari ustaz berkumis,
Rasa nak lari dari kesibukan dunia,
Cari bantal empuk dan tidur sepuas-puasnya,
Apakan daya, inilah keadaanya,
Kiri, kanan, atas, bawah, bertimpa kerja,
Duhai tangan, kaki dan juga mata,
Moga kuat hingga ke akhirnya,
Tabahlah hadapi kehidupan nyata,
Tak tahu macam mana nak kata apa.
Subhanallah, Walhamdulillah, wallahu akhbar!
p/s : Haih, terasa nak makan pizza, cokelat haha XD