Pages




26 Jun 2015

Percubaan Berbekam


Percubaan Berbekam | Hai semua. Nak cerita percubaan Wardah berbekam dengan sahabat handai Wardah sendiri. Sahabat handai Wardah ni memang tinggal berdekatan je dengan rumah Wardah, so memang minta dia tolong buatkan dekat Wardah. Wardah buat lepas seminggu kerja as EA tu. Boleh check Pengalaman Kerja Partime Sebagai EA

Antara sebab kritikal yang menyebabkan Wardah nak sangat buat ialah :
1. Migrain kepala yang teruk
2. Kurang lawas
3. Badan yang banyak angin

Sebab utama dan paling utamanya nak hilangkan MIGRAIN..

mesej dan mesej sahabat Wardah akhirnya dia pun setuju.. Dia yang datang rumah Wardah sendiri. Dia ambil bayaran tak mahal pun. Hanya RM4.00 satu cup. 

Setelah bebincang dengan dia kenapa nak buat bekam ni, akhirnya dia putuskan untuk buat whole body sebab katanya tak tahu punca migrain ni dekat mana. Katanya lagi Migrain ni bermula dengan banyak tempat dan bila buat seluruh badan atau wholeh body barulah dapat detect yang mana yang bermasaalah. Lagi pula katanya lagi takut buat terus di kepala takut badan kita terkejut sebab badan tak pernah buat bekam sebelum ini.

Apa rasanya berbekam?

Bagi diri Wardah sendiri, sebagai pertama kalinya buat, memang rasa sakit tapi masa dia sedut darah tu je. Nak kata sakit sangat tak jugak. Sakit biasa-biasa. Bagi Wardah tak terlalu sakit. Nak buang yang kotor tak apalah kita yang sakit dulu untuk kemudahan kita pada masa akan datang juga kan. 

Pengalaman berbekam? Pada mulanya, dia akan sapu minyak khas dia. Minyak herba ada juga terbaca hari tu, belek-belek botol tu. Minyak gamat macam tu kat belakang badan. Dan selepas tu dia akan mulakan aktiviti bebrbekam tu. Sahabat Wardah buat 4 kali pusingan. Darah-darah kotor yang keluar tu dia akan lap guna tisu. Tisu-tisu yang berdarah tu kita wajib bakar dalam lubang. Seelok-eloknya segerakan membakar tisu-tisu berdarah tu. 

Kata sahabat Wardah lagi, perlu berbekam selepas 10 hari berbekam. Tempoh masa jika nak buat bekam lagi lepas tu.

Siapa yang nak berbekam area Masjid Tanah, Londang, Alor Gajah, bolehlah berhubung dengan sahabat Wardah ni. Syuhada Azman 0136390507 . Wanita sahaja yeee.

1 comment:

  1. Bagus sangat berbekam ni.... tapi diri sendiri pun tak pernah cuba lagi.....

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...