Pages




7 Feb 2016

Hindustan Jadi Trending Majlis Kahwin

 
Hindustan Jadi Trending Majlis Kahwin |Hari Sabtu dan Ahad memang jadi rutin Wardah Untuk pergi ke majlis kenduri kahwin orang.. jadinya sekarang macam perasan sejak filem Dilwale kuar, sejak demam Dilwale ni kan, ramai pulak yg demam hindustan. Macam tu jugak dengan majlis kenduri kahwin pun jadi trending lagu hindustan. 

Semalam, sabtu tu pergi majlis kahwin anak kawan mak tu pun siap nyanyi lagu hindustan, ada penyanyi perempuan, ada penyanyi lelaki, dan dua dua orang Melayu kita. Daebaklah, suara memang sedap la . Mak kata tu anak kawan mak tu. Banyak lagu juga yang dinyanyikan.. biasanya kat tempat Wardah akan buka sesi karaoke. Bila buka je sesi karaoke, kebanyakkannye akan nyanyi lagu jiwang karat tahap leleh, ada yang lagu frust frust. Haha. 

Bercakap mengenai kenduri kahwin hari Ahad ni, pengantin lelaki ni merupakan batch Wardah dulu kat maktab. Jadi walaupun tak sama kelas, batch yang sama, kenal plak, satu Melaka lagi tu yang pergi. Masa majlis kahwin dia ni pun main lagu-lagu hindustan. Dj pun ambil tahu lagu-lagu hot. Haha. 

Majlis haritu macam redup-redup sikit, macam nak hujan.. Wardah pakai dress merun, dan wide shawl pink belacan. Wardah tak pakai kasut, tapi pakai heel.. huhu. Balik tu kasut tu dah kene lecak-lecak air tanah tu. Tapi tak apalah, belasah aje. Haha. 

Tahniah buat Khairul Anam Mohamad dan isterinya Iryanie Rosli. 

Jom layan gambar...
Style Wardah Aneesa
Sebelum bergerak ke rumah pengantin, selfie sikit. Haha. 

Pengantin dijunjung tinggi
Pengantin berarak, wahh macam raja gituuu

Pengantin lelaki dan pengantin perempuan secocok
Pengantin lelaki sosok menawan,
Pengantin perempuan amat jelitawan,
Tahniah anam yang tampan,
Dikurnia isteri yang menawan,

Wardah ingat nak tumpang kawan Wardah yg sebelah pengantin tu, tapi dia jadi pengapit, jadi bawa adik sebagai teman Wardah kat sini. Adik Wardah plak geng-geng ni kata pakwe baru Wardah. Senget tol. Hahhaa 

brown gold tema warna majlis
Kita pun nak bergambar sama pengantin. Hihii. 

Reunion maktab raja melewar bm
Sebenarnye ade lagi dua ke tiga orang budak maktab yang datang. Ni yang mana ade dekat dengan pengantin. Pengantin memang sempoi aje. 

selfie dengan pengantin
Walaupun baru je kenal dengan puan Yanie ni, mesra betul dia. Tak lokek nak layan kita. Hihii.

Selfie berdua
Jumpa classmate yang baru nikah bulan Disember lepas. Comel je. 

Oklah.. setakat itu sahaja.. cerita kisah perkahwinan Anam ni. Lama jugak Wardah lepak-lepak dengan budak-budak ni. Borak-borak, gossip-gossip. Ceyh, haha. 

Oklah. Terima kasih sudi membaca. Bye semua.

2 comments:

  1. amboiii...sakan betul hindustan bagai..hihihi :P

    ReplyDelete
  2. Kenduri kendara pun lagu Hindustan yer, memang terbaik

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...