30 Dec 2015
2015 Best Nine
29 Dec 2015
Produk 2 in 1 : DwiDara Collagen Complex
Macam-macam kan. Kurma ada, lemon ada, delima ada, epal ada, dan lain-lain lagi.
Apakah khasiat Dwidara Collagen Complex ni eh??
Ni gambar sebelum... uwahh malunya nak letak, inilah kulit muka Wardah. Ada banyak lubang parut tuu. Belah kiri gambar tu tak pasti jerawat atau pun cyst. Tak bawa pergi jumpa doktor lagi tanya. Masa ni fikir nak tutup hidung penyet tu. Hihi. Lagi satu Wardah ada masalah eyebag yang teruk..huhu
Ni gambar semalam hari yang ke 18 minum. Siyesly no edit, bibir pun tengok tak ada calit apa-apa.. Wardah nampak perubahan dari segi tona warna kulit muka tu macam lagi cerah dari gambar yang sebelum. Lubang-lubang parut tu dah lama, mungkin ambil masa yang lama nak baik. Itu yang Wardah dapat lihat perubahan dekat mukalah. Btw, Wardah suka perubahan tu. Jangan cakap pasal sabun muka sebab Wardah tak pakai apa-apa sabun muka pun sekarang. Tengah stop sekejap.
Abaikan eyebag Wardah tu. Its baka.. tunggu dah kerja sikit kita guna produk serum mahai mahai. Insya allah..amin
018- 219 5350
Akhirnya, alhamdulillah.. (^_^)
28 Dec 2015
Minat FaizIbrahim
Buat rakan-rakan yang nak tanya soalan kat dia pun boleh tapi bukan dalam channel tu. Aahah. SEBAB kita tak boleh tanya dalam tu. Boleh hashtagkan #TanyaFaizIbrahim kat twitter atau boleh dm dia. Insya allah dia jawab dalam channel tu. Wardah tak pulak aktif twitter. Hohoho.
27 Dec 2015
Kerna Ibu Adalah Segalanya
26 Dec 2015
Kerja Menjual Aiskrim Selepas SPM
Kredit to google.
25 Dec 2015
Sinopsis Akhir 2015
- Chill. :D
24 Dec 2015
Salam Maulidur Rasul
Jom kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan jadikan diri lebih baik daripada yang sebelumnya. Insya allah. Hari-hari lain kita juga perlu berselawat. Supaya tanda kita cintakan Rasullullah s.a.w dan dengan memperbanyakkan amalan kita. Insya allah.
23 Dec 2015
First Mini Giveaway by Tashira
Okeyh siap semua syarat! :)
Boleh join cepat-cepat. Klik banner di atas.
Join List Belog Best
Ok siap! Klik banner kalau nak join. tatataaaaa! :)
YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE
Haaa, kalau rakan-rakan blogger nak join boleh klik banner dekat atas ni ye. Sebagai tanda support pada rakan-rakan kita yang lain. Jom usha sekali blog dia. Kasi Pcycho sikit. Haha. :)
Wardah nak tagged NaniCikManis kita. Haaa.
Pandangan tentang blog rakan Wardah ni ye. Blog comey dan kemas. Bloggernye pulak tak kurang manis dan sweet. Lalala. Wardah suka sangat pada penulisan dia sebab rasa touch my heart bila baca. Kipidap. Wardah punya penulisan biasa-biasa aje. Haha. Rasa macam nak belajar je cara penulisan macam tu. Boleh ajar saya tak, Cikgu? Hihi.
Hermmm itu aje kowt nak cakap.
Thanks sudi jadi kawan pendengar setia hidup susah senang. :)
Siap! :)
22 Dec 2015
Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0
Hai semua, Wardah kene tagged dengan rakan blogger Imashue,, Wowww daebakk!! Tetiba je nak daebak. Wardah dah jarang masuk segmen atau mana-mana giveaway. Btw, thanks Imashue sebab tagged. Haa sesapa nak join kene tekan banner kat atas tu. Nanti dia pi link blog tu naaa. Tarikh sampai 27 Disember 2015 ni. Haaa. Apa lagi cepat-cepat join. Senang je.
Syarat-syarat pun mudah.
Antara syarat-syaratnya ialah :
4. Korang mesti jawab soalan ni
- Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
- Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?
- Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?
Soalan : Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
Jawapan :
Kenapa ye. Dulu-dulu Wardah jadikan blog ni sebagai diary aje. Tapi dulu masih lagi privatekan sebabnya cerita tentang luahan perasaan sahaja. Masa tengah sedih, gembira, keliru dan macam-macam perasaan ada masa tu. Tak ada macam sekarang. Zaman muda remaja kan. Hahah. Blog yang dulu tu dah padam, buat blog baru, padam, berapa kali version dah. Ini yang latest.Tahun 2012. Lepas tu suka baca cerita-cerita kawan-kawan, senior-senior yang ada blog. Mulalah berangan nak ada blog jugak. Lepas tu berblogging sampai sekarang.
Sejak bila, kalau ikutkan dalam entry terawal dalam blog ni tahun 2012. Tapikan Wardah rasa awal lagi dah berblog mungkin 2011 ataupun 2010. Tak hengatt lahh. Maklumlah dah tua. hahaa.
Soalan : Macam-mana korang boleh dapat banyak idea untuk diupdate?
Jawapannya:
Idea ea? Hahaha. Wardah ni pun kadang-kadang update kadang-kadang idok. Ada mood jugak. Kadang-kadang ke laut mood tu, kadang-kadang beriyaaa tulis sampai tak sedar dah panjang lebaqq. Wardah paling suka kalau entry tu ada gambar. Kalau tak ada memang Wardah hambar je rasa nak update tu. Idea oh idea. Wardah pernah baca dulu, idea nak datang bila kita blogwalking blogger-blogger yang lain. Berguna jugak tips tu. Idea ni datang dengan sendiri. Kadang kita pergi melawat sana sini, kita cerita tentang kita pergi tempat tu, kadang-kadang kita cerita tentang perkara yang kita suka, barang yang kita suka, macam Wardah suka kucing. Walaupun tak adalah hari-hari update pasal kucing. Muahahaha. Yang penting, kita rasa apa yang kita share tu boleh mendatangkan manfaat sama ada buat diri sendiri, pembaca-pembaca kita share la. ^_^
Soalan : Berapa lama masa yang korang ambil naknak tulis satu entry?
Jawapan :
Haaa. Yang ni banyak version jugak nak jawab kihkihkih. Sebabnya ada yang makan masa, ada yang kejaaappppppp je dah siap. Kalau yang homework macam kene buat research atau sebagainya lamalah sikit nak siap entry tu. Haha. Ada yang tajuk je dah lama ada, tak siap-siap jugak. Kahkahkah.
Okeylah. Alhamdulillah dah siap dah! Okeylah Wardah nak tagged adik Wardah. Syahirah done!!
21 Dec 2015
Bawa Saga Pergi Proton Servis Centre
Ni resitnya. Lepas ni kene servis 20 km plak. Ada yang kata servis 20 km ni lagi banyak pakai duit. Lepas servis ketiga ni Wardah tak nak pergi dah Servis Centre.. Bila Wardah share dan tanya minah-minah kereta katanya mahal pergi servis kat Centre. Lepas ni nak servis kat tempat lain pulak.
Balik rumah tunjuk kat mak. Mak kata mahal. T.T Tak apa..jadikan pengajaran ye. Jangan careless lagi. Oklah.
Ada pengalaman? Jom share sama-sama.
17 Dec 2015
Trying to tell you something
Selamat pagi semuaaaa...
Wahai lelaki, perempuan memang macam ni.. Sukar difahami.. Hihii :)
Faham fahamkanlah kami ni macam mane yerr..
Daaaa... (^^)/
16 Dec 2015
Majlis Kahwin Merah Gold
Abang pun ketaq lutut huiii. Btw, sedap bak ang abang Wardah selawat, bukan selawat biasa2 tapi siap tarik2 suara lagi.
Ala ala mahligai bila tengok majlis ni kann.. Wardah berangan je mampu hikhikhik
Haa.. Encik dj tu haa yang pakai kot tu.
Masa ni macam biasalah ada sedara mara, ibu bapa sedara yang akan naik atas pentas untuk berjumpa dengan pengantin. Haaa. Kalau perasan bunga telur tak ada lagi atas ni. Apa lagi..Wardah tak perasan pun sebab pagi2 lagi dah isi bunga rampai atas pentas tu. Tak perasan bunga telur tak ada. Apa lagi kazen Wardah ajak pergi ambil kat bilik simpanan doorgift. Haaa, berlari laaa pergi kat bilik tu dah la kat belakang. Ahaha. Berat huiii. Lepas tu naik kat pentas lagi. Ahaha. Naseb waktu hantorkan bunga telur tu Wardah tak terpijak kain sendiri ke ape ke. Ahha.. Lepas tu ada makan beradab.
Lepas tu free sikit. Jaga doorgift. Pergi tengok orang karoke. Macam-macam suara ada lahaiii. Hihi. Lepas tu dah nak petang-petang sikit, bergambar ramai-ramai.
Ni keluarga Mak Uda
Ni keluarga Cik Ina
Ni keluarga Busu..
Ada lagi keluarga yang lain..gambar ramai-ramai satu famili besar cameraman ada ambil tapi lupa nak ambil gambar kami ramai-ramai tu guna handphone. Gambar tu yang paling best sebab semua ada.
Lepas tu ada yang sambung pergi karoke balik.. Dah nak petang sikit kiteorang pergi bungkuskan lauk. Kemas-kemas barang dan balik. Wardah stay dekat rumah sepupu sampai keesokkannya.
Tahniah buat sepupu yang bernama Muhammad Fakhrudin dan pasangannya Kak Wanie.. Semoga ikatan perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat dan till jannah. Amin amin. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)