Bila Gigi Bongsu Tiada Ruang Nak Membesar
Bila Gigi Bongsu Tiada Ruang Nak Membesar | Pernah tak rasa sedemikian? Aku sedang mengalami sakit ini. Sakitnya tuh di sini, di geraham aku..
Sebenarnya aku tak tahu sakit ini aku sahaja yang rasa atau orang lain alami benda yang sama. Sebab aku pernah post pasal ketumbuhan gigi bongsu belah kiri atas tapi aku tak rasa dia makin membesar. Selepas sebulan ke dua bulan, aku tak rasa sakit sebagaimana yang orang katakan. Tak rasa gigi tu sedang membesar.
Kali ni gigi bongsu belah bawah kiri pula yang nak tumbuh. Ini TERSANGATLAH sakit. Gigi belah bawah kali ni tiada ruang nak tumbuh sebab aku rasa macam melekat je dengan pipi aku. Uwaaaa. Selepas raya keempat masa balik ke sini baru terasa gigi tu nak tumbuh. Aku takut jadi sebagaimana atas ni. Awal-awal je rasa sakit lepas tu sepi tak sakit belaka.
Kali ni sakitnya, adalah ketika memberus gigi, semasa mengunyah makanan belah kiri, ketika menguakkan mulut. Memang sakit yang amat!! Kakak ipar Wardah seorang nurse jadinya adalah sumber rujukan nak tanya tentang gigi ni. Dia kata kene pergi klinik kalau nak cabut. Kawan gak ada kata, kalau dah tak tahan sakit atau sampai demam2 kene pergi klinikk. Uwaaa. T.T
Kita tengok bagaimana sebulan dua lagi.
Takut aku seorang je rasa sakit awal-awal, lepas tu tak sakit daaa. :(
Bila Gigi Bongsu Tiada Ruang Nak Membesar |
Memang sakit kalau kena gitu
ReplyDeleteadus sakit.. CT dak tumbuh lagi.. tapi mak smpai 2 minggu demam..
ReplyDeletelepas tu
gusi bengkak.. aigoo..