23 Sep 2018

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di HSA, JB Part 1

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di HSA, JB | Hai semua, Assalamualaikum dah lama rasanya tak menulis dan mengunjungi blog-blog rakan yang lain. Ingat lagi tak kawan-kawan semua pada Wardah? 
Alhamdulillah, Wardah dah selamat bersalin pada 1 Ogos 2018 bagi anak yang pertama ni. Anakanda pertama ni seorang puteri. Dengan beratnya 3.4kg. Di sini, Wardah nak share pengalaman Wardah bersalinkan Hanan Kaisara . 
31 Julai 2018
Pagi : PERGI SEKOLAH SEPERTI BIASA,

Baby kerap juga mengeras, ada rasa ngilu-ngilu.

Hanya ada rasa memulas-memulas masa 9.50-10.10 pagi..
*Mungkin tu contraction,tapi Wardah tak tahu, tanya kawan-kawan derang susah nak describe*
So buat tak tahu je. 
CHECK UP PUKUL 2.30 PETANG
Wardah pergi check up pada hari ni, memang hari appointment dengan nurse di Klinik Kesihatan Gelang Patah, Johor Bahru. Masin mulut nurse tu. Mula jumpa dengan nurse tu, dia cakap, awak tak rasa sakit apa-apa ke. Wardah pun cakap, ada rasa sakit, memulas macam tu je pagi tadi. Tapi sekejap je. So, nurse tu pun xaspect apa-apa pun. Masa ni pun Wardah dah masuk 39 week 3 hari.
"Entah-entah malam ni awak bersalin" 
Wardah senyap je la.
Sebenarnya, Wardah tidak ambil cuti seminggu awal, atau dua minggu awal. Haha, memang gasaklah Wardah buat-buat-buat gagah pergi kerja. Gagah lagi naik bilik guru tingkat 2. Gagah pergi naik kelas kat Blok belakang Bilik Guru. Paling GAGAH pun naik sampai tingkat 3. Sebab ada satu kelas Tahap 1 ni, muridnya ramai di Tingkat 3 tu. Habis je kelas, melepek lah dekat kusyen dalam Bilik Guru. Kadang terlelap, kadang rehat sampai tidur-tidur ayam. Kadang juga dekat meja Wardah pagi-pagi tak ada kelas, selamber je tidur kat meja Wardah. Yang sebenarnya Wardah penat dan tak larat. Mana taknya, berat Wardah dah cecah 63kg daripada 43 kg. 

Lepas balik daripada check up, dalam pukul 4 camtu, kiteorang pun pergi cari makan. Kerja Wardah hujung-hujung pregnant asyik makan je. Ada orang kan tak lalu makan dah. Masuk 9 bulan, memang perut Wardah nampak besar sangat.. penangan banyak makan rasanya. Sampai doktor sound suruh berjaga-jaga takut blood pressure naik. Memang Wardah cepat mengah pun ada juga. 
Balik dari makan tu, rehat dekat rumah. 
Maghrib.

Rasa sakit memulas kerap datang. Pegang-pegang perut, rasanya sebab tak makan lagi kot. Bagitahu kat suami, sakit perut, memulas-memulas. Macam senggugut tapi tak sakit sangat.


Sempatlah cek BP ni ha.



Wardah ni plak sentiasa pegang cakap orang

'Contraction tu rasa dia sakit sangat-sangat'

So memang ignore je sakit tu, tapi catit kat wasap grup sy dan suami.
Kat situ saya buat baby kicking juga.
 
9:39pm : Sakit memulas macam senggugut
9:49pm: Sakit memulas macam senggugut
10:01pm: Sakit memulas macam senggugut
10:12pm: Sakit memulas macam senggugut
10:28 pm: Sakit memulas macam senggugut
11:00 pm: Sakit memulas macam senggugut

Saya cakap dengan suami, sakit ni datang konsisten ni. 10 minit-10 minit, saya boleh plak cakap kat suami, ni kot contraction yang.
Suami suruh siap. Dia yang kalut, saya duk tenang-tenang, masih fikirkan tu contraction ke?
Saya mandi cepat-cepat, mandi masa tu tak rasa pape sangat. 
Siap semua, air selusuh semua bawa. Kitaorang pun bergerak pergi ke HSA.
Part 2
Tunggu ya!
 Pengalaman Bersalin Anak Pertama di HSA, JB

1 comment:

  1. bab ignore kesakitan tu, sama dgn aida dulu.
    da sakit, tapi dlm minda dok kata, bukan contraction ni hi hi hi hi...
    dok la kat rumah menahan sakit!
    sehingga tetiba sakit tu 5 minit skali tau, wardah.
    dah le air ketuban tak pecah.
    hmmmmm bila dada ni da sesak nafas. sakit da kerap, terus ke spital.
    ni anak pertama aida dulu hu hu h hu :)

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...