Pages




Showing posts with label diariku. Show all posts
Showing posts with label diariku. Show all posts

28 May 2015

Nota Cinta #1


Nota Cinta #1 | Kepada Perempuan : Lelaki yang betul-betul sayangkan kita takkan pernah membiarkan kita pergi walau bagaimana susah / complicatednya keadaan tersebut. 

Kepada Lelaki : Seorang perempuan yang benar-benar cintakan kamu akan salu rasa marah, pada banyak benda tapi akan still stay dengan kamu. 

Hmmm. Let me guess. Pernah tak Wardah hadapi keadaan yang macam ni? Atcually yes. Oklah babai!

nota cinta sweet
Ehem ehemmmm!



27 May 2015

I'm Baby Sitter Now


I'm Baby Sitter Now | Alhamdulillah, selamat sampai di Alor Gajah Melaka pada pukul 6.38 pagi semalam. Bagi balik kampung kali ni, memang Wardah bawa balik banyak beg. Beg tu terisi pakaian yang tak nak pakai dah, hadiah-hadiah yang murid-murid bagi masa habis praktikal hari tu dan teddy bear. Alot. Beg roda, beg kotak, teddy bear, beg merah isi hadiah murid, dan beg galas belakang. Semuanya 4 beg. Huuu. Wardah terfikir macam mana lah nak balik hujung tahun nanti, tu yang mula packing barang dan bawa sikit-sikit memandangkan Wardah rasanya pulang hujung tahun nanti dengan bas sahaja. 

Tutup kisah bawa beg yang banyak tu. Alhamdulillah selamat sampai. For the first week ni, Wardah akan bantu mak Wardah jaga baby named Humairak. Oh my God, Humairak tersangatlah comel dan baru sahaja 3 bulan. OMG! First time tengok bila mak jemput Wardah dekat ALor Gajah. Masa tu adik Wardah yang dah lepas lesen memandu baru-baru ini dah boleh drive kereta dengan baik. Then, dialah yang menjemput dengan mak Wardah duduk belakang pegang baby Humairak. Ya Allah, first tengok tu, memang dalam hati, ya Allah putih mat sallehnya baby ni. Memanglah sangat comel. Dengan mata hitam yang besar. Bulu mata lentik. Subhanallah. Allah the greatest Pencipta Makhluk. 

Sebenarnya Wardah tak nak hupload gambar Humairak dalam ni, sebab baby ni tersangatlah gojes. Baby Humairak ni bukan baby Wardah, takut maknya tak bagi pula kan ambil gambar babynya. So guys soryy sangat-sangat. Korunk boleh bayangkan baby yang putih gebu, muka bulat, dengan mata hitamnya yang besar, bibir comel pink memang lah somel sangat. 

Baby ni berusia 3 bulan. For the first angkat dia memang Wardah rasa macam. EH, aku pandai ke nak angkat baby ni. Sebenarnya Wardah takut nak angkat baby yang masih kecil lagi. Orang kata badan belum cukup kuat. Semalam mak nak cari kunci rumah, dan dalam hati alamak, kene pegang baby sat. Wardah pun pegang buat pertama kalinya. Uhhh. dengan penuh berhati-hati angkat. And i was, Wahh, lulus dah ni. Hihi

Bile dapat bantu my mom jaga baby ni, rasanya adalah juga berangan sikit-sikit nak jadi ibu. XD Belajar susukan baby, belajar buka baju baby, belajar main-main dengan baby, agah-agah dia.. Sweet je rasa ! Kalau berani nak cuba mandikan dia dalam besen tu.. uwaa. terujanya belajar benda-benda ni. Memang seorang ibu tu sangat penyabar kan. Hmmm, setakat itu dahulu cerita cuti minggu pertama ini. Hihi

Adios!

baby comel cute
CAN I HAVE U AS MY DAUGHTER???????? XD



24 May 2015

Struggling on Exams.


Struggling on Exams | Hai semua. Wardah in mood struggling on exams. Pada masa ini, nota-nota tengah bersepah di atas meja. Terasa berat nak mengambil gambar sebab malas nak transfer. Lol. Exam last untuk sem ini pada 25hb Mei 2015. Hoho. 

Just wana tell u iam nervous for the paper. 

Till then. 
struggling on exams
keep calm and post entry and after that study hihi
Jangan lupa sertai giveaway di bawah ini sebab Wardah salah seorang sponsornya. Jom join. Banyak hadiah menanti anda.


Jom pakat join. Insya allah Wardah akan join after exams. Insya allah. i'll akan check syarat2 tu juge for my part. Jangan tertinggal taw. Hihi 

Tata. Adios.


17 May 2015

Macam-macam Ada

Macam-macam Ada | Hai semua. Entry kali ini bermacam-macam cerita ada. Cuti sekolah. Wardah memang free je waktu cuti sekolah ni. Kecuali akan temankan mak pergi kenduri kahwin, pergi kenduri kahwin kawan sekolah, kenduri kahwin kenduri kahwin. Ada yang jemput Wardah pergi ke majlis konvokesyen di IPG Bahasa Melayu. Ada sesiapa lagi yang pergi melihat kawan-kawan konvo? Angkat tangan!
Wardah tahun depan konvo. Wahhh, terujanye. Sebelum tu kene hadap dulu 1 sem lagi selepas cuti sekolah nanti. Hadap jangan tak hadap! Sem last tu la macam-macam kebizian akan muncul. Bentang viva, buat pelaporan, buat projek dekat sekolah iaitu intership, temuduga SPP, peperiksaan, asignment dan lain lain. Huuuu. 

Semoga blog stil aktif lagi lepas tu. insya allah. Kadang-kadang kekeringan idea dan kekontangan isi. Hoho. Alhamdulillah mood belajar sudah mari. Mood makan pula lari. Haha. Just 2 days left. Oklah nak sambung study. Mesti korang bosan asyik cerita pasal study-cuti-study-cuti. Hahahaha. Dah life as student kan? :P

Ok ok, nanti Wardah akan pelbagaikan cerita tentang student life. Atceli banyak benda nak cerita tapi Wardah tak pandai nak tapis-tapis. Takut bercerita dengan emosi pula. Ngeh ngeh. Tak sabar rasanya nak cuti. Tak sabar rasanya nak dapat buah harumanis dari buah hati. Ehem. Tak sabar rasanya nak jumpa mak, adik-adik semua. Kalaulah mereka baca. Tak baca kowt. LoL.

Wardah dapat invitation dari nuffnang. Tapi jauh nak pergi, tak tahu nak pergi ke tak. Tapi macam peluang yang best pulak. Macam gigit jari nak tunggu nuffnang invite akan datang lepas ni. Ermmm. nak pergi ke tak eh?

macam-macam ada haha


Sekian entry kali ni Macam - macam Ada. Haha.


16 May 2015

Ucapan Hari Guruku

Selamat Hari Guru | Pelbagai versi penceritaan kisah guru Wardah dapat melalui sistem aplikasi whatssap. Baca dan senyum sorang-sorang. Haha. Alhamdulillah, Wardah pun bakal guru yang masih dalam proses pembelajaran. Doakan Wardah jadi guru yang berjaya buat anak-anak didik. Ceh. Semangat betul.
Selamat Hari Guru Wardah
Sengeh sensorang. hihi
Wardah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, pendidik, pensyarah, yang pernah Wardah belajar dengannya.Ucapan ini juga buat rakan-rakan yang sudah bergelar guru dan masih menunggu posting sebagai guru. 
Selamat Hari Guru diucapkan kepada :
Guru Tadika Kemas berdekatan dengan D.T.H.O
Guru Sekolah Kebangsaan Kamunting, Taiping, Perak
Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Udang Melaka,
Guru Sekolah Rendah Agama Sungai Udang,
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka
Pensyarah Kolej Matrikulasi Gopeng *walaupun belajar setakat 2 minggu*
Pensyarah IIUM Pengajian Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan kos Biological Scince *belajar selama 1 bulan*
Pensyarah di IPG Kampus Raja Melewar
Pensyarah di IPG Kampus Kota Bharu Kelantan
tak dilupakan juga kepada semua guru yang mengajar saya mengaji dari kecil hingga besar. Guru-guru semasa praktikal S.K Bongek, Rembau, SK Wawasan, Seremban 2, SK Bukit Abal, Kelantan. 

Tak dilupakan jua buat semua guru di seluruh Malaysia!! 

SELAMAT HARI GURU!!


7 May 2015

Selamat Tinggal Sayangku

Selamat Tinggal Sayangku | Kisah kali ini agak taouched sikit. Bukannya apa, sebabnya Wardah sayang sangat dekat murid-murid Wardah dekat Sekolah Keb Bukit Abal ini. Walaupun pada mulanya berada disekolah yang loghat bahasanya bagi Wardah amat asing, akhirnya berpisah jua namun tidak rela. Ceh ayat. Tapi memang betul pun. Tak rela okeyh! 

Wardah mengajar kelas tahun 4 Delima, kelas pertama dan kelas 3 Zamrud kelas hujung sekali. Nampak benar beza dua kelas ni walaupun berbeza tahun. Banyak perkataan yang Wardah belajar dan banyak pahit manis yang dihadapi semasa berpraktikal di sekolah ini, di kawasan ini. Banyak pahit manis.. mungkin dua perkataan ini takkan dilupakan dibumi bertuah Kelantan ni. 

Biarlah yang pahit itu dijadikan luahan dalam minda Wardah sahaja, manakala yang indah-indah diperkata dengan hebatnya. Hihi. First bila dapat kelas pertama dengan kelas hujung rasa macam biasa-biasa aje. Tapi tak tahan dapat 1 kelas 35 orang. Bila difikir-fikirkan balik, sebelum ni pernah handle kelas 40 orang Tahun 5 kelas first alhamdulillah okey takkan tak boleh nak handle kelas yang hanya 34 orang ni? Bukannya ape, kelas tahun 4 biasanya bising sikit. Hihi. Kelas tahun 5 dia matang sikit, matured orang kata. Hoho. *wahai anak-anak muridku yang baca,jangan marah ya?*

Siyesly, ustazah sayang sangat sangat dekat semua pelajar ustazah dekat sekolah ni. Tak tahu kenapa, walaupun ustazah orang luar, kamu semua tak angap ustazah asing. Hihi. Terima kasih murid-murid. Terima kasih atas persembahan yang kamu semua buat masa kelas kita yang terakhir, terima kasih atas semua hadiah yang kamu berikan kepada ustazah. Terima kasih banyak-banyak. Ustazah akan simpan segala memori kita bersama di dalam hati sampai bila-bila. Insya allah.
Jom kita layan gambar mereka yang comel lote ni ^^

kelas hujung
kelas 3 z, terima kasih kepada kak Fathiah yang amekkan gambar kite ^^

kelas hujung bukit abal tahun 3
Kelas 3 Z, kelas hujung yang hanya ada 4 orang sahaja pelajar perempuan. Baik-baik belaka deme ni
posing dengan murid kelas hujung
posinglah kitaaaaa hahaakkkk
penanda buku simple
penanda buku buatan sendiri.. diberi kepada setiap murid sebagai kenangan

penanda buku ringkas
adalah letak ikon comel-comel, letak kata-kata hikmah, letak nickname situ ^^

Ustazah tak dapat nak buat jamuan sebab tak sempat nak bincang dengan awak-awak semua. Maaf ye semua. Insya allah ade rezeki kita buat jamuan lain plak. Insya allah, tunggu waktu intership ke. Insya allah kalau ade rezeki. Kita akan jumpa lagi :)

Wardah berikan hadiah kepada kumpulan murid yang dapat markah tertinggi dengan beri kumpulan tiga teratas cokelat zip tu, dalam tu ada 10 bungkusan. Satu kumpulan ada dalam 5 ke 6 orang murid. Alhamdulillah, murid-murid suka. Wardah pun heppyyy. dan Wardah pun ada berikan murid lelaki terbaik dengan murid perempuan terbaik. Inilah mereka, jeng jeng jeng...

Ini ialah Zaim. Pelajar yang berani ke hadapan, aktif, bila ditegur tentang kesilapannya dalam kelas, dia berubah. Alhamdulillah. 

Ini ialah amy alyysa. Sedapkan nama dia? Dia dapat anugerah ni sebab dia antara pelajar yang aktif dalam kelas tak kiraa masa. Dia ni dah tersedu sedan masa Wardah nak keluar/balik masa hari terakhir tu. Sedih sangat2 masa tu.

nyanyi nyanyi
Geng-geng budak perempuan mempersembahkan nyanyian lagu untuk Wardah

ada Wardah rakam dalam henphone Wardah tapi tak transfer lagi ke laptop. Huhuhu. Lagu "Guruku tersayang, guruku tercinta.........." Tahu tak agak-agak? Pagiku cerah, matahari menyinar... antara lirik-lirik dia laaa. Terharu rasanya Wardah masa tu, siap ada persembahan daripada murid 4 Delima ni. Wahhhhh, terima kasih kamu semua!

Inilah 34 orang murid 4 Delima :

4 Delima 2015
Inilah kanak-kanak pintar 4 Delima yang menceriakan hidup Wardah selama 3 bulan ^^



murid lelaki tahun 4Delima
jejaka jejaka cilik tahun 4 Delima yang nakal dan baik belaka~

murid perempuan 4 Delima
murid-murid perempuan baru lepas nangis ni sebenarnya.. hoho

bungkusan hadiah
bungkusan hadiah daripada murid-murid. wow! teddy bear :)

koleksi hadiah daripada murid-murid
setelah dibongkar-bongkar semua hadiah inilah susunan hadiah daripada murid-murid, ths is so awesome. banyak sangat. Terharu sebab tak pernah dapat sampai banyak macam ni..
hadiah hari guru daripada murid
hadiah dari murid-murid yang sangat banyak. TERIMA KASIH SMUA!!!
Memang banyak sangat hadiah daripada murid-murid. Tak terkata rasanya masa dapat hadiah tu. Terdiam bila tengok murid-murid letak hadiah kat atas meja guru dalam kelas. Tak jangka, kelu juga masa terima hadiah yang banyak macam tu. 

Terima kasih buat semua murid 4 Delima yang memberikan hadiah - hadiah ini. Insyaallah, ustazah akan simpan baik-baik kat bilik ustazah kat Melaka nanti. Terima kasih bagi teddy bear, lampu jam, frame, tudung, surat2 cinta yang sweet2 belaka, bunga, mug, dompet, replika pen, hiasan2 yang sangat comel dan kiut miut.. SYukran JAZILAN buat semua.. Semoga Allah memelihara segala kebaikan semenjak kita bersama hingga selamanya. Amin.. ^_^

p/s : Ade jodoh ade rezeki kita berjumpa lagii.. insya allah ^^


6 May 2015

Back to Normal


Back to Normal | Hai semua. Lama berehat daripada dunia blog blog. Huhu. Ade ke yang rindu?  :P Dah lama tak up entryy memandangkan balik Melaka hari tu ada perkahwinan abang sulung Wardah. A little bit bizi. Hihi. Dan sekarang saya dah freee daripada segala halangan yang membizikan saya!! Oyeayhhh!!

Banyak perkara yang terbungkam dalam benak hati ini ini. Macam-macam nak cerita. Huahuahua. Ada sedih, ade gembira dan macam-macam lagi. Buat masa sekarang, i have to struggle in class, for this week sebab minggu depan dah masuk stusy week. So so, minggu ni nak kata bizi sangat pun tak bizi mana, sebab ade kelas je. Present semua benda dah. Maybe lecturer nak buat kelas sebelum peperiksaan tiba. Tu je la kowt. Proposal dan segala asignment dah siap hantar. Cumanya sekarang nak isi e-posting. Tak tahu lagi pilihan negeriku yang mana. 

Oklah, i will up entry by entry pasal perpisahan dengan murid tahun 4 Delima dan 3 Zamrud dan cerita pasal abang's wed. Heee. Tungguuuu....:P
tunggu saya
adakah yang menunggu tuuuu. hehe :P
nantikan cerita-cerita comey lagi hott dari Warah. hahahaha. babai semua!

Back to normal, nantikan Wardah ya semua :P


29 Apr 2015

Live Nikah Melalui Skype

Apelah yang live sangat kan? Memandangkan handphone yang Wardah guna belum tukar dengan handphone yang canggih manggih, terpaksalah guna skype guna laptop video kol dengan sedara mara yang ada di sana, untuk lihat sendiri secara live abang Wardah nikah. Hoho. Handphone ape tu?? Nak bagitahu macam serba salah pulak. Tak yah bagitahu laa ea... yang buruk2 tu kita simpan.. :)
Wardah terpaksa buka skype tu sebabnya nak tengok live abang Wardah nikah minggu lepas. Yela, kalau boleh terbang ke sana, dah lama dah Wardah buat tapi memandangkan ahad Wardah nak di selia untuk final, dan proposal pula juga kene hantar hari yang sama, Wardah terpaksa tak pergi abang sendiri nikah. Lagi pula, Wardah masih dalam praktikal. Takut pula kehadiran tak penuh, kang susah pula.
Jom, kita tengok. 
Tarikah nikah abang Wardah ialah 24 April 2015. Semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga. Tema warna kuning mustard tema malam pernikahan di rumah isterinya di Selayang. Tak sangka dah jadi suami orang dah abang Wardah ni. Maaf ye abang tak dapat nak pergi abang nikah malam tu. Tengok live pun jadilah. 
nikah abang
Berbaju Melayu kelabu ialah bapa mertua abang Wardah, 

adik - adik wardah aneesa
nielah adik-adik Wardah yang bawah Wardah

malam nikah abang
sekitar malam pernikahan abang Wardah

sedara mara Wardah Aneesa
Sedara mara Wardah yang hot-hot hahak :P

sekitar malam pernikahan
Malam di rumah pengantin belah perempuan

lelaki nak akad nikah
inilah abang Wardah. Nebesssss nebessss...

live dari skype
inilah buktinya Wardah tengok kat skype. hihi. 
 Huh.Alhamdulillah. Abang Wardah dah selamat menjadi suami orang! Rasa terkilan juga sebab tak dapat nak hadir pada majlis nikah abang dekat Selayang. T.T Meriah sangat malam tu dengan tema warna kuning kustard tu. Jeles meyhhh. Wardah masa tu tengah pulun buat Rancangan Pengaharan Harian (RPH). Tengok live kat skype tu pun sayu je... 
25 hb April pula merupakan majlis kenduri belah perempuan. Mai jom tengok gambar!warna biru pula jadi temanyaa... Wait gambar untuk 2 mei nanti taw. Apa pula tema warnanya?? heeee.
muhd syafiq md shah
abang Wardah. Hensem tak?? hihi

adik beradik wardah aneesa
inilah adik dan abang Wardah. yang pakai baju melayu putih jadi pengapit.
dari kiri Boboy, Syafiq (abg), Acik.Hensem tak? :P
pengantin lelaki hensem
masa pengantin lelaki nak ke rumah pengantin perempuan.. pergh, ade karisma bila tengokk gambar nii haha


perkahwinan ala sakura
Yang ni yang wardah jeles. I want this toooo! Sakuraa theme~ Abang dan isterinya. Kak yonggg!
doa dari pengantin
my bro baca doa dalam majlis sendiri hihik
keluarga besar pak uda
inilah keluarga pak uda belah mak.. ramaikan?

adik beradik besar
inilah adik beradik mak. ade kembar. cuba tengok betul-betul..

keluarga mak long
ini ialah keluarga mak long Wardah.. 

keluarga mak lang
ini pula keluarga kembar mak Wardah, mak lang. ini belum semua ada..ada yang tak da dalam gambar

keluarga bahagia
ini ialah campuran keluarga cik ina, mak lang dan mak wardah.

BELAKANG TABIR PULAAA... JOM LAYANKAN...


mak dan mak lang kembar
my mom dengan kembarnya. cuba teka mak Wardah yang mana... :P

lepas nikah senyum
senyum panjang abang Wardah lepas hilang nebes akad. hahha.
Tak dapat nak ulas panjang. Hihi. Puas tak tengok gambar?? Nak lagi ke?? Tunggu 2 Mei punya gambar pulaaaa. Insya allah Wardah akan upload majlis belah abang Wardah nanti. Wardah balik Melaka minggu ni. 30 April 2015 naik bus. Doakan Wardah selamat sampai ke Melaka.. Amin.



16 Apr 2015

APA KHABAR DAKU?

Alhamdulillah, setakat ni sihat semuanya. Minggu lepas ada kem kepimpinan kokurikulum kat sekolah masa hari Sabtu.. Memang kempunan nak balik asrama. Hummmm. Rindu syurga asrama yang ada wifi connection. Nyesal pula tak beli pakej Yes arituuuu. Dapat pula projek minta terangkan warna di wall sekolah tu. Bereh je nak buat. Insya allah boleh siap tapi better bagitawuu awal sebab dah dekat hujung ni pensyarah nak habiskan observe.. Huuu~

Kabare Wardah? Wardah sihat-sihat sahaja. Rasa pipi makin membulat dan membuncit. Uwaaa T.T tapi okeyh juga. Rasa bahagia juga rasanya bila pipi duk membulat-bulat. hahaha. Tapi badan tetap macam nie laaa. Kurus sekeping. Huuuukkkk. Nak gemukkkk juga! haha XD Tapi Wardah perasan baju yang dulu-dulu tak muat dah nak masuk. ada la rasa ketat sikit. Am i gemuk? haha. first time rasa baju tak muat. selalunya muat jee. haha XD

Tiap-tiap malam mesti makan nasi dua kali makan. Kira dua kali tambah laa. Mana tak bam bam pipi i nii. Lalalala. Terasa cepat pula masa berlalu. Tak lama lagi Wardah nak habis dah praktikal selama 3 bulan ni. 30 April masa yang di nantikan untuk MERDEKA! hahaha. awww. Tak sabar rasanya. Nak menghadiri majlis kahwin abang Wardah 2 Mei ni. Serba salah juga tak dapat nak balik waktu abang nikah kat Selayang nanti sebab masih dalam praktikal, takut bila pulang jadi masalah transportation kat sini. T.T Tapi majlis belah abang Wardah balik sebab 2 Mei, masa tu dah habis praktikal. Nak ponteng ke tak la hari ahad selepas tu. *otakjahat*

Wardah teringin nak belikan hadiah buat dua mempelai ni tapi tak tahu nak belikan apa. Then nak letak dalam kotak besar. Kira bajet nak bagi hadiah besar juga la. Tapi bajet belum di fikir-fikirkan lagiii. Apa yeeee? Any idea???  Maklumlaaa, anak sulung kan yang akan kahwinnn. Wardah pula anakk kedua.. Nak bagi ape yee. ape yeee..
soal jawab
Nanti kene buat list ni, cuba bagi idea.. Hoho. Terima kasih kalau dapat bagikan pendapat. Tehheeee. kalau nak bagikan hadiah pun boleh.. wahaha. 

p/s : Nampak gaya traffic menurun. Uwaaa. Sedih sobs sobssss T.T


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...