30 Apr 2016

Rest Day & Paprik Ayam

Rest Day & Paprik Ayam | Dah hampir seminggu rasanya tak update blog pinky ini.. haaa rinndu nak berblogging and blogwalking. Pv pun dah menurun sikit but alhamdulillah masih dalam target. 


Sekarang Wardah duk relax relax je dekat rumah. Hanya buat home tutor dan ajar mengaji.. Wardah dah melepasi satu ketakutan di mana Wardah baru je diinterview pada hari Isnin yang lepas. Alhamdulillah.  Sekarang tawakal pada Allah moga semuanya lulus dan dapat posting. Aminnn. Mudah mudahan. 


Memandangkan hari ni mak ada mesyuarat dengan ex askarian tinggallah kami adik beradik dekat rumah ni. Abang cik,ika dan Wardah, adik yang duk asrama tak balik katanya nak study untuk peperiksaan.  Kite kene memasak untuk adik kite, jadinya kita buat paprik ayam dengan telur dadar je hari ni..sementelah melihat bahan-bahan yang ada.. mungkinlah boleh yang lagi power tapi Wardah tak power power lagi sampai tahap tu. Insya allah.. satu hari nanty.
Kite pakai resepi ni.. 
Ayam Paprik
Bahan-bahannya: 
4 ketul ayam (dihiris kecil)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar ( dibelah dua dan dihiris bulat kasar) 
1 biji cili merah( dihiris serong) 
11 biji cili api (dipecah-pecahkan aje) Kite tak buat sebab tak makan pedas.
2 helai daun limau purut (disiat-siat)
Kobis bunga (dihiris kecil)
2 biji putik jagung (dihiris serong)
1/2 lobak merah (dihiris serong)
2 kacang panjang (dipotong 1inci) kite tak letak pun ni..
2sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tomato ( kite cari sos tomato xde kat rumah, kite buh sos cili je lebih XD
1 sudu besar sos tiram 
Garam
1 cawan air 


Cara-caranya: 
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. 
2.Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. 
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam..kacau rata hingga isi ayam layu. 
5. Masukkan air, masakkan hingga mendidih. 
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. 
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit air)
8.Tutup api dan hidangkan..
Sumber : Resepicikguani
Taraaa!!! 
Paprik Ayam Mudah
Kite dah lapar sangat..tak sempat setting bagi lawa..

Telur Dadar Simple
Telur dadar pun dah buat kiter terliur..

Maaf gambar Ayam Paprik kite tak profesional, for incoming photos kite amik cantik-cantik, ni sebab dah lapar sangat ni.. Alhamdulillah habisss. Adik makan sampai dua kali tambah. Kite pun asyik nak jilat je kuah dia. Nyumm nyumm. 

Ini menu mini kita. Nanty nak update resepi lagi. Insya allah. 

Thanks sebab baca. Kite tak profesional masak pun. Kite banyak lagi nak eksplore pasal masak masak ni.. heee..... oklahhh... selamat menjamu selera.. 

17 Apr 2016

Merepek


2 ke 3 hari ni Wardah update saja saja merepek ajaaaaaa. Adakah ini tanda tanda stress mula menguasai?  Hahahaa. Lol. 

Hari hari menghadap kesayangan, baikpun kucing, keluarga dan yang tercinta, heeeeee.. semoga hari hari membuatkan jantung ini semakin berdegup kencang menerima kehadiran orang-orang yang istimewa. 

Oklah. Merepek. 

Bai bai baiii.. 

Nanty nak update pasal MeqNur Kitchen. 

Katanya sedap dan murah kedai makan yang baru dibuka ni. 

Nanty kite review taw. 

Oklah. Tata. 

Assalamualaikum: )

Jerawat

Semakin meningkat hari nampaknya semakin gagah kau tumbuh merata di muka ini. Menghitung hari nak ke temuduga. Mungkin kerana stress itu kali. 

Hurm.. katanya keluar jerawat kerana terjadinya healing process. Adeh, betulkah. Nak tepek gambar..malulah kite. Nak teruskan pakai atau macam mane. Terasa nak berhenti aje pakai. ==" 

Best tengok rakan-rakan blogger yang update gambar tentang #SBB2016. Terasa kemeriahannya..Wardah tak dapat nak pergi sebab nak bersedia untuk interview ni, lagi pulak terasa kecil lah diri ini nak dibandingkan dengan blogger-blogger yang dah meletop kebabommm. Cantik-cantik lagi. Hehe. Ok.melalut. Tahniah buat semua blogger. Memang jeles hati ni sebab tak.dapat pergi. 

Insya allah lepas ni boleh join.  Harap-harapnya ada lagilah..dan muka bertambah baik daripada sekarang. Kalau jerawat melilau segan juga tu. Kan kan.

Mohon jerawat berkurang semasa hari yang penting seperti temuduga ni. Insya allah 

Doakan Wardah. Jerawat surut, keyakinan pasti ada. Hope so.. insha allah 

15 Apr 2016

Bulus Update: Leo, Neo dan Feo

Bulus Update:  Leo, Neo dan Feo | Perkenalkan anak-anak bulus si Mimi dan si Mimo.  
 
Tanggal berapa hari bulan mac yang lepas..si bulus Mimi selamat melahirkan 5 ekor anak bulus. Memang besar perut dia. Tu pun asyik muka penat je.. duduk baring dalam bilik air. Lesu. 
Parsi bunting keletihan
Balik daripada tolong kazen untuk majlis kahwin dia tu bukak je pagar pintu rumah nak drive ke dalam, Mimi keluar rumah macam berkejaran macam tu. Dan abang cik duk kejar dia, masa tu Mimi tengah bunting. Rupanya masa tu dia dah keluar air dia. Abang cik cakap air ketuban dia. Haha. Betul kowt. 

Sebab siap je parking dalam rumah semua duk kalut tengok Mimi. Mimi nak bersalin dah nak keluar anak dah. Biasala kecoh kejap. Haha. Lepas tu masukkan Mimi dalam kotak yang ade letak kain dalam tu. Dia memang tak tenteram..kejap pusing sana, kejap pusing sini. Dan asyik angkat bontot je. Nak meneran. 

Btw, ade juga ambil video masa dia nak bersalin tu. Tapi awak awak semua jangan kecam Wardah sebab Wardah juga kali pertama tengok kucing nak beranak depan mata. Sebab tu Wardah macam rusa masuk kampung bila tengok Mimi. 
video
Ni masa dia macam mencungap-cungap penat meneran rasanya..baru keluar yang pertama tak silap.

First bila anak pertama keluar..kami letak tempat berak dia kat dalam, jadi dia meneran dekat situ. Habis anak dia tu berlumur pasir berak tu. Kami ingatkan tu najis dia. Sekaliiiiiii kann.. najis tu bergerak. Rupanya tu  anak yang pertama. Lepas tu kami keluarkan tempat berak dia tu dan letak anak pertama dia kat dalam kotak. Dan disebabkan lack of knowledge pasal kucing beranak sebab tu jadi macam tu. Anak pertama tu masih dalam kantung, dan Mimi tak gigit kantung tu dan kami pun xtahu..so anak pertama ni mati. 

Sedih sangat tapi nak buat macam mana, mungkin anak pertama ni mati lemas. Bila mak Wardah buka kantung tu, bulus tu tak bergerak dah. Dan Mimi asyik pelok je anak yang dah tak de tu. Dan Mimi beranak dan beranak sampai 5 ekor. I thought masa anak ke tiga tu dah habis keluar.  Sebab tengok Mimi macam tengah rehat. 

Sekali keluar lagi anak bulus dua serentak. Masa tu Wardah tengok depan mata dua sekali keluar. ermmm. Tabah betul Mimi ni.. masa tu ingat nak tenangkan Mimi sebab tengok dia tengah rest, sekali dua keluar. Kuat betul. 

Last last..anak yang mati seekor.. so jumlah ada 4 ekor sepatutnya. Bila esok tu tengok tinggal 3 ekor je. Seekor dah xde. Wardah rasa bapak si putih yang makan. Ermm. Sebab tu kene beware dengan kucing jantan.  Sebab diaorang memang suka makan anak kucing, lagi-lagi yang baru lahir tu. Dan akhirnya tinggal 3 ekor aje. Nama anak-anak bulus ni..Leo, Neo dan Feo. Dua betina satu jantan. 
Nak tengok tak?
Parsi lahir anak empat
See ada 4 ekor kan. Yang seekor bulus yang banyak belang tu yang dimakan oleh siputih atau si mimo. Geram betul. Kalau tak sekarang ade dah 4 ekor.

Esok Wardah update gambar yang sekarang. Comel taw.

Stay tuneee..:)

5 Apr 2016

Life Update: Rindu

Life Update:  Rindu |  Betullah apa yang dikata apabila dua orang yang sedang jatuh cinta pasti berada dalam keadaan emosi yang kurang stabil. Apa tidaknya setiap masa teringau-ingau kenangan bersama, setiap masa ingin rasa kehadiran kekasih. Tidakkah begitu? Mungkinkah inilah yang dinamakan cinta?

Rindu cinta sayang

Bagaimana pula nak mengawal perasaan rindu ini....

Rindu,
Kadangkala boleh menyebabkan perasaan yang tidak keruan..

Rindu,
Kadangkala menyebabkan kita rasa resah gelisah..

Rindu 
Juga katanya boleh menyebabkan pergaduhan..jauhkanlah..


Bila dua hati sudah menjadi rapat dan sebati, 
Saat berpisah terasa jauh dari sudut hati,
Bayangan kekasih menjadi igauan setiap hari..

Ada yang kata, kalau rindu sedekahkan alfatihah buat penerima rindu yang jauh di sana, ada yang kata doalah semoga si dia terpelihara,,semoga rindu ini bukan sia-sia, pertautan ini indah kerana Dia. 

Life Update:  Rindu |

4 Apr 2016

Life Update: Stalkers

Hai diary, lama sudah Wardah tak jenguk kamu. Maaf ya sayang. Sibuk sikit uruskan macam-macam..sebenarnya tarikh temuduga makin hari makin dekat. Tetapi, mood rajin kejap datang,kejap pergi. Sampai hati kau pergi ya mood belajar. 

Makin hari,makin ramai yang jenguk blog picisan ni.. hee. Alhamdulillah dan terima kasih kerana melawat blog Wardah ya. Andai ia membawa manfaat alhamdulillah,  andai ada yang Wardah tulis di sini tak kena pada pandangan pembaca semuaaaa,Wardah minta maaf yerrr. Hari ni nak update merapu aje. Rindu nak menulis di blog. Heee. 

Stalker ni ada dua. Ada yang akan suka, ada yang haters. I'm sorry kalau ada tidak suka sama saya. Saya harap awak semuaaaa jatuh hati dengan saya memandangkan saya baik, comey lote, tapi tak macam strawberry Mira Filzah. Kikikiki. Dapat manis macam gula pun bolehhh. Hee. 

Buat haters.. saya mendoakan kebaikan buat anda semuaaaa. Semoga Allah bukakan jalan untuk saya dan anda melihat kebaikan antara satu sama lain. Siapala tu Wardah? Mungkin..bekas kekasih Wardah. Ataupun sum one yang saya sudah tolak. Allah selalu meletakkan sesuatu itu bukan secara kebetulan tetapi semuanya berhikmah. Moga ada hikmah atas apa yang terjadi sebelum-sebelum ini. Aminn. 

Buat lovers. Cehhh.. terima kasih kerana menyayangi diri ini sebagai kawan baik, sebagai kakak yang protective, sebagai adik-adik yang merindui dari jauh mahupun dekat, sebagai adik-adik yang banyak melayan kerenah manje tak matang Wardah ni...menasihati diri ini.., kakak2, kawan2, yang mengikuti perkembangan tak kira di mana-mana laman sosial..terima kasih banyak-banyak. Tak lupa pada rakan bloggers yang tak jemu beri nasihat masa Wardah frust dulu.. hampir setiap hari cerita pasal putus cinta. Kikikiki. Sayang sangat pada bloggers semuaaaa. 
hitam merah kotak
Buat surprise gift. Thanks sebab datang dalam hidup saya. Bersyukur sebab ditemukan dengan kembar yang cool sangat. Yang membaca tu tolong jangan senyum sangat yerr..heeee. Orang kata apa plak kang duk tersengih sorang. XD. 

Heeee. Doakan Wardah ya. Bahagia dunia dan akhirat. Berjaya dunia akhirat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...