Pages




31 May 2015

Extremely Kelakar

Extremely Kelakar  | Apalah yang kelakarnya?? Haha. Masa ambil adik-adik wardah Jumaat petang.... adalah insiden yang bagi wardah extremely kelakar sangat! hahaha. 
As usually, kalau Wardah ada dekat rumah, memang Wardah yang pergi ambil adik untuk balik rumah. Macam sekarang, adik bawah Wardah dah ada lesen, kalau dia ada, dia pulak lah. Kali ni, dua-dua ada dekat rumah. Memandangkan dia sibuk dengan preparation nak masuk tempat belajar Wardah minta dia temankan saja. 
Sesampai sahaja dekat sekolah, angkat barang letak dalam kereta. Tiba-tiba si Kakak kembar ketuk tingkap kereta. Katanya pass keluar dia dah hilang. So macam biasalah kalau dah hilang mungkinlah tak boleh balik, tapikan cuti sekolah gila apa tak nak balik. Duk asrama temankan bulan bintang??  

Si kakak.

"Macam mana nak menyorok ni. Kalau orang menyorok kat belakang macam mana ea. Nampak tak."
Lepas tu pergi berjalan masuk kereta. Dia cerita katanya letak beg tu awal pagi. Petang ni check dah hilang beg tu. Pass keluar dia selit dalam buku dalam tu. Ohhhh. Macam tu. 
Dia duk tanya-tanya kat kami Si Bongsu kembar, si Boboy, dan Wardah. Tiga beradik ni i guess fikir benda yang sama kowt, sebabnya si Kakak ni macam berisi sikit dari kami. So macam ermmm nak fikir dalam hati "Macam tak boleh je, sebab dia 'besar' ", bagi kami laaa, mungkin terlintas terfikir gitu, sebab gaya berfikir macam sama je. Hihi. 

Masa tu tak perasan dia dah masuk dalam kereta. Rupanya dah siap menyorok dah! Haha. Boboy duduk dekat seat sebelah driver. Si bongsu belakang Wardah. Seat Boboy tue dah kebelakang sikit. Macam seat orang nak tidur tu. Then, dalam kereta ada dua bantal besar bentuk segi empat sama. Habis dia tutup-tutup badan dengan bantal dengan beg. Wardah toleh belakang, EH, HILANG DAH BUDAK NI. hha. Memang tak nampak pun dia. Memang pandai menyorok =="
Lepas tu, dia keluar balik. Hahaha. Siyes DAEBAK adik Wardah ni. Lepas tu, Wardah cakapla, tak payahla menyorok-menyorok. Kang lain pulak jadinya. Dah bincang-bincang, she was, emm oklah, kita jumpa Cikgu S***D (ketua warden), Wardah pun bawalah jumpa cikgu tu. Dekat je, drive sahaja ke rumahnya dalam kawasan sekolah juga. 
Jumpa then tanya how is it? Rupanya cikgu S***D tu tiada, isterinya sahaja yang ada. Adeh, pulak dah. Acane acane? Last-last we decide nak buat kaedah nyorok tadi. Haha. Jangan ikut ye anak-anak. Mereka ni akan letak pass keluar atau sejenis kad pada pak guard. Jadinya, as we plan. Sesampai je kat pak guard, buat-buat selesa je. HAHAK. Rupanya pak guard ni memang kenal adik-adik Wardah ni. 
Si Bongsu keluar kereta dah hantar kad. Lepas tu pak cik guard tanya. EH SATU JE KE? Adik Bongsu ni jawablah, aah SATU JE PAK CIK. haahaa, keadaan tidak menyelesakan di situ. Last-last, em "SEBENARNYA PAKCIK KAD KEMBAR SAYA BARU JE HILANG TADI" Masuk dalam kereta, BERDEKAH-DEKAH kami semua gelak. Bila adik kata macam tu kat kami. Sebab si Kakak dah menyorok siap-siap. KANTOI MENYOROK! hahahahaha. 
Pak cik guard tu sebenarnya ok je, sebab adik Bongsu terang dah kat pak cik dah jumpa warden tapi dia tiada. Pak cik guard just ok, and bagitahu nanti bagitahu cikgu S***D ye. Then, pak cik guard tu pun senyum-senyum. HAHAHA!
Lepas tu, i was macam heh. Sengih je lah kat pak cik guard tu. HAHAHA. 
hahahaha
Gelak guling-guling. HAHAH


30 May 2015

Terjumpa Ex Dalam Perjalanan ke KL

Terjumpa Ex Dalam Perjalanan ke KL  | Hari ni Wardah ke KL untuk menjalankan amanah kerja part time sebagai EA. Haaa, cuba teka EA ni ape. Hihi. Wardah naik Maraliner aje. Sebab dari pekan Masjid Tanah ada bus Maraliner. Ada juga bas lain macam Jebat Ekspress dan Transnasional. Drama juga nak pergi KL ni. 
Kene beli tiket pada hari yang kita nak pergi tu. Tak boleh nak beli awal kalau dekat pekan Masjid Tanah ni. Jadinya adik dah terbeli pada 29hb Mei. Memang taklah nak pergi sebab barang semuanya belum siap. Huhu. Last-last minta tukar tiket ke hari 30hb Mei, nasib baiklahh boleh. Huu. Lega sikit. 
Petang tepat 2.30 petang adik pergi hantarkan ke bus stesen. Tepat pukul 3 petang, bas pun jalan. At the time tengah duduk-duduk dalam bas tu, masuklah seorang budak lelaki tinggi lebih daripada Wardah pakai cermin mata. Memang taste Wardah agaknya lelaki berkaca mata. :P 
Sebenarnya rakan Wardah ni budak sekolah rendah sama sekolah. Masa sekolah menengah pula ntah macam mana ntah boleh sangkut ngan dia. Rasanya sebab telefon bimbit kowt. Tiap-tiap minggu balik mesti main handphone. Kendian jadinya, Wardah minta putus dengan budak lelaki ni sebab kawan baik Wardah kata dia dengan laki ni. Rupanya. 
Cissss.. boleh pulak terjumpa mamat ni dalam bas. Atceli pernah terserempak dengan dia, masuk kali ni dah dua kali. Pelik juga. Haha. Dia duduk seat kanan bas, Wardah duduk seat kiri bas. Tapi Wardah selang sebaris hadapan dengan dia. So bila Wardah toleh ke kanan, nampaklah dia. Dia pun perasan Wardah ada kat situ. Lagipun tak ramai pun penumpang. Dalam 10 orang je. So memang tak nervous pun. Hahaha. Tegur macam biasa je. Borak-borak sekejap then Wardah pun dah terlelap. Haha
Tanya belajar mana. Bila habis. Yang tak terkeluar soalan 'Bila nak kahwin?' Mungkin masing-masing kelu nak tanya soalan tu. Hahahakkk. 
Tu je story. Nanti Wardah cerita pasal EA. 


Man Catering Terkenal di Batu Pahat Johor

Man Catering Terkenal di Batu Pahat Johor | Hai semua. Wardah nak cerita tentang satu pakej Catering yang sangatlah tip top servicenya. Buat yang berdekatan dengan Batu Pahat Johor bolehlah contact dengan brader ni. Memandangkan bulan puasa, bulan perayaan pun hampir kunjung tiba, manalah tahu ada yang nak buat majlis berbuka puasa ke, majlis jamuan perayaan ke kan? 

Man Catering ini menyediakan perkhidmatan Catering untuk majlis rasmi dan tidak rasmi seperti masjli perkahwinan, majlis jamuan makan di sektor awam dan korporat. Haa, ramai yang gunakan servis Man Catering ni. Ternyata begitu bagus perkhidmatan yang telah diberikan. Anda tak percaya? Jom kita zoom gambar-gambar yang akan Wardah sharekan ini. 




haaa, besar-besar majlis yang pernah dihandle oleh Man Catering ini. 

Pakej Man Catering bermula daripada harga serendah RM10 hingga RM13 mengikut kehendak pelanggan. Wah daebak sangat. 

Ada banyak lagi gambar yang hendak dishare kepada anda semua. 

Jom kita lihat gambar lagi yang menunjukkan servis Man Catering yang begitu effisien. 

Pelbagai jenis air di majlis kahwin
Pelbagai jenis air di dalam Majlis Kahwin dalam Pakej Man Catering
Set Special dan Vip Man Catering
Set Special dan VIP dalam Man Catering
set meja vip dalam catering
Set Meja Vip yang begitu anggun dan menawan dalam Man Catering
pakar penghias dekorasi dalam Man Catering
Pakar Penghias Dekorasi dalam pakej Man Catering
gubahan dan ukiran buah
Gubahan yang cantekk menarik!

set makan berdamai dalam catering cantik
Set Makan Berdamai yang super gojes!

Set Hidangan kemas dan teratur
Set Hidangan yang kemas dan bersih teratur ^^
set istimewa dalam catering
Set Istimewa ^_^
Haaa, harap-harap gambar yang disharekan di sini buat anda semua teruja. Hihi. Berangan-rangan nak tawen haha XD

Lain-lain gambar adalah seperti di bawah :

kemas dan teratur susunan
Kemas dan teratur susunan meja dan kerusi ini kan?

set meja makan comel dan bersih
Haaa, kemas je meja ni.. hihi

canopy piramid murah
Khemah atau canopy piramid di salah sebuah majlis kenduri kahwin 

Sebarang pertanyaan, sebarang maklumat, boleh terus hubungi nombor di bawah :

LUQMAN : 0177899860 

MAK YATI : 0177894966 

EMAIL : man89_electro@yahoo.com.my / mluqman0589@gmail.com


atau boleh klik -----> MAN VISION ENTREPRISE

Nasiblah Wardah belum lagi nak guna perkhidmatan Catering, abang Wardah je dah lepas. Kalaulah dapat guna servis ini kan best! Hehe. Wardah saja share pada semua memandangkan mungkin ramai yang masih tercari-cari pakej katering area Batu Pahat. Bolehlah roger-roger dengan En Luqman ni taw. ^_^

k lah guys, tata. adios!


Best Friend Ever!

Best Friend Ever! | Hari ini nak menggemparkan blog pink ni dengan kisah teman baik Wardah semenjak daripada kecil lagi. Hua hua hua. What date is today? 30hb May lahirlah best friend ni bernama Nurbadriah Harun. Opsss! Jangan google plak nak dia. Trang trang femes sekejap. Hoho. Perasan betullah Wardah ni. Best Friend Ever moga wish ni termakbul sampai akhirat. Best Friend Ever digunakan untuk wish rakan Wardah ni merangkap sedara Wardah yang comel lote. 
Ehem. comel okeyh! 
Selamat Hari Lahir buat Nurbadriah Harun yang ke 24. Semoga senyuman makin lebar pada hari ini sebab dapat wish melalui entry ini. Hmm. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga dipercepatkan jodoh dan cepat-cepat kahwin. Nampaknya tak ada lagi yang dapat tunaikan janji nak kahwin sebelum 25 tahun. uwargh. nanes nanes. 
nurbadriah harun
Antara dua ni. Mana satu sedara merangkap kawan Wardah sejak dari kecil ni??? Cuba teka. pepel ke kuning? :D
Siapa jawapan dia yang pertama sekali betul, Wardah akan review blog dia. Teheee XD 
Betul ni, tak main main. 
Hehe. 
p/s : Bad, maaf ambil gambar yang ini. gambar ni yg latest yang ada. Moga cepat-cepat jodoh kau taw bad. Aku sayang kau, Bad :)
Happy Birthday!!


29 May 2015

Review Blog : Blog Parihh

Review Blog : Blog Parihh | Sebagai tanda terima kasih kepada parihh yang telah memberikan sedikit sebanyak tips dalam berblogging. Eventhough Wardah dah lama dalam berblogging tapi Wardah tak rajin nak explore macam Parihh ni. Parihh rajin sangat explore dan upkan blog dia. Tak percaya kene lah stalker haha.

Jom kita kenal dengan lebih rapat Parihh yang sebenar. Ni review blog ke review owner? Hahak. Parihh ni jenis tak lekang kongsi ilmu blogging, tips SEO taw. Haaa.

Nama Parihh yang penuh ialah Ahmad Faris Bin Ahmad Fadzil . Tahun ni umur Parihh 21 tahun. Parihh merupakan blogger dari negeri Pahang. Siapa orang Pahang?? Angkat tangan!!Parihh lahir pada 1 Oktober tahun 1994. Parihh sedang sedang belajar dalam jurusan Diploma Science Computer Multimedia di UCSA ( University College Shahputra ) di bawah franchies UTM . Sekarang berada di sem 4. Menurutnya di blog. Masih lagi single. Haa. Siapa yang berkenan bolehlah pm pm beliau. Hoho. 


Ini ada serba sedikit maklumat kalau nak contact dengan Parihh ni. 



Jom kita kenali blogger nama Parihh. Mula berblogging semenjak Oktober 2014 dan sekarang sudah Mei 2015. Haaa, berapa bulan tu? Tak sampai setahun jagung dah cecah 1,661,653 pageview. Banyak tu. Sangat tabic kat parihh sebab rajin explore tentang SEO, rajin drop komen dekat blog-blog lain, mesra dan tak sombong pun. Rajin juga Parihh menyertai giveaway-giveaway yang dibuat oleh blogger2. Rajin share tentang pelbagai maklumat dan tak lekang juga share pasal dirinya juga. Parihh juga ada share tentang Cover lagu yang dibuat oleh dirinya sendiri. Daebak juga kan? 

Lagu HACKS, Lagu Apit - Memang Khilafku dan satu lagi Terible tajuknya. Hem hem. Ada bakat terpendam rupanya Parihh ni. 

Tak pernah tengok blog Parihh?? 

Blog Parihh SEO
boleh klik ----> Blog Parihh

Rasanya Blog Parihh ni popular dengan banyak like di pagenya. Nak tahu berapa? Boleh terjah di page beliau taw ^_^

Oklah, hutang reveiw blog sudah dilangsaikan. Alhamdulillah selesai. Tenkiu Parihh sebab bagi ilmu dan sudi sharing ye ^^, Insya allah akan buat yang terbaik untuk blog Wardah ni. 

Tata. Adios!


28 May 2015

Nota Cinta #1


Nota Cinta #1 | Kepada Perempuan : Lelaki yang betul-betul sayangkan kita takkan pernah membiarkan kita pergi walau bagaimana susah / complicatednya keadaan tersebut. 

Kepada Lelaki : Seorang perempuan yang benar-benar cintakan kamu akan salu rasa marah, pada banyak benda tapi akan still stay dengan kamu. 

Hmmm. Let me guess. Pernah tak Wardah hadapi keadaan yang macam ni? Atcually yes. Oklah babai!

nota cinta sweet
Ehem ehemmmm!



27 May 2015

I'm Baby Sitter Now


I'm Baby Sitter Now | Alhamdulillah, selamat sampai di Alor Gajah Melaka pada pukul 6.38 pagi semalam. Bagi balik kampung kali ni, memang Wardah bawa balik banyak beg. Beg tu terisi pakaian yang tak nak pakai dah, hadiah-hadiah yang murid-murid bagi masa habis praktikal hari tu dan teddy bear. Alot. Beg roda, beg kotak, teddy bear, beg merah isi hadiah murid, dan beg galas belakang. Semuanya 4 beg. Huuu. Wardah terfikir macam mana lah nak balik hujung tahun nanti, tu yang mula packing barang dan bawa sikit-sikit memandangkan Wardah rasanya pulang hujung tahun nanti dengan bas sahaja. 

Tutup kisah bawa beg yang banyak tu. Alhamdulillah selamat sampai. For the first week ni, Wardah akan bantu mak Wardah jaga baby named Humairak. Oh my God, Humairak tersangatlah comel dan baru sahaja 3 bulan. OMG! First time tengok bila mak jemput Wardah dekat ALor Gajah. Masa tu adik Wardah yang dah lepas lesen memandu baru-baru ini dah boleh drive kereta dengan baik. Then, dialah yang menjemput dengan mak Wardah duduk belakang pegang baby Humairak. Ya Allah, first tengok tu, memang dalam hati, ya Allah putih mat sallehnya baby ni. Memanglah sangat comel. Dengan mata hitam yang besar. Bulu mata lentik. Subhanallah. Allah the greatest Pencipta Makhluk. 

Sebenarnya Wardah tak nak hupload gambar Humairak dalam ni, sebab baby ni tersangatlah gojes. Baby Humairak ni bukan baby Wardah, takut maknya tak bagi pula kan ambil gambar babynya. So guys soryy sangat-sangat. Korunk boleh bayangkan baby yang putih gebu, muka bulat, dengan mata hitamnya yang besar, bibir comel pink memang lah somel sangat. 

Baby ni berusia 3 bulan. For the first angkat dia memang Wardah rasa macam. EH, aku pandai ke nak angkat baby ni. Sebenarnya Wardah takut nak angkat baby yang masih kecil lagi. Orang kata badan belum cukup kuat. Semalam mak nak cari kunci rumah, dan dalam hati alamak, kene pegang baby sat. Wardah pun pegang buat pertama kalinya. Uhhh. dengan penuh berhati-hati angkat. And i was, Wahh, lulus dah ni. Hihi

Bile dapat bantu my mom jaga baby ni, rasanya adalah juga berangan sikit-sikit nak jadi ibu. XD Belajar susukan baby, belajar buka baju baby, belajar main-main dengan baby, agah-agah dia.. Sweet je rasa ! Kalau berani nak cuba mandikan dia dalam besen tu.. uwaa. terujanya belajar benda-benda ni. Memang seorang ibu tu sangat penyabar kan. Hmmm, setakat itu dahulu cerita cuti minggu pertama ini. Hihi

Adios!

baby comel cute
CAN I HAVE U AS MY DAUGHTER???????? XD



24 May 2015

Struggling on Exams.


Struggling on Exams | Hai semua. Wardah in mood struggling on exams. Pada masa ini, nota-nota tengah bersepah di atas meja. Terasa berat nak mengambil gambar sebab malas nak transfer. Lol. Exam last untuk sem ini pada 25hb Mei 2015. Hoho. 

Just wana tell u iam nervous for the paper. 

Till then. 
struggling on exams
keep calm and post entry and after that study hihi
Jangan lupa sertai giveaway di bawah ini sebab Wardah salah seorang sponsornya. Jom join. Banyak hadiah menanti anda.


Jom pakat join. Insya allah Wardah akan join after exams. Insya allah. i'll akan check syarat2 tu juge for my part. Jangan tertinggal taw. Hihi 

Tata. Adios.


17 May 2015

Macam-macam Ada

Macam-macam Ada | Hai semua. Entry kali ini bermacam-macam cerita ada. Cuti sekolah. Wardah memang free je waktu cuti sekolah ni. Kecuali akan temankan mak pergi kenduri kahwin, pergi kenduri kahwin kawan sekolah, kenduri kahwin kenduri kahwin. Ada yang jemput Wardah pergi ke majlis konvokesyen di IPG Bahasa Melayu. Ada sesiapa lagi yang pergi melihat kawan-kawan konvo? Angkat tangan!
Wardah tahun depan konvo. Wahhh, terujanye. Sebelum tu kene hadap dulu 1 sem lagi selepas cuti sekolah nanti. Hadap jangan tak hadap! Sem last tu la macam-macam kebizian akan muncul. Bentang viva, buat pelaporan, buat projek dekat sekolah iaitu intership, temuduga SPP, peperiksaan, asignment dan lain lain. Huuuu. 

Semoga blog stil aktif lagi lepas tu. insya allah. Kadang-kadang kekeringan idea dan kekontangan isi. Hoho. Alhamdulillah mood belajar sudah mari. Mood makan pula lari. Haha. Just 2 days left. Oklah nak sambung study. Mesti korang bosan asyik cerita pasal study-cuti-study-cuti. Hahahaha. Dah life as student kan? :P

Ok ok, nanti Wardah akan pelbagaikan cerita tentang student life. Atceli banyak benda nak cerita tapi Wardah tak pandai nak tapis-tapis. Takut bercerita dengan emosi pula. Ngeh ngeh. Tak sabar rasanya nak cuti. Tak sabar rasanya nak dapat buah harumanis dari buah hati. Ehem. Tak sabar rasanya nak jumpa mak, adik-adik semua. Kalaulah mereka baca. Tak baca kowt. LoL.

Wardah dapat invitation dari nuffnang. Tapi jauh nak pergi, tak tahu nak pergi ke tak. Tapi macam peluang yang best pulak. Macam gigit jari nak tunggu nuffnang invite akan datang lepas ni. Ermmm. nak pergi ke tak eh?

macam-macam ada haha


Sekian entry kali ni Macam - macam Ada. Haha.


16 May 2015

Jom Ajar Kepada Semua - Jangan Sentuh


Jom Ajar Kepada Semua - Jangan Sentuh | Hai semua. Wardah pun turut terharu dan bersedih kepada mangsa-mangsa luahan pedofile yang diupkan luahannya menerusi page Wardina Safiyyah Offialpage. Banyak kisah yang menakutkan yang telah diceritakan di dalam luahan tersebut. 

Sebagai langkah berjaga-jaga. Jom kita ajar kepada semua, terutama kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki. 4 Bahagian peribadi yang perlu dijaga oleh kanak-kanak. Kalau kita ibu bapa yang prihatin, jom kita ajarkan kepada mereka. Insya allah.

Jangan Sentuh kepada Kanak-kanak
Jom ajar kepada anak-anak / kanak-kanak baik lelaki dan perempuan.
Girl up to remaja pun . 

Ini adalah kerana the sickness daripada kisah-kisah pedofile yang telah diceritakan kepada masyarakat melalui page kak Wardina. Ini menunjukkan minda masyarakat kita yang tenat. Apa itu pedofile. Pedofile bermaksud an adult who is sexually attracted to young children. Atau dalam bahasa melayunya seorang dewasa yang tertarik secara seksual kepada kanak-kanak.

Pedofile oleh seorang dewasa

Pedofile kepada kanak-kanak

Semoga blogger-blogger lain juga dapat menyiarkan "Jangan Sentuh" ini supaya kanak-kanak sedunia semalaysia terjaga. Jom sebarkan!!

Jom Ajar Kepada Semua- Jangan Sentuh


Ucapan Hari Guruku

Selamat Hari Guru | Pelbagai versi penceritaan kisah guru Wardah dapat melalui sistem aplikasi whatssap. Baca dan senyum sorang-sorang. Haha. Alhamdulillah, Wardah pun bakal guru yang masih dalam proses pembelajaran. Doakan Wardah jadi guru yang berjaya buat anak-anak didik. Ceh. Semangat betul.
Selamat Hari Guru Wardah
Sengeh sensorang. hihi
Wardah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, pendidik, pensyarah, yang pernah Wardah belajar dengannya.Ucapan ini juga buat rakan-rakan yang sudah bergelar guru dan masih menunggu posting sebagai guru. 
Selamat Hari Guru diucapkan kepada :
Guru Tadika Kemas berdekatan dengan D.T.H.O
Guru Sekolah Kebangsaan Kamunting, Taiping, Perak
Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Udang Melaka,
Guru Sekolah Rendah Agama Sungai Udang,
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka
Pensyarah Kolej Matrikulasi Gopeng *walaupun belajar setakat 2 minggu*
Pensyarah IIUM Pengajian Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan kos Biological Scince *belajar selama 1 bulan*
Pensyarah di IPG Kampus Raja Melewar
Pensyarah di IPG Kampus Kota Bharu Kelantan
tak dilupakan juga kepada semua guru yang mengajar saya mengaji dari kecil hingga besar. Guru-guru semasa praktikal S.K Bongek, Rembau, SK Wawasan, Seremban 2, SK Bukit Abal, Kelantan. 

Tak dilupakan jua buat semua guru di seluruh Malaysia!! 

SELAMAT HARI GURU!!


15 May 2015

Tips Menghadapi Peperiksaan


Tips Menghadapi Peperiksaan | Hai semua. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Memandangkan peperiksaan Wardah pun hampir tiba ke harinya. Wardah nak share sedikit tips menghadapi peperiksaan. 

1. Cakna Tarikh Peperiksaan :

Pertama yang perlu dan wajib anda tahu ialah bilakah tarikh peperiksaan akan dibuat. Yela, penting kene tahu tarikh peperiksaan. Kalau boleh catit tarikh tu dalam reminder atau letakkan catatan dekat dashboard kat bilik ataupun letak note di laptop masing-masing. Ini tidak, memang tahu minggu depan periksa, tapi tak tahu harinya. Lol. Nanti orang dah jawab periksa ko melopong saja. XD

2. Buat Persediaan Rapi :

Belajar adalah sangat menyeronokkan
Study is interseting. Keep it up!
Kedua ialah persediaan menghadapi peperiksaan. Persediaan mental dan fizikal. 

Mental - Belajar dan cuba fahami apa yang dipelajari sem tersebut. Fokus pada subjek tersebut dan belajarlah betul-betul. Kuasailah subjek yang anda akan hadapi nanti. Tulis nota setelah anda fahami apa yang anda pelajari. Kira anda dapat tengok kefahaman anda berada ditahap mana. 

Selain itu, galakkan diri anda untuk tidak berputus asa dalam study. Motivasikan diri dan terus struggle walaupun mata pelajaran itu susah. Usahakan tangga kejayaan. Ingat tu.

Soalan spot. Jangan amalkan mempercayai soalan spot last minute. Ini sebenarnya membahayakan. Cuba bayangkan anda percaya sepenuhnya pada soalan spot akhirnya tiada satu pun soalan yang keluar. Ini tersangatlah membimbangkan.

Fizikal - Jaga kesihatan diri, jangan terleka dengan cuaca. Banyakkan minum air masak, jaga pemakanan supaya kita sentiasa cergas dan sihat. Kita juga digalakkan ambil makanan yang dapat menguatkan daya ingatan seperti kismis, gajus dan sebagainya.

Persediaan rapi juga termasuk alat tulis, item-item yang perlu dibawa semasa peperiksaan dan etika pemakaian semasa menghadapi peperiksaan. Pastikan alat tulis telah lengkap. Pen, pensil, pemadam, dan semuanya telah ada supaya tiadalah aktiviti pinjam meminjam di dalam bilik / dewan peperiksaan. Pastikan pengenalan pelajar dan i.c juga dibawa ketika peperiksaan. 

Pastikan juga pakaian kita memenuhi etika pemakaian semasa peperiksaan. Gosoklah baju sehari sebelum supaya semasa tiba hari peperiksaan kita tidaklah kelam kabut hendak melakukan macam-macam. Prepare yourself.

3. Belajar Secara Berkumpulan

Ada sesetengah orang sukakan belajar secara sendiri, ada yang suka belajar secara berkumpulan. Terpulang pada diri kita sesuai pada kaedah yang mana. Belajar secara berkumpulan sangat menjimatkan masa. Menjimatkan masa kita untuk belajar secara bersendirian. Satu kumpulan terdapat 5 ke 6 orang dan akan diberi tajuk yang berbeza. Kemudian, mereka akan menerangkan di dalam kumpulan ketika masanya. Semasa ini akan berlaku perbincangan yang akan memudahkan memahami apa yang dipelajari. 

Belajar bersendirian juga bagus. Kita dapat memahami dengan cara kita sendiri dalam mempelajari sesuatu topik. Terpulang kepada kita memilih yang mana sebagai kaedah yang lebih dekat dengan diri kita. 

Selamat menghadapi peperiksaan yang mendebarkan
Selamat menghadapi peperiksaan buat yang akan menghadapinya.. :)

4. D.U.I.T 

D - DOA, 
U - USAHA, 
I - ISTIQAMAH, 
T - TAWAKAL.

Selepas kita berhempas pulas belajar dan cuba menguasai sesuatu subjek, banyakkan berdoa, solat hajat supaya apa yang kita mudah menjawab soalan peperiksaan yang bakal dihadapi. Semoga segalanya berjalan lancar. Tawakal kepada Allah setelah selesai berusaha dengan semampu-mampu kita. 

Setakat itu sahaja perkongsian yang Wardah dapat kongsikan. Doakan Wardah ya yang akan mengambil peperiksaan pada 19 dan 25 Mei 2015. ^_^ Tips Menghadapi Peperiksaan 


Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh


Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh | Hai semua. Dah join dah segmen ni? Kalau belum jom aihhhh kita join sebab ade gak otai-otai duk join. Haaa. nak taw mai la kita join dan blogwalking sesama kita. hihi. 

Nak join boleh la klik banner di bawah ni. 

Segmen Blowalking Cuti Semestar by Parihh yang ohsem

Jom pakat-pakat join!

Segmen Blowalking Cuti Semestar by Parihh 


"Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen"


"Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen" | Hai semua. Assalamualaikum. Jom join segmen yang dibuat oleh XDramaQueen ni. Sungguh mudahlah syaratnya. Hadiah pula sangat berbaloi. Kalau nak join boleh tekan banner di bawah ini taw!
Mother's Day Giveaway by Blog XDramaQueen Menarik

Tarikh tutup ialah 30 Mei 2015. Haaa. Jangan lupa join segmen ini "Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen" 

Ok guys. Tata.



Simple RM100 Giveaway Byijeni

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015


Sunnah Hari Jumaat

Sunnah Hari Jumaat | Well. jom kita amalkan sunnah-sunnah pada hari jumaat ini. Lebih-lebih lagi, jom usahakan membaca surah Al-kahfi. Boleh dilakukan secara berperingkat kerana surah Al-kahfi ni panjang. Jom sempurnakan sunnah hari jumaat!
sunnah hari jumaat baca kahfi
Sunnah Hari Jumaat. Do you know kelebihan membaca surah al-kahfi? Continue follow the day today! 
Sunnah Hari Jumaat. Let's mubarak our day!


14 May 2015

Segmen Mother's Day Giveaway by Anil Wanina


Segmen Mother's Day Giveaway by Anil Wanina | Jom join masih ada kesempatan waktu lagi ni. hihi. Alhamdulillah. Kalau nak join boleh klik banner di bawah ini yer. 

mother's day giveaway by anil wanina

Semua syarat dah dibuat. Complete. Insya allah. 

Jom join cepat Segmen Mother's Day Giveaway by Anil Wanina


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...