1 May 2016

Puding Karamel

Puding Karamel | Pagi-pagi lagi kite dah breakfast puding caramel. Fuhhh fuhhhh. Dapnyeee!! Hihi, kite craving sangat nak makan, lepas tu dah lama tak buat. Tu yang nak buat tuuu. Malam tadi godek-godek tengok ada bahan yang lengkap. 
Puding Karamel
Bahan-bahannye: 
1. 10 biji telur / 7 ke 8 biji telur
2. 1 tin susu pekat / 3/4 daripada susu pekat
3. 1 cawan air masak
4. 1 sudu kecil esen vanilla
5. 3 sudu besar gula pasir
Cara-caranya: 
1. Panaskan periuk dan letakkan gula di dalamnya sehingga cair keperangan. Bila sudah cair, gerakkan kuali ke kiri ke kanan dan sejukkan. (Wardah guna periuk je buat puding)

*jika buat dalam loyang, bila gula dah cair keperangan tu cepat-cepat transferkan ke loyang. Dan pastikan gula keperangan tu berada di permukaan loyang dengan baik dan sejukkan. 

2. Pecahkan semua telur dan kacau sehingga ada buih. Jangan berbuih sangat.

3. Masukkan susu pekat dan kacau rata. 

4. Masukkan esen vanilla. Kacau lagi. Bagi rata.

5. Masukkan air masak tadi. Kacau rata.

6. Tapiskan bancuhan tadi. 

7. Masukkan bancuhan tadi ke loyang/periuk yang berisi gula keperangan tadi. 

8. Kukus dalam masa 40 minit. 


Kite semalam kukus dalam sejam, api kecik. Nak tahu dia dah masak ke belum, cuba cucuk puding tu..kalau rasa macam dah pejal tu masaklah tu. Macam semalam bila dah 45 minit, kite tengok bahagian tengah tu macam tak naik lagi.. jadi kite tunggu sampai macam dah naik. Adelah dalam sejam.. 

Bila dah yakin pejalnya puding tu, sejukkan di suhu bilik. Dalam 15 ke 20 minit baru masukkan dalam peti sejuk. 

Semalam nak terbalikkan, tapi dh terlelap. Jadi semalam dah masukkan dalam peti sejuk, tertidur..pagi ni terbalikkan alhamdulillah menjadi. 

puding karamel simple
Baru lepas terbalikkan. Alhamdulillah tegak dan tak benyek...

puding karamel gula hangus
Puding karamel!!! Cravinggg sangattt! 

potongan puding karamel
Belum ape ape lagi dah ngappp. 

Sepotong puding karamel sedap
Jemput makannnn. 

Sweet breakfast. Erkkk. Jangan ikut yeeee.  

Selamat bersarapan. :) 

1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...