Kisah 1 Warna Warni 1 Syawal
Kisah Warna Warni 1 Syawal | Hai semua. Haha baru je nak update pasal raya pertama yang best sangat! Tema warna apa tahun ni korang? Warna tema raya tahun ni ialah kuning keorenan. *Wardah ada masalah nak upload gambarlah. Dia tulis bad request. Hmm ni yang macam nak buat blog baru je ni..*
Kisahnya pada pagi Syawal ni. Kamilah selalunya keluarga yang akan tiba lewat dekat rumah nenek. Mana taknya, dengan adelah orang-orang tu bangun lewat. Macam manenya nak gerak pagi-pagi. Al-kisahnya, selepas je kami siap-siap, baru je lepas balik solat sunat raya tu. Kami pun nak lah bergambar 1 keluarga.
Memang tengah setting hp masa tu buat self timer. Guna selftimer je amik gambar. Guna hp adik. Sekali tengah-tengah setting bunyilaaa KRING KRING KRING telefon rumah berdering.
"Haa, assalamualaikum. Dah gerak ke belum?"
Wardah yang jawab. Dek kerana lurusnya Wardah "Waalaikumsalam, hmmm tengah ONTHEWAY ni."
Lepas tu kene bebel dengan mak sedara.
"Haaa? Ni kan telefon rumah, takkanlaa bawa sekali telefon rumah dalam kereta? Duk ONTHEWAY ONTHEWAY sangat."
hahahaha. Agaknya kat rumah nenek tu duk ketawa sakan pasal lawak pagi raya ni.
Sekian cerita lawak yang tak berapa lawak pada 1 Syawal.
kita yg baca pun nak tergelak...hehehe...nak tipu sunat punya hal...sampai tak sedaq telefon aoa yg dijawabnya...hehehe
ReplyDeleteseronok baca kisah yang buat akak gelak ni...
ReplyDeleteHahahaha. Adoi lah wardah ni :P
ReplyDeletehahaha.. Wardah ni macam2 =D
ReplyDelete