3 Feb 2016

Hati Itu Amanah Allah

Hati Itu Amanah Allah | Bila mana kita pernah jatuh kerana seseorang ataupun kita rasa dah berakhir hidup kita sebenarnya ada perkara yang perlu dipandang kenapa jadinya sedemikian. 
Hati, kenapa cakap tentang hati? 

Sebab hati itulah Allah memberi ujian sebesarnya kerana mungkin kita terlalu alpa dan leka dengan apa yang dipanggil duniawi. Hikmahnya, Allah mahu kita kembali kepada Dia. Kepada Dia. Hikmah lain Yang tersembunyi itu cukuplah kita akan nampak dan rasai setelah kita move on dari perkara yang menyakitkan itu. 

Hati, itu kecil. Hati itu, cepat sahaja ia berubah. 

Hati ia adalah amanah Allah paling besar. Sebenarnya hati tu hendaklah sentiasa perlu pada Allah, kebergantungan tu yang penting. JANGAN sesekali leka dan alpha dengan nikmat duniawi ni. Beringatlah Allah itu akan memberi setimpal dengan apa yang menjadi pilihan. Pilihan yabg dipilih pula mestilah kenalah dengan apa yang dirasai dalam hati. Ye dak?

Bila mana kau jatuh. Tersungkur sampai rasa tak boleh nak bernafas, rasa sesak hendak berdiri walaupun dengan kaki sendiri. Walhal ketika itu, kau punya kesihatan yang sama sahaja seperti orang lain. Bila mana hati sakit, semuaaaa kerja tak menjadi, semuaaaa benda rasa tak betul dan tak kena. 

Hati. Duhai hati. 

Moga ditetapkan hati dalam semua perkara. 

Sebenarnya hati tengah gundah gulana. Hati tengah keliru dalam membuat satu keputusan.

Hati lemah dan rapuh
Pelbagai pandangan dari kawan, dari teman baik bahkan emak dah berikan pandangan. Kalau jawapan emak macam kurengg, mungkin sebab mak tak jumpa dia depan-depan lagi.. patutkah Wardah teruskan lagi? Mungkin Wardah kenalah salu bincang dengan sahabat-sahabat yang lebih arif.  

Wardah sebenarnya tiada rasa lagi nak teruskan sesebuah perhubungan andai lelaki tersebut melakukan kesilapan besar yang Wardah pernah kata Wardah tak suka. Kecewa. Bilamana dah kecewa susah nak bagi lagi peluang, walaupun orang kata kenallah dulu, baru lagi kan. Bantulah aku ya Allah.  

Aku buntu. 

6 comments:

  1. Assalamualaikum..semoga neesa peroleh jawapan dari solat istikarah dan sampai ke hati insyallah:)

    Neesa punya entry memang owsome^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslm, insya Allah. Ada rakan-rakan juga cdgkan buat istikharah. Mudah mudahan sampai ke hati. Aminnn

      Terima kasih anisah juga. ^_^

      Delete
  2. setuju dengan komen diatas..buat solat istikharah.

    kedua carilah orang yang menyayangi kita berbanding kita menyayangi dia.
    ketiga susah nak nasihat...sebab yang kenal dengan seseorang itu adalah hati wardah sendiri.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks aRz MoHa. Atas segala nasihat tu. ^_^

      Delete
  3. buat solat istikharah la neesa... hati ni susah sikit nak terima kan...

    ReplyDelete
  4. solat istikharah wardah.. ya hati itu sntiasa milikNYA. :)

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...