Pages




23 Jan 2015

Kelebihan Kahwin di Usia Muda

Kelebihan Kahwin di Usia Muda | Kenapakah terfikirkan tajuk ini waktu ni. Haha. Sebenarnya masuk-masuk je belajar dekat sini bila tengok ramai sangat pasangan yang sudah halal ni membuatkan Wardah rasa teruja tengok pasangan halal ini. Mereka berjumpa dengan kehalalannya sebagai suami isteri yang sah. Tak adalah nak kata mereka menunjuk-nunjuk, kiranya macam sweet la bila kawan-kawan yang sebaya kita ni dah kahwin. Elak dah buat maksiat tak elok semua tu. 

Banyak kelebihan yang Wardah dapat tengok bila kahwin di usia yang muda. Hingga sekarang pun, ada je pasangan suami isteri which is my classmate ni yang baru je nikah bulan 12 yang lepas. Mudahkan urusan perkahwinan mereka? Mungkin lah ramai yang akan kata memang budaya orang sini kahwin awal, memang budaya orang sini memudahkan perkahwinan. Setuju jugak dengan kenyataan tu. Para ibu ayah mereka memudahkan urusan anak-anak mereka. Alhamdulillah, tumpang gembira buat pasangan-pasangan ini. :)

As long sejak bergaul dengan rakan-rakan yang sudah berstatus puan ni, ada jugak yang share-share macam mana mereka ni boleh berkahwin. Ada yang dah ada baby dah taw! *Suprise* Bayangkan ada baby and still futher study? OMG. Banyak tanggungjawab tu, memang respectlah pada mereka. Mungkin mereka ini dah bersedia untuk menerima tanggungjawab tersebut. Ermmm, terfikir-fikir pulak, ada kemungkinan Wardah belum lagi kerana belum bersedia untuk pikul tangungjawab-tanggungjawab besarrrrr tu? Mungkin juga, belum tiba masanya.. Nak buat guane? Bersabar 
sahajalah. Hoho. Belum ada rezeki lagi ^^
gambar kahwin muda
Blogger yang sudah berkahwin. Muda jugak taw ! Dena Bahrin :)

1. Sebagai seorang perempuan yang sudah berkahwin, tanggungjawab dah berada pada bahu suami. If berlaku apa-apa masalah, suami boleh jagakan sebab suami yang paling hampir di tempat belajar. Contohnya macam sakit ke, suami boleh bawa pergi ke klinik. Mungkin mak ayah jauh dari tempat belajar kannn. Masa tengah stress ke, ada masalah ke, boleh luah kepada suami tercinta.

2. Suami isteri satu kelas bebbbb. Apa yang bestnya? Haha, Waktu presentation atau waktu beri pendapat dalam kelas, masa inilah nak tunjuk terror pada isteri. *yang ni berlaku semalam, sang suami siap nyanyi2 lagi* Wardah tengok rakan Wardah yang kat sebelah ni dah tersipu-sipu malu dah.. hoho

3. Bila balik kampung, keselamatan terjamin. Atau hendak pergi ke mana-mana sudah berteman, jadinya suami menjadi penjamin keselamatan buat si isteri. Mungkin juga tak adalah dengan adanya suami boleh dikatakan selamat daripada apa-apa musibah, tapi sekurang-kurangnya tidaklah diganggu oleh orang-orang jahat. Lagi-lagi bila dah duduk jauh dari kampung kan. *Wardah tak berani nak keluar sorang-sorang, sekarang pun nak keluar berteman dengan kawan-kawan, takut dengan dunia sekarang*

cincin emas kahwin cantik
4. Kebiasaannya di sini, perkahwinan dibuat dengan acara akad nikah dan sedikit kenduri, apa yang kita maklum, tiada pinjaman atau loan yang dibuat ribu-ribuan which is jalan selamat sebagai pembinaan masjid/baitulmuslim tanpa hutang. Ada juga tanya-tanya kembar berapa dia habiskan untuk kahwin mereka, dia jawab 6k ke 8k. Tak adalah berpuluh-puluh ribu. Nanti berhutang sebab kahwin, lepas kahwin kene langsaikan hutang.. nauzubillah, *Harap dapat buat macam ni gak, tak nak hutang-hutang, Wardah tak mampu*


5. Segala yang dilakukan antara suami isteri muda ini ialah halal. You know what, when messaging, when calling, wassap, wechat, berkasih sayang and sebagainya mendapat pahala di sisiNya. Hoho, Untung bagi mereka yang sudah berkahwin muda ni. Lagi-lagi kembar kata dia kahwin muda (hampir 4 tahun dalam usia 19 ke 20 tahun dia kahwin), masa mula-mula kahwin tuuu, kembar kata nak panggil abang pun geli dia kata kat suami dia. Lepas tu ketawa-ketawa. Tapi benda tu yang tak biasa yang jadikan diorang ingat sweet moments tu. Kira diorang bercinta lepas kahwin tu masa muda tu pulak jadikan diorang maintain je sampai sekarang. How sweets. :) Insya allah, Wardah doakan kedua-dua mempelai ini bahagia hingga ke syurga.  Amin ! :)
*******************
Namun, janganlah sangkakan yang berkahwin waktu muda available untuk semua orang. Ada pro dan kontranya. Janganlah jumpa mak ayah memberontak kata nak kahwin, nak kahwin. Hoho.Ingat, restu mak ayah sangat penting. Positif sahaja. Mungkin belum tiba masanya, kerana Allah nak kita bersedia lebih lebih lebih lagi sebelum melangkah ke status baru. Perkahwinan adalah alam lain yang dikatakan mencabar dunianya. Adakah kita sudah matang untuk menempuh alam perkahwinan? 
Fikir-fikirkanlah. Banyakkan berdoa. Muhasabah amalan  :)


Apalagi ya, ini sekadar pandangan dan luahan, hihi, Mohon jangan ada yang terasa atau tersalah faham. Jika ada fakta yang silap, mohon perbetulkan secara baik ya? :)
Doa bertemu jodoh buat wanita

p/s : Hari ini nak beli barang sikit, kembar dengan zauj nya ajak keluar.. nantikan entry ^^

17 comments:

  1. banyak benda boleh elak bila kawen muda :D

    ReplyDelete
  2. hihi, insya allah, ada yang menanti tuuu. hihi :)

    ReplyDelete
  3. Haih, Bila baca entry wardah ni, tetiba rasa nak kawen sekarang. Hahaha :D tapi nak wat cena mak dah pesan, habiskan belajar dulu, cari kerja, simpan duit hasil kerja sendiri baru fikir kawen. HAHA sebab nya taknak susah dikemudian hari. Redha ja lah dah mak cakap macam tu. Doa seorang ibu plak. Tapi mcm mana pun, nak kawennnnn. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. i tink we are in the same side. mak pun pesan suh habiskan belajar dulu.. :) nak buat guane. redha. hihi. positif thinking ape yg mak ckp tu ^_^

      Delete
  4. untung kawen muda ....byk juga kelebihannya..

    ReplyDelete
  5. owwww...!!! best nye hasben and wife 1class..!! biase kite dgr dan lihat couple je 1 class.. now hasben n wife.. memang baru lah betul jalannya kalo nak tunjuk macho..!! besttt.. alahai romentik sungguh..hihiihih

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...perkongsian yang sangat bagus.

    ReplyDelete
  7. wah hehe mmg banyak kelebihan kalau di landasan yg betul kan :D
    hehe
    doakan qila sis hiks xD

    ReplyDelete
  8. kawin muda juga, time 23 (eh ni kira kawin muda gak ke?) tapi dah habis study yer, dah dpt degree. kalau tak mau kena hentam ngan family ;)

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan niat yang baik ya...

    ReplyDelete
  10. Paling penting elakkan maksiat

    ReplyDelete
  11. Best.. Papaglamz setuju sangat.. Ramai yg jeles senanya klu nmpk orgcmuda2 dh kawen ni.. Hehehe

    ReplyDelete
  12. Hello admin. Good sharing. Entry yg menaik kali ni Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...