Pages




29 Nov 2012

Nikah



nikah bukanlah perkara yang boleh dibawa main-main..

Dalam hadis soheh mgatakn jika lelaki dn permpuan itu saling myintai shingg prnah myatakn I LOVE U ia kira sudah brtunang , tinggl minta izin kpd wali dh bleh trus nikah =D 

btw, thanks for telling me okeyh? adek nak kawen sangat ke? errr.
sweetkann?? ;)

Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)

Dalil pensyariatan dari Sunnah, bersabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)

Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya kepada 4 jenis hukum iaitu fardhu, makruh, sunat dan haram. En.Koala akan nyatakan hukumnya pada pos blog berikutnya... :) - Jangan lupa baca yee.. wajib mengetahuinya...


Sekarang ini, kita berbalik kepada topik utama iaitu, "Kahwin Muda". Bila sebut pasal kahwin muda, semua takut untuk membincangkannya, "al-maklumlah ini zaman serba canggih, apa kelas kahwin muda", itulah pemikiran ironik orang Islam zaman sekarang. Kenapa? Bila kita muda, mampukah kita memegang tanggungjawab sebagai suami dan juga isteri? Mampukah si suami memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya secukupnya? Atau mampukah si isteri melayan suami? Bagaimana pula dengan sumber pendapatan untuk menyara keluarga? Sudah adakah? Mampukah? Ilmu didada pula? Agama? Cukupkah?! Cukup!!! Sudah cukup sudah dengan persoalan itu.

Kahwin zaman sekarang perlukan banyak wang, paling kurang pun, RM10, 000 itu sudah dikira baik namun itu bukan untuk orang yang berkelas tinggi atau berada yang inginkan nilai antara RM50, 000 - RM100, 000. Bahkan untuk persiapan perkahwinan pun perlukan beribu-ribu. Ini masih belum lagi dikira hantaran yang diminta oleh pihak perempuan. Kalau anak Datuk macam mana? Berhutang kiri kananlah jawabnya... =)

Sekarang En.Koala ada dua kenyataan teestimoni debat daripada Encik Lebah dengan Miss Rama-Rama.

Encik Lebah: Saya tidak setuju kahwin muda sebab boleh menjejaskan pelajaran. Pelajar sudah banyak dibebani dengan masalah akademi dan juga masalah hutang yang ditanggung untuk pembayaran yuran pengajian dan sebagainya, inikan pula ingin menangung kos keluarga. Saya rasa ini akan menggangu pelajaran dan seterusnya gagal kedua-dua atau mungkin terpaksa pilih sama ada "belajar" atau "rumahtangga". Penceraian itu adalah sesuatu yang tidak bagus!
Miss Rama-Rama: Bagi saya, saya mahu suka kahwin awal. Kenapa? Sebab saya mampu fokus pada pelajaran dan juga ibadat. Saya cintakan sesorang, jadi saya selalu terfikirkannya. Jika tidak dapat bersama, saya akan rindukannya dan teringatkannya. Bukan saya, tapi ramai lagi seperti saya. Itu fitrah alam, wanita sukakan lelaki, lelaki sukakan wanita. Bila sudah kahwin, dia sah milik saya tanpa perlu rasa bimbang dia dirampas orang. Tambahan lagi, saya mampu beribadat dengan lebih tenang tanpa godaan syaitan dan iblis yang mengajak saya lakukan maksiat. Saya yakin, diusaha muda inilah syaitan mahu sesatkan saya diwaktu berdarah panas dan lapisan iman yang nipis. Namun kahwin, Insyallah iman saya akan kebal dan rezeki akan mencurah-curah oleh Allah swt.


Nas Al-Quran mengatakan:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)

Hadis pula mengatakan:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Jika begitu engkau daripada saudara syaitan. Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk pasturnya. Sesungguhnya sunah kami ialah nikah (kahwin). Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin. Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin. Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin).

(riwayat Bukhari dan Muslim)


Encik Lebah: Baiklah, bagaimana pula dengan persediaan emosi dan rohani? Adakah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri? Adakah kita sudah cukup solat 5 waktu? Adakah kita sudah cukup puasa dan ilmu agama serta ilmu untuk membimbing suami atau isteri? Bagi saya, banyak kes berlaku dimana ramai lelaki terpaksa mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, justeru menceraikan isteri. Isteri derita kerana kehilangan tempat bermanja dan bergantung. Sebab utamanya apa? Alasan adalah kerana tidak mampu dan juga tidak dapat "enjoy" diwaktu usia muda sepenuhnya. Biasanya orang muda suka berfoya-foya, main judi, minum arak, suka lepak-lepak dan suka keluar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang, anak menangis ditengah malam tanpa ditemani si ayah. Kalau ibu pula tiada, bagaimana? Di pusat asuhankan ke anak itu akan dijaga? Saya tidak setuju, sebab saya yakin. Setiap orang muda ada cita-cita tersendiri yang mahu dikejar sebelum berkahwinkan. Kejarlah cita-cita itu dahulu sebelum memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Miss Rama-Rama: Subhanallah, bagi saya kahwin itu akan melengkapkan kekurangan dalam diri saya. Sebelum ini ternyata saya lemah dalam serba serbi. Tetapi bagi saya, kahwin akan melengkapi segala-galanya. Dengan kahwin, sikap saling menasihati dan ingin berubah akan terbit dalam diri masing-masing. Kenapa? Bagi saya, setiap pasangan suami isteri ingin membuktikan diri mereka yang terbaik antara satu sama lain dan sering kali cuba untuk mengisi ruang kekosongan dan kelemahan pasangan mereka kerana saya tahu, manusia itu lemah dan tidak sempurna.


Dalil Al-Quran menyebut:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (21)

Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)." (49)

Surah Luqman: ayat 10

Saya yakin kahwin itu tidak kira muda atau tua kerana bagi yang berkemampuan dari segi kewangan, berkeupayaan dan sihat tubuh badan segera menyempurnakan sunah Nabi SAW. Jangan tangguh kerana kahwin melahirkan zuriat yang akan membanggakan Nabi SAW di depan umat lain pada hari kiamat. Dan saya yakin, dengan kahwin. Saya akan lebih kuat beribadah dan juga berjuang ke jalan Allah.
Sabda Baginda SAW bermaksud:

"Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku."

(Hadis riwayat Bukhari)

Encik Lebah: Baiklah, soalan terkahir yang saya ingin tanya. Jika anda mahu berkahwin. Anda ada wangkah untuk membuat persediaan untuk perkahwinan? Bagi suami anda, mampukah bagi wang hantaran dan nafkah selepas ini? Apa akan jadi jika tidak mampu?

Miss Rama-Rama: Saya hanya ingin katakan, tiada benda dalam dunia ini yang tidak mustahil untuk kita kecapi, bahkan Allah itu lagi Maha Mengetahui akan tiap-tiap makhluk ciptaanNya.

Sabda Nabi SAW bermaksud:

"Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Jika ayah dan ibu sanggup belanja berpuluh-puluh ribu untuk anaknya kejar fadhu kifayah, tidak mampukah ayah dan ibu membelanjakan walaupun seribu untuk anaknya berkahwin. Dah kahwin itu adalah fadhu bagi mereka yang mampu dan jika saya kata saya mampu, saya wajib untuk berkahwin.

Daripada Abi Umamah al Bahili r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya." (Riwayat Ibn Majah ).
Satu lagi Hadis Nabi s.a.w. maksudnya:

"Berkahwin itu satu keberkatan dan anak itu suatu rahmat, maka muliakanlah anak-anak kamu, maka sesungguhnya memuliakan anak-anak itu ibadat." ( Hadis ini tercatat dalam "mutiara Hadis Nabi- Penawar Jiwa" karangan as Syeikh Muhiyuddin Acheh, seorang wali Allah).

Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin.

P/S: Jawatan tinggi? Kaya? Ingat Nabi pandang ker? Nie haa...hadis Nabi XD

Sabda Nabi SAW:Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat.




Jadi apa pendapat anda pula? En.Koala serahkan pada anda. Buruk dan baik datang daripada kelemahan kita, sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah swt. ~ Wallahualam...

(sakit tangan, penat tulis... HuHu +_+)

| copy pasta |

Rujukan :
Halaqah.net
Mukmin.com

No comments:

Post a Comment

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...