Pages




29 Mar 2016

Temuduga SPP

Temuduga SPP | Alhamdulillah saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Semoga Wardah dapat buat dengan sebaik mungkin. Rakan-rakan yang lain jom doakan batch SK dan SJKT yang akan ditemuduga nanti semuanya berjaya dengan cemerlang. 
Wardah akan ditemuduga pada 25 April nanti.  Doakan ya. Debar sangat-sangat ni. 

semakan temuduga spp

Wardah tak dapat nak update sangat dari semasa ke semasa. Doakan kami ya semua! 


25 Mar 2016

Selamat Hari Polis

Selamat Hari Polis | Selamat Hari Polis yang ke 209. Semoga para polis dapat melakukan tanggungjawab dengan lebih berdedikasi dan amanah. Amin. Macam guru ada hari guru.. polis askar pun ada. Selamat selamat lah semuanya. 

selamat hari polis

Buat polis polis di seluruh negara. Sekali lagi. SELAMAT HARI POLIS!!!  



16 Mar 2016

Ketika Ia Hadir

Ketika Ia Hadir | 
Ketika rasa itu hadir,
Moga hadirnya dengan kebaikan dan keredhaan tuhan,

Ketika ianya hadir,
Moga dua hati berusaha menjaganya sebaiknya,
Kucing Parsi gebu

Ketika ianya menyapa sanubari,
Moga kerinduan menjadi manisan dalam perhubungan,
Penguat bila berjauhan,

Ketika ianya mengisi ruang hati,
Moga ia hadir pada masa yang tepat,
Bukan sekadar persinggahan cuma,

Ketika tawa mengisi ruang antara kita,
Moga itu memberi butir hiburan jiwa yang menenangkan, 

Ketika senyuman itu kau berikan,
Moga aku yang menyambutnya dengan senyuman jua,

Moga ianya hadir tanpa ada penghujungnya,
Sehingga hujung nyawa kita..
Janji dan cinta sayang

Ketika Ia Hadir | 
Nukilan hati WA


14 Mar 2016

Am i looks chubby?

Am i looks chubby? | Dah jadi tanda tanya sebab ade orang kata Wardah nampak chubbyyy!! Heee. Kalau diikutkan, muka Wardah memanggg lebarrr. Badan tak punn. Tak tahulah kalau berat badan dah naik kan. 

Hahah. Tapi bila tengok balik memang nampak berisi. Macam mak mak orang. Maybe sebab dress jugak kowt. Dress tu lebih kepada princeaa A cut. Kembangg bawah.. Mungkin nampak macam mok mok aje. Lol. 

Pipi tak payah cakap. Pipi pou sikit  hahah. 



Hee. Okeyhh. Nak tauu tembam kee.. chubby mai tengok sy depan depan..sebab berat saya 43 kg je wak. Hee. 

Oklah. Tata 



10 Mar 2016

Checklist Majlis Perkahwinan

Checklist Majlis Perkahwinan | Minggu ni sahaja Wardah ada 8 jemputan untuk dipenuhi pada tarikh yang sama. 12hb Mac ini.. Belum masuk lagi yang 13 hb Mac... Ni sekadar perkongsian. Checklist perkahwinan untuk anda yang bakal jadi seorang isteri mahupun seorang suami. 

Checklist Sebelum Majlis Perkahwinan

Sumber daripada Facebook. 

Selamat membuat checklist! 



3 Mar 2016

Punchline Power

Punchline Power | Sejak rajin guna twitter ni, ada satu kali tu terbaca pasal Punchline nak memikat orang. Tak kisah laki atau perempuan. Haha. 

Atceli, Wardah tak ada punnn kumpul semuaaaa punchline tu. Ada la sikit-sikit. 

Awak suka programming tak?
Suka. Kenapa?
Sebab saya nak programkan hati awak untuk saya. 
Chia chiaa. 

Nak tahu tak apa beza awak dengan layang-layang?
Layang-layang terbang jauh di langit, awak terbang kat hati saya..
Chia chiaaa.

Awak sesat ke?
Ye sesat. 
Nak ke mana?
Nak ke hati awak... 
Chia chia chiaaa

Awak tahu tak kenapa air lauk masin?
Kenapa?
Sebab yang manis tu semua ada kat awak..
Chia chia chiaa..

Awak tahu tak benda yang paling dalam kat dunia ni? 
Apa Dia?
Cinta saya pada awak..
Chhia chia chiaa

Hahhaa. Kelakar bukan? 

Hee. Saja share. 

Merepek updates hari ni. Hehhe

Ok. Wardah boleh senyumm senyum happy sebab baca punchline2 ni. Kihkih. 

Selamat membaca. 

Tata. 








SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...