Pages




1 Feb 2016

Selesai, Kakak Boleh Pindah Sekolah Baru

Selesai, Kakak Boleh Pindah Sekolah Baru | Alhamdulillah selesai dah urusan si kakak (kembar) untuk pindah sekolah. Selesai macam mana pun hari jumaat ni nak kene ambil juga si adik sebab cuti raya china. Fuhh. Jadi hari ni dah ambil dia kat Smap Labu..selesaikan dokumen, buku teks, barang-barang asrama, yuran dewan makan akhirnya dah boleh balik.  Hari ni kira dia cuti la. 


Hari khamis yang lepas Wardah dan mak pergi ke SPI iaitu Sektor Pendidikan Islam di Bukit Baru sebab nak masukkan dia ke sekolah agama di sekitar rumah ni. Sekolah abang dia yang kedua juga. Sebelum ni dah pernah pergi, tapi pegawai yang uruskan cuti, jadi khamis yang lepas dia dah masuk balik, pegawai tu. Mak ajak pergi. Bila jumpa pegawai yang berkenaan, boleh pula pindah. Sebelum ni katanya tak boleh sebab permohonan dah ditutup.  Yang cakap permohonan dah ditutup tu orang lain sebab pegawai tu tak ada. 


Muka berkobar nak gerak dah. Ceria je kan.
Alhamdulillah gerak dalam pukul 9 pagi. Sampai pukul 10 pagi. Setelkan semua benda, dalam kul 1150 gerak ke rumah balik. Sampai dalam pukul 1240 macam tu. Ehh. Cepat naw. Lalu highway je keluar Simpang Empat terus exit Labu - Bandar Ainsdale. Alhamdulillah tak jammed sangat. Cuma jammed sikit masa balik sebab ada penyenggelaraan jalan.


Kadang-kadang kita ni tak tahu banyak benda, bila kita serah pada Allah, Allah bantu kita direct. Masa first ke SPI tu Wardah dan mak, memang tak tahu SPI tu kat mana. Maklumlah, bahagian Bukit Baru tu bukan kawasan kami. Jarang nak ke sana. Alhamdulillah, ada kawan-kawan mak yang siap lukis peta. Cuma mungkin tak jumpa sebab peta tak siap habis. Hihi. 


Malu bertanya sesat jalan ye dak. Jadi, kami decide nak tanya orang. Tanya dan tanya ada sorang pak cik ni baik betul tunjukkan jalan sambil dia bawa motor.  Walaupun nampak dia yakin tahu tempatnya, akhirnya dia berhenti dan mintak kami terus ke depan. Mula mula macam tak nampak SPI tu. Bila dah ke depan sikit tu Wardah toleh kanan, jumpa SPI tu. Allah gerakkan hati nak toleh ke kanan tu, kalau tak mesti dah terlajak ke depan. Hee. Thanks Allah. 


Tu cerita ritu. 
Jadi baby sister humairakk. Bagi flipcase hp kat dia. Bagi dia main. 

Masa ni naik belah asrama perempuan. Hari ahad ritu, mak daa bagitahu dia suh siapkan barang untuk pindah, jadi barang semua ada kat bawah dah. Senang, angkat je terus.

Ni si kakak. Happy dia dapat pindah. Best of luck to you sis. 


Ni dah selesai. Suka la adik dapat pindah. Harap-harap adik dapat hadapi suasana baru dengan baik. Tak tension tension, duduk plak kat rumah dekat dengan mak. Suka la tu. Hihi. Mudah mudahan dia okeyh nanti esok.  Esok baru dia nak daftar sekolah baru tu. Semoga semua baik-baik aje. 
Bye bye sekolah, jumpa jumaat ni pulak. 
Duk kat sekolah adik tadi dapatlah jugak lepas rindu kat adik (kembar). Datang-datang tengah siapkan kerja Syariah Islamiyah. Tanya kita kita tak berapa ingat, kita suka rujuk buku teks. Dia plak tak bawa. Hee. Banyak kosong la nampaknya. Hee. Funny of you la deq bila bawa buku latihan tak siapkan kerja sekolah. Teringat dulu, pemalehh gak nak siapkan homework. Ops. 


Sampai je rumah. Pukul 1240 cam tu. Traffic tak jammed sangat. Hee. 
Ni barang-barang adik. Adik dengan Wardah sama jek. Barang mesti banyak. Ehhh. Perempuan kan. Biasala tuu. :p 

Beza tak muka pergi dengan balik. Wahahhaha. XD

Itu saja cerita untuk hari ni. 

Oklah papai!

1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...