Pages




22 Nov 2015

Alhamdulillah.. Dah mula bercutii

Alhamdulillah.. Dah mula bercutii | Alhamdulillah. Wardah dah mula bercuti.. Semua ada dekat rumah sekarang. Abang..adik-adik lelaki.. Adik adik perempuan semua ada.. Abang wardah baru je sampai tadi. Dia bawa girlfren untuk si bulus Mimo. Sebenarnya Mimo tak berapa sihat..badan dia panas sangat semalam. Semalam ribakan dia atas peha, memang panas sangatlah! Tak tahu kenapa jadi macam tu. Esok baru nak bawa dia pergi klinik.


Hari jumaat selepas habis sekolah, balik rumah dan bertolak selepas solat jumaat pergi menghantar sahabat Wardah ke rumah dia kat Senaling, Kuala Pilah. Wardah memang jenis tak ingat jalan,ingat ingat lupa je jalan tu sebab pernah ikut ayah dengan emak hantar adik Wardah ke sekolah STJ kat dekat dengan kolej Matrikulasi Kuala Pilah tu. Ingat ingat macam tu aje.. So. Biasalah kalau bertekak pasal jalan tu dah jadi lumrah kami sekeluarga sebab takut sesat. Hahah . 

Jalan raya hujan

Kawan intership wardah

Hari cuti bermula

Alhamdulillah selamat sampai kat rumah kawan Wardah. Rumah dia area Senaling tu. Wardah kan tinggal area Masjid Tanah. Jadi adik Wardah lalu Alor Gajah -> Tampin -> Kuala Pilah -> Senaling. Walaupun hujan sangat lebat adik Wardah tetap teruskan perjalanan. Jalan juga selekoh yang sangat tajam. Tahu ajelah bila masuk jalan di area Kuala Pilah ini. 

Memang selekoh maut dan jangan bawa laju taw bila di selekoh. Lagi-lagi tengah hujan lebat kan. Lagi seriau bila tengok orang yang bawa laju-laju masa hujan lebat ni. Lepas hantar sahabat Wardah sebab kami dah habis intership jadinya barang-barang sahabat Wardah ni memang banyak tu yang rasa nak.tolong hantarkan ke rumah. Lagi-lagi pulak adik Wardah yang dekat Seremban tu balik sebab dah mula cuti sekolah kan. 

Selepas makan- makan ringan di rumah Miss Syi ni kami sekeluarga bergerak ke Seremban, lalu dekat area Jelebu kowt rasanya. Sebabnya.. Tahu tak memang sejuk giler kat atas jalan masa nak pergi ke Seremban tu. Kan hujan..lepas tu lalu tempat tinggi macam tu memang sejuk sangat dalam kereta. 

Singgah sekejap dekat Petron dah semua singgah toilet. Hahaha. Tak tahan sejuk semua pakat buang air. Lepas tu teruskan perjalanan ke sekolah adik. Singgah solat asar sekali. Balik tu kami lalu highway untuk balik Melaka semula. 

Sampai dekat Alor Gajah dah pukul 7 macam tu. Kami singgah makan di KFC Alor Gajah. haa craving sangat tambah lapar gilerrr. 

Makan sekeluarga si kfc

Lepas makan kami ke masjid berdekatan untuk solat Maghrib di sana. Alhamdulillah. Selamat sampai kat rumah. Bermulalah cuti kami di rumah.

Ok lah guys. Maaf tak update sebab sikit di sekolah. Skang dah cuti. Jom manage baik-baik cuti sekolah kita. Hihi.
Bye!  Alhamdulillah.. Dah mula bercutii |

16 comments:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...