9 Nov 2015

Resepi Giant Bubble

 
Resepi Giant Bubble | Hai semua, Wardah nak share satu resepi, resepi apa tuuuuu? Haaa, pernah dengar tak giant bubble ni? Alaaa belon yang besar-besar tu. Biasa ada kalau kat tepi-tepi pantai, ada orang sewakan alat main giant bubble dan kenekan bayaran. Haa, Ok, kalau tak dapat lagi, jum tengok gambar ni. 

Masa ni aktiviti selepas UPSR untuk Tahun 6. Cikgu Sains mereka ni, Kak Faiz yang rajin nak buat untuk murid-murid mereka ni. Katanya, Sains is fun! hehe. 

Ini sebalik tabir murid-murid sedang menyiapkan resepi giant bublle. Hoooho. Tat's one of my favourite student. Cuba teka yang mana. :P

Ini salah seorang anak cikgu


Ada satu yang Wardah main tuu jadi and besar jugakla. Best sangat sampai terjerit-jerit huhuhu. #overplakcikguni Haha. Waktu Wardah main dengan sorang student ni. Atceli, masa tu bukan masa kelas Wardah kene ganti pun. Sesaja turun padang and tengok-tengok sebab Wardah nak main sekali. Haha. 

Best tak tengok?

Bestkannn??

Hihi. Haaa, main jom tengok resepi. 

Resepinya ialah : 
250ml sabun joy
4 sudu tepung ubi
1.5 l air

kalau nak buat banyak adjust sendiri. Hihi (Maaf sebab bahan-bahan tak ada ambil gambar, Wardah turun ke kantin agak lambat jugakla)

Kalau nak belon tu tahan pecah kene perap seharian atau tak sabar nak main, simpanlah selama sejam. Masa Wardah main tu, tak tahan lama sebab cepat je pecah. So sad gaklah, tapi macam best sebab belon tuuu jadi besar sangat...Kami guna hanger dan tali. Celupkan dalam air dan jalan. Pastikan tali tu tak bersimpul sebab nanti pecah. Heee. 
 
Oklah, selamat buat giant bublle sendiri. Boleh buat masa cuti sekolah ni, spend masa dengan anak-anak, adik-adik dan rakan-rakan. 
 
Selamat mencuba!

12 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha. Wardah jarang buat resepi masak-masak dalam ni hihi :P

      Delete
  2. Senang je nak buat rupanya ye. Oh, kena simpan semalaman baru tak cepat pecah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, senang jeee.. lepas tu best pulak mainn hihi

      Delete
  3. Trend kan sekarang main giant bubble :)

    ReplyDelete
  4. eh serious ke kak :O
    mmg bebetul ada resepi eh!?!?!?!
    waaaaaaaaaaaaaaaa ok ok hihih

    ReplyDelete
  5. haaaip cikgu.. kenot kenot tulis faveret student.. nanti student lain baca kecik ati woo..
    simpan dendiam sapa pun yg cikgu favor.. hehe nasihat dari kakak cikgu senior yang tak jadi2 lagi cikgu hahaha..

    ReplyDelete
  6. siap ada recepi yeee Wardah buat belon.. ngeh3..

    ReplyDelete
  7. Blh try ni.... Batang belon tu nk wat camne ye klu guna dawai blh ke....

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...