Pages




7 May 2015

Selamat Tinggal Sayangku

Selamat Tinggal Sayangku | Kisah kali ini agak taouched sikit. Bukannya apa, sebabnya Wardah sayang sangat dekat murid-murid Wardah dekat Sekolah Keb Bukit Abal ini. Walaupun pada mulanya berada disekolah yang loghat bahasanya bagi Wardah amat asing, akhirnya berpisah jua namun tidak rela. Ceh ayat. Tapi memang betul pun. Tak rela okeyh! 

Wardah mengajar kelas tahun 4 Delima, kelas pertama dan kelas 3 Zamrud kelas hujung sekali. Nampak benar beza dua kelas ni walaupun berbeza tahun. Banyak perkataan yang Wardah belajar dan banyak pahit manis yang dihadapi semasa berpraktikal di sekolah ini, di kawasan ini. Banyak pahit manis.. mungkin dua perkataan ini takkan dilupakan dibumi bertuah Kelantan ni. 

Biarlah yang pahit itu dijadikan luahan dalam minda Wardah sahaja, manakala yang indah-indah diperkata dengan hebatnya. Hihi. First bila dapat kelas pertama dengan kelas hujung rasa macam biasa-biasa aje. Tapi tak tahan dapat 1 kelas 35 orang. Bila difikir-fikirkan balik, sebelum ni pernah handle kelas 40 orang Tahun 5 kelas first alhamdulillah okey takkan tak boleh nak handle kelas yang hanya 34 orang ni? Bukannya ape, kelas tahun 4 biasanya bising sikit. Hihi. Kelas tahun 5 dia matang sikit, matured orang kata. Hoho. *wahai anak-anak muridku yang baca,jangan marah ya?*

Siyesly, ustazah sayang sangat sangat dekat semua pelajar ustazah dekat sekolah ni. Tak tahu kenapa, walaupun ustazah orang luar, kamu semua tak angap ustazah asing. Hihi. Terima kasih murid-murid. Terima kasih atas persembahan yang kamu semua buat masa kelas kita yang terakhir, terima kasih atas semua hadiah yang kamu berikan kepada ustazah. Terima kasih banyak-banyak. Ustazah akan simpan segala memori kita bersama di dalam hati sampai bila-bila. Insya allah.
Jom kita layan gambar mereka yang comel lote ni ^^

kelas hujung
kelas 3 z, terima kasih kepada kak Fathiah yang amekkan gambar kite ^^

kelas hujung bukit abal tahun 3
Kelas 3 Z, kelas hujung yang hanya ada 4 orang sahaja pelajar perempuan. Baik-baik belaka deme ni
posing dengan murid kelas hujung
posinglah kitaaaaa hahaakkkk
penanda buku simple
penanda buku buatan sendiri.. diberi kepada setiap murid sebagai kenangan

penanda buku ringkas
adalah letak ikon comel-comel, letak kata-kata hikmah, letak nickname situ ^^

Ustazah tak dapat nak buat jamuan sebab tak sempat nak bincang dengan awak-awak semua. Maaf ye semua. Insya allah ade rezeki kita buat jamuan lain plak. Insya allah, tunggu waktu intership ke. Insya allah kalau ade rezeki. Kita akan jumpa lagi :)

Wardah berikan hadiah kepada kumpulan murid yang dapat markah tertinggi dengan beri kumpulan tiga teratas cokelat zip tu, dalam tu ada 10 bungkusan. Satu kumpulan ada dalam 5 ke 6 orang murid. Alhamdulillah, murid-murid suka. Wardah pun heppyyy. dan Wardah pun ada berikan murid lelaki terbaik dengan murid perempuan terbaik. Inilah mereka, jeng jeng jeng...

Ini ialah Zaim. Pelajar yang berani ke hadapan, aktif, bila ditegur tentang kesilapannya dalam kelas, dia berubah. Alhamdulillah. 

Ini ialah amy alyysa. Sedapkan nama dia? Dia dapat anugerah ni sebab dia antara pelajar yang aktif dalam kelas tak kiraa masa. Dia ni dah tersedu sedan masa Wardah nak keluar/balik masa hari terakhir tu. Sedih sangat2 masa tu.

nyanyi nyanyi
Geng-geng budak perempuan mempersembahkan nyanyian lagu untuk Wardah

ada Wardah rakam dalam henphone Wardah tapi tak transfer lagi ke laptop. Huhuhu. Lagu "Guruku tersayang, guruku tercinta.........." Tahu tak agak-agak? Pagiku cerah, matahari menyinar... antara lirik-lirik dia laaa. Terharu rasanya Wardah masa tu, siap ada persembahan daripada murid 4 Delima ni. Wahhhhh, terima kasih kamu semua!

Inilah 34 orang murid 4 Delima :

4 Delima 2015
Inilah kanak-kanak pintar 4 Delima yang menceriakan hidup Wardah selama 3 bulan ^^



murid lelaki tahun 4Delima
jejaka jejaka cilik tahun 4 Delima yang nakal dan baik belaka~

murid perempuan 4 Delima
murid-murid perempuan baru lepas nangis ni sebenarnya.. hoho

bungkusan hadiah
bungkusan hadiah daripada murid-murid. wow! teddy bear :)

koleksi hadiah daripada murid-murid
setelah dibongkar-bongkar semua hadiah inilah susunan hadiah daripada murid-murid, ths is so awesome. banyak sangat. Terharu sebab tak pernah dapat sampai banyak macam ni..
hadiah hari guru daripada murid
hadiah dari murid-murid yang sangat banyak. TERIMA KASIH SMUA!!!
Memang banyak sangat hadiah daripada murid-murid. Tak terkata rasanya masa dapat hadiah tu. Terdiam bila tengok murid-murid letak hadiah kat atas meja guru dalam kelas. Tak jangka, kelu juga masa terima hadiah yang banyak macam tu. 

Terima kasih buat semua murid 4 Delima yang memberikan hadiah - hadiah ini. Insyaallah, ustazah akan simpan baik-baik kat bilik ustazah kat Melaka nanti. Terima kasih bagi teddy bear, lampu jam, frame, tudung, surat2 cinta yang sweet2 belaka, bunga, mug, dompet, replika pen, hiasan2 yang sangat comel dan kiut miut.. SYukran JAZILAN buat semua.. Semoga Allah memelihara segala kebaikan semenjak kita bersama hingga selamanya. Amin.. ^_^

p/s : Ade jodoh ade rezeki kita berjumpa lagii.. insya allah ^^

3 comments:

  1. Jad cikgu memang dapt bnyak hadiah. Hikssss :D

    ReplyDelete
  2. best nyeee dapat banyak hadiah..tp sedihhh kot kena berpisah.. sonok rasa jd cikgu skolah rendah ni.. sebab rasanya budak2 lagi dengar cakap kan?

    ReplyDelete
  3. Banyak hadiahnya... cikgu ramai peminatni... klantan memey unik

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...