Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab)
Sabda Rasulullah saw: “Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” (Riwayat Muslim)
Ibadah sahur adalah ibadah yang agung sehinggakan Allah SWT melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohonkan keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi saw amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.
Sabda Rasulullah saw: “Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” (Riwayat Ahmad, Sahih al-Jami`: Hasan)
**************************************
Cerita sahur. Masa kecik-kecik dulu makan je masa mak suruh bangun pagi-pagi. Kecil-kecil mestilah sahur dengan keluarga kan. Sebenarnya tak berapa ingat bangun sahur dengan keluarga sebab masa kecil-kecil. Memang tak hengat. huuuhuuu. Cume teringat mak pernah masak sambal telor goreng. Masa tu rasa macam sedap sangat-sangat juadah sahur tu. Masa tu mak kata "Ni je lauk yang ada.." Tapi emm sebenarnya tulah lauk yang paling sedap masa sahur kecil-kecil dulu. Heee.
Kalau duduk dekat rumah sahur mesti ada air soya dengan kurma. Mak juga suka buat bawal sambal. Sedap sangat-sangat.
Sahur masa zaman sekolah menengah pun best juga. Almaklumlah duduk asrama kan. Macam-macam juadah ada untuk sahur. Wardah engat rasanya makan tengahari bawa turun ke sahur jadi sangatlah rugi kalau tak turun sahur zaman asrama ni. Rugi sangat-sangat.
Zaman sekarang? Duk asrama jugak. Hihi, duk asrama tapi makanan taklah segempar dulu untuk juadah sahur. Hihi. Zaman belajar kat ipg ni, ada juga makanan dijual kat cafe, tapi Wardah je tak nak turun cafe. Wardah lebih suka buat air sendiri dan makan kurma atau biskut sahaja kat bilik. Lebih mudah dan simple. Kalau dah terlewat bangun pun, at least minum air. :)
Apa-apapun inilah pengalaman Wardah.
Anda pula bagaimana??
Hai terima kasih sudi join #cabaran20hari EFG... suka juga ikan bawal masak sambal.. :D
ReplyDeletemasa kat asrama dulu sgt malas nak turun sahurrrrrr huhuhu memang merugikan
ReplyDelete