Pages




17 Feb 2013

Minggu duka lara~

Ya Allah,
andai ini takdirku,
Aku terima seadanya..
mungkin banyak khilaf dosaku yang lampau..
mungkin juga kerana keangkuhan diri ini..

Ya Allah,
hanya KAU tempat aku bergantung..
hanya padaMU aku berserah..
permudahkanlah urusan harian ini,,
ampunkanlah khilaf dan dosa diri ini..
Jadikanlah diri ini semakin positif
dan akanku usaha ke arahnya..

Ya Allah,
KAU peliharalah aku,
peliharalah keluargaku,,
peliharalah adik beradikku..
peliharalah insan kesayangan ini..
peliharalah insan-insan istimewa ini..
supaya sentiasa berada dalam kebahagiaan..
tak sanggup ku melihat mereka menangis..
tak sanggup ku melihat mereka menderita...
tak sanggup ku bebani mereka YA ALLAH..
berikanlah kebahagiaan kepada kami Ya ALLAH..
berikanlah kasih sayangMU YA ALLAH..
permudahkanlah urusan kami..

akan ku muhasabah diri ini..
akan ku layari ujian ini dengan dayaku..
akan ku layari dugaan ini dengan mampuku..
kerana ku tahu,,
ENGKAU tidak akan membebani seseorang dengan ujian yang mereka tidak mampu..

Ya Allah,
perkenankanlah permintaan ini..
bahagiakanlah keluargaku..
bahagiakanlah ibuku..
bahagiakanlah ayahku..
bahagiakanlah adik beradikku..
bahagiakanlah adik-adikku..
bahagiakanlah abangku..
bahagiakanlah insan-insan kesayanganku..
bahagiakanlah mereka  ya Allah..
sesungguhnya mereka insan yang amat aku sayang..
jangan biarkan mereka merintih lagi Ya Allah..
kuatkan mereka..

T.T

p/s : Semoga kami diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.. AMIN.. :')

Mari juga sedekahkan Al-Fatihah kepada adik junior sekolah saya yang baru meninggal jam 6.10 pagi tadi... insan ini belajar dekat UNIMAS, ex 5 IS batch 0509, Sharodz arwah Amirah Syakirah..

"kwn2 dia pun ckp setahu diorang arwah xde sakit..act dye baru je balik sabah, sem baru dah nk start kn..mase smpi sbah dia pening2 , pastu pengsan. doc syak ade pendarahan otak..mula2 kritikal, pastu stabil..tp pagi ni baru dpt berita dia dah pergi 6.10 pg tadi..doakan moga arwah ditempatkan dlm kalangan solihattt.."

antara berita yang mengejutkan. sumber SINI

Moga adik ini ditempatkan dalam kalangan orang solehah.

Innalillahi wa inna ilaihirojiu'n.. moga kita dapat muhasabah diri semula.. :'(

1 comment:

  1. Takziah kepada keluarga arwah...
    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...