Model Ganti| Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas dapat merasai pengalaman yang baru tentang menjadi seorang model. Model pakaian muslimah dan untuk produk skincare. Semalam mata terjaga pukul 2 pagi dan rasanya tak boleh lelap. Lepas sejam dua baru boleh lelap, rupanya masih belum solat isyak. Wardah pun solat isyak, eh yang pelik biasanya adik beradik Wardah salu tidur lewat, malam tadi rasanya sunyi kejap.
Ok dan Wardah dapati ade seorang saudara yang hantar mesej wasap "Assalamualaikum",
dan malam semalam juga dibalasnya.
Mujurlah pagi ni bangun awal biasanya pukul 8 macam tu lepas solat Subuh. *jangan amalkan ye* Mak pula beritahu yang kazen mintak gantikan seorang model yang cancel last minute untuk suatu produk kecantikan. haha tu yg kazen cakapkan. aduii.. Bangun je. siap2 dengan main ambil je baju yang nak dipakai dengan shawl. Lepas tu pergiiiiii.. Wardah just fikir nak tolong orang aje. My kazen ade beritahu perlukan seorang yang sukarela and i missed it. Dialah yang wasap malam sebelumnya.
At 9 Wardah sampai di dataran 1 Malaysia. Dan dalam pukul 10 ke 11 Wardah berjumpa dengan kakak tu. Lepas tu cari port yang menarik dan nak beritahunya Wardah walaupun orang Melaka Wardah tak pernah masuk tempat berpasir tu. Hahahhha. Yang dekat pantai klebang ni. Wardah pun buat buat macam tahu dan kami pun jelajah pantai berpasir ini tanpa terfikir kesannya.
Akhirnya kami terkandas di tengah tengah satu laman yang macam tak terusik pun tempat tu. Masa tu memang tak fikir ape dah.. dah tolak dah tekan minyak sangat dah pun stil tak lepas. Last last kami panggil orang naik kereta Hilux tu tarik. Alhamdulillah ada yang nak tolong. Last last tak jadi cari port kat kawasan berpasir tu dan kami cari kawasan yang ade tiang tu.
Secara jujurnya Wardah tak pernah sertai jadi model pun..wakakaka. Ni kazen dah sebut nama dan Wardah hanya fikir nak tolong dan ingat sekejap je. Rupanya sampai ke petang. Hoho. Fuhhh letih. Adelah masalah sikit yang menjadikannya lambat. Tak perlu rasanya nak cerita kat sini.
Jom kita tengok hasilnya.
If wanna shoot untuk produk boleh deal dengan kak F dengan contact di ig beliau @elfateh photography
Makeup pun Wardah tak pandai. Ni lagi nak jadi model. Photographer tu perempuan dan dia yang makeupkan. Tengahari baru start shoot. Makeup dan tukar tudung sume. Setelah habis shoot dekat pantai klebang tu dalam pukul 3 petang singgah solat dekat surau kat jalan balik buluh (dekat dengan rumah arwah nenek) kami pun gerak ke Afamosa di Bandar Hilir tu.
Wardah tinggal kereta di rumah nenek dan ikut kereta kak N. Kak N ni datang dengan suaminya dari Kelantan. Jauhkan. Jadi sumbangan Wardah pada hari ni sebagai membantunya dalam membuka bisnes Khimarnya. Semoga berjaya dengan perniagaan kak N. Kak F inilah photographer yang shoot gambar Wardah. Walaupun Wardah memang kekok sebab memang tak pandai posing tapi belasah aje. ==" . Kak F ade ajar sikit-sikit.
Itulah serba sikit tentang pengalaman menjadi model tak bertauliah. Hoho. Im not pretty dan muka Wardah sekarang dah membulat tahu tak. Errr. Tak percaya. Mai tengok. BOLAT!
Bolatkan pipi Wardah! Muka free tanpa makeup.
Dalam pukul 5 lebih kami pulang ke Klebang semula sebab Wardah nak ambil kereta. Hujan pun dah mula lebat. Masa nak tukar kereta tu adelah Kak N bagi sedikit buah tangan dan handsock. Alhamdulillah. Tu sahaja kowt nak diceritakan. Btw, memang penat sebab Wardah dari pagi sampai petang. Heee. Agaknye macam mane lah ye model yang dah profesional dan talented mesty lagi penat.
Ok babaiiii!
Dah jadi model sekarang =D
ReplyDeleteMuka akak makeup nampak lain sikit .. Hehe
Wahh jadi model. Hehe :)
ReplyDeletejadi model dah dia yer.. hehehe cantik pic2 tu.. hehehe
ReplyDelete:)
ReplyDeletePipi bulat? Idak la :)
ReplyDelete