Pages




6 Jul 2015

Craving Doyannnnn


Hai semua. Dah siap nak berbuka tak? Atceli tengah tunggu azan menanti buka puasa. Haa, duk hilangkan rasa debar-debar dalam hati ni. Kelas dari pagi tadi sampai laaa 1.15 petang. Tu pun berlanjutan sampai 2 lebih sebab nak anjakkan kelas awal lagi walaupun sebenarnya dah petang dah. Tak boleh nak anjak sangat dah. 

Hari ni beli makanan kat cafe sahaja. Makan ayam goreng plus ambil kuah kicap sikit. Sebagai bagi semangat kat diri sendiri, Wardah ade beli durian crepe juga. Hihi. Rasa-rasa berbaloi tak beli 3 pieces hanya RM5.50? Kalau 6 pieces RM10.50. Haha. Sekarang kan musim durian. Tak dapat makan real doyan, dapat makan crepe of doyan pun ok apa. 

Meleleh air liur bila dengar mak kata ade jiran bagi durian belambak kat rumah. T.T Hampir tertelan air liur jugaklah bila mak cerita banyak durian tapi tak ada sapa nak makan. Uwaaa. Pastu mak cerita mak bagi kat rumah nenek ade lah sedara-mara kat sana. Huhu. Teringinnya nak makan durian. Cuti seminggu untuk raya tu agak-agak dapat tak. Huhukk.

Ade dengar mak gelak-gelak sebab dengar Wardah craving gila nak doyan. Agak-agak juga mak Wardah dengar Wardah tertelan air liur tu kowt. Hahaha. Doyan oh doyan harap-harap ade yang sudi belanja masa balik cuti nanti. I dreaming on you taw! Urkk. 

Selamat berbuka buat semua. Semalam cerita penglaman masa pergi bazar. Pengalaman yang takkan dilupakan di Pengkalan Chepa ni. cewah. nantikan storynya.~~~

1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...