Pages




13 Jun 2015

Kenduri Mengeratkan Ukhwah

Kenduri Mengeratkan Ukhwah | Alhamdulillah, hari ini berjalan-jalan menyinggah kenduri jiran dan menyertai rewang-rewang yang dibuat dirumah arwah nenek. Jiran belakang rumah buat kenduri doa selamat dan tahlil sempena kemasukan beliau ke rumah baru. 
Selepas sampai dalam pukul 12.15 tengahari, Wardah, mak dan adik-adik kembar pun pergi ke ruang belakang rumah. Masa ni tengah pertengahan bacaan Yasin. Masuk dan duduk menyertai bacaan Yasin tu. Terfikir bagus juga buat macam ni. Kebiasaanya kita akan baca Yasin secara persendirian sebagai langkah berada di rumah baru. Ye dak? Tapi bila buat secara beramai-ramai ni lebih meriah terasa. 
kenduri mengeratkan ukhwah sesama kita
Jiran lama dapat mengenali jiran yang baru je nak tinggal dengan kita. What a ohsem ways to eratkan silaturrahim. Kenduri tak sah kalau tak related dengan bantuan orang kampung atau taman. Kenduri yang dihidangkan hari ini menggunakan catering. Wow, daebak! Pelbagai juadah pelbagai pilihan. Dari cendol sampaila ke daging salai. Sedap kan? Pengat durian dan pulut pun ada. Nyum nyum. Sempat juga berborak-borak sambil gelak-gelak dengan kawan-kawan mak. Hihi
Selepas sahaja selesai makan. Kami pun beransur pulang. Wardah pun terus drive bawa my family nak ke Klebang. Sebelum tu isi minyak dan singgah tempat jual tiket bus. Emm, tapi penjual tiket tak ada. Kedai ada je. Harap-harap tiket masih ada lagi esok. Terus batalkan hasrat nak beli tiket.
Seterusnya terus ke Klebang. Ada majlis rewang untuk kenduri untuk arwah nenek. Rindu sangat-sangat pada arwah nenek. Ada di pasang khemah dekat belakang masjid. Dan mulalah rewang dengan orang-orang kampung. Haaa. siapa tahu Klebang? Angkat tangan. Rumah nenek Wardah dekat-dekat situ je. Mudah je nak cari. :)
Petang terpaksa balik awal memandangkan surau taman ada buat makan-makan sempenan ketibaan Ramadhan. So lepas maghrib terus siap-siap. 
Oklah, mata pun da berat. Esok nak jumpa buah hati yang dirindui! Tata~Kenduri Mengeratkan Ukhwah |

1 comment:

  1. betul tu, time kendurilah kita nak berjumpa sedara-mara

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...