Pages




31 Dec 2014

Hari Terakhir Tahun 2014


Pelbagai kisah yang kita dengar semenjak akhir-akhir ini. Bagi Wardah tahun ini banyak suprise, banyak episod tragedi yang melanda Malaysia, banyak manisnya, banyak juga pahitnya bagi diri Wardah sendiri. Hmm, berat rasa hati nak melangkah ke tahun 2015 tetapi yang pastinya kita akan hadapi jugak kerana tahun 2014 bakal berakhir hanya beberapa jam lagi. 
Tahun 2015 pastinya tahun yang sibuk buat diri Wardah. Jadinya jangan ditanya jika Wardah menyepi, atau tiba-tiba kering entry sebabnya Wardah akan menghabiskan setahun di tahun 2015 sebagai pelajar tahun akhir maktab perguruan. Hoish. Berdebar menanti, getaran di hati. Tahun 2014, Wardah takkan melupakanmu kerana ini merupakan tahun yang pahit tahun yang manis bercampur baur kenangan. Hanya Allah yang tahu dan mengerti perasaan ini. Love you 2014. Love you so much!! 


Ucapan berbanyak terima kasih kepada semua readers yang membaca entry-entry Wardah, hope korunk sukalah. Kalau ada pape yang tidak betul atau salah fakta ataupun nak bertegur sapa, boleh la add facebook Wardah Aneesa, follow page di Wardah Aneesa's Blog, follow istagram di IGwardahaneesa, tegur ya jika ada kesilapan yang Wardah buat ya. Bagi yang nak no ke nak wasap, wechat ke boleh bagitawu dekat Facebook especially for girls la. Wardah bukan tak suka lelaki, suka suka jugak tapi semuanya sebagai kawan. Ehem, marah dia kang. hoho. Buat semua followers dan readers, thank you alot sebab sangat mesra dan sangat bermurah hati drop komen kat entry-entry picisan tak matang ni. hohooo. Hem, buat silent readers, thanks sebab follow perkembangan Wardah dan baca blog Wardah mungkin hampir setiap hari. TERIMA KASIH!! KAMSAHAMIDA!! *perasan*


Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2014. Tahun yang penuh drama air mata, tahun yang penuh kisah manis manis *translate English* hihi, tahun yang sangat santai dan happy. hoho. Kenangan yang pahit, akan Wardah jadikan pengajaran buat diri, manakala yang manis simpan dalam hati, rasai bahagianya sendiri. Alhamdulillah. Banyak lagi tangga-tangga halangan yang perlu Wardah panjat initipati kejayaannya untuk jadi yang terbaik buat semua orang. Pengalaman silam memang banyak ajar Wardah untuk jadi matang dan menghargainya atas pengalaman tersebut dan bersyukur. 
Alhamdulillah ya Allah, terima kasih atas segala pengalaman pada tahun 2014 ini ya Allah, ya Robbi.. Semoga Tahun baru 2015 akan dapat mematangkan lagi diri Wardah dan semoga Wardah dapat menempuhinya dengan baik dan cemerlang. Amin. Amin. 

Doakan Wardah dapat buat yang terbaik untuk tahun hadapan! :D


Bercuti di Glory Beach Resort Part II


Hari Kedua pulak, di Glory Beach Resort. Mandi kolam la gamaknya..Wardah tak mandi sebab ada reason tersendiri. Pagi-pagi bangun sarapan, mandi siap-siap. Tuptup Mak ngah Wardah pun sampai. Dia hanya dapat luangkan masa bersama sampai malam 25hb tersebut. Apa lagi lepas makan pagi tu, bawak cucu mak ngah yang pakai baju mandi warna pink ni mandi. Nurdina Sufiyah in da house! hihi. 

Yang ni la Wardah cakap, swimming suit WAJIB pakai masa first time kami datang dulu sebab ade pegawai yang jaga kolam renang ni. At least sekarang perempuan tak perlu pakai swimming suit dah boleh pakai tshirt biasa ngan seluar biasa masa mandi. So tak adalah seksi meksi sangat. kohkohkoh. Kalau tidak habis wisel tu mesti berbunyi je suruh tukar baju. Haish dasat.
peraturan pemakaian di kolam renang
Walaupun nampak macam dah lama signboard ni, tetap digunapakai walaupun dah longgar peraturannya.
Inilah Nurdina Suffiyah. Cucu Mak ngah, anak buah Wardah. Dah masam mukanya main air, penat lah tu, takpun sejuk.

Haaa, comel plus tembam sangat Nurdina ni, beratnya lebih 10kg taw. Sekarang lagi bersemangat. Penat den nak dukung dia. Baby yang dibawa mandi mesti ada ibu bapa atau penjaga yang sentiasa ada dengan dia. Kalau tidak, tidak melepas untuk dia mandi. Ni kat kawasan orang dewasa kowt. Dalam taw. 

Inilah mak (yang baju coklat) dan kembar dia, my Mak Lang. Dorunk duduk kat pinggir kolam je. Cecah air sampai pinggang macam tu. Kerusi ni sudah siap ada, tapi kalau nak duduk tengok pada kekosongan. Kene main rebut-rebut. hoho

Muka Dina penat mandi. Sejuklah dia..

Comel tak rambut versi baru dia? hahahaha. 

Tu cerita pada paginya. Petang pulak tengok kat pantai air surut ni. Masa kecik-kecik dahulu, bila air surut dekat rumah nenek (kat Pantai Klebang), kami suka cari binatang nama sepahat. Tak tahulah korunk tahu ke tak. Bentuk dia panjang-panjang, rasa macam isi kerang tu. Sekarang dah tak boleh cari sebab dah jadi dataran 1 Malaysia. hoho Masuk waktu petang, mak dengan mak lang nak berjalan kat pantai, angin pun sedap mendung aje. Tengoklah air surut hampir ke tengah surutnya air pantai. Kami pun joinlah sekaki.

pantai bila surut
Dua orang lelaki tu adik-adik lelaki Wardah, yang bertudung ungu kedua-duanya adik Wardah, yang kembar tu. Memula ingatkan pasir dia tak ada lumpur-lumpur macam tu, rupanya ada. kihkihkih.



keadaan pantai surut
Dari sini nampak tak warna merah-merah atas pasir pantai? Tak nampak sangat kan? Cuba tengok gambar bawah pulak.

pantai ketika surut
Yang ni nampak kan merah-merahnya? Bayangkan benda-benda tiny merah ni berjalan menuju kita masa kita jalan-jalan atas pasir pantai ni? hoho. Cuak tak? Wardah masa ni takut terpijak je benda tiny ni... Cuba teka apa itu. Tengok gambar bawah ni pulak.

ketam yang tersangat kecil
Ianya ketam. Sangat kecil saiznya. Ini dah keberapa kali zum agaknya. Memang tiny, Besar guli tue ada.. Kalau besar macam ni dah ramai cari ketam makan buat panggang. hahaha.

pantai berlumpur
Rupanya tanah dia pun berlumpur. Lagi dalam haha TAKUT! Jalan-jalan, ada tanah yang keras, jalan ke kiri pulak, termasuk ke dalam kaki.. kekeke, memang menjeritlah Wardah. haha. Aleh-aleh tengok mak dah sampai ke berdekatan kapal nelayan tu. Laju betul mak Wardah.

pantai dan lumpur
Seeee? tengoklah kedalamanya... SERAM.

jalan di pantai surut
Ini adik Wardah, kiteorang dah sampai ke kapal nelayan tu, dia lambat, sebelah dia tu kazen kami.. Dah macam pasangan bercinta bila tengok diaorang. kohkohkoh.


kapal nelayan di pantai surut
Perkarangan bot nelayan. Tak pergi dekat sangat pun. Tapi ni kat pantai yang surut taw, bukan pasir pantai yang pinggir tu..

Pantai di Glory Beach resort
Gambar ni pulak bertentangan dengan kapal nelayan tadi, Belah sini berlatar belakangkan chalet terapung. Cantik sangat!Ni je yang tercantik dan jelas gambarnya sebab cahaya so nampak gelap je.. wuuuu. 

pantai di Glory Beach Resort
Lepas bersihkan kaki daripada lumpur kiteorang relax kejap dekat tembok batu ni. Hirup udara segar walaupun tak berapa nak segar. kikiki.
Tips nak baby tidur lena malam hari ialah bawa picnin mana-mana pastikan dia mandi kolam ke air laut ke. Tapi kene ade orang awasilah. Tengok malam dia tidur awal tak merengek ke hape. hihi.

Bila malam tiba, biasalah kat mana-mana pun lepak-lepak aje tengok televisyen. Tak pun kalau ada aktiviti mesti BBQ sebab esok nak balik dah kan. Dekat dalam rumah masing-masing kat hotel ni ada air panas shower. So tak adalah mandi sejuk je bila naik bilik. hoho. Nak tengok gambar pemandangan lawa-lawa kat Glory Beach Resort ni? Boleh klik SINI. Memang cantik dan superb. 

okeyh itu sahaja..

adios!


30 Dec 2014

Takziah buat Semua Mangsa Banjir

Hati ini makin hiba bila melihatkan tiap-tiap hari pelbagai kemusnahan yang dapat dilihat, di televisyen, di facebook terutamanya. Bahkan ada jua rakan-rakan seipg yang turut terlibat dengan banjir. Allahu. Betapa kuatnya hati mereka, betapa tabahnya hati mereka. 
Wardah wassap seorang sahabat bertanyakan tentang keputusan IVnya, kemudian hari ini baru dia membalas.. Sedih hati Wardah..
W : Y, Lulus x?? 
(mesej ni dah lama)
************
seketika tadi..30hb Dis Y reply..
Y : Allahuakhbar
Sy bru blk rumah
Msh x dpt nk check result
Mangsa banjir
Rumah kereta smua habis
Lebih smgu berada d pusat pemindahan
dan Wardah pun bertanyakan psl brg letrik, nak forward kat dia kalau jumpa, and Wardah offer kat dia if nak Wardah checkkan keputusan IV dia.Wardah pun cari-cari mesej tentang barang letrik tu dah jumpa, tapi tak jumpa yang wasap punya. Wardah taipkan untuk dia. Dia ucap tenkiu kat Wardah.
sambung tanya tentang keadaan rumah dia 
W : Umah mcm mana?
Y : Umah habis...
W : Brg2 sume?
Y : Kereta 3 buah habis
Xde brg blh selamat
W : Mak Y ok x?
ayah
adik beradik?
Y : Mak ayah nenek adk beradik ok
W : Alhamdulillah
Y : Cuma ramai demam.. cirit birit..badan sakit..
 Y sendiri pun jatuh tangga pagi semalam lepas amek wudhu
W : Yeke, Allah...
kuat ye Y..
Kalau W ada kat tempat Y xtawula W buat ape..
Y : Redha
Tp Y mmg sakit sebab jatuh longkang n tangga
************
perbualan terhenti seketika, mungkin Y masih trauma, semoga Y kuat dan tabah.. Wardah rapat dengan Y ni.. Kesiannya ya Allah.. Wardah tahu dia kuat, tapi Wardah serba salah bila tak dapat nak berbuat apa sebab Wardah tak dapat nak jadi sukarelawan sebab Wardah akan sambung belajar nanti.. Bulan Januari nanti. Wardah sedih sangat-sangat bila tengok gambar-gambar kemusnahan rumah, kereta, lori bantuan yang terbalik tu..
Antara gambar yang Wardah share..
Banjir di Manik Urai

Kemusnahan di Kelantan akibat banjir

Kelantan banjir teruk

Kereta rosak akibat banjir

Banjir di kelantan

Banjir

Rumah musnah akibat banjir
semua gambar Wardah kreditkan di page RAJASHAMRI.
Pelbagai bantuan dan pertolongan telah beliau usahakan. Maklumat lanjut boleh rujuk page. 
Takziah buat semua mangsa banjir. Semoga tabah dan kuat atas segalanya. Bagi yang mempunyai rasa dermawan dan ingin menyumbang sangat-sangatlah dialu-alukan kerana saudara mara kita sudah kehilangan harta benda, rumah pula musnah.. 
Ya Allah, kuatkanlah hati mereka Allah..


Bercuti di Glory Beach Resort Part 1

Saat Wardah bercuti haritu, memang tak tenteram rasa hati bila tengok berita saudara-mara yang menghadapi musibah banjir. Hari Keluarga yang lepas haritu, memang tak dirancang rapi seperti yang sebelum ini. Sebelum ni ada permainan sukaneka, BBQ, dan pelbagai aktiviti yang lain. Baru-baru ni, hanya lepak-lepak sahaja. hoho. Memang merehatkan minda. Bila waktu petang, hujan mesti turun. Malam tak tahu nak lepak mana, Wardah ada bawa lappy peneman dengan hardisk. So marathon movie sajala. 
Biasanya kami akan sepakat sewa bilik sebelah-menyebelah. Tapi disebabkan kali ini macam tergesa-gesa buat family day ni, bayar on the spot pulak hoho kami terpisah jauh. Sedara-mara duduk jauh-jauh. Blok A dengan Blok F. hujung ke hujung. hoho. Kami bersantai di Glory Beach Resort. 
Wardah cerita Part I dulu ya. Masa pergi dan sudah sampai. Masa kami sampai pun dah petang, check in, lepak-lepak je dalam bilik. Adik-adik lelaki dah mula turun kolam. Lelaki tak ada keuzuran tu yang turun tu. Perempuan biasalah nak berteman baru lah dia turun. ye dak? Hari pertama jalan-jalan cuci mata saja. ^_^ Lagipun malam 24hb Dis tu kan malam Krismas, jadi berjalan-jalan sahaja nikmati pemandangan. 

nak mencapub satu gambar sendiri. wakaka. :P 
di bilik sendiri, dah siap packing!

dah sampai kat Glory Beach Resort, Mak Long Wardah yang pergi tanyakan bilik kami. Yang Wardah parking area sini adalah Blok A, blok yang Mak Long Wardah duduk. Blok kami hujung ke kiri, jauh sikit dengan blok yang Mak Long duduk.

Macam ni jalannya ke bilik-bilik yang lain. 


inilah rumah kami. Rumah kami dalam hotel ni. hoho. Ada peti ais, ada ruangan makan, pintu yang depan tu adalah pintu masuk, masuk-masuk aje ade single room sebelah kanan tu, jalan depan sikit barulah masuk ruang dapur. Belah peti ais yang ada cahaya lampu tu adalah dapur. Ada pintu boleh buka, and kat belakang pintu ada dapur gas. So bolehlah memasak kat sini. No problemo. Siap beraircond lagi. Ada televisyen, ada bilik yang master, kira ada katil yang untuk dua orang tu. Rumah kami ada dua bilik. 1 tandas. 

televisyen yang disediakan dapat kami melihat berita tentang mangsa-mangsa banjir. Televisyen ni jugak yang merakamkan aksi-aksi Pencetus Ummah Peringkat akhir. hihi. Tahniah PU AZMAN. hoho.


Jom kita tengok pemandangan yang dah disnap oleh Wardah dan adik-adik Wardah.  
pemandangan dari blok A. Lepak kat rumah mak long sambil snap gambar.


Jenjalan sambil tengok orang mandi. Nak tengok lagi besar boleh klik gambar ya.

Haaaa, nampak tak si baju oren tuh? Nilah pegawai yang jaga kolam renang ni. First time datang sini, strict sangat sampai tak boleh pakai baju tshirt mandi dalam kolam. Sekarang ada kelonggaran, yang perempuan boleh mandi tanpa pakai swimming suit. Boleh pakai tshirt biasa. Cuma yang lelaki kene buka baju, dan memakai seluar pendek. Seksi woo. huu,


ini juga pemandangan daripada Blok A sebab rumah yang Mak Long duduk menghadap pantai. Cantikkan? Gambar yang menghadap pantai semuanya candite daripada Blok A. Bagi sesiapa yang nak datang Glory Beach Resort ni bolehlah pilih bilik yang menghadap ke pantai. Cantik-cantik semua pemandangan dari atas taw.


Masa ni pantai airnya pasang. Nak tengok masa air surut? boleh tengok entry selepas ini, iaitu entry di mana saya dan keluarga turun masa air surut. Ngeee.

Petang yang syahdu dan mendamaikan...

Pemandangan sekitar waktu senja..

Pemandangan pada waktu malam. Malam-malam barulah saya dan adik-adik perempuan merayau. Pergi Blok Mak Long saya. hihi.


Taaarrraaaaaaaaaaaaa, ini adalah anak Busu. Namanya Akil. Bam bam kan?? Comel sangat!!!

ambil gambar kat liff hoho. Masa ni nak balik rumah sendiri bilik kiteorang. Penat jenjalan. ada je snap gambar kat kolam masa malam-malam tapi gambar tak cantik. Kamera henpon Wardah tak jelas sangat. Ada jugak gambar dalam ni guna camera adik Wardah, Galaxy Note. Tu yang cantik je kan gambar. Henphone mahal dan murah ketara kat kameranya. hoho. So terimalah seadanya camera henpone Wardah kureng sikit. hoho. 

Bila tiba malam, disebabkan tak ada cerita best kat tv, Wardah nak layan satu cerita ni. Tengok movie Nasi Tangas dengan adik-adik semua. hoho. Tutup bantal masing-masing. kahkahkah. Lepas tengok masing-masing geli nak makan nasi. hoho. 

Keesokkan harinya pula akan menanti entrynya lepas ini. Tunggu ya!!


Adios!



25 Dec 2014

Hari Keluarga semasa Cuti Sekolah

Hai semua! Cuti sekolah ni asyik berjalan-jalan je. Huhu. Pergi kenduri kahwin sana sini, majlis pertunangan saudara sendiri, majlis perkahwinan batchmate, majlis perkahwinan rakan sekolah, sana sini bunyi kompang. Paling bestnya dapat jalan-jalan luang masa dengan yang tersayang. Cewah!
Inilah entri autopublish sebab Wardah sudah ada dekat Port Dickson ada Hari Keluarga bersama saudara-mara yang lain. Tempatnya di mana? Sebenarnya masa typing ni Wardah masih tak tahu lagi tempatnya sebab nanti gerak sama-sama dengan Mak Long, konvoi sekali jalan. Tanya mak, mak kata tempat yang biasa kami pergi ada nama Glory macam tu lah. haha. Lol, Wardah tak ingat sebab memang hampir setiap tahun pergi cuti Hari Keluarga ni tapi tempat lain-lain. Ada jugak tempat yang sama kami pergi. 
Jom cuci mata tengok gambar Hari Keluarga yang lepas. untuk yang baru belum ada lagi. Sebabnya Wardah memang tak ada internet luar kawasan rumah. So, nak tunggu entry Hari Keluarga yang 25 Dis ini kenelah tunggu Wardah balik nanti. Gambar-gambar yang lepas Wardah belanja dulu. ^_^
hari keluarga semasa cuti sekolah
Ceria-ceria sekeluarga
Dis is my big families. Ada anak mak long, mak ngah, adik saya, ada cik ina dan anaknya, dan anak mok uda. Sebelum main game, kita ambil gambar dulu. ^_^

hari keluarga ada sukaneka
ni adik wardah. yg pink muda tu
Antara permainan dalam sukaneka. Passkan gelang getah sayur menggunakan straw. nampak pinggan kat bawah tu? tengok gambar seterusnya..

hari keluarga dan sukaneka
Permainan yang ni pula cari gula-gula dalam pinggan yang berisi tepung. lol. Memang melepaklah muka kami lepas tu. Gambar tu tak dapat ditunjukkan. hoho. Malu. kekeke.
Hari Keluarga dan sukaneka bola tampar
Ada ruangan bermain bola tampar, apalagi Wardah pun join sekali. Wardah suka main bola tampar. tapi tak ada gambar segan. hihi  

Hari Keluarga dan mandi di kolam renang
Antara aktiviti wajib mesti ada mandi dalam kolam. hihi. 

Hari Keluarga dan Aktiviti Picnic
Malam-malam pulak ada aktiviti BBQ. barang semua bawak sendiri, port pun cari sendiri. Janji ada tempat lepak, barang semua ada, jadilah lepak-lepak BBQ. hihi

Inilah aktiviti-aktiviti keluarga saya semasa cuti sekolah. We have Hari Keluarga semasa cuti sekolah ni. Jadi macam mana cuti cuti sekolah anda semua? Mesti lagi best. Jom Kongsi!


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...