26 Feb 2016

Pemergian Atok Saudara, Alfatihah

Pemergian Atok Saudara, Alfatihah| Pecah rekod pula bulan ni tak update sampai 5 hari. Uwarghh. T.T. Semalam petang baru sahaja pulang dari Ampang kerana ada kematian tok sedara arwah Ismail bin Abu Bakar. Alfatihah untuk tok sedara. 
Perginya tanpa jangkaan kerana waktu Wardah jumpa last dengan arwah, beliau kelihatan masih sihat lagi. Takdir Allah dah mengatakan ajalnya. Semoga tenang rohnya di sana. 
Semasa menunggu sedara mara yang lain tiba di Hospital Ampang.

Berita mengenai arwah masuk ke hospital di ketahui pada hari Rabu. Apabila Wardah datang masa tu pada pukul 10.15 malam anaknya dah berlari keluar mengatakan ayahnya sudah pergi. Innalillahiwainnailaihirojiunn. 
Memang sangat sebak, sangat sedih. Ini membuatkan Wardah teringat pada pemergian arwah nenek sebelum ni. Ya Allah, sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Wardah tak drive memandangkan adik guna kereta malam tu, jadi tumpang busu ke Anpang sana. 
If Wardah yang bawa pun tak tahu nak cakap, mesti kene tinggal sebab Ampang sana memang kuat jammed. And im not really professional lagi nak ikut kereta dekat-dekat. 
Balik dari malam tu, hoapital yang uruskan mandikan jenazah semua. Kebumi pada esok hari berdekatan dengan rumah arwah di Ampang. Jadi malam tu stay bermalam di rumah mak ngah di Pulapol. Tapi singgah di kedai makan depan stesen lrt Dato Keramat. Bayangkan masa tu pukul 2 pagi. 
Rupanya kedai makan kat KL ni banyak buka waktu lewat malam macam ni. Layankan perut juga malam tu, sebab bila tahu aje mengenai tok sedara yang kritikal, terus busu cakap nak pergi, kami pun terus siap tak bawa ape. 

Macam-macam makan malam tu sebab masing-masing kelaparan. 

Ingat nak melawat, dapat tahu pula arwah pergi malam tu, jadi decide untuk bermalam. Selepas makan, balik rumah mak ngah dan tidur. Esok pagi dalam pukul 8 pagi kami ke Taman Ampang Permai ke surau untuk solat jenazah dan pengebumian. 
Selesai sahaja pengebumian, kami pun pulang ke Melaka. Masa perjalanan balik tu, angin memang kuat sangat. Boleh nampak kat tepi tingkap, daun pokok kelapa sawit tu macam membelah.. Takut tengok, kawasan yang ade projek pembangunan pula, nampak debu pasir tu atas angin.. Nampak macam berkabus. Khemah khemah pun boleh terbalik. Ini pertama kali rasa takut dengan keadaan macam ni. Moga Malaysia terpelihara daripada segala bencana. Aminnn. 
Jom sama-sama sedekahkan Alfatihah buat arwah Ismail bin Abu Bakar atas pemergiannya. Alfatihah. 

20 Feb 2016

Parut Luka

PARUT LUKA
Kenangan silam tu memang perit,
Hingga memori baru sukar terbina, 
Memaksa diri dan memori baru,
Memadam satu persatu bekas lakaran yg ada.. 

Mungkin sisa baki yang lalu masih sukar, Sukar dipadam,
Kerna dakwat pena yang sukar hilang..
Mungkin juga kerna tirus mata pena yang tajam..

Padam
Padam
Padam

Ia masih ada

Tenyeh
Tenyeh
Tenyeh
 ia tetap ada.

Jalan terakhir..

Koyakkan. 
Dan ganti dengan lembaran baru. 
Koyak. 
Koyakk. 
Buang. 
Buang "sampah" itu. 

Terima kasih kerana melukiskan kenangan cinta terindah, tapi penuh darah. 

Luka. 

Parut bernanah. 

Parut di hati tiada siapa yang tahu..

Nukilan WA 

18 Feb 2016

Resepi Strawberry Smoothie

Resepi Strawberry Smoothie  | Hai semua, hari ni Wardah nak share satu resepi. Haha. Jarang nak share pasal resepi ni. Huk3. Tak apa, slow-slow kita belajar. Keh keh keh. Insya allah. Ni balik dari teman mak, terus buat..

Hari ni pergi teman mak ke family store, shopping barang-barang dapur dan ni lah yang paling dekat dengan rumah, jauh sikit adalah econsave dalam 20 minit. Family store ni 5 minit je boleh sampai.Akhirnya, gatal tangan juga ambil buah-buahan sebab teringat doktor pesan ritu supaya ambil banyak serat dalam makanan. Kene makan banyak sayur, buah-buahan. Haa, saya dengar cakap doktor ni. Hihi. Cerita pasal doktor tu nanti kita cerita lain. Hahahaha. 
Jom. Panjang sangat plak nak masuk resepi strawberry smoothie ni. 
Ni bahan-bahan utama 
15 biji strawberry
Setengah cawan yogurt
Setengah cawan susu cair
Kiub ais
2 sb gula

1 sd esen vanilla..(yang ni Wardah tak letak pun)

Susu cair tu susu minum Wardah buat, susu tepung, mungkin korang boleh buat guna susu pekat tu..Wardah dah kurangkan guna susu pekat dalam minuman..Tak taw kenapa. Bolehh plak annn. 

Cara buat: 
1- Letakkan semua bahan-bahan dalam blender.
2- Blend sampai sebati.
3- Siap untuk diminumm.. 

Boleh letak strawberry sebagai hiasan, ataupun whipping cream kat belah atas minuman.. 

Taraaa!! 

Haaa, Wardah tak rajin nak hias dan guna cawan cantik. Sebab masa tu fikir  nak minum jee... hihi

Alhamdulillah suka sangat, perut rasa kenyang je dan lawas jee. Takla sembelit..tapi memang betul pon..maaflah cerita kat sini, siapa ada masalah sembelit boleyh minum, nak cantik ke. Ceyh. 

Itu sahaja. Jom minummm. 

17 Feb 2016

Wordless Wednesday #1

Wordless Wednesday #1 | 
sabar itu indah

Patience is beautiful

Patience.  

16 Feb 2016

Update Nuffnang Kali ke Bape Ek


Update Nuffnang Kali ke Bape Ek | Hai semua. Lama betul tak update pasal Nuffnang. Encik Nuffnang jangan merajuk eehhhh. Kita sayang awak ni. Alhamdulillah, semuanya on going saja. Tak sangka banyak pula. Huhu. Dulu sikit je on going. Ada dalam 2 ke 3 ke 4 ke macam tu. 


Thanks nuffnang. 

Apa yang on going tu. MAI TENGOK. 

BE nuffnang best
Atas panjang gitu. Bawah ni nak senonet je. 

Nufnang sponsor blogger
Ini sambungan dari yang atas sebab tak muat nak printsreen sekali. Huhu. 

Alhamdulillah, sebenarnya dah boleh cash out. Cumanya masih nak simpan lagi. Bagi up sikit. Alhamdulillah atas kunjungan rakan-rakan semua. Semoga Allah membalasnya. Nak cash out jugak? Jom sertai nuffnang bagi nubis nubis semua. 

Oklah. Kipidappp semua!! 

Update Nuffnang Kali ke Bape Ek | 

15 Feb 2016

Review Produk : Sabun Bidara Plus Menjadikan Diri Sihat dan Menawan.

Review Produk : Sabun Bidara Plus Menjadikan Diri Sihat dan Menawan. |Produk ini adalah sebuah produk kecantikan dan kesihatan. Ianya boleh digunakan untuk luaran dan dalaman. Haaa. 2 dalam 1 taw... ia adalah sejenis sabun tapi pelbagai manfaat. Haaa. Special kan? Nak tahu lebih lanjut, jom kita ketahui apa Sabun Bidara Plus ini. 

Sebenarnya Sabun Bidara Plus ini sabun apa?


Sabun Bidara Plus Hebat
Sabun Bidara Plus ialah sabun herba yang dibuat untuk tujuan kecantikan dan kesihatan tubuh badan. See... what i mean, sabun yang mempunyai manfaat kepada diri kita lebih-lebih lagi kepada kecantikan malah juga kepada kesihatan diri kita.

Sabun ini diperbuat daripada apa?
Ia diperbuat daripada bahan semula jadi seperti minyak zaitun, minyak kelapa, minyak habbatus sauda, daun bidara, mentega shea, mentega koko, madu, dan vitamin A, C & E. Ia tidak mempunyai sebarang pewarna dan pewangi tambahan.

Boleh dikatakan sabun ini menggunakan bahan-bahan yang pure  semula jadi. Haaa. Kita boleh lihat ada juga kandungan daripada makanan sunnah seperti habbatus sauda yang digunakan dalam kandungan sabun ini. 

Sabun Bidara Plus memberi manfaat kepada muka dan termasuk juga badan kita..  

Ia akan melembap dan melicinkan kulit, merawat kulit yang berminyak dan akan menghilangkan kesan parut. Haaa, bagi yang nak hilangkan parut dan nak licinkan kulit boleh cuba sabun ni. Memang thumbs up! 


Kelebihan Sabun Bidara Plus 


Antara kelebihan yang patut kita tahu tentang Sabun Bidara Plus ini ialah: 


Tiada SLS/ALS/SLES 

Sabun Bidara Plus ini tiada SLS / ALS/ SLES yakni ejen pencuci sepertimana digunakan dalam sabun mandi dan shampoo malah merupakan bahan utama di dalam sabun pencuci pinggan mangkuk, pencuci tandas, pencuci baju dan segala macam pencuci lain.

Menggunakan gabungan khasiat dari minyak-minyak semulajadi. 


Produk ini menggunakan minyak zaitun, minyak bidara, miyak habbatus sauda, minyak kelapa, mentega koko dan mentega shea yang kita sedia maklum akan manfaat kepada tubuh badan dan kulit muka. 


Selain itu, sabun ni juga merawat penyakit berkaitan kulit. Penyakit kulit yang Wardah tahu, ekzema, jerawat macam tu. Jadi penyakit kulit yang mana yang Sabun Bidara Plus ini boleh rawat. Antaranya ialah, ia akan mengurangkan jerawat, menghilangkan kegatalan atau ruam, merawat psoriasis dan merawat ekzema. 

Sabun ini juga boleh digunakan di tubuh badan juga. Ia bukan sekadar nak memploleskan kulit muka kita,, ia juga beri manfaat yang besar kepada anggota badan. Ia dapat menyegarkan tubuh badan dan juga dapat hilangkan bau badan. 


Sabun ini memang luar biasa kerana dapat digunakan kepada seluruh anggota badan.




Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesan gangguan jin, sihirrr, saka dan lain - lain..haaa. Contoh macam kita ada ditindih oleh sesuatu ke masa tidur, kita boleh ikhtiar gunakan Sabun Bidara Plus ini. Why not kita cuba, untuk kurangkan gangguan-gangguan dari makhluk-makhluk ini. 

Kesan penggunaan: 


Kesan penggunaan kulit akan menjadi lembut dan licin. Bagi sesiapa yang ada parut, ia akan semakin pudar dan lama-kelamaan akan hilang. Bagi yang mempunyai jerawat pula ia akan memberi kesan jerawat cepat masak, kering dan tercabut. Jerawat baru pula sukar untuk tumbuh lagi selepas itu. Kesan bagi sesiapa yang terasa diganggu makhluk halus, badan akan terasa makin segar, tidak cepat penat, emosi semakin stabil dan muka akan semakin cerah.


Ini dapat dilihat melalui komen-komen positif daripada pengguna-pengguna yang telah menggunakan Sabun Bidara Plus ini. Ada juga yang mengatakan tidak perlu pakai deodorant setelah menggunakan Sabun Bidara Plus ini. 


TESTIMONIAL SABUN BIDARA PLUS.


testimonial sabun bidara plus

Testimonial sabun Bidara plus

Testimoni sabun bidara plus

Komen tentang sabun Bidara plus


Komen positif sabun bidara plus

CARA MENGGUNAKAN SABUN BIDARA PLUS

Gunakan seperti sabun biasa sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan untuk masa yang berpanjangan untuk kesan yang lebih baik. Kiranya kesan jangka panjang tu adalah lebih baik. Kesan yang cepat kadang-kadang tak tahan lama, berbanding kesan yang lambat tapi bertahan atau berkualiti. 


Sebelum gunakan untuk tubuh badan tu niat dan berdoa dulu dalam hati sebelum mandi supaya Allah menyembuhkan penyakit yang menganggu diri kita ini..


Tiada pantang namun banyakkan berdoa agar segala gangguan yang menimpa diri kita, penyakit -penyakit yang ada dalam diri kita akan berkurangan. INSYA ALLAH. 

Andai ada yang merasa pelik ketika mandi seperti ingin muntah, terkencing, terkejut, meremang bulu roma dll, itu tanda kemungkinan besar ada gangguan, jadi disarankan untuk segera mencari perawat Islam yang berdekatan atau hubungi 0192635500.


Jika ingin buat rawatan sendiri bolehlah dengan meminum air kosong yang telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran.


Terdapat juga kisah bagaimana dan kenapa daun bidara ini diplilih..sebenarnya daun bidara ini digunakan sejak zaman Nabi dulu.. haa. Info lanjut boleh rujuk Link Ini

Tertarik dengan Sabun Bidara Plus ini? Rasa nak mencuba produk yang mengandungi bahan sunnah ini? DAPATKAN DENGAN MENGHUBUNGI TELEFON / WHATSAPP NO DIBAWAH. 

Telefon / whatsapp:  019-3635500

Facebook : Sabun Bidara Plus
Website: www.sabunbidaraplus.com
Instagram:  IG Sabun Bidara Plus

HAAA, terlupa nak beritahu, harga Sabun Bidara Plus ini juga sangat berbaloi. Murah tapi banyak manfaat. 

Harga Sabun Bidara Plus : RM35 (SM) & RM40 (SS) 

Dapatkan segera ! (^O^)(^O^)(^O^)

13 Feb 2016

Kembar Dah Genap 16 Tahun

Kembar Dah Genap 16 Tahun| Alhamdulillah, adik bongsu Wardah yang kembar tu sudah masuk genap 16 tahun pada hari ini. Dah besar dah adik bongsu ni. Beza dorang dengan Wardah ialah 9 tahun.. oh myyyy!!  

Tinggal mereka ajelah yang masih belajar di sekolah menengah. Dan merekalah yang paling kecil pun dalam family, hakikatnya kalau ikut saiz, Wardahlah paling kecil dengan tak cukup berat badan. Huhh. Bila ntah mau gemuk. 

Ni lah keluarga Wardah. Abaikan mak dengan abang yg tertidur. Huhu. Suka gam

My famili. 

Kembar tidak seiras
Kembar! Happy bufdayyyy. Dah besar panjang dahhh...! Lepas ni dah nak SPM pula, lepas tu masuk u. Ceyhh. Mudah mudahan semuanya berjalan dengan mudah dan lancar. Aminnn

Hari ni mak masak banyak lauk tanda meraikan kembarnye bufdayyy. Ada siput sedut masak lemak cili api, bawal masak merah dengan sayur goreng. Nyum nyumm. Sedap sangat. Kicap tu my addicted. Tak ada kicap tak sah.. hihi

Semoga menjadi anak yang solehah kepada keluarga, pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat dan terukan growing dengan semangat yang kental. aminn. Aminn. 

Putera Harith


Putera Harith | Rasa macam ape je bila my brother cakap ada orang kirim salam. Haishhh. Rasa macam.. ade admirer ke. Hhhahhahaha. Senget tol. Kan dah perasannnn. OMG!! 

Wardah dan putera harith

Perasan. Rupanya anak buah mak ngah yang kim salam. Dah berisi ye skang. Chubby je pipi harith zafran. Bila nak jumpa ni.. rindu sudahh. 

8 Feb 2016

Susah Sayang

Susah sayang | 

Susah sangat sayang ahh

Oklah bai bai. 

Nak letak tarikh ni 8 hb Februari 2016. Hhaha. Kbye. 

7 Feb 2016

Hindustan Jadi Trending Majlis Kahwin

 
Hindustan Jadi Trending Majlis Kahwin |Hari Sabtu dan Ahad memang jadi rutin Wardah Untuk pergi ke majlis kenduri kahwin orang.. jadinya sekarang macam perasan sejak filem Dilwale kuar, sejak demam Dilwale ni kan, ramai pulak yg demam hindustan. Macam tu jugak dengan majlis kenduri kahwin pun jadi trending lagu hindustan. 

Semalam, sabtu tu pergi majlis kahwin anak kawan mak tu pun siap nyanyi lagu hindustan, ada penyanyi perempuan, ada penyanyi lelaki, dan dua dua orang Melayu kita. Daebaklah, suara memang sedap la . Mak kata tu anak kawan mak tu. Banyak lagu juga yang dinyanyikan.. biasanya kat tempat Wardah akan buka sesi karaoke. Bila buka je sesi karaoke, kebanyakkannye akan nyanyi lagu jiwang karat tahap leleh, ada yang lagu frust frust. Haha. 

Bercakap mengenai kenduri kahwin hari Ahad ni, pengantin lelaki ni merupakan batch Wardah dulu kat maktab. Jadi walaupun tak sama kelas, batch yang sama, kenal plak, satu Melaka lagi tu yang pergi. Masa majlis kahwin dia ni pun main lagu-lagu hindustan. Dj pun ambil tahu lagu-lagu hot. Haha. 

Majlis haritu macam redup-redup sikit, macam nak hujan.. Wardah pakai dress merun, dan wide shawl pink belacan. Wardah tak pakai kasut, tapi pakai heel.. huhu. Balik tu kasut tu dah kene lecak-lecak air tanah tu. Tapi tak apalah, belasah aje. Haha. 

Tahniah buat Khairul Anam Mohamad dan isterinya Iryanie Rosli. 

Jom layan gambar...
Style Wardah Aneesa
Sebelum bergerak ke rumah pengantin, selfie sikit. Haha. 

Pengantin dijunjung tinggi
Pengantin berarak, wahh macam raja gituuu

Pengantin lelaki dan pengantin perempuan secocok
Pengantin lelaki sosok menawan,
Pengantin perempuan amat jelitawan,
Tahniah anam yang tampan,
Dikurnia isteri yang menawan,

Wardah ingat nak tumpang kawan Wardah yg sebelah pengantin tu, tapi dia jadi pengapit, jadi bawa adik sebagai teman Wardah kat sini. Adik Wardah plak geng-geng ni kata pakwe baru Wardah. Senget tol. Hahhaa 

brown gold tema warna majlis
Kita pun nak bergambar sama pengantin. Hihii. 

Reunion maktab raja melewar bm
Sebenarnye ade lagi dua ke tiga orang budak maktab yang datang. Ni yang mana ade dekat dengan pengantin. Pengantin memang sempoi aje. 

selfie dengan pengantin
Walaupun baru je kenal dengan puan Yanie ni, mesra betul dia. Tak lokek nak layan kita. Hihii.

Selfie berdua
Jumpa classmate yang baru nikah bulan Disember lepas. Comel je. 

Oklah.. setakat itu sahaja.. cerita kisah perkahwinan Anam ni. Lama jugak Wardah lepak-lepak dengan budak-budak ni. Borak-borak, gossip-gossip. Ceyh, haha. 

Oklah. Terima kasih sudi membaca. Bye semua.

6 Feb 2016

Today's doing

Today's doing | Semuaaaa gambar-gambar di bawah adalah dari semuaaaa tempat yang berbeza. Hari ini ada perjumpaan keluarga di rumah arwah nenek. Today's doing pergi lepak dengan sedara mara, borak-borak, siapkan sikit kerja untuk kazen kahwin nanti. 
 
Halaman kampung bandar
Halaman rumah arwah nenek. Banyak kenangan membesar dari kecil hinggalah besar. 

Kendarat melaka
Guess benda ni untuk apa? Okeyhh. Awak salah!! Haha. Ini yang akan dipakai oleh kendarat masa kenduri kahwin sedara nanti. Kendarat tu macam pelayan tetamu masa majlis berlangsung. Hiasan ni masih belum siap lagi. Biasa akan letak bunga kat duit tu. Dan hiasan ni akan letak kat baju kendarat. 

Kayu pallet Untuk pelamin
Selepas perjumpaan keluarga tu tadi, pergi ke kenduri kahwin anak kawan mak. Kat tanjung minyak. 

Masa ni landmark nye petronas aje. So mencarila petronas keliling tanjung minyak tadi. Kata ade khemah putih, masuk lorong.. haha cari-cari tak jumpa, bila tak jumpa rasa nak balik. Masa nak balik tu baru nampak banner besar terpampang muka sekeluarga kawan mak. Haha. Disebabkan eagernya nak makan sebab lapa juga belum makan tengahari, pergi patah balik.  Hihi. Akhirnya jumpa jugak. Dapat la makan..

Tu pelamin dia. Simple dan menarik. Kenduri tu siap ade penyanyi Hindustan. Hahahaha. Mana ntah dia import. Sedap gak suara lelaki dan perempuan tu. Hafal siap lagu hindustan.

Lepas makan sume, lepak sekejap rumah mak Lang, tumpang Solat dan jumpa kazen kejap and balik. Tu sahaja cerita hari ni. 

Esok nak pergi kenduri kahwin lagi. Mana tawu jumpa jodohkan. Hihii. Oklah bye. 

5 Feb 2016

Tahniah Untuk Diri Sendiri

Tahniah Untuk Diri Sendiri | Alhamdulillah untuk diri sendiri. Tahniah tahniahhhhhh. Rasa happy, terharu sebab dapat anugerah ini.. macam menang Ajl plak kan. Hahaa. 


Terima kasih kepada Kakekin atas anugerah tersebut. Kena tingkatkan prestasi lagi ni. Ini kali kedua jadi pengomen tegar dalam blog orang lain. Alhamdulillah.  Pertama dapat dengan blog kak Anamizu, ini pula yang kedua. Kene rajin tinggalkan komen dan kena salu blogwalking lagi ni.. kipidapppp kipidappp!!!

Kakekin siap buat award lagi. Award yang bewarna pepel. Cantik sangat. Wardah harap Wardah dapat maintainkan hingga bulan bulan yang seterusnya. Insya allah. 

Inilah award tu.. 

Pemgomen popular januari
Cantik kann?? Pink pepel. Bolehlah Wardah letak kat blog ni.. hihi. 

Terima kasih sekali lagi kepada Kakekin atas penghargaan kepada pengomen popular januari 2016. Harap Wardah dapat maintankan usaha ini. 

Buat rakan-rakan jom terjah blog Kakekin, mana tawu boleh dapat penghargaan atau anugerah ini. 

Alhamdulillah.  Terima kasih. 

4 Feb 2016

Tips Nampak Muda

Tips Nampak Muda | Hai semuaaaa, apa khabar? Lama pula tak blogwalking pergi ke banyak blog. Setakat satu dua je. Mood ke laut. ~T_T~

Tips ni request dari seorang blogger. Hahahaha. Dia kata Wardah nampak muda. Huhu. Sebenarnya Wardah dah umur 25 tahun dah. Ada senior maktab Wardah kata nampak macam budak 18 tahun. Ada yang ingat Wardah budak-budak lagi. Perasaan kan. Ntah-ntah Wardah yang tak matang. 

Blogger suka pink
Sebenarnya tak ada tips pun. Huhu. Alamak. Jangan marah. Ada sikitla yang Wardah leyh kongsikan. 

Tips pertama:  
Selalu senyum. Tabah walaupun banyak masalah  jadi, gelak selagi mampu. Haha. Jangan biarkan stress menyelubungi hidup anda. 

Tips kedua: 
Berlagak muda. Ceyhh. Wardah pun tak tahu. Camna nak berlagak muda. Sebenarnya dah 25 tapi gaya cakap macam budak-budak. Gitu kowt. 

Tips ketiga:
Wardah tak amal minum minuman berkafien sangat dan air bergas. Nescafe, teh, tak minum sangat. Suka minum air susu atau bersusu cam Milo, horlicks, jus buah-buahan, atau jus buah-buahan bersusu. Contohnya cam jus epal susu. Minum air bergas pun kalau terpaksa, minum Revive atau air Hundred Plus je. Maksud terpaksa tu if demam ke, rasa tak bertenaga baru minum. Air masak jangan lupa pula. 

Tu je kowt tips dari diri ini. Hahahaha. Walaupun banyak dugaan melanda kene tetap cool walaupun rasa tak cool. Kene ada teman setia yang sudi dengar masalah kita if ada pape problem. Macam Wardah akan cerita dekat kawan baik dan kazen yang paling rapat. Ada orang yang suka pendam dan selesaikan sendiri. Wardah dah cuba pendam tapi not really suits with me sebab nanti Wardah migraine ataupun sakit. Wardah sampaikan akan jadi low blood pressure sampai rasa nak pitam. Tu means dah banyak sangat masalah tapi pendam. (o_-)

Alhamdulillah the last tips amalkan salu baca Al-Quran dan kalau dapat bangun pagi kul 5 pagi tuu, rasa lagi best dan tenang aje. Baca Al-Quran tu dapat bagi hiburan pada jiwa kita yang semakin mati dengan hiburan duniawi. Last but not least, solat lima waktu jangan tinggal, kalau dah terlajak bangun lambat terus pergi toilet amek wuduk pergi Solat. Insya Allah. 

Ni ada tips dari rakan Wardah. Dia suh amalkan sama-sama. Wardah jumpa dari link Melurhasanah

Ayat alquran Untuk awet muda
Cara awet muda dan bertenaga

Muda-muda jugak, amalan tetap kene jaga. Keep loving akhirat, love ualls. 
blog Wardah aneesa
Ok guys dan girls. Bye bye. 

3 Feb 2016

Hati Itu Amanah Allah

Hati Itu Amanah Allah | Bila mana kita pernah jatuh kerana seseorang ataupun kita rasa dah berakhir hidup kita sebenarnya ada perkara yang perlu dipandang kenapa jadinya sedemikian. 
Hati, kenapa cakap tentang hati? 

Sebab hati itulah Allah memberi ujian sebesarnya kerana mungkin kita terlalu alpa dan leka dengan apa yang dipanggil duniawi. Hikmahnya, Allah mahu kita kembali kepada Dia. Kepada Dia. Hikmah lain Yang tersembunyi itu cukuplah kita akan nampak dan rasai setelah kita move on dari perkara yang menyakitkan itu. 

Hati, itu kecil. Hati itu, cepat sahaja ia berubah. 

Hati ia adalah amanah Allah paling besar. Sebenarnya hati tu hendaklah sentiasa perlu pada Allah, kebergantungan tu yang penting. JANGAN sesekali leka dan alpha dengan nikmat duniawi ni. Beringatlah Allah itu akan memberi setimpal dengan apa yang menjadi pilihan. Pilihan yabg dipilih pula mestilah kenalah dengan apa yang dirasai dalam hati. Ye dak?

Bila mana kau jatuh. Tersungkur sampai rasa tak boleh nak bernafas, rasa sesak hendak berdiri walaupun dengan kaki sendiri. Walhal ketika itu, kau punya kesihatan yang sama sahaja seperti orang lain. Bila mana hati sakit, semuaaaa kerja tak menjadi, semuaaaa benda rasa tak betul dan tak kena. 

Hati. Duhai hati. 

Moga ditetapkan hati dalam semua perkara. 

Sebenarnya hati tengah gundah gulana. Hati tengah keliru dalam membuat satu keputusan.

Hati lemah dan rapuh
Pelbagai pandangan dari kawan, dari teman baik bahkan emak dah berikan pandangan. Kalau jawapan emak macam kurengg, mungkin sebab mak tak jumpa dia depan-depan lagi.. patutkah Wardah teruskan lagi? Mungkin Wardah kenalah salu bincang dengan sahabat-sahabat yang lebih arif.  

Wardah sebenarnya tiada rasa lagi nak teruskan sesebuah perhubungan andai lelaki tersebut melakukan kesilapan besar yang Wardah pernah kata Wardah tak suka. Kecewa. Bilamana dah kecewa susah nak bagi lagi peluang, walaupun orang kata kenallah dulu, baru lagi kan. Bantulah aku ya Allah.  

Aku buntu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...