Pages




21 Apr 2013

Cara mengelakkan diri daripada sihir ~


1. Menjaga Shalat Shubuh

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Barangsiapa yang mendirikan shalat shubuh, maka ia berada di dalam jaminan perlindungan Allah” (HR. Muslim). Barangsiapa yang menjaga shalat shubuhnya, maka ia akan mendapat perlindungan dari Allah atas gangguan setan-setan yang ingin melakukan sihir

2. Membaca Surah Al-Baqarah di Dalam Rumah

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Bacalah Surah Al-Baqarah! Karena sesungguhnya mengambilnya (membacanya) adalah barakah dan meninggalkannya adalah penyesalan (kerugian), dan sihir tidak akan mampu menghadapinya” (HR. Muslim)

3. Menjaga Bacaan Mu’awwidzatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas) pada Waktu Shubuh dan Petang

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Barangsiapa yang membacanya tiga kali pada waktu shubuh dan pada waktu petang, maka tidak ada yang bisa membahayakannya sesuatu apa pun.” (HR. Abu Dawud)

4. Membaca Ayat Kursi

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah Ayat Kursi, niscaya Allah akan senantiasa menjagamu dan setan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi” (HR. Al-Bukhari)

5. Membaca Dua Ayat Terakhir dari Surah Al-Baqarah

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah di malam hari, maka keduanya telah mencukupinya.” (Muttafaqun ‘alaih)

6. Memakan Tujuh Buah Kurma ‘Ajwah

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Barangsiapa yang memakan tujuh buah kurma ‘Ajwah di pagi hari, maka tidak ada yang bisa membahayakannya pada hari itu, baik racun dan sihir.” (Muttafaqun ‘alaih)

Sungguh begitu besar bahaya sihir bagi seorang muslim. Sihir tidak hanya membahayakan jiwa seseorang, namun dapat merusak aqidah seseorang. Sehingga bisa menjadi salah satu sebab batalnya keislaman seorang muslim. Semoga Allah senantiasa menjaga kita semua dari pengaruh buruk sihir dan para tukang sihir...


20 Apr 2013

Praktikum Pertama : SK B ~ :)



Assalamualaikum semua!!!! Ape khabar?? Sihat tak? Harap semua pembaca sihat-sihat belaka.. tak kisah lah daripada mana kamu semua datang.. hehe.. semua wardah alu-alukan..Wardah tak sempat nak update sangat sebab masa sangat mencemburui wardah untuk berblogging buat masa nie. Sekarang Wardah masih dalam dunia praktikum selama sebulan.. minggu nie habis, jadinya akan tinggal lagi seminggu lagi!! hehe.. Ape tue praktikum? Praktikum bagi kami sebagai guru pelatih ni ialah menjadi guru selama di sekolah yang telah ditetapkan oleh unit praktikum ataupun certain place/ipg mereka boleh pilih tempat praktikum mereka. But in my ipg, we can’t. 

Sekolah2 pun banyak jenis jugak taw.. haaaa.. ada sekolah elit, ada sekolah kurang murid, sekolah banyak murid...errr? tak dapun sekolah banyak murid.. hehehe... sekolah yang Wardah dapat bagi praktikum pertama nie ialah, sekolah kurang murid. Atau nama pendeknya.. SKM.. =) sekolah nie berada di luar bandar.. sekolah kat area kampung lah boleh diibaratkan.. :) nama sekolah Wardah ialah Sekolah Kebangsaan Bongek. Hehe. First time Wardah dengar nama sekolah ini pun Wardah tergelak. Sebab namanya begitu funny. First impression.. macam-macam persoalan yang mengganggu benak Wardah taw.. macam mana sekolah nie, besar ke kecikk.. (eh, nie dah taw, sekolah kurang murid pasti kecikk sekolahnya..) berapa ramai murid-muridnya, macam mana budak2 di sekolah nie.. macam-macam yang keluar kat kepala Wardahh.... dan soalnya.. gementar, NerVous tue pasti ada..  first time praktikal, gementar tue sangat lah awal Wardah dapat rasakan.. hahaha.. orang lain chill jerk.. Wardah yang awal-awal-awal sangat nebesnyyyaaaa.. hihi.. =P

So, how is it ?? 

Alhamdulillah,, first2 datang sekolah ase asing sangat-sangat.. sebab we are new teachers to be.. budak2 pun rasa sangat pelik dengan kehadiran kteorang.. ahaaa, first day mesty ada assembly kannn.. ahaaa, Wardah ingat awal-awal nie, cikgu2 baru seperti kami kenelah berucap kat perhimpunan.. wahhhh... dah berangan-rangan cakap depan pelajar... haha, hehe, cuba teke kena ke tak.. aha,, tak kena pun.. kami diperkenalkan oleh guru yang bertugas pada minggu tue.. apabila nama disebut, kami pun berdiri seorang demi seorang.. hehe.. rasa bangga sangat pagi tue, apabila nama disebut dan kita diperkenalkan di hadapan student.. Alhamdulillah, sekolah ini biasa-biasa sahaja.. perhimpunan tidak menggunakan mikrofon, memandangkan murid-murid pun tidaklah ramai.. hanya 127 orang sahaja.. dan setiap Tahun hanya ada satu kelas sahaja.. pada masa tue, sangat bersyukur,, Alhamdulillah.. kenapa saya bersyukur? Dalam fikiran saya, mudah sahaja kerana satu kelas sahaja setiap tahun kerana tidaklah sukar untuk mengawal pelajar, dan mudah bagi Wardah untuk mengingati nama mereka semua nanti insya allahh..

Hari pertama biasalah, laporkan diri pada Guru besar, GPK kanan sekolah.. dapat jadual waktu.. berkenalan dengan guru-guru pembimbing.. sekolah kami hanya empat orang sahaja guru praktikum.. dua guru sains dan dua guru agama.. dan im one of them..  im ustazah to be..!!! insya allah... =)

sedikit maklumat tentang sekolah saya :)
SK Bongek ini terletak di Kg. Bongek iaitu di kilometer 32 Jln, Seremban Tampin. Luas kawasan sekolah ini ialah 5.7 ekar.    Kedudukannya di tepi jalan raya Kg. Bongek dan dikelilingi oleh Kampung Selemak Bongek, Kampung Baru Fajar Harapan dan Kampung Bongek Acheh.
 Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan satu tingkat sahaja iaitu bangunan separuh batu dan separuh kayu. Bangunan ini tetap dipelihara oleh pihak sekolah dan masih digunakan sebagai dewan sekolah sehingga kini.

 Pada pertengahan tahun 1996, sebuah bangunan baru 4 tingkat mula dibina dan bangunan baru ini diduduki pada hujung tahun 1998. Sekolah ini telah berusia hampir satu abad. Ramai murid sekolah ini telah berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi dan  bergiat cemerlang sehingga kini dan ada dalam kalangan mereka masih berbakti kepada sekolah sebagai Ajk PIBG dan Ajk Permuafakatan.
 Pada tahun 1993, jumlah murid sekolah ini adalah 106 yang merangkumi 52 lelaki dan 54  perempuan. Kini, pada tahun 2012, jumlah murid meningkat seramai 133 orang yang terdiri daripada 71 orang lelaki dan 62 orang perempuan. Guru-gurunya pula seramai 17 orang yang mana 4 orang daripadanya adalah guru lelaki dan 13 orang daripadanya guru perempuan dan 3 orang pekerja.
 Pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh Sekolah Kebangsaan Bongek sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum   seiring dengan visi sekolah “ Sekolah Kebangsaan Bongek cemerlang di daerah Rembau menjelang 2012 ”.

Inilah serba sedikit mengenai sekolah Bongek nie.. dan sekarang Wardah rasa sangat menyayangi sekolah nie.. walaupun murid-murid nie agak nakal dan talkative.. hehe.. Wardah rasa banyak yang perlu dibaiki dan ditopup di sekolah ini.. tapi Wardah mampu lakukan yang boleh sahaja setakat sebulan ni.. 

tinggal lagi seminggu sahaja lagi.. one week left.. ya Allah,, kuatkan semangat hambaMU ini =) Aminnn!! semoga minggu terakhir di sekolah, banyak kenangan manis yang bakal tercipta..semoga semua urusan dipermudahkan olehNYA.. dan harap bukan Wardah je yang akan rindukan murid-murid sekolah nie.. ehee.. harap murid-murid akan rindu akan Wardah jugak!!! hehehe.. 



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...