Jum Muhasabah dengan meneliti cerita benar ini T.T |
Peringatan buat kita
semua.. semoga kita sama - sama tunaikan kewajipan kita sebaik mungkin supaya
Nur di wajah kita tidak akan di tarik sewaktu kita meninggal kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Solat
itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan
agamanya dan sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meninggalkan
agamanya.”
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang
Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah
lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin
dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik
berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya
putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi
hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin
lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan
itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci
Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah
mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti
terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan
kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya;
apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya
bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju
ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan
seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir,
dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memaka i
baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya
meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak
tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu
ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.
"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa
betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul."
kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang
mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak
kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya
apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi
hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis
teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia
seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu
beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk
menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.
Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik,
patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya
buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa me mbantah
sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi
"apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia
mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam
hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun
sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik
kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka
akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah
pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna
yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri
untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang
gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat
mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan
Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah
kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut.
Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya
hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua
itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau
encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih
dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?"
katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,
wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz
katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima
tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi
'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam
erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk
memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah
pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun
lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika
seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan
ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan
dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?
|copy pasta dari sini sulamkaseh~
No comments:
Post a Comment
Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)