Pages




11 Feb 2013

Kembara Sharodz Bermula

hai semua, dah la tak update.. rasa macam lama sangat tak update..muehehehe.. sebenarnya saya demam rindu pada sang kekasih *silajanganmuntah* hihihihi.. okeyh.. chill semua.. :)

oryte. apakah SHARODZ tue? bagi yang dah tahu,, haa, nie mesty hangpa nie budak ssekolah SHARODZ nie kan?? haha.. nama sekolah saya Sek Men Agama Sharifah ROdziah.. Sha = Sharifah dan Rodz = Rodziah. jadilah ShaRodz !! :) haaa, tue jela nak kata pasal perkataan SHARODZ tue.. ada faham tak? 

semalam berjalan ke rumah besties saya.. NOOR ANISA NABILA nie..
BFF ever after :)
then, saya pun ke rumah dia.. ada wat majlis makan-makan sikit. dia ada jemput saya pergi majlis makan-makan nie. sebagai seorang sahabat, saya pun pergilah ke rumah dia.. area kawasan Peringgit.. sehari suntuk lepak rumah dia. maklumlah saya dah lama tak hangout dan jumpa dia.. hihihi..

macam-macam cerita yang keluar,, plan untuk hangout masa cuti nie, plan nak kawen lah, amboiiii.. 
kami plan nak keluar hari rabu nie,, saya tak taw lagi nak keluar ke tak.. ape pendapat uolz?  heee.. i guess i want too..but, later i update about it okay? *haaa,nakkuartanaknie?*

ouhhhh..dilemaaaa~

okeyhh.. NOOR ANISA NABILA nie jugak besties daripada sekolah menengah nie.. SHarodz.. sebab tue kata kembara Sharodz.. semalam sebelum sampai rumah dia, ade jugalah tersesat sampai ke IPPM.. jauh tue, sampai ke IPPM.. IPG Perempuan Melayu Melaka.. muehehe.. naseb baik naik motor jadinya, taklah susah nak kuar masuk sesuatu jalan tue.. :P

lepas tue, kiteorang plan jalan sendiri setelah berdisscuss di phone tapi takda kata putus.. muahahaha. then jumpalah Taman Desa Baru.. Setelah makan-makan, then, kemas-kemas, borak-borak, amek2 gambar semua.. dalam pukul 4 petang saya pun balik. huish. hujan tyme tue. renyai-renyai sikit. takpe, hujan rahmat tue, tanda majlis diberkati ehem-ehem-ehem. :P

balik rumah, ade tetamu dari ex-sharodz juga datang ke rumah.. TEKA TEKA SAPEKAH DIA??

haaaa, dia dulu Ketua Pengawas Asrama kat sekolah dulu.. Noorliza Husin.. hihihi.. huhu, dalam perjalanan balik rumah tue terus dapat mesej dari dia.. muehehehe.. "nisa, ada dekat rumah tak?" huhuhu, sebenarnya, keluarga Liza selalu bertandang kat rumah saya.. sempoi abes famili dia nie.. maklumlah, adek beradek semua perempuan, jadi taklah nak segan sangat kalau diorang datang.. then, penat nie, penat taw..hihi. siapkan air teh, dan jamu mereka minum.. tak sempat nak masak apa-apa..

wahh, then , si Liza nie ajak borak kat sudut depan rumah,,manakala, mak dan adik beradik dia borak dekat ruang lain. amek kau, kelas jahhh!kami tak borak sekali ngan famili dia.. kiteorang borak dua-dua orang je, mak borak ngan mak, anak borak ngan anak.. hheeee~

macam-macam jugak cerita yang keluar. about ehem-ehem pun ada.. lalalalala~ haiayhhh.. lepas tue, mereka pun balik.. eheee.. tawlah seba sikit cerita si liza, kiteorang jarang jumpa, mesej pun jarang, salu borak kat phone rumah je.. :) liza dah abes blaja dah, praktikal semuanya dah.. dia amek bahagian nursing.. haha, tengah borak-borak tue, boleh plak berdebat pasal bidang masing-masing.. kerjaya siapakah yang mencabar? nurse ataupun seorang guru? muehehehehe.. dua-dua kerjaya nie sama hebat cabarannya.. jadi tiada kalah atau menang, hanya sama-sama mengerti tanggungjawab masing-masing kan.. heee :)

eh-eh-eh.. dorunk dah alek pun..

malam tue badan terasa nak demam je.. tapi alhamdulillah, tidak pun.. hehehe.. malam tue mak pesan suh buat kek batik 3 loyang.. sempat buat 2 loyang sahaja.. sebab rasa dah tak larat badan nie.. :)Alhamdulillah, menjadi kali ini :) heeee, sedap taw!! :) nanti saya update gambar yang saya akan buat kejap lagi.. :)

okelah babai!!

1 comment:

  1. Kek Batik untuk aku ada tak neesa? AHAHHA

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...