8 Oct 2013

Puding Milo Lapis Oreo

hai semua. tetiba nak share resepi. hihi. 

tapi sebenarnye resepi nie pun amek kat sini

gambar sebenar yang aku buat ri tue tak de, sebab tak sempat nak ambil. jomlah wat. senang je :D

Bahan : ( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula / 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
dah buat kat rumah aritu. first try, alhamdulillah jadi. tapi disebabkan kite guna loyang yang luas permukaannya, jadi ketebalan yg putih tu, tak berapa nak tebal. jadi puding kite halus je. *boleh bayangkan tak? huuu~

jap eh. nie gambar dari en gugil.


amek dari sini :D

 okeyh. gudluck semua.dap dap dap. !!!

sedap sangat bagi yang suke la pemanispemanis mulut. hehe.

2 comments:

  1. lebih kurang macam agar-agar oreo aku je..ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebi kurang la. tapi sedap kann?? hehehe

      Delete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...