15 Apr 2016

Bulus Update: Leo, Neo dan Feo

Bulus Update:  Leo, Neo dan Feo | Perkenalkan anak-anak bulus si Mimi dan si Mimo.  
 
Tanggal berapa hari bulan mac yang lepas..si bulus Mimi selamat melahirkan 5 ekor anak bulus. Memang besar perut dia. Tu pun asyik muka penat je.. duduk baring dalam bilik air. Lesu. 
Parsi bunting keletihan
Balik daripada tolong kazen untuk majlis kahwin dia tu bukak je pagar pintu rumah nak drive ke dalam, Mimi keluar rumah macam berkejaran macam tu. Dan abang cik duk kejar dia, masa tu Mimi tengah bunting. Rupanya masa tu dia dah keluar air dia. Abang cik cakap air ketuban dia. Haha. Betul kowt. 

Sebab siap je parking dalam rumah semua duk kalut tengok Mimi. Mimi nak bersalin dah nak keluar anak dah. Biasala kecoh kejap. Haha. Lepas tu masukkan Mimi dalam kotak yang ade letak kain dalam tu. Dia memang tak tenteram..kejap pusing sana, kejap pusing sini. Dan asyik angkat bontot je. Nak meneran. 

Btw, ade juga ambil video masa dia nak bersalin tu. Tapi awak awak semua jangan kecam Wardah sebab Wardah juga kali pertama tengok kucing nak beranak depan mata. Sebab tu Wardah macam rusa masuk kampung bila tengok Mimi. 
Ni masa dia macam mencungap-cungap penat meneran rasanya..baru keluar yang pertama tak silap.

First bila anak pertama keluar..kami letak tempat berak dia kat dalam, jadi dia meneran dekat situ. Habis anak dia tu berlumur pasir berak tu. Kami ingatkan tu najis dia. Sekaliiiiiii kann.. najis tu bergerak. Rupanya tu  anak yang pertama. Lepas tu kami keluarkan tempat berak dia tu dan letak anak pertama dia kat dalam kotak. Dan disebabkan lack of knowledge pasal kucing beranak sebab tu jadi macam tu. Anak pertama tu masih dalam kantung, dan Mimi tak gigit kantung tu dan kami pun xtahu..so anak pertama ni mati. 

Sedih sangat tapi nak buat macam mana, mungkin anak pertama ni mati lemas. Bila mak Wardah buka kantung tu, bulus tu tak bergerak dah. Dan Mimi asyik pelok je anak yang dah tak de tu. Dan Mimi beranak dan beranak sampai 5 ekor. I thought masa anak ke tiga tu dah habis keluar.  Sebab tengok Mimi macam tengah rehat. 

Sekali keluar lagi anak bulus dua serentak. Masa tu Wardah tengok depan mata dua sekali keluar. ermmm. Tabah betul Mimi ni.. masa tu ingat nak tenangkan Mimi sebab tengok dia tengah rest, sekali dua keluar. Kuat betul. 

Last last..anak yang mati seekor.. so jumlah ada 4 ekor sepatutnya. Bila esok tu tengok tinggal 3 ekor je. Seekor dah xde. Wardah rasa bapak si putih yang makan. Ermm. Sebab tu kene beware dengan kucing jantan.  Sebab diaorang memang suka makan anak kucing, lagi-lagi yang baru lahir tu. Dan akhirnya tinggal 3 ekor aje. Nama anak-anak bulus ni..Leo, Neo dan Feo. Dua betina satu jantan. 
Nak tengok tak?
Parsi lahir anak empat
See ada 4 ekor kan. Yang seekor bulus yang banyak belang tu yang dimakan oleh siputih atau si mimo. Geram betul. Kalau tak sekarang ade dah 4 ekor.

Esok Wardah update gambar yang sekarang. Comel taw.

Stay tuneee..:)

1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...