Pages




28 Feb 2015

Gastrik dan Cara Mengatasinya


Apakah itu gastrik? 

gastrik teruk
credit to google

Sebenarnya Wardah tak pernah ambil tahu ape itu gastrik sehinggalah Wardah sendiri yang kenanya. T.T Sakit memang sakit waktu kena, muntah-muntah lagi, pening kepala masa kena semuanya hadir sebab tidak menjaga waktu makan dengan baik. *yang ini teori berdasarkan pengalaman sendiri dan juga dengar2 dari rakan-rakan*

Wardah dapat detect gastrik juga melalui pemakaian Premium Beautiful. Boleh klik SINI untuk tahu apakah itu premium beautiful. Bila pakai dan tak makan ikut masa Wardah memang akan rasa sakit di belah kiri badan Wardah. Jadinya nak ke tak nak memang kena jaga pemakanan. Masa minggu pertama praktikal hari tu, Wardah tahan makan dan waktu pemakanan tu tak kena, pagi makan, tengahari tak makan, petang tak makan, tunggu malam baru makan, jadinya hari tu waktu tengahari tu dah migrain2, sapu minyak angin kat perut, belakang badan, then tiba-tiba muntah. Muntah bukan setakat kuar air liur, keluar balik makanan yang makan pagi hari. Memang perut tengah lapar pun masa tu. Wardah tak boleh tahan makan dah. Kalau tidak sakit-sakit nanti. 

Sehari yang lepas, dapat tahu sumbody tu kene gastrik. Emm, buat Wardah risau sahaja. Mana taknya dah ada kat hospital baru nak bagitahu. Wahai lelaki yang gentlemen, nak tanya sedikit, lelaki memang macam tu ya? ataupun sumbody tu tak suka Wardah membebel. Mungkin. Huhu. Alhamdulillah hari ni sumbody tu dah baik sedikit daripada hari sebelumnya, semoga bertambah-tambah pulih keadaannya. Amin. 

Cara Mengatasinya : (credit fajridil )

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.

2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau

4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll

5. Elakkan makan terlalu kenyang

6. Elakkan cuka, makanan yang pedas

7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Bila baca semua di atas ini, makan tengahari Wardah salu escape memandangkan praktikal salu balik dalam pukul 2 lebih, Wardah kalau tak ada makanan yang boleh dibuat makanan, mee segera jadi menu utama T.T, Wardah selalu makan sampai kenyang sangat-sangat, dan Wardah sangat suka daging dan ayam. Sangat2 ! Emm. Rasanya no 9 tu boleh amal kowt sebab Wardah suka susu. Hihi. 

Tapi sumbody tu tak suka susu, aiwah, macam mana lah tuuu. Harap dia makan ubat ikut masa. 

Itu sahaja yang boleh Wardah bebelkan hari ni, buat peringatan diri sendiri dan rakan-rakan yang lain. :)

p/s : Masih sedangkan risau dia yang kene gastrik. Sobs sobs sobs. Moga cepat sembuh syg.. :(


27 Feb 2015

Knock Knock. CPUV berderet-deret. Alhamdulillah ^_^

cpuv berderet-deret

Alhamdulillah, tenkiu to Allah, to all my friends here. Thank you for clicking my advertisement of Nuffnang in my blog. Eventhough now i quite busy on my duty as students and seldom update entry in this blog. 

Thanks guys! Thanks people! :)

Sahabat-sahabat, pleaze send message in comments or in the cbox about your clicking. Insya allah i'll will be click your nuffnang advertisement's in meanwhile when i am free. Ok?

Thanks to Abang NUFFNANG for the supports and believing on my blog. 

speaking pulekkk ~

Nak jugak CPUV? Apa itu Nuffnang ni? Daftar as NUFFNANGER di NUFFNANG :) Okies?

p/s : Terima kasih daun keladi bagi yang selalu click my nuffnang iklan yee! Jangan lupa komen, or message di cbox mengatakan anda click2 nuff ya? Syukran!!


Alhamdulillah, Masa untuk Plan Pula !


Apa yang happy sangat tuuuu? yeppp, tadi pergi check duit baki kat ATM, alhamdulillah, elaun Wardah sudah sudah masukkkkk!! horeeeyyyy! Alhamdulillah sangat-sangat. Syukur sangat sangat. Jadinya masa yang ada Wardah nak buat pula pelan kewangan Wardah. Mesti kena buat, sebabnya Wardah ni orangnya boros sikit, terpaksa paksa diri untuk buat bajet plan agar duit tak membazir beli barang-barang tak berfaedah. Ye dopp?? * Angguk angguk*

plan dahulu

Berita gembira hari ini, sangat-sangat. Pagi semalam baru sahaja diobserve oleh pensyarah pembimbing untuk subjek Pendidikan Agama Islam. Alhamdulillah hasil yang baik, harap Wardah dapat maintainkan dan dapat buat yang terbaik. Selepas ini pula, ade beberapa kali lagi untuk diobserve. Sungguh doakan saya selalu sahabat2 sekalian. ^^,

Semalam malam keluar beli makanan dengan kembar dannnnn Wardah juga ade beli beberapa buah-buahan untuk dibuat air detox hujung minggu. :) Wardah hanya beli hanya buah pear, buah lemon dan limau sahaja hanya terfikirkan buah itu sahaja masa di shopping semalam. Huhu. Mungkin lepas ni boleh variasikan lagi. Hihi. 

Nanti Wardah cerita macam mana nak buat air detox ni dan kelebihannya. :)

buah-buahan dalam jag

p/s : Selamat berhujung minggu. Mood Relaxing :)


21 Feb 2015

Sabtu : Sudah Tiba Masanya Aku Bergegas

Sabtu : Sudah Tiba Masanya Aku Bergegas | Melihatkan tajuk di atas, harapnya faham-faham jerlah. Esok Wardah sekolah..... dan sambung praktikal macam biasa. Wardah jadi tak semangat bila fikir nak sambung praktikal balik. Banyak lagi kerja yang menunggu. Banyak lagi bebanan yang hendak dilaksanakan. As soon as possible Wardah nak tahun ni habis. Nak jumpa mak adik-beradik semua. Nak cuti, nak bekerja cepat-cepat, nak cepat habiskan setahun yang perit ini. 
Dua tiga hari ini, melepaskan hobi edit blog. Harap kemas sikit bila Wardah makeupkan blog macam ni. Demam dah kebah sikit tapi bermalasan-malasan buat kerja tu ada lagi. T.T Doakan Wardah ya semua. Yeppp, bulan empat habislah praktikal ni. 30hb 4 2015. Semoga habis dengan jayanya. Aim untuk cemerlang tak tahulah Wardah dapat puaskan hati sendiri ke tak nanti. Insya allah. Semangat tingal 50-50 jer ni. 
Semoga pulihlah semangat ni sebelum mula sekolah esok. 
k guys. Need to stop now. 
busy sangat

Tata.
p/s : Minggu depan jumpa dihujung minggu. Wardah balik asrama boleh relax lagi. :)




19 Feb 2015

Demam Rindukah? Demam Cintakah? Demam Kasihkah? :(


Hai peepppps semua. Untuk makluman, cuti IPG je seminggu, cuti kat sekolah-sekolah yang berpraktikal hanya empat hari sahaja. uwaaaaaa. GB oh GB nape tak ambil cuti lebihhhh. Wardah nak balik...! Wardah nak balik...! *simpan dalam hati je mampu.wakakaka*

Cuti empat hari dan ko tak balik ke Wardah??? huhu. Wardah tak balik ye TAK BALIK... :( Kenapalah tak balik lepas tu meroyan cakap sakit demam homesick semua. Hmmm. Sebab yang pertama. Kos. Elaun Wardah belum masuk lagi. Lambat betul proses kewangan ni nak siap. Nasib baiklah ade terniat nak kol bahagian kewangan ipg haritu.. Rupanya masa kol tu baru nak mula proses. I mean dia tak proses lagi. OMG! *panas sangat hati ini deh*

Yang kedua. Tiket tak beli sebabnya ongkosnya tiada. Hahahaha. Tiket pergi balik naik bus sahaja dan RM100++ manakala kalau naik fligt tiket pergi je dah RM193. Katanya kalau nak tiket flight murah kenelah confirm date nak balik, then tengok masa promosi dan nampak aje tiket murah kene book terus dan bayar on the spot. *Tips tiket flight murah* Wahhh, naik flight tuuuu. Belum pernah lagi terfikir-fikir nak balik guna belonnnn. Hihihi. Macam best je naik belon, ehhh duit pun terbang maaa. hihikkk.

Sebab ketiga cuti hanya sehari sahaja di rumah kalau balik pun. Bayangkan, Wardah mula cuti Rabu, jadinya Selasa malam sudah boleh balik, Rabu pagi sampai sah-sah Wardah penat. Rabu tu mesti half day je bangun. Muehehe. Khamis baru free seharian, Jumaat half day je boleh lepak-lepak, malam Jumaat tu dah kene gerak balik. Sebabnya Wardah dah mula sekolah hari Ahad. Sabtu sudah semestinya kene ada di ipg sebab Wardah kene balik rumah sewa dah petang Sabtu tu. Huhu. 

Sebab keempat yang memberatkan lagi hati ini untuk tidak balik ialah aseimen dan keje yang berlambak. T.T Sobs sobs sobs. Banyak lagi deh belum buat. Naik cuti ni dah mula bizi observe dengan pensyarah dan guru pembimbing. Hurmmm. Sabar jela kan hidup student final year. Haha. 

Wehhh, dan trang tang tang skang Wardah demam. Batuk-batuk, selesema sok sek sok sek je ni. Dah hampir 4 hari jugak ni demam. Tak pastilah sebab ape demam, cuaca ke demam rindu ke, demam cinta ke, demam kasih ke. Lalalalala. Tak tahu pulak ade jenis demam ekkk. haha. Mungkin kowt demam rindu kat famili nun di Melaka.... Dapat tahu pulak, adik-adik kembar Wardah balik, adik yang ketiga dan keempat pula ada kat rumah. T.T Terasa teringin nak berada kat dalam rumahhhh. Sobs sobs sobs. T.T Dia pun balik sebab cuti panjang. Ehmmm. yang pada dia, demam CINTA lah kowt. Muehehehe. 


sejuk dan demam


As sekarang ni tekak asyik nak batuk-batuk aje. Hidung pun sok sek sok sek. Memalam nangis sebab teringat kat famili, pastu bila nak sihatnyeeee Wardahhh uiiiiii! Ish Ish Ish. Nasib baiklah ade adek-adek yang duduk kat perantauan, lepak-lepak je la dengan diorang kejenye. Semalam pulak ade junior belanja KFC gedebukkkk hihi. Ade orang belanja. Makan sahajalah kita.... Wiwiwiw. Seronok tawwww! Tapi stil minum air ais . Setrooowwberiii lagi tuuuu. Bila nak kebahnye demam lahaii. Bangun-bangun dari tidur, muka mulalah macam kat bawah ni.. 

sick dan homesick

gaya macam homesick gila-gila!! LOL

oklah guys, selamat bercuti buat semua! Wardah nak sambung blogwalking dan menyerang-nyerang blog orang lain ni. Hihi. Cumanya, Wardah baru perasan, header dengan footer hilang. Nape eh. Masa korang terjah sini, ade lagi tak nampak header ngan footer Wardah? cer komen ye.. 

p/s : doakan Wardah cepat sembuh ya ! :)


18 Feb 2015

Hari Ini Cutiiiiiii! YabedaBidooooooo!


hai semua! Ape yang hekksaitttedddd sangat nuhhhh?? Haahaa, hari ini cuti. *padahal orang lain dah lama cuti........* Tak apalah, semalam lagi dah sampai ke maktab terchenta ini. Duk kat asrama sahaja memandangkan hanya cuti 4 hari. T.T Jeles dengan yang balik kampung sobs sobs sobs. Uwaaaa. T.T

Memandangkan hari ini cuti yang pertama. Rasanya half day nak golek-golek dan relax-relax aje. Half day lagi baru nak mula buat kerjaan. Aik. Cuti-cuti pun buat kerja?? Eh, mestilah. Ada beberapa aseimen yang bakal menemui dateline dah. Bulan 3 nanti kene hantar aseimen Bimbingan dan Kaunseling. 3 hb Mac 2015 sudah kene siap. Bukan baru nak buat. kekeke. 

Hajatnya kembar nak bawa pergi jenjalan ke Pahang. Tetapi hajat tak kesampaian. Jadinya, ambe hanya ambil keputusan yang bijak dengan menetap sahaja di asrama terchenta memandangkan ada wifi free. Seronok jugak! kikikikiki. *sedakkan hati sendiri*

Berbanyak-banyak terima kasih kepada pengunjung blog yang selalu mengomen dan tinggalkan jejak di cbox :) Beribu kemaafan andai tak sempat nak membalas balik kunjungan. Insya allah. Wardah akan balas semuanya!! hihi.

Wait for Mee!!!!

Wardah akan menyerang!!! 

p/s : Baru balik shopping. Elaun minggu depan baru masuk. Orang lain dah 2 bulan masuk. haha. T.T


13 Feb 2015

Al-Fatihah Buat Murobbi Tercinta : Tuan Guru Nik Aziz


Pemergiannya ditangisi seluruh umat
Murobbi yang terkenal dengan dakwahnya..

Al-Fatihah buat beliau.
Semoga beliau tenang di sana.


kematian tuan guru nik aziz


hasil lukisan Junior Siti Azubairah Guru Pelatih Pendidikan Seni. 



Ramai manusia yang berpusu-pusu beramai-ramai ingin melihat, bersama-sama jenazahnya.

Jenazah Tok Guru di iringi ramai orang






9 Feb 2015

Praktikum Fasa III : Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan


Hai semua. Maklumlah semakin hari semakin sibuk, maaf sangat-sangat bagi sesiapa yang menjemput untuk join segmen tetapi tapi tak dapat nak join. Sekarang ni sudah masuk minggu kedua praktikum di Sekolah Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Alhamdulillah walaupun jauh dengan maktab sekarang Wardah menetap di rumah sewa di area Kg Padang Pak Umar di Pasir Puteh ini. Wardah akan tamat berpraktikum 30 April nanti. Insya allah :)
Mungkin tidak dapat update selalu memandangkan mungkin sibuk dan tidak dapat line internet di sini. *Internet ade je di sekolah, tapi rasa bersalah pula jika guna wifi sekolah nak buat update blog. Cuma hari ini sekadar memaklumkan buat semua yang hadir blogwalking di sini :) *Jika adalah ^^ Wardah belum lagi beli modem / brodband untuk diri sendiri lagi. 
Oklah, masa mencemburui kita, kalau boleh nak cerita dari A to Z pengalaman berpraktium di sini. Hihi. Buat warga IPKB yang ingin berpraktikum tahun hadapan untuk sem 7 nak buat dekat sekolah ni, boleh je roger-roger dekat Wardah. hihi. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki kawan-kawan, pensyarah-pensyarah yang mengambil berat buat diri ini. Maafkan jika selalu menyusahkann ampaa semua.
Setakat itu sahaja!!
adios!


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...