28 Feb 2015

Gastrik dan Cara Mengatasinya


Apakah itu gastrik? 

gastrik teruk
credit to google

Sebenarnya Wardah tak pernah ambil tahu ape itu gastrik sehinggalah Wardah sendiri yang kenanya. T.T Sakit memang sakit waktu kena, muntah-muntah lagi, pening kepala masa kena semuanya hadir sebab tidak menjaga waktu makan dengan baik. *yang ini teori berdasarkan pengalaman sendiri dan juga dengar2 dari rakan-rakan*

Wardah dapat detect gastrik juga melalui pemakaian Premium Beautiful. Boleh klik SINI untuk tahu apakah itu premium beautiful. Bila pakai dan tak makan ikut masa Wardah memang akan rasa sakit di belah kiri badan Wardah. Jadinya nak ke tak nak memang kena jaga pemakanan. Masa minggu pertama praktikal hari tu, Wardah tahan makan dan waktu pemakanan tu tak kena, pagi makan, tengahari tak makan, petang tak makan, tunggu malam baru makan, jadinya hari tu waktu tengahari tu dah migrain2, sapu minyak angin kat perut, belakang badan, then tiba-tiba muntah. Muntah bukan setakat kuar air liur, keluar balik makanan yang makan pagi hari. Memang perut tengah lapar pun masa tu. Wardah tak boleh tahan makan dah. Kalau tidak sakit-sakit nanti. 

Sehari yang lepas, dapat tahu sumbody tu kene gastrik. Emm, buat Wardah risau sahaja. Mana taknya dah ada kat hospital baru nak bagitahu. Wahai lelaki yang gentlemen, nak tanya sedikit, lelaki memang macam tu ya? ataupun sumbody tu tak suka Wardah membebel. Mungkin. Huhu. Alhamdulillah hari ni sumbody tu dah baik sedikit daripada hari sebelumnya, semoga bertambah-tambah pulih keadaannya. Amin. 

Cara Mengatasinya : (credit fajridil )

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.

2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau

4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll

5. Elakkan makan terlalu kenyang

6. Elakkan cuka, makanan yang pedas

7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Bila baca semua di atas ini, makan tengahari Wardah salu escape memandangkan praktikal salu balik dalam pukul 2 lebih, Wardah kalau tak ada makanan yang boleh dibuat makanan, mee segera jadi menu utama T.T, Wardah selalu makan sampai kenyang sangat-sangat, dan Wardah sangat suka daging dan ayam. Sangat2 ! Emm. Rasanya no 9 tu boleh amal kowt sebab Wardah suka susu. Hihi. 

Tapi sumbody tu tak suka susu, aiwah, macam mana lah tuuu. Harap dia makan ubat ikut masa. 

Itu sahaja yang boleh Wardah bebelkan hari ni, buat peringatan diri sendiri dan rakan-rakan yang lain. :)

p/s : Masih sedangkan risau dia yang kene gastrik. Sobs sobs sobs. Moga cepat sembuh syg.. :(

8 comments:

  1. kita setakat ni alhamdulillah tak penah gastrik ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah, awak memang sentiasa dengan makanan :) hihi

      Delete
  2. wahhh nice sharing!..banyak manfaat ni hehe

    ReplyDelete
  3. pendapat peribadi saya yer... bila kita meningkat usia, gas dalam perut akan bertambah... usahakan untuk mengeluarkan gas dalam perut tu... kebanyakkan orang yang kuat kentut dan sendawa punca dari gas tersebut dan di situ lah kita tau dia ada gastrik... susah nak buang gastrik ni... tapi kalau dah sampai ke peringkat kritikal memang langkah2 di atas sangat perlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouhhhh.. macam tu ya. lepas ni nak berusaha keluarkan angin banyak2. hihi. nak try minum air halia. hihikk :)

      Delete
  4. hehehe.. saya dari 5 tahun dah selalu kena gastritis. tapi amalan2 tu jarang saya buat.. sampailah kena lagi. then baru beringat. pastu kena lagi.. sampai skang. hahhaha

    ReplyDelete
  5. Gastrik dah menjadi rutin kehidupan AM semasa zaman kanak2..Kanak2 lain gembira bermain bersama kekawan TAPI AM sekadar memerhati sahaja..Pernah beberapa kali hampir di masukkan ICU.. Bila sebut GaStrik ini teringat jasa dan pengorbana mak dan abah yang sanggup bangun malam untuk memberi ubat dan minum susu..

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...