Halaman rumah arwah nenek. Banyak kenangan membesar dari kecil hinggalah besar.
Guess benda ni untuk apa? Okeyhh. Awak salah!! Haha. Ini yang akan dipakai oleh kendarat masa kenduri kahwin sedara nanti. Kendarat tu macam pelayan tetamu masa majlis berlangsung. Hiasan ni masih belum siap lagi. Biasa akan letak bunga kat duit tu. Dan hiasan ni akan letak kat baju kendarat.
Selepas perjumpaan keluarga tu tadi, pergi ke kenduri kahwin anak kawan mak. Kat tanjung minyak.
Masa ni landmark nye petronas aje. So mencarila petronas keliling tanjung minyak tadi. Kata ade khemah putih, masuk lorong.. haha cari-cari tak jumpa, bila tak jumpa rasa nak balik. Masa nak balik tu baru nampak banner besar terpampang muka sekeluarga kawan mak. Haha. Disebabkan eagernya nak makan sebab lapa juga belum makan tengahari, pergi patah balik. Hihi. Akhirnya jumpa jugak. Dapat la makan..
Tu pelamin dia. Simple dan menarik. Kenduri tu siap ade penyanyi Hindustan. Hahahaha. Mana ntah dia import. Sedap gak suara lelaki dan perempuan tu. Hafal siap lagu hindustan.
Lepas makan sume, lepak sekejap rumah mak Lang, tumpang Solat dan jumpa kazen kejap and balik. Tu sahaja cerita hari ni.
Esok nak pergi kenduri kahwin lagi. Mana tawu jumpa jodohkan. Hihii. Oklah bye.
Keluarga Zumal dah lama tak berkumpul ramai2, hanya tinggal kenangan
ReplyDelete