Pages




18 May 2016

Must-have Women's Shirts To Own

Must-have Women's Shirts To Own | Hi  everybody!! How your life going on especially for today? Hope everything will be fine and going smooth on what have plan. Today, I would like to tell you that as a women we must have women’s shirts to own. Deeply inside I really love to have it and wear them with skirts or slacks. As a muslimah we can be versatile and fashionable with these women’s shirts. Sometimes I will wears that women’s shirt with skirt. It really looks feminine and gorgeous. 

Women who are always on the go and love the smart and neat looks will definitely need to own some shirts in their closet. See, I think most of women will agree with this opinion. Shirts give you that quick boost of maturity and sophistication which can be worn to any occasion with style. You can wear it to the office, parties and even a day out with your friends. It does not matter what age you are, shirts are a must-have fashion piece for any women to own. If you have no idea what type of women’s shirts that works best for you, take a look at the three choices of women’ shirts below. It will amaze you and will make you eager to have it on your closet. 

1. The Clean White 


Woww, it looks great with this clean white shirt. :) 

No one can ever go wrong with wearing a clean white shirt. It gives you that neat classy appearance while making you appear elegant effortlessly. It can also be simply matched with any bottom due to its versatility. The simply clean white are able to be matches with any colours and really easy to be suit in. Be creative and pull together your best poise look. Feel confident and have heads turning into your direction. I have few in my closet on this simple colour. It really made my day and it turn out to be the best women’s shirts because it easily fit in. You can suit with blocking colour skirts and scarfs, you can also suit with skirts that have patterns and many more. Just choose and suit it well. 

2. Pretty Pastels 



I am really fall in love with pastel colours. It looks soft and feminine. Pastels will always make any women appear stunning and helps bring out your feminine side. From various pastel shades, you can choose the one that fits your personal style. Pastel shirts are great when matched it with a white or black pair of bottoms. If you want to show off more of your girly girl sides, you can always pair the pastel shirts with a matching shade of skirts. Pastels are my favourite. I also have many pastel women’s shirts on my wardrobe. Haha. Women’s clothes are so many until we don’t know which one is the best for us to match out. 


A few women's shirts that i have on pastels and also clean white. Really love these colours. ^^,

3. Florals 



Other than pastels, floral shirts are becoming a popular choice among women. It also brings your feminine side as well as your sweet innocence. There are many floral shirt designs available so pick out your favourite one and style it with confidence. Florals are never going to go out of style so why not add a few into your wardrobe. 


 These are few that i have on floral shirts. It really suit me well. =) There are many more but i have even wore it yesterday. Heee. 

;)

Im wearing floral shirts.. ;) 

In the nutshell, i think theese three type of shirts are must have on women's closet. These three types show the feminine of women and versatile on it. How about your opinion? Lets comment! 

Must-have Women's Shirts To Own |



16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016

Selamat Hari Guru 2016 | Pada hari ini ialah tanggal 16 mei 2016 adalah tarikh yang dinantikan buat rakan-rakan guru. Walaupun disekolah ternyata guru yang membuat persediaan untuk menyambut Hari Guru ini, sebagai seorang guru mereka tidak kisah berkorban. Demi karier dan demi anak murid yang ingin menyambuttnya bersama. 

Selamat Hari Guru 2016
Sebagaimana biasa paling tidak pun para pendidik akan mendapat hadiah daripada anak murid mereka, tidak kiralah ucapan  pun sudah cukup memadai. Ucapan daripada anak-anak murid sudah menunjukkan ingatan mereka tentang jasa guru dan seorang guru pasti sangat menghargainya. Sebagai seorang guru, apa yang menjadi perhatian utama ialah keberhasilan didikan yang telah diajar kepada semua anak-anak didiknya. 

Jika berjaya itulah dirasakan saat yang paling manis dan indah jika peningkatan yang berlaku kepada anak-anak murid yang diajar pasti membuahkan senyuman dalam diri seorang guru. Alhamdulillah.  Andai tidak berjaya, seorang guru pasti tidak berputus asa memberi galakan kepada anak murid supaya sentiasa berusaha, berusaha dan berusaha dengan gigih kerana itu sahaja jalannya untuk kekal berjaya. 
jasa guru
Dengan ini, saya bakal pendidik mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua para pendidik di dunia.. jasa guru tidak ternilai lebih-lebih lagi kepada insan yang menjadi pendidik sejak lahir lagi iaitu Puan Rohani binti Abdullah, dan Encik Md Shah bin Samat. Kehadiran ibu bapa sebagai pendidik yang paling besar jasanya dihati ini.. terima kasih emak dan ayah. 


Setulus ingatan Wardah menujukan Selamat Hari Guru kepada semua guru, pensyarah, bakal-bakal pendidik, rakan-rakan yang sudah bergelar guru di:  

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMUNTING, PERAK
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, MELAKA
SEKOLAH AGAMA SUNGAI UDANG MELAKA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHARIFAH RODZIAH, TELOK MAS,MELAKA
KOLEJ MATRIKULASI GOPENG
IIUM, PJ
IPG KRM, IPKB 
RAKAN-RAKAN GURU 
SK BUKIT BERINGIN, MASJID TANAH 
SK WAWASAN, SEREMBAN 2
SK BONGEK, REMBAU 
SK BUKIT ABAL
BAKAL PENDIDIK YANG MENGENALI DIRI INI . 
Selamat Hari Guru Tahun 2016
Terima kasih kepada semuanya yang memberikan tunjuk ajar tanpa jemu kepada diri ini secara langsung ataupun tidak langsung. Dari kecil hingga dewasa, dari gagal hingga berjaya. Maafkan diri ini andai pernah membuatkan cikgu-cikgu kecewa dengan sikap nakal diri ini. Sesungguhnya jasa guru-guru amat bermakna dalam diri ini. Buat rakan-rakan pendidik ataupun bakal pendidik, Selamat Hari Guru, moga kita ikhlas menjadi seorang guru. Mudah-mudahan kita menjadi inspirasi buat anak murid untuk terus berjaya.. !! 

Selamat  Hari Guru!! 
Pastinya hari ni adalah hari sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing.  Pelbagai tema yang dapat dilihat yang diupload oleh rakan-rakan di fb mahupun instagram dan laman-laman sosial yang lain. Gud job all teachers! For the special one.. happy teachers day. I wish sudah malam tadi. Heee. K bye! 


15 May 2016

Tahniah Hafiz Suip dan Pasangannya, Effy!

Tahniah Hafiz Suip dan Pasangannya, Effy! | Akhirnya Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Effy dengan sekali lafaz! Barakallah buat mereka berdua. Sangat cantik dan segak penampilan Hafiz dan Nureffy ini. Majlis Akad Nikah dijalankan di kediaman pengantin perempuan seawal 11 pagi. (Sumber SINI

Tahniah sekali lagi buat Hafiz. Wardah antara peminatnya dan mendoakan semoga ikatan perkahwinan mereka berdua kekal hingga ke syurga. Amin.Rakannya Akim Ahmad juga turut perform pada Majlis Resepsi Hafiz dan isterinya. Anda boleh tengok akad nikahnya:  SINI
Jom layan gambar! 
Hafiz Suip Menikah
Sumber foto @hafizsuip di instagram 

Hafiz Suip dan Isterinya, Effy
Sama cantik sama padan. Congrates Hafiz dan Effy!! 
Selfie Hafiz dan rakan artis
Sumber foto @hafizsuip di instagram 

Hafiz Suip jadi pahlawan
Sumber foto @hafizsuip di instagram 

Isteri Hafiz Suip Effy
Sumber foto @hafizsuip di instagram 

isteri Hafiz Effy
Sumber foto @hafizsuip di instagram

hafiz dan isteri sweet
 Sumber foto @hafizsuip di instagram 

Semoga ikatan perkahwinan mereka berdua kekal selamanya. Akhirnya Hafiz sudah bergelar suami orang. Buat peminat yang meminati Hafiz jom doakan akan kesejahteraan bahtera rumah tangga mereka bahagia . Cepat2 ada baby. XD 



14 May 2016

Model Ganti

 
 Model Ganti| Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas dapat merasai pengalaman yang baru tentang menjadi seorang model. Model pakaian muslimah dan untuk produk skincare. Semalam mata terjaga pukul 2 pagi dan rasanya tak boleh lelap. Lepas sejam dua baru boleh lelap, rupanya masih belum solat isyak. Wardah pun solat isyak, eh yang pelik biasanya adik beradik Wardah salu tidur lewat, malam tadi rasanya sunyi kejap. 

Ok dan Wardah dapati ade seorang saudara yang hantar mesej wasap "Assalamualaikum", 
dan malam semalam juga dibalasnya. 

Mujurlah pagi ni bangun awal biasanya pukul 8 macam tu lepas solat Subuh. *jangan amalkan ye* Mak pula beritahu yang kazen mintak gantikan seorang model yang cancel last minute untuk suatu produk kecantikan. haha tu yg kazen cakapkan. aduii.. Bangun je. siap2 dengan main ambil je baju yang nak dipakai dengan shawl. Lepas tu pergiiiiii.. Wardah just fikir nak tolong orang aje.  My kazen ade beritahu perlukan seorang yang sukarela and i missed it. Dialah yang wasap malam sebelumnya. 

At 9 Wardah sampai di dataran 1 Malaysia. Dan dalam pukul 10 ke 11 Wardah berjumpa dengan kakak tu. Lepas tu cari port yang menarik dan nak beritahunya Wardah walaupun orang Melaka Wardah tak pernah masuk tempat berpasir tu. Hahahhha. Yang dekat pantai klebang ni. Wardah pun buat buat macam tahu dan kami pun jelajah pantai berpasir ini tanpa terfikir kesannya. 

kereta terbenam dalam pasir klebang
Akhirnya kami terkandas di tengah tengah satu laman yang macam tak terusik pun tempat tu. Masa tu memang tak fikir ape dah.. dah tolak dah tekan minyak sangat dah pun stil tak lepas. Last last kami panggil orang naik kereta Hilux tu tarik. Alhamdulillah ada yang nak tolong. Last last tak jadi cari port kat kawasan berpasir tu dan kami cari kawasan yang ade tiang tu. 

Secara jujurnya Wardah tak pernah sertai jadi model pun..wakakaka. Ni kazen dah sebut nama dan Wardah hanya fikir nak tolong dan ingat sekejap je. Rupanya sampai ke petang. Hoho. Fuhhh letih. Adelah masalah sikit yang menjadikannya lambat. Tak perlu rasanya nak cerita kat sini. 
Jom kita tengok hasilnya. 

produk shoot murah
If wanna shoot untuk produk boleh deal dengan kak F dengan contact di ig beliau @elfateh photography 
tudung khimar cantik

Khimar kuning ayu dan cantik
Makeup pun  Wardah tak pandai. Ni lagi nak jadi model. Photographer tu perempuan dan dia yang makeupkan. Tengahari baru start shoot. Makeup dan tukar tudung sume. Setelah habis shoot dekat pantai klebang tu dalam pukul 3 petang singgah solat dekat surau kat jalan balik buluh (dekat dengan rumah arwah nenek) kami pun gerak ke Afamosa di Bandar Hilir tu. 
Wardah tinggal kereta di rumah nenek dan ikut kereta kak N. Kak N ni datang dengan suaminya dari Kelantan. Jauhkan. Jadi sumbangan Wardah pada hari ni sebagai membantunya dalam membuka bisnes Khimarnya. Semoga berjaya dengan perniagaan kak N. Kak F inilah photographer yang shoot gambar Wardah. Walaupun Wardah memang kekok sebab memang tak pandai posing tapi belasah aje. ==" . Kak F ade ajar sikit-sikit. 
selfie wefie dengan model cantik
Itulah serba sikit tentang pengalaman menjadi model tak bertauliah. Hoho. Im not pretty dan muka Wardah sekarang dah membulat tahu tak. Errr. Tak percaya. Mai tengok. BOLAT! 
pipi bolat wardah
Bolatkan pipi Wardah! Muka free tanpa makeup. 

Dalam pukul 5 lebih kami pulang ke Klebang semula sebab Wardah nak ambil kereta. Hujan pun dah mula lebat. Masa nak tukar kereta tu adelah Kak N bagi sedikit buah tangan dan handsock. Alhamdulillah.  Tu sahaja kowt nak diceritakan. Btw, memang penat sebab Wardah dari pagi sampai petang. Heee. Agaknye macam mane lah ye model yang dah profesional dan talented mesty lagi penat. 

Ok babaiiii! 


1 May 2016

Puding Karamel

Puding Karamel | Pagi-pagi lagi kite dah breakfast puding caramel. Fuhhh fuhhhh. Dapnyeee!! Hihi, kite craving sangat nak makan, lepas tu dah lama tak buat. Tu yang nak buat tuuu. Malam tadi godek-godek tengok ada bahan yang lengkap. 
Puding Karamel
Bahan-bahannye: 
1. 10 biji telur / 7 ke 8 biji telur
2. 1 tin susu pekat / 3/4 daripada susu pekat
3. 1 cawan air masak
4. 1 sudu kecil esen vanilla
5. 3 sudu besar gula pasir
Cara-caranya: 
1. Panaskan periuk dan letakkan gula di dalamnya sehingga cair keperangan. Bila sudah cair, gerakkan kuali ke kiri ke kanan dan sejukkan. (Wardah guna periuk je buat puding)

*jika buat dalam loyang, bila gula dah cair keperangan tu cepat-cepat transferkan ke loyang. Dan pastikan gula keperangan tu berada di permukaan loyang dengan baik dan sejukkan. 

2. Pecahkan semua telur dan kacau sehingga ada buih. Jangan berbuih sangat.

3. Masukkan susu pekat dan kacau rata. 

4. Masukkan esen vanilla. Kacau lagi. Bagi rata.

5. Masukkan air masak tadi. Kacau rata.

6. Tapiskan bancuhan tadi. 

7. Masukkan bancuhan tadi ke loyang/periuk yang berisi gula keperangan tadi. 

8. Kukus dalam masa 40 minit. 


Kite semalam kukus dalam sejam, api kecik. Nak tahu dia dah masak ke belum, cuba cucuk puding tu..kalau rasa macam dah pejal tu masaklah tu. Macam semalam bila dah 45 minit, kite tengok bahagian tengah tu macam tak naik lagi.. jadi kite tunggu sampai macam dah naik. Adelah dalam sejam.. 

Bila dah yakin pejalnya puding tu, sejukkan di suhu bilik. Dalam 15 ke 20 minit baru masukkan dalam peti sejuk. 

Semalam nak terbalikkan, tapi dh terlelap. Jadi semalam dah masukkan dalam peti sejuk, tertidur..pagi ni terbalikkan alhamdulillah menjadi. 

puding karamel simple
Baru lepas terbalikkan. Alhamdulillah tegak dan tak benyek...

puding karamel gula hangus
Puding karamel!!! Cravinggg sangattt! 

potongan puding karamel
Belum ape ape lagi dah ngappp. 

Sepotong puding karamel sedap
Jemput makannnn. 

Sweet breakfast. Erkkk. Jangan ikut yeeee.  

Selamat bersarapan. :) 



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...