Pages




26 Feb 2016

Pemergian Atok Saudara, Alfatihah

Pemergian Atok Saudara, Alfatihah| Pecah rekod pula bulan ni tak update sampai 5 hari. Uwarghh. T.T. Semalam petang baru sahaja pulang dari Ampang kerana ada kematian tok sedara arwah Ismail bin Abu Bakar. Alfatihah untuk tok sedara. 
Perginya tanpa jangkaan kerana waktu Wardah jumpa last dengan arwah, beliau kelihatan masih sihat lagi. Takdir Allah dah mengatakan ajalnya. Semoga tenang rohnya di sana. 
Semasa menunggu sedara mara yang lain tiba di Hospital Ampang.

Berita mengenai arwah masuk ke hospital di ketahui pada hari Rabu. Apabila Wardah datang masa tu pada pukul 10.15 malam anaknya dah berlari keluar mengatakan ayahnya sudah pergi. Innalillahiwainnailaihirojiunn. 
Memang sangat sebak, sangat sedih. Ini membuatkan Wardah teringat pada pemergian arwah nenek sebelum ni. Ya Allah, sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Wardah tak drive memandangkan adik guna kereta malam tu, jadi tumpang busu ke Anpang sana. 
If Wardah yang bawa pun tak tahu nak cakap, mesti kene tinggal sebab Ampang sana memang kuat jammed. And im not really professional lagi nak ikut kereta dekat-dekat. 
Balik dari malam tu, hoapital yang uruskan mandikan jenazah semua. Kebumi pada esok hari berdekatan dengan rumah arwah di Ampang. Jadi malam tu stay bermalam di rumah mak ngah di Pulapol. Tapi singgah di kedai makan depan stesen lrt Dato Keramat. Bayangkan masa tu pukul 2 pagi. 
Rupanya kedai makan kat KL ni banyak buka waktu lewat malam macam ni. Layankan perut juga malam tu, sebab bila tahu aje mengenai tok sedara yang kritikal, terus busu cakap nak pergi, kami pun terus siap tak bawa ape. 

Macam-macam makan malam tu sebab masing-masing kelaparan. 

Ingat nak melawat, dapat tahu pula arwah pergi malam tu, jadi decide untuk bermalam. Selepas makan, balik rumah mak ngah dan tidur. Esok pagi dalam pukul 8 pagi kami ke Taman Ampang Permai ke surau untuk solat jenazah dan pengebumian. 
Selesai sahaja pengebumian, kami pun pulang ke Melaka. Masa perjalanan balik tu, angin memang kuat sangat. Boleh nampak kat tepi tingkap, daun pokok kelapa sawit tu macam membelah.. Takut tengok, kawasan yang ade projek pembangunan pula, nampak debu pasir tu atas angin.. Nampak macam berkabus. Khemah khemah pun boleh terbalik. Ini pertama kali rasa takut dengan keadaan macam ni. Moga Malaysia terpelihara daripada segala bencana. Aminnn. 
Jom sama-sama sedekahkan Alfatihah buat arwah Ismail bin Abu Bakar atas pemergiannya. Alfatihah. 

5 comments:

  1. al-fatihah buat tok saudara wardah uishhhh awat ada banyak typo ni...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah buat arwah, keyyeel sampai 2 3 pagi pun hidup lagi..ada restoran mamak bkk 24 jam

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...