Pages




25 Sept 2018

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di HSA, JB Part 2

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di HSA, JB Part 2 | Hai semua, masa tengah menaip ni, Hanan alhamdulillah tengah tidur. Herm, harapan Wardah nak aktif berblog semula. Harap impian tu jadi kenyataan. Doakan Wardah ye! Jom sambung cerita Wardah bersalin haritu. 
Masa dalam perjalanan nak ke HSA, JB tu, Wardah kan duduk kan, dalam kereta, duk tunggu-tunggu jugak la, datangnya sakit tu semula. Ermmmm, rasa sakit tu datang, tapi tak rasa sangat. Wardah boleh rasa dalam 3/10 camtu. Sampaikan cakap pada suami
"Abang, macam false alarm lagi je, tak rasa sangat sakit ni"
Lepas tu, suami dan Wardah bincang la.. memula tu suami pun macam 
"Ye, ke?"
(Muka macam nak patah balik, haha, suami pun drive relax-relax je, tak rushing mana, macam pergi bersiar-siar)
Masa tu dah nak sampai HSA da, so decide pergi cek je dulu. Sebab sebelum ni jugak, sebulan sebelum ni, masa 8 bulan ada false alarm, Wardah rasa macam basah je kain masa tidur malam tu. Tu yang takut false alarm lagi. Siap boleh cakap dengan suami dalam kereta.
"Baby ni suka main-main ni."
Sampai je kat parking di HSA, JB
"Kita pergi je dulu, cek, dah cek lega sikit"
Kitaorang siap je semua benda dalam kereta. Memang barang ummi dan baby semua dah ada dalam kereta. Standby aje. 
11.30 malam
Bila naik ke Bilik Saringan. Wardah dah tak ingat ramai ke tak. Macam tak ramai kot malam tu. Macam kejap je, lepas tu nama Wardah kena pangil. Masa kat kaunter, nurse tanya la datang kenapa. Wardah pun cerita, ada sakit memulas-mulas. Dia tanya berapa minit tu. Wardah cakap dalam 10 minit-10 minit. 
Lepas tu, masuk dalam Bilik Saringan tu. Doc perempuan Chinese cekkan CTG, semualah. Wardah tahu CTG je. hahahah. Bape minit lepas tu, doc tu cakap nak cek / seluk. Nak cek dah ade bukaan ke belum. Doc tu seluk je, aduh sakit jugak. Jenis kasar sikit. Doc tu cakap, 
"Dah buka 5 cm"
Dia cek betul-betullah, lama jugak jari dye duk seluk tu. Takut salah kira ke ape ke kot. Suami Wardah rasanya mesti tengah kalut/berdebar kat luar tu. Alhamdulillah masa Wardah datang tu, tak ramai patient. Dalam 2-3 orang je. Sebab masa cek tu macam sunyi je. Nurse pun relax-relax je. 
Lepas tu, Wardah siap tanya lagi.
"Oh doctor, saya nanti kene tahan wad la ea."
Doc tu gelak je.
"Eh, awak masuk labour room terus"
Wardah memang blur and memang tak ready pape pun mental nak masuk labour room.Rasa masa tu Allah bagi privasi cukup dah. ade je doktor laki kat situ, nasib lah doc tu tak tertarik nak tengok Wardah. haha

Masa ni tunggu dalam beberapa minit camtu. 

Nurse kat situ semua cam pelik kot, sebab ada dengar-dengar diorang cakap, 'tak sakit ke'
huhu. 

Lepas tu, ada sorang laki ni macam lembut-lembut sikit. Tengok gaya orang tu macam cerewet, baik aku dengar apa yang dia nak cakap. Nurse semua keliling Wardah, dan laki tu rasanya doktor kot, dia nak pecahkan air ketuban Wardah. Then, dia pecahkan, dia ada tanya soalan kot. Ni anak ke berapa. Mungkin derang semua kat situ fikir Wardah dah pernah beranak kot. Wardah pun cakap anak pertama. Doctor laki tu tu wat muka pelik juga. Adeh. Wardah senyap je la, sebab tak faham.. 


Lepas tu, nurse minta Wardah turun tukar baju, memang tak ada orang lain nak bersalin masa tu kot. Wardah aje. Air ketuban tu dah pecah, memang rasa panas je...tapi perut bila dah keluar air ketuban tu, rasa macam kempis je perut. Lepas tukar baju, Wardah duduk kat kerusi roda tu. Lepas tu, jumpa suami kejap. Suami yang bawakan Wardah ke Labour Room. Rasa Wardah la, alamak tak ingat. Sempat tengok jam masa tu. 

12.44 pagi..

Masuk Labour Room (LR)
Suami ada la nak bawa air selusuh tu, tapi mula-mula kene marah juga dengan nurse. Last-last tengok air tu ada atas meja sebelah katil bersalin tu. Bila sampai LR, Wardah kena naik katil bersalin tu. Haaa, lepas tu tak ingat dah.. rasa contraction kat LR baru rasa lah sakitnya camna. Memulas mulas dalam perut, rasa dia bergerak tapi air ketuban dah keluar, rasa air keluar kat bawah..banyak juga, rasa macam keluar air kencing tapi suami cakap tu air ketuban. Mungkin baby nak bergerak keluar kan. 

Wardah memang sakit tak nak meraung pun lagi plak Wardah demam, banyak ketap bibir je sambil pegang kuat-kuat tangan suami. Ade doktor perempuan masuk, dia cakap, target masa dalam pukul 4 pagi baru beranak. Tapi kalau ada rasa nak meneran tu panggil nurse kat luarlah ye. Doctor perempuan ada dua, tapi tak da tengok ape pun. Kejap-kejap nurse masuk tengok CTG semua. Baru 5 cm masa tu. Macam lama jugakla nak ke 6-7-8-9 cm tu. Itu yang Wardah fikir..sebab salu baca anak pertama memang lambat bukaannya. 

Sejam ke sejam, ada jugak Wardah cuba lelapkan mata tidur-tidur ayam untuk cuba tahankan sakit contraction tu. Sampaikan doctor perempuan tu ada masuk, eh, boleh tidur plak. Biasa anak pertama dah meraung-raung dah sakit. ==" Sebenarnya tahan sakit and tunggu masa tu berjalan sampai pukul 4 pagi. Lepas tu, tetiba rasa sakit sakit sangat, pegang kuat-kuat tangan suami, lepas tu rasa nak meneran.

Suami panggil nurse, dan nurse pun datang. 

Saat nurse-nurse datang ni.. nurse A ni macam brutal sikit. Haha. satu lagi lemah gemalai baik je. Baik je dua-dua. Cuma yang brutal tu yang guide Wardah untuk push, untuk teran dan salu nasihat baca ayat Lailahaillaantasubhana naka inni kuntu minazzolimin. Dia salu nasihat la baca ayat tu. 

Wardah banyak kali teran, tapi nurse tu cakap Wardah salah teknik, 2-5-6 kali jugak meneran tapi tak keluar-keluar. Sebabnya penat dan DEMAM. Ntah macam mana dapat semangat, suami duk pujuk-pujuk untuk push. Dapat semangat terus push betul-betul baru ada progress. Kepala baby dah keluar sikit-sikit, nurse brutal tu pun cakap, awak memang kene push sebab kepala baby awak ni besar kepala lutut awak. Hush. Memang masa meneran tu rasa macam ada tahi keluar . Rupanya rasa yang tahi tu adalah kepala baby. So Wardah push and push. Akhirnya keluar tepat pukul 3.22 pagi

Dengarlah suara rengekan puteri sulung Wardah. Nurse ambil dia keluar letak kat dada Wardah. 

*Memang tak teringat nak suakan nipple pada baby*

Wardah peluk dia dan tenangkan baby, daripada dia nangis, slow-slow je dia senyap. Terharu sangat. Rasa baby dengar cakap kita. Ok, nak nangis bila taip. Suami pun azankan masa tu juga kat telinga baby. Lepas tu, nurse minta suami keluar, bayi derang bersihkan. 

Selepas tu, nurse brutal tu minta Wardah teruskan baring duduk seperti bersalin tu dan dia mulakan menjahit.. Mula-mula memang dia dah bius. Tapi lama-lama bius tu hilang. hHaha, merasalah kene jahit hidup-hidup. Sebab nak siap menjahit tu lama. Sebab nurse brutal tu sendiri cakap yang dia jahit Wardah paling lama, dan sampai dia rasa sakit pinggang. Sepanjang kena jahit tu, buat hati kering je. 

4.45 pagi dah habis menjahit. 

Alhamdulillah. banyak juga jahitan yang kena. 

sambung Part 3 boleh? ahah. Tak larat dah nak menaip.. 



Tunggu Part 3. Siapa yang Wardah jumpa di wad bersalin.. katanya artis??

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di HSA, JB Part 2

1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...