Pages




27 Jun 2015

#Cabaran20Hari | Erti Puasa Buat Aku

#Cabaran20Hari | Erti Puasa Buat Aku |  Puasa dan puasa. Apa ertinya bila ditanya. Kebanyakkan orang akan jawab. Pada bulan Ramadhan di mana kita menahan diri daripada makan dan minum di siang hari. I guess Wardah pun akan jawab macam tu secara spontannya. Tapi tak betul pun lagi maksudnya dari segi syarak. Aiwah.

Pengertian puasa : menahan diri  dari segala sesuatu yang membatalkan mulai dari terbit fajar hingga matahari terbenam, kerana perintah Allah SWT, dengan disertai niat di malam hari dan syarat tertentu.

Puasa yang WAJIB bagi umat Islam ialah pada bulan Ramadhan.

itu adalah dari pengamatan pengertian puasa itu sendiri. 

*************************************
Puasa bagi Wardah adalah benih kecil move on untuk kita berhijrah. Hijrah. Hijrah iaitu berubah. Bulan Ramadhan itu sendiri mengalakkan kita untuk melakukan sebanyak mana kebaikan dan ibadah. Bulan Ramadhan syaitan diikat katanya. Sedikit perkongsian tentang Ramadhan yang Wardah telah dengar semasa Pelancaran Sempena Bulan Ramadhan di maktab. 

Ada yang bertanya kepada penceramah. Mengapa manusia masih lagi melakukan maksiat pada bulan Ramadhan jika benar syaitan itu telah diikat semasa Ramadhan?

Jawapannya : Syaitan tidak diikat tetapi syaitan dilemahkan semasa berada dalam bulan Ramadhan.
fikir-fikirkanlah, puasa juga menahan hawa nafsu kita daripada melakukan perkara-perkara maksiat. Maksiat pula bukan sahaja merujuk kepada zina, kapel sahaja akan tetapi, mengumpat, membuka aurat dan lain-lain lagi.

Sambung kepada ERTI PUASA BUAT AKU. Macam Wardah cakap tadi, bagi Wardah puasa dalam bulan Ramadhan ialah benih kecil 'move on' Hijrah yang perlu semua orang sedar. Sama ada benih itu hidup dengan mekar atau mati layu ditengah jalan kitalah yang akan membajainya. Apabila kita kata benih kecil makanya perkembangan atau tumbesarannya sekadar dalam bulan Ramadhan atau berkembang hingga ke bulan-bulan yang lain terpulang kepada kita. Angap sahaja bulan Ramadhan permulaan bulan bagi diri kita untuk berubah kepada yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Semoga kita dapat membentuk diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana ayat di bawah ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣)

Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Itulah pengertian puasa buat Wardah. 

Setakat itu sahaja. Jangan lupa niat puasa di malam hari ya!

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ 

Lafadz: 

Nawaitu saumagadin an’adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita’ala. 

Ertinya: 

“Sahaja aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”

Itu adalah pandangan Wardah.. semua orang ada pandangan masing-masing. 
Jom hijrahkan diri!! :)

4 comments:

  1. singgah sini wardah..selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  2. Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  3. Bersama kita hijrahkan diri sempena Ramadhan yer Wardah...

    ReplyDelete
  4. betul tue bln puasa ni lah kita berhijrah..kalau dulu nak solat pun payah tapi bln puasa sola tni senang jer..semoga kita terus diberikan hidayah

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...