Tumpang Gembira
hai, menjelang maghrib ini, saya nak ucap tahniah kepada rakan-rakan exsekelas saya.
mereka sudah merdeka daripada segala payah lelah penat derita yang mereka tanggung selama 5 tahun setengah ini. melihatkan kepada gambar-gambar yang dikirim membuatkan hati ini merasa lega kerna mereka telahpun berjaya dengan baik. wah.. boleh tak saya menumpang gembira akan berita yang mereka sudahpun lepas akan derita mereka?? T.T
Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan.
Mereka belum pun lega sepenuhnya, kerna mereka akan menamatkan tempoh belajar mereka dalam beberapa minggu dengan menempuhi exam dan selepas itu, barulah MERDEKA sepenuhnya. Mengecapi pelepasan derita praktikal, intership, Action Research dan seterusnya Viva (tempoh ini yang memeritkan) adalah menjadikan mereka sangat sangattttt lega. Sebabnya,, mereka dah lepas tempoh yang memenatkan, memengsankan dan memeningkan kepala. hihi. hiperbola betul ayat tue. haHA.
gambar demi gambar diupload tanda mereka gembira.Tahniah RAKAN. ANDA dah BERJAYA!! :'D
saya ucapkan TAHNIAH kawan kawan.. semoga perjalanan kisah hidup sebagai students lepas ini lebih bermakna dengan temuduga SPP, exam dan seterusnya posting. posting sebagai permulaan hidup kerjaya seorang guru.. dan jangan lupa hubungi saya saat masjid akan didirikan ya?? hihi. saat baitul muslim anda dibina, saya tidak mahu terlepas saat yang gembira itu pula. ye kawan? hihi. mudah-mudahan anda semua membacanya.. amin.
wah, ilmiah saya berkata-kata hari ini. hihi. *malu seketika*
oklah semua. sambung rutin harian sebagai hamba.
tata.
No comments:
Post a Comment
Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)