Pages




29 Nov 2012

harapan yang pudar diganti dengan azam yang bersinar~

hi dan assalamualaikum peepppsss!!~

harapan aku hari ini dan seterusnya..

mulakan hari baru..

lupakan yang lainn.. wah wahh wahhh..

sis yang comel. pesanan untuk awak :

kalau tak tahu ape-ape jangan nak main tanya je..

soalan awak tue sangatlah peribadi..

soal hati, soal cinta. soal kasih. erm..

perlukah aku share? dengan insan aku baru kenali..? *dont pretend dat u know me well*

Allah is the best planner. HE knows me well :)~
--------------------------------------------------------

walaupun nie bukan lah tahun baru..

bukan ape yang baru-baru pun..

i pray :

  • aku nak jadi yang terbaik dalam hiduppp
  • aku nak buang segala kisah derita dalam hiduppp
  • aku tak nak nanges buat insan yang bernama lelaki kecuali mahram aku jek..aku nak menangis atas segala dosa yang aku dah buat dan insya allah... i will :') lets astaghfirullah!! :')
  • lebih baik berfikir untuk memperbaiki diri daripada asyik fikir benda yang belum pasti..
yang pastinya, CINTA ALLAH tak pernah MENGECEWAKAN~
biarkan cinta aku,, sayang aku,, kasih aku,, hanya halal buat orang yang bernama suami aku kelak..
bukan pada insan yang bakal jadi suami.. bakal jadi tunang.. or kawan rapat aku..atau ape ek,,, bestie? :)

UNDERSTAND budak SPM? upsss. terrr. 

btw, kalau kacau tunang org bukan xboleh ke? dan bukan ke kalau laki dan perempuan kalau jadi bestie kenelah jaga-jaga. NO HEART FEELING. nanti ko jugak yang naya... 

oklah. masalah aku,,,  biar aku yang handle.. okeyh? doakan yang terbaik buat aku. aku jugak mendoakan rakan-rakan aku yang lain. Kalau JODOH aku dengan dia,, Insyaallah. Kalau bukan JODOH aku dengan dia, REDHA lah menjadi peneman aku, Allah rancangkan sesuatu yang lagi baik buat aku. kan.. kann.. 

aku yakin Allah mencintaiku,, sebab tue DIA menguji aku.. dan aku yakin ALLAH rancangkan THE BEST untuk aku.. AMIN~~

nie quotes dari GOOGLE. btw, aku hanya mampu berdoa.. :)

thanks for readingg!!~







Nikah



nikah bukanlah perkara yang boleh dibawa main-main..

Dalam hadis soheh mgatakn jika lelaki dn permpuan itu saling myintai shingg prnah myatakn I LOVE U ia kira sudah brtunang , tinggl minta izin kpd wali dh bleh trus nikah =D 

btw, thanks for telling me okeyh? adek nak kawen sangat ke? errr.
sweetkann?? ;)

Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)

Dalil pensyariatan dari Sunnah, bersabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)

Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya kepada 4 jenis hukum iaitu fardhu, makruh, sunat dan haram. En.Koala akan nyatakan hukumnya pada pos blog berikutnya... :) - Jangan lupa baca yee.. wajib mengetahuinya...


Sekarang ini, kita berbalik kepada topik utama iaitu, "Kahwin Muda". Bila sebut pasal kahwin muda, semua takut untuk membincangkannya, "al-maklumlah ini zaman serba canggih, apa kelas kahwin muda", itulah pemikiran ironik orang Islam zaman sekarang. Kenapa? Bila kita muda, mampukah kita memegang tanggungjawab sebagai suami dan juga isteri? Mampukah si suami memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya secukupnya? Atau mampukah si isteri melayan suami? Bagaimana pula dengan sumber pendapatan untuk menyara keluarga? Sudah adakah? Mampukah? Ilmu didada pula? Agama? Cukupkah?! Cukup!!! Sudah cukup sudah dengan persoalan itu.

Kahwin zaman sekarang perlukan banyak wang, paling kurang pun, RM10, 000 itu sudah dikira baik namun itu bukan untuk orang yang berkelas tinggi atau berada yang inginkan nilai antara RM50, 000 - RM100, 000. Bahkan untuk persiapan perkahwinan pun perlukan beribu-ribu. Ini masih belum lagi dikira hantaran yang diminta oleh pihak perempuan. Kalau anak Datuk macam mana? Berhutang kiri kananlah jawabnya... =)

Sekarang En.Koala ada dua kenyataan teestimoni debat daripada Encik Lebah dengan Miss Rama-Rama.

Encik Lebah: Saya tidak setuju kahwin muda sebab boleh menjejaskan pelajaran. Pelajar sudah banyak dibebani dengan masalah akademi dan juga masalah hutang yang ditanggung untuk pembayaran yuran pengajian dan sebagainya, inikan pula ingin menangung kos keluarga. Saya rasa ini akan menggangu pelajaran dan seterusnya gagal kedua-dua atau mungkin terpaksa pilih sama ada "belajar" atau "rumahtangga". Penceraian itu adalah sesuatu yang tidak bagus!
Miss Rama-Rama: Bagi saya, saya mahu suka kahwin awal. Kenapa? Sebab saya mampu fokus pada pelajaran dan juga ibadat. Saya cintakan sesorang, jadi saya selalu terfikirkannya. Jika tidak dapat bersama, saya akan rindukannya dan teringatkannya. Bukan saya, tapi ramai lagi seperti saya. Itu fitrah alam, wanita sukakan lelaki, lelaki sukakan wanita. Bila sudah kahwin, dia sah milik saya tanpa perlu rasa bimbang dia dirampas orang. Tambahan lagi, saya mampu beribadat dengan lebih tenang tanpa godaan syaitan dan iblis yang mengajak saya lakukan maksiat. Saya yakin, diusaha muda inilah syaitan mahu sesatkan saya diwaktu berdarah panas dan lapisan iman yang nipis. Namun kahwin, Insyallah iman saya akan kebal dan rezeki akan mencurah-curah oleh Allah swt.


Nas Al-Quran mengatakan:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)

Hadis pula mengatakan:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Jika begitu engkau daripada saudara syaitan. Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk pasturnya. Sesungguhnya sunah kami ialah nikah (kahwin). Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin. Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin. Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin).

(riwayat Bukhari dan Muslim)


Encik Lebah: Baiklah, bagaimana pula dengan persediaan emosi dan rohani? Adakah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri? Adakah kita sudah cukup solat 5 waktu? Adakah kita sudah cukup puasa dan ilmu agama serta ilmu untuk membimbing suami atau isteri? Bagi saya, banyak kes berlaku dimana ramai lelaki terpaksa mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, justeru menceraikan isteri. Isteri derita kerana kehilangan tempat bermanja dan bergantung. Sebab utamanya apa? Alasan adalah kerana tidak mampu dan juga tidak dapat "enjoy" diwaktu usia muda sepenuhnya. Biasanya orang muda suka berfoya-foya, main judi, minum arak, suka lepak-lepak dan suka keluar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang, anak menangis ditengah malam tanpa ditemani si ayah. Kalau ibu pula tiada, bagaimana? Di pusat asuhankan ke anak itu akan dijaga? Saya tidak setuju, sebab saya yakin. Setiap orang muda ada cita-cita tersendiri yang mahu dikejar sebelum berkahwinkan. Kejarlah cita-cita itu dahulu sebelum memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Miss Rama-Rama: Subhanallah, bagi saya kahwin itu akan melengkapkan kekurangan dalam diri saya. Sebelum ini ternyata saya lemah dalam serba serbi. Tetapi bagi saya, kahwin akan melengkapi segala-galanya. Dengan kahwin, sikap saling menasihati dan ingin berubah akan terbit dalam diri masing-masing. Kenapa? Bagi saya, setiap pasangan suami isteri ingin membuktikan diri mereka yang terbaik antara satu sama lain dan sering kali cuba untuk mengisi ruang kekosongan dan kelemahan pasangan mereka kerana saya tahu, manusia itu lemah dan tidak sempurna.


Dalil Al-Quran menyebut:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (21)

Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)." (49)

Surah Luqman: ayat 10

Saya yakin kahwin itu tidak kira muda atau tua kerana bagi yang berkemampuan dari segi kewangan, berkeupayaan dan sihat tubuh badan segera menyempurnakan sunah Nabi SAW. Jangan tangguh kerana kahwin melahirkan zuriat yang akan membanggakan Nabi SAW di depan umat lain pada hari kiamat. Dan saya yakin, dengan kahwin. Saya akan lebih kuat beribadah dan juga berjuang ke jalan Allah.
Sabda Baginda SAW bermaksud:

"Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku."

(Hadis riwayat Bukhari)

Encik Lebah: Baiklah, soalan terkahir yang saya ingin tanya. Jika anda mahu berkahwin. Anda ada wangkah untuk membuat persediaan untuk perkahwinan? Bagi suami anda, mampukah bagi wang hantaran dan nafkah selepas ini? Apa akan jadi jika tidak mampu?

Miss Rama-Rama: Saya hanya ingin katakan, tiada benda dalam dunia ini yang tidak mustahil untuk kita kecapi, bahkan Allah itu lagi Maha Mengetahui akan tiap-tiap makhluk ciptaanNya.

Sabda Nabi SAW bermaksud:

"Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Jika ayah dan ibu sanggup belanja berpuluh-puluh ribu untuk anaknya kejar fadhu kifayah, tidak mampukah ayah dan ibu membelanjakan walaupun seribu untuk anaknya berkahwin. Dah kahwin itu adalah fadhu bagi mereka yang mampu dan jika saya kata saya mampu, saya wajib untuk berkahwin.

Daripada Abi Umamah al Bahili r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya." (Riwayat Ibn Majah ).
Satu lagi Hadis Nabi s.a.w. maksudnya:

"Berkahwin itu satu keberkatan dan anak itu suatu rahmat, maka muliakanlah anak-anak kamu, maka sesungguhnya memuliakan anak-anak itu ibadat." ( Hadis ini tercatat dalam "mutiara Hadis Nabi- Penawar Jiwa" karangan as Syeikh Muhiyuddin Acheh, seorang wali Allah).

Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin.

P/S: Jawatan tinggi? Kaya? Ingat Nabi pandang ker? Nie haa...hadis Nabi XD

Sabda Nabi SAW:Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat.




Jadi apa pendapat anda pula? En.Koala serahkan pada anda. Buruk dan baik datang daripada kelemahan kita, sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah swt. ~ Wallahualam...

(sakit tangan, penat tulis... HuHu +_+)

| copy pasta |

Rujukan :
Halaqah.net
Mukmin.com


28 Nov 2012

Seksaan Di dunia Jika Tidak Solat

hai dan assalamualaikummmm peepppsss!! :)

sebelum baca artikel di bawah.. jum view gambar! :)


Selamat Bermujahadah



Jum GamBAte!!! jum membaca pula ~

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
Doanya ditolak Allah.


Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. "

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:


Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.
Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"
Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

|copy pasta|

jadi sahabat, jum muhasabah. jum koreksi diri!! :)


Kesan Meninggalkan Solat



danbo dengan buku
Jum Muhasabah dengan meneliti cerita benar ini T.T


Peringatan buat kita semua.. semoga kita sama - sama tunaikan kewajipan kita sebaik mungkin supaya Nur di wajah kita tidak akan di tarik sewaktu kita meninggal kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meninggalkan agamanya.”

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.


Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.


Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.


Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memaka i baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.


Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa me mbantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.


Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.


Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."


Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.


Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

|copy pasta dari sini sulamkaseh~



Soalan Yahudi tentang Solat



Soalan tentang Solat

Seorang Yahudi bertanya;
"Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang solat?,"

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, solat Zohor, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang Mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat,"

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah Khuldi. Orang Mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir,"

Setelah itu, Rasulullah membaca ayat yang bermaksud:
"Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah maka Allah akan perkenankan,"

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Solat Isyak (attamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang Mukmin yang berjalan  dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah S.W.T. haramkan daripada terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath,"

Sabda Rasulullah S.A.W. seterusnya:
"Solat Subuh pula, seorang Mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
* Dibebaskan daripada api neraka
* Dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)

|copypasta|
sumber di sini ----> Aishaardini


27 Nov 2012

Koleksi Editing Wardah


kali nie, aku nak letak gambar-gambar yang aku edit,, xhebat mane lahh..

btw, nie lah hobi aku dahulu kini dan selamanya..

kalau dalam kepala aku ade banyak  banyak idea kreatif,, memang jadi cantiklahh.. kih3.. kalau tak de idea.. memang kusam lahh huh

contoh pengumuman sumbangan
btw, iklan nie dah lama expired dah hokeyhhh ~
teddy bear comel
nie pun dah lama :)

hadiah dari buah hati
comel tak? haha ~
aplikasi camera bergerak
goyangkan kamera anda, mesty jadik cam nie.. huks~
ibu dan anak berpelukan
nie gmbr masa pergi sekolah adek aku,, ade solat hajat sebelum SPM~
oryte.. banyak lagi.. tapi nie je lah mampu upload..

demam tak kebah lagi nie.. 

doakan aku yepp!! ngeee :)



25 Nov 2012

bila hati tak tenang..

hi and assalamulaikum~

bila hati tak tenang..

kita akan lakukan benda yang pelik2..

haha, bukan pelik sangat ke ape..

dalam kita sedar tak sedar..

bila kita tak tenang..

kita tak sedar,

sebenarnya dalaman kita yang perlu diubati..

**********************


yeayhh..

know what im doing when it occurs in myself?

huh. semalam

lewat malam gak la aku tidur..

erk. aku buat beger sendiri dalam pukul 2 pagi..

bayangkan adek-bradek aku sume dah tidor..

keh3. sunyi gelita rumah aku, tetibe aku pung pang kat dapur..

memang jiwa tengah dilanda ombak.. ombak rindu kowt *pergh ayat*

keh3.. hiraukan k.. ~

beger wat sendiri, fhm kan? alaaa.. masak daging ramli beger tue..

salut daging uh dengan telur+bawang..

makan dengan roti gardenia..

kalau ase nak mantap2 agy letak mayonis..

tapi aku letak sos jer..

lepas tue ngapp~

huks, boleh plak aku ajak si lin ngn bro echa nie join sekaki (chat ngan dorunk kat fb tyme tu)

huhu.. *bro engat aku buang tabiat, lin pun macam pelik* hihihi~

lepas tue.. aku buat air milooo~

dah kenyang, terus aku bum3..

nie pelik dari kebiasaan aku..

keh3.. tue la jadinya bila hati aku tak tenang..

pssttt.. 

selalu muhasabah diri
mungkin aku jarang buat.. T.T
iman bercuti
iman kita memang ada pasang surut.. tapi kalau kita biarkan terus surut jeee??eemmmm~
hati yang suci menjadi gelap
sebab tue kita kene berhati-hati.. biarpun yang kita buat hanya dosa kecil,, kalau berterusan buat dosa kecil apa akan jadi?? bila salu lakukan dosa-dosa kecil yang sama ia akan menjadi dosa besar..
ubat hati baca al-quran
pernah dengar,, Indahnya hidup bersyariat? ataupun mungkin pernah dengar,, tiada yang tenang melainkan hanya Islam di jiwa.. ? T.T

jawapan jiwa gelisah
ini jawapan ustaz azhar idrus.. banyak lagi amalan yang mampu kita buat untuk tenangkan hatii.. zikir  adalah paling senang antara amalan-amalan lain pun sukar kita lakukann.. acane tue? 

aku perlu koreksi diri semula.. jum sahabat!! :)



Hadiah Buat Mereka

Tahniah buat adek-adek aku..

btw, terima kasih pada sedara-mara yang datang rumah tadi sebab nak raikan ika dan ira..

THANKS A LOT~

***********************************************************

Alhamdulillah, hidangan pun mencukupi.. hihi.. buat puding karamel tadi dan semalam semata-mata untuk kazen-kazen datang nie.. it just simple je,, sebab buat sekadar yang mana ada(bahan-bahannya), heee.. tak sangka pulak mak ngah nak minta resepi.. keh3.. ada jugak hidangan lain.. :)
bihun dan mee sup.. mangga... dan lain-lain lagi :)

btw, adek2 banyak dapat hadiah daripada kazen-s :)

jum tengok gambar meke bukak hadiah !

membuka hadiah yang dapat
bukak~
oklah, done for today..

Assalamualaikummmmmmmmm :)


23 Nov 2012

Baka Kembar

hye peeepppsss! assalamualaikum!! :)

hokeyh okeyh, ape khabar semuanya?? bagi yang tengah cuti tue, apa khabar cuti2 awak-awak sekalian? terisi tak? heeee. mesty terisi kann. kiteww pun samaa.. hekhekhek. terisi dengan duk rumah jer.. :(

terisi dengan klik2 iklan dari says.com dan churp-churp dari adeks-adeks. yang rajen bagi link kat chatbox akak. thanks! t kite exchange2 link okeyhhh?

atceli, bukan nak cte sangat pasal adek bradek aku ke apee.. ok-ok,,, sikit je pasal family aku,. 

adeks kembar aku tue merupakan anak yang last sekali dalam keluarga..
aku cakap ngan mak aku.. haa, lepas nie dah xde dah anak makk yang sek rendahh dahh.. ngee.. 
best ape.. cume tue lah, tanggungjawab aku sebagai seorang kakak lagi besarlah kaannn.. :)

btw, nak bagitaw, yang my mother jugak seorang kembar. meh2 tengok :)

mak aku ngan kakak dia, merupakan kembar yang seiras. adelah mak cte kecik2 dulu, aku dan adek bradek mesti tertukar mak. yang sorang pegi kejar mak lang, yang sorang lagi kejar mak. hee. memanglah, muka serupakann. ngeee~

my mom namanye, Rohani Abdullah manakala, my mak lang pulak namanya Rohana Abdullah. cutekan nama mekee. :)

gmbr nie tyme raya 2008 :)
my mom yg berbaju wane pepel pekat, my mak lang  yang kanan  tue, wane lembut tue :)
oryte, nak dikatakan lagi,, mak long aku pun ade anak kembar. dan mereka nie jugak baya adeks-adeks kembar aku nie. mereka lelaki. muke meke sangatlah seiras.

awal-awal dulu memang susah nak kenal mana satu abg dan adek. nguuuu~
nama aku memang tak ingat,, panggel adek abang jer ~

oklahh.. macam mane aku leh nak cte pasal kembar nie. tak delah, tadi aku duk belek gambar seorang junior aku nie kat instagram, aku tak taw pulak yang dia ada kembar, means dia tue kembar.. haisyh. terkejut aku taw tak. baru aku perasann yang,, kebanyakkan member rapat aku nie ade keturunan twins.. thats why lah aku tetibe nak letak pasal KEMBAR.. ade blood twins. ohmaigod~

erm. haa. nak tunjuk gambar dia, aku tak adalah pulak, kalau nak tengok, add dia kat instagram dia yang bernama nama pelik2 nie : enriqueuphoria atau nama sebenarnye ahmad afiq afandi.. nama kembar dia aku tak taw. 

dulu aku satu society ngan dia kat maktab, dia penolong aku, tapi tak de banyak sangat keje pun . penolong ceti je. hahaks. rapat gitu2 jerk. siyes taktaw dia ada kembar. haih. 

next, 
aku ade gaks rapat ngan budak junior nie, budak PJ nama dia norazlin bin rasyid. panggil dia lin. :) btw, dia tak ada kembar.. tapi dia ada adek kembar. faham tak.. macam akulah, ade adekbradek kembar..adek dia yang kembar,,ok.. muka meke sangat seiras.. rumate aku ade cakap, entah2 neesa rapat ngan dia sebab ade keturunan kembar nie, haha, gelak jelah bila rumate kata gtu kat aku.. kebetulan je semua niee.. aku mmg rapat gila ngan dia.. masa awal-awal dia masuk uh. memang rapat, skang nie pun boleh lah tahan :)

lastly, ade seorang kawan aku nie. nama dia Hamzi. nak kate rapat tak adalah sangat. maybe sebab aku penah satu GERKO kat foundation dulu,, bolehlah masuk kepala ngan aku.. member weyh. biasa-biasa jelahhh. dia nie ada kembar, kembar dia nama Hamdi. haha, nak taw ape yg beza dua orang nie.. hiks, ketinggian. gambar? cari senirik. aku tak simpan punnn~


Aku teruja kowt bila tahu kawan-kawan nie ade kembar dorank... mesti syokkan ade kembar, even ade jugak filem yang buat cerita tentang KEMBAR,, siap tukar2 orang lagi untuk kenekan orang lain, *dalam filem tue la* 

tyme aku sekolah rendah dulu pun ade gaks. Kembar lelaki dan perempuan,, means kawan aku perempuan, kembar dia lelaki. haaa, muke serupa beb.. 

haa, nak taw tak,, aku ade kembar jugakk.. eheeeeeeeeee, DALAM MIMPI bolehlahh. btw, cerlah komen.. mana taw korunk-korunk pembaca yang setia nie pernah jumpe kembar ke.. ataupun korunk sendiri ade kembar.. 

whooooaaaa, bestnyeeee!! 

eheeee, oklah setakat stu jelah cte aku pasal KEMBAR. ehee. 

saja letak gambar adek yang shumells nie. ngeeee~
BABAII!!

eh kejapppp~

tetibe nak letak satu photo aku download tadi. nguuu~

kat gambar tulis untuk lelaki, tapi bagi aku, untuk dua-dua. heee,,

LELAKI dan WANITA :)

that's mean, untuk AKU jugak!! :)

heeeeeeeeeeeeeeeee. SELAMAT MALAM!! love u olz :)


20 Nov 2012

Anugerah Cemerlang

hiarghh.. !! SUPRISE !! RESULT UPSR DAH KUARRRRRR

These twins having their Upsr Examination.
Siapa ni? Siapa budak berdua ni?
kembar perempuan tak seiras
Kembar tak seiras. Yang Tinggi adik, ira yang comel molek tu, kakak, iqa
Mereka ialah adik bongsuku. :D

Gambar ni di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Melaka.
Penat tunggu mereka ni balik dari Kolej Yayasan Saad tu. Aku sampai sekolah dalam pukul 11.00pagi. Mereka sampai dalam pukul 12 .00 tengahari. Sejam lebih jugakla. Adik aku datang awal pukul 7 pagi lagii. Mereka perlu pergi ke Kolej Yayasan Saad tu. Sepatutnya mak aku yang kene pergi sebab kat sana hanya adik aku berdua je pergi tanpa mak ayah. Bila kene interview pasal mak dan ayah aku pun tak tahu nak kata apa. Sedih. Sebak. Pelajar-pelajar cemerlang lain semua ada parents yang menemani. Mak aku kerja jadi hanya dapat hantar sampai kat sekolah je. Cikgu Faizah dan Guru Besar sekolah yang bawa mereka pergi ke sana. Sebagai wakil menemankan  murid - murid ini.

Btw, ada terfikir tak kenapa mereka perlu pergi awal???

Bagi makluman, kedua-dua adik aku dapat 5A. TAHNIAH Ika dan Ira!!Mereka dapat anugerah cemerlang sebab kedua-duanya berjaya. haa. Sebab tu pergi Kolej Yayasan Melaka tue.. Boleh tengok SINI dan suratkhabar2 hari nie. *Alhamdulillah*

Dalam Paper UTUSAN, METRO ngan SiNAr paper hari ini, ada juga berita tentang UPSR. Jangan lupa baca taw! 


Wedding di Teluk Intan

Stori tentang perjalanan ke TELUK INTAN.. firstly,  hari keluar dengan bff, malam tue, aku tak packing barang lagi . huks. *adik2, kakak2, abg2 jangan ikut ye perangai teruk ini* Balik, terus tidooo. Penat kowt. Pada next day, gerak pukul 8 pagi taw, then, pepagi lepas subuh, baru aku kemas2 barang. aku men rembat je baju kurung hijau. Atceli pelik nape aku rembat hijo? *blur* Bila dah siap packing,  Kami pun bertolak ke stesen bas.

Aku not alone. Aku pergi bersama family aku. Kembar, boboii dan emak aku sahaja yang ada. Kami naik bas ke K.L and petang tu juga pergi ke Perak. Kepala aku dah mula nak migrain. Sebenarnya aku tak pernah sampai di TBS kecuali pernah pergi Puduraya je.  Hmm. My Family pun tak pernah jejak kat situ, yang jadi lawaknya adik aku yang bongsu, tanya aku,"Akak, akak, nie KLIA eh?" Siyes aku nak tergelakk. Setakat ni aku taw lagi rupa KLIA tu macam mana. Dengan mak aku sekali boleh gelak besar. haahAHAHA.

After my cousin sampai, dia pun bawa ke rumah mak ngah kami. Rehat n eat. Aku kuar teman cousin perempuan, dia bawa tunang dia untuk drive. DOrunk ajak borak pasal kereta. AKu tak berapa berpengetahuan luas lagi tentang kereta jadi kepala aku dah tak faham sangat apa dorunk cakapkan.
Masa ni, kat kedai makan area Titiwangsa, dan korunk nak tahu tak?? Aku nampak PIERE ANDRE!!!! DIa tengah shoot for his workla kowt. Ingat nak bergambar dengan dia tapi aku segan dan nampak dia bizi sangat je.

**********************************
Petang - gerak ke Perak.

At Perak, hampir sesat sebab tak nampak jalan sangat. Mungkin sebab dah malam. Sampai dua kali jumpa klinik 1 Malaysia(klinik yang sama). Naseblaa sampai jugak akhirnya.

Kami duduk homestay :D

Esoknya..hari Sabtu menjelma.
homestay di perak
kat homestay. semua otw nak g kenduri :)
tengah setting camera
masing2 setup camera hihi

pelamin cantik dari tepi
pelamin bertemakan purple and pink. gojes!~
pengantin lelaki dan isterinya
ketibaan pengantin lelaki dan gurl. kazen aku yg laki uh :)

azlan matle sewaktu bersanding
adeknye jadi pengapit !~


oklah. that's all. 

As usual, aku jadi kendarat bersama cousin-cousin yang lain.
 Bagi bunga telur, jemput tetamu makan.

Lewat petang, di kawasan majlis, habis kemas semua benda baru balik homestay.

Esok alek melaka. hari ahad aku duk umah nenek dulu. :) Baru balik rumah sendiri. 

itu sahaja tentang wedding cousin :D
Dia merupakan cucu pertama yang kahwin. haaa. comelkan isteri dia? kla, 

ADIOUS~


Dating Dating! :D

hehe. maaf sebab dah bape hari tinggalkan blog kesayanngan dengan sendiriannyaaaa... KESIAN AWAK :( Maafkan saya ya bloggie diariku.. jom kite teman awak. aucak ! :D

sekarang, saya nak memuntahkan memori saya 2 3 hari nie.. :)

DATE NGAN BFF :)


Kami pergi ke jusco je. Jusco baru ookeyyhhh? yang besa tuee.. bukan yang lama. heee. Kebiasaannya, aku ngan my bff selalu lepak M.P iaitu Makhota Parade, tapi disebabkan kekangan masa, dan ianya adalah yang berhampiran dengan perhentian tadi *tempat menunggu bff) Jadinya, kami decide nak pergi Jusco baru sahaja. haaa. korunk jangan ingat aku ngan my bff nie kapel lesbian okeyh. IM NOT!! kami kawan sejak sekolah menengah. sejak Form 3. till now aku stil rapat ngan dia. alhamdulillah ~


heeeeeeeeee, byk dahh merepekkkk.. :D

jum smbung cte..as usual, aku kene bertolak awal.. pepagi dah bgun dahhh. rumah aku pergi ke Bandar Melaka ambil masa hampir sejam. Sampai central dalam pukul 10 pagi.. awalkannn?? haha, lepas tue mama Nan(nama panggilan bff) hantar pegi Jusco, then kteorang breakfast kat sana. Aku tak taw nak makan ape kat sane, jadi, erk, apa yang dorunk makan, aku pun ikut sekali je lah, *sebab tak tahu ape yang sedap kat sana* Then, we'all makan yong tau fuu. THANKS pada mama dia sebab banje makan pepagi ni.. :D after makan, kami pun merayau-rayau.. ^_^

Firsst sekali, window shopping. Then tetibe ase nak menyanyi2. huks~ tekelah kami pergi mana..Kami singgah ke bilik Karok dalam Jusco tu. Menyanyilah dengan sepuas-puasnya. huk3~ Lepas tue baru jenjalan pegi naik atas sekali untuk lepak+selfie ngan member aku sorng nie..:)

Jusco dipuncak
nampak tak ade org dalam gmbar nie?? haha. kalau edit2 mesty leyh jadi gmbr ohsem rite? haa. t lah~
landskap cantik dan menarik di jusco
dan tetibe mata aku terpaku bila tengok kat tempat duduk nie. huks~ ;)

dan lepas candit2 banyak pitcha atas bumbung jusco nie, aku ngan nan pun pegiiii .. pegi manaaaa?? 
shopping beli barang
haha, tyme to shopping! HIKS~
atceli tak taw nak jalan mana, jadi, tadi nampak banyak gila sale sampai 70 % , 50 % . then pegi2 cuci mata.. tengok baju tshirt sana, tengok blouse sini, tengok suar kat area bawah.. haisyhh.. masyukk sangat kalau ada duit tyme tuee.. hermmm~ haha, aku ngidam sangat satu tshirt nie.. cantek sangattt.. kalau aku jenjalan lagii, nak p kedai atas tue.. nak BELI!!!! haha

lepas tue jenjalan kat TESCO. dan aku beli 5 helai tudung. huks~

haha, abes duitt.. fuhhh~

balik uh, nseb bek dapat bus pukul 4.30 petang, jadi aku pun tak delah sampai dalam maghrib2 kat rumah.. :) aku sampai dalam 6 lebih.. naseb baik tak sampai malam. :)

cte dalam bas. aku dah la ngantok2.. bila aku nak lelap je, aku tak leh nak lelap, sebab mata aku terpaku kat seorang mmat nie. bila dah terpaku, aku pasan mamat nie tenung je muka aku.. lama kowt.. dah la muka dia suweett2~  muke dye penuh syahdu weyh.. huks, aku cakap betul.. bas yg aku nek nie ade dua bahagian. aku duk bahagian yg ade tempat duduk byk2 tue, tapi tempat yg depan sekali.. budak laki uh duk bahagian depan aku kat bawah. memang dye tenung je aku weyh.. *SHAME* last2 dye turun, baru lah lega sikit. hihi. sampai masjid tanah, minta mak amek. sampai rumah 

*END*

haha, tue cte ngedate ngan BFF aku :)

adios! :D




14 Nov 2012

Salam Maal Hijrah ^_^

apa tajuk aku nak bagi kat entry kali nie.. aku pon tak taww.. hahah..

aku duk bosan sehariannn.. tak buat pape.. tengok tv, blogwalking..

haisyhh.. bosannnnnnnn, bosannnnnnn..

yelahhh, keje tak dapat.. huks~

apelah pekan nieee.. kata nak telefon aku, tunggu punya tunggu.. abes dah tempoh seminggu tueee..

tak telefon telefon punnn.. arghhhh~

naseb bek esok aku keluar jenjalan.. kat manee?? tunggulah lepas keluar nanti aku update cerita aku keluar ngan bff aku nie..

ok? haha

duk kat rumah.. spend masa dengan kucinggg.. hihihihi.. siyes bosaannnnnn,, sampai aku dah boleh borak dengan kucingggg.. hikhiks~

semalam malam... while texting sum1..

ermmmm... *aduh malas nak cerita..

aku doakan yang terbaik buat kita, moga berkekalan sehingga ke syurga.. insya allah !

erkkkk.. sebelum tue.. aku nak ucapkann.. SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM.. SALAM MAAL HIJRAH!!
Salam Maal Hijrah
Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah diucapkan pada semua, 
Mari sama-sama bina azam baru.. sempena tahun baru Islam yang bakal disambut.,.:D

siapapun kita dahulu, siapapun kita di masa silam, kalau kita nak berubah, pasti Allah akan bantu kita :D

jum muhasabah dan koreksi diri kita.. jum rakan-rakan blogger!! :)

aku kene start packing baju nak pegi teluk intan malam nie. kalau esok takut aku penat memandangkan aku keluar dengan bff aku nie..

oyehh.. kene mula packing.. sebab hari jumaat aku pergi teluk intan..

kazen aku kahwennn.. :)

oklahh,daaaaaaaaaaaaaaaaaaa~


12 Nov 2012

Movie Time - Ayat-ayat Cinta

semalam malam ade cerita nie kat astro prima. hihi. nak taw tak.. first tyme tgok cte nie, aku macam tak da perasaan sangat,, sebab maybe aku tengok ngan kawan2. jadinye. aku mmg tak suke kawan2 aku tengok aku tacing dan nangis2 sebab aku ase aku tak nak kawan2 tengok aku lemah. ngeee. Semalam, buat kali ketiganya aku tengok ngan mak aku. hee..

movie ayat-ayat cinta
yang nie pelakon utama cte nie. sweetkan? ngeee
kali kedua aku tengok ngan mak aku gak, tyme tue kat rumah. aku ingat lagi.. tyme tue mak nak tidur dahh. aku cakap kat mak.. "mak, jumlah tgok cte nie..jumlah.." puas aku pujuk dan pujuk mak aku.. yelahhh. tyme tue mak aku baru je dalam menghadapi kisah duka dia.. kisah pahit dia.. kisah pahit ape?? huhu~ biarlah aku saje yang tahu, jadi bukan mudah dia nak tengok cerita yang ada perkataan cintan2 nie.. lama gaklah nak pujuk mak aku tyme tue.. last2 mak aku duduk jugak :)

heeee......................... 
taw tak, haha. aku ngan mak aku nges2 tgok cte nie.. haha. malu pun ade nges depan mak.. awal2 kan mak aku cam keras hati je nak tengok, last2 dia tengok gak.. sampai abes! fuhhhh~ dannnnnn tak terfikir pun akan sama2 tacing dan nges tengok ngan makkk... hiihiiii.. hehe..

semalam pun aku tengok, btw, leyh cover2 lah nak nges, sebab dah tahu part mane yg sad2 kann.. hihiihih..
erm.. terfikir2 jugak aku, kalau aku boleh berkorban macam si aisya kan bagus... aisya nie sangatlah kuat cemburu, tapi tetap think positif. If dia tak kawal cemburu dia, dia ase dia akan bawa keburukan bila bersama. Nie part yang dia merajuk nak bawa diri ke rumah pak cik dia.. kalaulah aku dapat jadi wanita haibat dalam cte nie, kan baguss.. tapi laki dia kene lah adilkannn.. hehe. haisyhh.. *dah merepek-repek dahh.. hahaiiih.

antara dialog2 yang aku suka :

Dialog Fahri dengan Maria di Tepi sungai Nil
"Sebelum aku kesini, sebenarnya ada 2 hal yang bikin aku kagum sama Mesir. Yaitu Al Azhar dan Sungai Nil, karena tanpa sungai Nil, tidak ada Mesir dan tidak ada AL Azhar.
"Aku juga suka sungai Nil, kalau tidak ada sungai Nil, pasti tidak ada Mesir, tidak ada peradaban, yang ada hanya gurun pasir"
"Kamu percaya pada jodoh, Fahri?"
"Ya, setiap orang memiliki…."
"... jodohnya masing-masing. Itu yang sering kamu bilang"
"Aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh, senang ya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan Tuhan dari langit"
"Bukan dari langit, Maria, tapi dari hati, dekat sekali"

Insert - Surat Noura untuk Fahri
"Wahai orang yang lembut hatinya
Sudah lama aku selalu mengecam pahit
Kelam oleh penderitaan
Aku tak ada siapapun kecuali Allah dihatiku
Tapi kau datang dengan cahaya
Aku ingin menjadi yang halal bagimu
Yang kan kau kecup keningnya
Kau hapus airmatanya
Dari orang yang selalu merindukan cahayamu"

Dialog Fahri dengan Alice (Wartawan)
"Jadi Islam sangat melindungi perempuan" tanya Alice
"Islam mengajarkan kita, kalau surga itu dibawah telapak kaki ibu, "Begitu hadist meriwayatkan yang menjadikan dasar Islam, sangat menjunjung tinggi perempuan" jawab Fahri
"Lalu bagaimana dengan kekerasan dalam rumah tangga, bukankah Al Qur'an memberikan ijin suami memukul istrinya" tanya Alice
"Banyak lelaki muslim menggunakan surat An Nisa, untuk melakukan tindakan pencegut memukul perempuan, padahal surat itu untuk menjelaskan 3 hal. Apabila seorang istri melakukan Nasyu yaitu melanggar komitmen pernikahan, pertama dinasehati, kedua diperingatkan dan ketiga baru dipukul, tetapi bukan dimuka dan niatnya bukan menyakiti" jelas Fahri

Adegan Pertemuan Fahri dan Aisya
“Saya hanya anak penjual tape, belum punya pekerjaan tetap, saya merasa tidak pantas” kata Fahri
“Istighfar Fahri, pernikahan itu bentuk ibadah, Insya Allah akan dibukakan pintu rejeki buat kamu” nasehat Ust. Ustman
“Yang paling penting akhlaknya” kata paman Aisha

Buku Harian Maria
Aku pikir orang muslim adalah orang yang tertutup dan merasa benar
Tapi setelah bertemu Fahri, aku melihat kedamaian.
Lewat sikapnya, Fahri telah membukakan mataku tentang segalanya..
kejujuran, ketulusan, sifat rendah hati namun tetap berani.
Aku ingin semakin dekat dengannya
Kenapa aku tidak bisa meraih sungaiku
Apakah karena aku dan dia berbeda
Apakah keyakinan dari Tuhan menghalangi kecusian cinta
Fahri, telah menemukan sungai nilnya dan itu bukan AKU
Aku sungguh mencintainya…

Insert - Fahri Baca Buku Harian Maria 
Pertama kali aku ketemu kamu, aku tahu
Kamu perempuan yang baik
Kamu perempuan yang jujur
dan apa adanya....
(Flash Back)
"Maaf, saya salah alamat" kata Fahri
"Orang Indonesia ya," tanya Maria
"Ya" sahut Fahri
"Lantai bawah," jawab Maria
"Terima kasih" balas Fahri
(Flash Back)
Menurut aku, Profesor itu tidak mengerti Al Quran, masak Dia bilang, Alif Laam miin tidak ada artinya. Justru menurut aku Alif Laam Miin itu adalah rumusan Tuhan yang paling dahsyat dan agung makna. 
Kamu tidak percaya ? aku sungguh suka Al Qur'an
Aku hafal surat Maryam.
Bismillahirrahmaanirrahiim
Fa'atat bihi qawmaha tahmiluhu, qaloo ya maryamu laqad ji-ti shay-an fariyyan
Jujur, aku kagum sama kamu

Adegan Fahri dan Seorang di Penjara
Fahri!, ingat kisah Nabi Yusuf AS dan Zulaiha.
Zulaiha menuduh Yusuf telah memperkosanya, padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf.
Fitnah, itu semua Fitna, Fahri.
Zulaiha menuduh Yusuf memperkosa dia, hingga Yusuf dipenjara
Apakah Yusuf berontak? Tidak Fahri
Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya
Kau tahu apa yang dikatakan Yusuf.
Kata Yusuf “Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih berarti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal dipenjara tapi dekat denganMU, daripada aku hidup bersama manusia pendusta.
Allah sedang berbicara padamu tentang SABAR dan IKHLAS
SABAR dan IKHLAS.....Itu ISLAM, Fahri

Adegan Fahri Menikahi Maria 
"Kau ingat sari mangga yang sering kau buatkan
Atau kau suka yang minta tolong dibelikan CD
Atau keranjangmu yang suka jatuh di tanah karena terlalu berat membawa buku yang kau pinjam. Bangun Maria….!!"
“Katakan, kamu akan menikahinya” pinta Aisha
"Aisha, poligami tidak semudah itu, ada banyak hal yang harus dipertanggung jawabkan, kamulah yang aku pilih dengan nama Allah, satu-satunya yang aku pilih, kamulah jodohku, Aisha. "
"Jodoh itu rahasia Allah, Fahri. Ada diri muslimah dalam Maria. Dia butuh kamu. Dan bayi dalam kandunganku butuh ayahnya. Nikahi Maria…!! 
“qabiltu nikahaha wa tazwijaha bil-mahril-madzkur”
“Bangun Maria, Aku mencintai kamu, kamu masih ingat kita bicara di sungai nil soal jodoh, kamu sudah menemukan jodohmu, Maria”

Adegan Fahri dengan Saiful
“Gimana caranya menyatukan Aisya dan Maria” tanya Fahri 
“Aku satu istri saja belum punya, kamu nanya dua” ledek Saiful
“Aku capek Ful” kata Fahri
“Ini sok tahuku aja ya, kamu tidak akan pernah bisa menyatukan mereka. Yang bisa kamu lakukan adalah berusaha untuk adil. Tapi ingat! satu istri saja belum tentu merasa adil apalagi dua. Semua kembali lagi ke imanmu, serahkan semuanya pada Allah” nasehat Saiful

The End
“Maafkan aku, Fahri, Aisya” 
Maria, Tidak ada yang salah sampai kamu harus minta maaf
"Aku minta maaf bukan karena kesalahanku, tapi kebodohanku. Sekarang aku baru ngerti antara CINTA dan KEINGINAN UNTUK MEMILIKI tidak sama. Maafin aku, Fahri, Aisyah maafin aku. Fahri, ajari aku sholat. Aku ingin sholat dengan kalian”

oklah.. selamat membaca dan thanks ya kerana membaca! :)


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...