Langkah-langkah Apabila Terlupa No Pin Bank Islam
Langkah-langkah Apabila Terlupa No Pin Bank Islam | Hai semua. Lama tak kongsi cerita. Alkisahnya, jadi EA di UIA perlukan akaun Bank Islam. Ini kisah tentang Pengalaman Kerja Partime Sebagai EA. Boleh klik untuk tahu ape itu EA. Alkisahnya lagi, dah buat, tapi bila tekan no pin di ATM tak boleh buat transaksi. Dan terfikir-fikir, mungkin Wardah salah masukkan no pin bank tu.
Apa yang perlu dibuat jika terlupa No Pin bagi pemegang kad Bank Islam? Huhu. Ini kisah Wardah, first pergi tanya kat Pakcik Jaga, tanyalah. Then dia suruh pergi kaunter yang dia tunjuk. Suruh tanya orang kat situ. Memang kaunter tu dibuka untuk pertanyaan pun. So mudah, tapi masa tu tak ada nombor, macam kene cepat-cepat. Siapa cepat dia dapat turn. Sebab, Wardah tunggu person yang in charge kat situ ada, tapi tak muncul-muncul, then ade seorang hakak ni datang dan tunggu. Then, ade person in charge yang datang. Lol. Macam tu rupanya. So, buat juga la macam hakak tadi. Pemerhatian berhasil! :P
Akhirnya ade orang yang melayan. Dia kata, stok kad baru tak ada. Jadinya tak tahu bila ada. Hmm. Macam tu pulak kan. Okey je. Balik babai.
Hari Isnin next week tu pun pergi Bank Islam. Pergi dan tanya kaunter yang sama. Then, tanya jugaklah stok kad baru dah ada. Jadinya,
1. Kene isi borang.
2. Dah isi borang, ambil nombor.
3. Tunggu turn kene panggil.
4. Dah dipanggil akan suruh bagi IC, kene check cap jari kat mesin. tunggu lama sikit.
5. Masa untuk masukkan no pin. Tak kisah no pin baru atau lama. Asalkan kita ingat dan melekat kat kepala no pin tu.
****Amaran, duit RM12 akan dicas.***
Biasanya duit tu dah ditolak siap-siap dengan duit yang ada dalam bank kita.
Dah siap!
*Pertamanya buat akaun Bank Islam, keypad dia macam kecil sikit, so masa nak masukkan no pin tu, pastikan tengok betul-betul nombor kat keypad tu, Wardah silap tang sini.*
sekarang ni memang kena bayar
ReplyDeletekadang-kadang bukan salah kita pun kena bayar
mmg kena buad kad baru ka? kalau nak tau no pin lama cemana?
ReplyDeleteBerapa lama masa diambil untuk kad tu aktif balik?
ReplyDeleteNmber pin ingat,tp trsalah taip pin..kna buat kad bru jgak ka
ReplyDelete